DUA BULAN KEMUDIAN…
Cuti hujung minggu yang membosankan membuatkan Ilham mengemas barang-barang di dalam biliknya. Semua barang yang tidak di pakai dia masukkan ke dalam kotak. Kemudian menyusunnya ke dalam stor di tingkat bawah.
Ketika sedang menyusun barang, mata terpandang beberapa kotak yang di selotip kemas.
Wajah seseorang melayang dalam fikiran. Sudah lebih 5 bulan Safia meninggalkannya tanpa berita. Apa khabar dia sekarang?
Ilham meniup kotak yang berhabuk itu. Kemudian membukanya perlahan-lahan.
Barang-barang Safia yang tidak di ambil tersimpan kemas dalam kotak itu. Sengaja dia tak menghantarnya dulu. Dia mahu Safia datang berjumpa dengannya dan mengambilnya sendiri. Tapi hampa. Safia dah tak jejak lagi kakinya ke sini.
Frame gambar dia belek satu persatu. Dia menyimpan semua gambar Safia dalam kotak ini supaya dia dapat memberi peluang kepada Khadeja di hatinya. Tapi entah kenapa sampai sekarang dia masih belum mampu lupakan bekas isterinya itu. Safia cinta pertamanya. Orang kata cinta pertama ni susah nak lupa. Ya! Memang susah.
Safia juniornya di universiti dulu. Safia bukan seperti perempuan yang pernah dia kenal dulu. Kerana kecantikan Safia membuatkan dia tertarik untuk berkawan lebih rapat. Safia seorang yang pandai menjaga batas. Cantik. Walaupun mereka bercinta tapi Safia tidak suka berpegangan tangan seperti pasangan bercinta yang lain. Gadis itu tidak suka jika lelaki yang masih belum halal menyentuhnya.
‘Kalau boleh terima prinsip saya silakan. Kalau tak boleh terima sila angkat kaki!’ itulah syarat Safia sebelum Ilham bersetuju untuk bercinta dengan gadis itu dulu. Kerana pendirian Safia itulah membuatkan Ilham jatuh cinta. Itulah gadis impiannya.
Selepas dua tahun tamat berlajar dan bekerja, Ilham terus melamar Safia menjadi isterinya walaupun ketika itu, Safia cuma tinggal beberapa bulan untuk menamatkan pelajarannya. Kerana dia terlebih dulu keluar dari universiti itu, membuatkan Safia jauh dari matanya. Dia mahu menghalalkan hubungan mereka secepat mungkin. Dia tidak mahu Safia tersangkut dengan lelaki lain di universiti itu. Nasib baiklah kedua keluarga merestui perkahwinan mereka.
Ilham mengeluh kesal. Dia tak sangka hubungan halal mereka akan berakhir begini. Sungguh dia menyesal dengan apa yang dia lafazkan.
Pernah dia cuba menerima Khadeja sepenuhnya tapi dia masih juga belum mampu. Sejak Khadeja keguguran dua bulan lepas, isterinya itu sering berkurung di dalam bilik. Dengan itu, dia menghantar Khadeja ke rumah mertuanya. Biarlah dia berpantang dan memulihkan semangatnya di sana.
Gambar dia dan Safia di tenung lama. Sungguh dia rindu dengan senyuman Safia. Semalam dia mimpikan Safia balik ke rumah. Sedar saja dari tidur dia mencari kelibat Safia. Tapi hampa. Safia tiada dalam rumah itu.
Entah kenapa sejak beberapa hari ni, jantungnya asyik berdebar memikirkan bekas isterinya itu. Rindu kah? Atau sesuatu yang buruk terjadi? Cepat Ilham beristighfar dalam hati. Kata terakhir Safia dulu terngiang di telinga.
“Kalau Pia nak kahwin lain pun lepas ni itu hak Pia!’’
Ilham menghela nafas. Entah-entah Safia pun sudah bahagia tanpanya. Mungkin sudah berkahwin baru. Dia mula jadi rindu.
Ilham meletakkan semula frame gambar itu ke dalam kotak kemudian dia keluar dari stor dan naik ke tingkat atas. Langkahnya terhenti ketika lalu di depan bilik Khadeja. Mata memandang ke arah pintu bilik itu. Selama Khadeja menjadi isterinya, tak pernah langsung dia masuk ke dalam bilik Khadeja itu.
Hari ini dia terasa ingin masuk ke situ.
Dengan perlahan tombol di pulas. Mata melilau memandang sekeliling. Bilik itu tersusun kemas. Kepala mengangguk perlahan. Boleh tahan pembersih jugak bini aku ni..
Ilham teringat dulu, sewaktu dia ternampak Khadeja makan jajan di ruang tamu. Bersepah sekali plastik jajan di atas meja dan lantai. Tapi sekali itu saja. Mungkin Khadeja sengaja ingin menarik perhatiannya.
Kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. Ilham memeriksa setiap almari pakaian. Semua baju tergantung dan dilipat kemas. Setelah berpuas hati dia menutup semula.
Ketika Ilham ingin melangkah keluar, mata tertumpu pada laci meja di tepi katil.
Laci itu di buka. Ada beberapa helai kertas di dalamnya. Di celah helaian kertas itu terdapat satu buku berwarna pink telah menarik minatnya.
Buku itu adalah rekod Khadeja sewaktu mengandung. Tidak pernah sekali pun dia membeleknya. Khadeja juga tak pernah tunjuk padanya buku rekod itu.
Muka surat diselak satu-persatu. Tarikh setiap rekod dalam buku itu di baca. Ilham rasa pelik. Tulis di sini, semasa kali terakhir pemeriksaan, kandungan Khadeja sudah berusia hampir 8 bulan. Sedangkan yang dia tahu, Khadeja kata kandungannya itu baru 4 bulan lebih.
Kalau 8 bulan bermakna mungkin bayi itu sudah cukup sifatnya. Cuma tunggu masa sebulan lebih je untuk melahirkan. Ilham mula curiga. Seolah dia rasa tertipu dengan rekod kesihatan ini.
Walaupun dia tidak pernah ada pengalaman begini tapi dia tak bodoh. Kerana kawannya Imran juga pernah berkongsi pengalaman kepadanya.
Dulu, dia teringin melaluinya bersama Safia, tapi dengan Khadeja dia tak dibenarkan sama sekali mengikuti isterinya itu pergi buat pemeriksaan di klinik. Kerana belum cukup sayang dia ikutkan saja.
Tapi hari ini dia curiga dan ingin tahu. Mata terpandang pada tandatangan dan nama doktor yang tercatat disitu. Dengan pantas dia keluar dari bilik itu bersama buku pink di tangan.
Share this novel
cepatlah rahsia trbongkar...rasa x sabar mnanti next chapter...bgi ilham lafas talak 3..padan muka mak long dia..geram sangat masuk campur Hal rmhtangga org..bgi dia sedar sikit..baik sangat lah perempuan pilihan dia tu..