Ilham turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Niatnya untuk mencari Safia terbantut setelah umminya call memberitahu bahawa Khadeja kemalangan dan berada di rumah.
Kelihatan Khadeja di atas sofa sambil di usap bahu oleh Mak long Salma. Umminya juga ada di sofa disebelah mereka. Ilham berdiri di sebelah Khadeja. Kening Ilham berkerut memandang isterinya. Accident apa patah riuk pun tak.
“Am.. kenapa tengok je. Kesian Eja ni. Trauma dia tadi hampir je nak kena langgar kereta lepas hantar makanan kat Ilham kat pejabat tadi’’ Mak long Salma memandang Ilham. Puan Sakinah turut memandangnya.
“Macam mana boleh accident?’’ Ilham duduk di sofa berhadapan mereka.
“Tadi, Eja nak balik dari office abang. Entah kereta mana tah kat simpang tu langgar kitorang, nasib baik tak jatuh’’ Khadeja bercerita dengan nada yang sedih. Sambil tangan menggosok lengannya yang sikit sengal. Dia berharap Ilham akan risau dan kesian padanya.
“Kitorang? Siapa kitorang tu?’’ soal Ilham.
“Err. Kawan Eja. Dia ambik Eja waktu lepas hantar makanan kat abang tadi’’ jawab Khadeja sedikit gagap.
“Naik apa? Call tadi macam teruk sangat. Ni ok je..’’ kata Ilham selamber.
“Ishh apa Am ni cakap macam tu. Tu kan isteri Am. Tak risau ke kalau jadi apa-apa kat dia’’ Puan Sakinah memandang anaknya.
“Kawan Eja tu naik motor je tadi. Dia tak suka hadap jammed. Terpaksalah Eja tumpang dia..’” jawab Khadeja.
“Apasal naik motor? Kan bahaya. Naiklah grab’’ Berkerut dahi Mak long Salma memandang Ilham kata begitu.
“Kenapa nak naik grab pulak. Kan Ilham ada. Kenapa tak hantar Eja balik tadi Am..? “ Soal Mak long Salma.
“Busy’’ itu saja jawapan Ilham.
“Busy apanya Am. Am bos kan. Tak kan hantar isteri balik kejap pun tak boleh. Kesian Eja ni. Jadi apa-apa tadi siapa yang susah. Am jugak kan’’ kata Mak long Salma lagi.
Ilham hanya mengangkat kening saja. Dalam fikirannya hanya mahu balik ke kondo mewah itu untuk mencari Safia. Telefon pintar dikeluarkan dan mendail nombor Safia. Sudah beberapa kali dia call tapi panggilannya tidak langsung di jawab. Whatsap juga tidak dibaca dan dibalas Safia. Mana sayang ni..? hatinya lebih risau memikirkan Safia.
Khadeja memandang Ilham yang lebih fokus pada telepon di tangan. 'Call Safia lah tu. Ishh! Dia ni tak risau langsung kan pasal aku? Eee.! geram betol lah!' Bebel Khadeja dalam hati.
Apa yang di sembangkan Mak long Salma pada dirinya acuh tidak acuh saja dia menjawab. Dia berpura-pura sakit supaya mereka kasihan padanya. Padahal dia hanya sengal-sengal saja.
Nasib baik dia tak jatuh tergolek tadi. Kalau tak, tak tahu apa yang jadi kat dirinya. Sampai saja di rumah. Terus dia call Mak long Salma dan memberitahu keadaannya sekarang. Dalam 30 minit menunggu kedua orang tua ini muncul di depan rumah. Terpaksalah dia belakon terlebih sakit.
Share this novel