BAB 67

Romance Series 57647

Ilham berhenti di tepi jalan. Dari jauh dia perhatikan lelaki itu menurunkan Safia dari kereta. Mata memandang sekeliling bangunan apartment itu.

Safia tinggal dekat sini ke selama ni? Dia perhatikan kawasan itu agak kurang ketat kawalannya. Nama saja ada pondok pengawal, tapi pengawal pun kejap ada kejap tiada. Pelawat mungkin bebas keluar dan masuk ke kawasan itu.

Ilham menghela nafas. Pengakuan Safia tadi tentang lelaki itu suaminya membuatkan dia rasa sedikit kecewa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia masih mencari Safia. Dia cuma nak pastikan Safia betul-betul bahagia dan selamat. Jika Safia sudah bahagia di matanya, dia berjanji tidak akan mengganggu Safia lagi.

Ketika kaki mahu menekan minyak untuk pergi, kereta Honda Civic silver yang menurunkan Safia tadi bergerak keluar dari kawasan itu.

Ilham pelik. Kenapa suami Safia tinggalkan isteri sendiri dekat rumah ni? Mungkin suaminya itu mahu keluar ke mana-mana dulu. Agaknya.

Keesokannya, dia mengekori safia lagi. Lelaki itu cuma menurunkan Safia dan keluar dari situ. Begitulah hari seterusnya. Adakala Safia pandu sendiri pergi balik ke tempat kerja. Ilham bertambah pelik. Takkan mereka tak tinggal sekali? Dia tertanya sendiri.

Petang itu, dia mengekori lagi kereta Mayvi Silver milik Safia. Selepas Safia masuk dan meletakkan kereta di kawasan parking, Ilham segera turun dari kereta dan pergi ke arah Safia.

“Safia…’’

Selepas menutup pintu kereta, Safia berpaling kerana terdengar ada suara lelaki memanggil namanya. Dia terkejut memandang Ilham berdiri di depannya.

“Abang.. Buat apa kat sini?’’ Kening Safia berkerut.

“Abang lalu kawasan ni nampak Pia. Pia tinggal sini?” bohong Ilham.
Safia rasa sikit pelik dengan soalan itu. Seolah memperlekehkan tempat tinggalnya.

“Kenapa? Salah tinggal kat sini?”

“Eh bukan macam tu. Tinggal kat mana-mana pun ok. Janji selamat. Pia Jangan salah faham’’ cepat Ilham memperbetulkan ayatnya.

Safia memandang muka Ilham. Tiba-tiba dia teringatkan Darwish. Jantungnya mula berdebar.

“Tak apalah..’’ Safia ingin berlalu. Ilham cepat bersuara.

“Suami Pia mana? Kenapa tak tinggal sekali?’’ kening Safia berkerut lagi. Semakin pelik dia rasa. Cepat dia berpusing memandang Ilham.

“Awak stalk saya ke?!’’ keras nada Safia.

“Bukan. Kan abang ada projek kat sini. Just selalu nampak Pia. Tapi kenapa suami Pia tak tinggal sekali?’’ soal Ilham lagi.

“Kenapa awak nak tahu? Kita dah tak ada apa-apa tau..! So, tak payah nak sibuk sangat!’’ Ilham menghela nafas mendengarnya. Sedikit terasa dengan perubahan bahasa Safia.

“Ok, sorry.. Abang mintak maaf. Abang just nak make sure Pia bahagia, itu je..’’

“Saya bahagia..! So, tak payah kacau saya boleh tak? Awak pergi je buat kerja awak.!’’ Safia menjeling dan terus berjalan ke lif.
Jari cepat-cepat menekan butang naik. Dia harap Ilham tidak mengikutnya sampai ke atas.

Ilham hanya memandang langkah Safia masuk ke dalam lif. Dengan berat hati dia meninggalkan kawasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience