Selepas siapkan beberapa kerja, safia membelek video anaknya di telefon. Tersengih -sengih Safia memandang telatah Darwish itu.
“Thank you sayang hadir dalam hidup mama. Mama happy sangat-sangat tau…’’ dia bermonolog sendiri.
Mata memandang jam di tangan. Baru pukul 11 pagi. Tinggal 6 jam lagi masa untuk dia pulang dari kerja. Alahai.. Rindu betul kat Darwish ni. Padahal baru beberapa jam je tinggal dia kat baby sitter.
Hari-hari dia rasa begitu. Lambatnya masa berjalan..
Beginilah kan bila orang baru nak rasa ada anak. Rindu dia lain macam.
Safia tergelak sendiri. Umur 28 tahun ni, barulah dia dapat rasa jadi ibu. Anak kawan-kawan seumur dengannya kebanyakan dah masuk alam persekolahan. Dia pulak nanti bila Darwish baru nak jejak kaki ke tadika, uban dah tumbuh atas kepala. Haih..
Tapi Safia bersyukur. Meski pun lama menunggu, akhirnya Allah angkat juga doanya ingin memiliki zuriat. Walaupun takdir hidupnya begini dia redha. Biarlah dia hilang suami janji anaknya sentiasa di sisi.
“Ai.. Menung apa kat phone tu.. Nak kata tengok Darwish dalam video tu duration dah habis’’ suara Farhan yang berdiri di tepi meja mengejutkan Safia.
“Eh Encik Farhan. Oh tak perasan pulak dah habis. Ada apa-apa kerja lagi ke encik?’’ tersengih Safia. Merah muka menahan malu ketika Farhan gelakkannya.
“Kan dah cakap banyak kali tak payah la panggil encik.. Farhan je..’’ kata Farhan. Sudah cakap banyak kali anggap je dia kawan. Dia tak kisah. Dia friendly orangnya.
“Ish tak boleh la gitu. Kan kat office ni. Saya kena hormat Encik Farhan. Kang apa pulak orang cakap’’ tersengih Safia. Begitulah dia. Dari dulu tak habis fikir apa orang cakap.
“Saya ok je.. Kerja kat mana-mana kalau asyik gila pangkat nanti orang tak suka.. betul tak?.’’ kata Farhan sambil memandang Safia.
Safia tersengih sambil mengangguk.
Walaupun sudah berbulan-bulan kerja di sini dan Farhan banyak membantunya di pejabat atau di luar pejabat tetap dia rasa kekok. Tambah-tambah pula sekarang ni sejak dah ada Darwish, lelaki itu selalu ambil berat tentang dia dan anaknya. Mainan Darwish yang ada di rumah itu pun semuanya dari Farhan.
“Ni Pia.. saya nak bagitahu. Minggu depan saya kena pergi KL tau. Ada urusan kat bank sana. Mungkin dalam 2, 3 hari macam tu. Saya perlu pembantu kat sana. So, awak kena ikut saya. Boleh?’’ dengar saja pasal Kuala Lumpur jantung Safia mula berdebar.
“Err. Kerja saya kat sini macam mana?’’
“Awak settel kan siap-siap apa yang patut..’’ kata Farhan. Safia teringat tentang Darwish. Takkan nak tinggalkan anaknya. Dia tak sanggup.
“Tapi.. Anak saya.. Err macam mana erk?’’ tersengih Safia. Berharap dengan alasan itu dia tidak perlu ikut. Farhan tergelak memandang Safia.
“Saya ni tak la kejam Pia.. Awak bawak lah dia sekali. Saya dengan dia bukan tak biasa. Awak ni...’’
“Hihi ok. Err berapa hari ye?’’ soal Safia. Kening Farhan terangkat. Rasanya dia sudah bagitahu tadi.
“Dalam 2, 3 hari jugak. Boleh?”
Safia terdiam. Uish! Lama tu. Kalau dia terjumpa Ilham macam mana? Tapi tak mungkin lah. KL kan besar. Bukan semua tempat dia ada. Fikirnya.
Farhan yang menanti jawapan segera memetik jari setelah lama Safia berdiam.
“Pia..! termenung pulak..? boleh tak? Ke awak ada hal lain? Jangan risau. Saya bayar commission awak double’’ mata Safia membulat mendengar tawaran bosnya itu.
“Ok.. boleh lah.. “ tersengih Safia. Sebut je komisen laju dia setuju.
“Ok. Saya ambik kat rumah. Naik kereta saya..’’
“Kita dua je ke?’’ soalnya.
“Yup Kita dua je. I mean bertiga la dengan Darwish sekali’’
“Err.. tak kan kot?’’ soal Safia gagap.
“Ye la. Takkan awak nak saya ajak Salwa. Kalau dia department ni ok la. Or awak nak bawak baby sitter Darwish ikut sekali?’’ Farhan ketawa memandang muka Safia yang mencebik itu. Sebelum berlalu Farhan berkata lagi.
“Next week saya ambik kat rumah awak ye.."
Safia tersenyum tawar sambil mengangguk saja. Haih malasnya nak pergi.
Share this novel