BAB 51

Romance Series 57647

Seperti biasa Ilham menjemput Khadeja di rumah ibu mertuanya selepas isterinya melakukan pemeriksaan di klinik. Dia hanya fokus pada pemanduannya. Apa yang di sembang Khadeja dengannya, dia dengar acuh tidak acuh saja. Dia teringat sesuatu.

“Doktor cakap apa?’’

“Tak cakap apa pun. Doktor kata baby ok je.’’ Jawab Khadeja bersahaja.

“Kandungan awak baru nak masuk 4 bulan kan..?’’

“Aha? Kenapa?’’ Khadeja memandang suaminya.

“Tak macam 4 bulan pun’’ kata Ilham.

“Err entah. Doktor yang kata nak masuk 4 bulan. Kenapa tiba-tiba abang tanya..?” Khadeja pelik. Tak pernah pun Ilham tanya sebelum ni. Hari ni suaminya nak tahu pulak.

“Sebab besar sangat..’’ kata Ilham selamber.

“Alar.. Biasa la… Dah baby besar..’’ dalihnya sambil membetulkan tudung di kepala.

Ketika sampai di perkarangan rumah mereka, Khadeja perasan seorang lelaki yang dia kenali sedang duduk di atas motosikal bersebelahan pagar jiran mereka.
Jantung Khadeja mula berdebar kencang.
Aduh! Dia buat apa kat sini!

Setelah mematikan enjin kereta, Ilham terus masuk ke dalam rumah. Tapi tidak Khadeja. Selepas memastikan Ilham sudah masuk ke dalam rumah, Khadeja terus keluar ke pagar.

Penunggang motosikal itu dengan cepat bergerak dan berhenti di depannya. Visor di angkat.

“Kau buat apa kat sini?!’’ keras sikit suara Khadeja tapi di perlahankan.

“Saja.. Aku rindu kau.. Kenapa kau tak angkat call aku.? Whatsapp pun tak reply?’’

“Kau tahu kan aku kat sini! Agak-agak lah!’’ marahnya sambil memerhati ke dalam rumah. Risau jika Ilham tiba-tiba terjah di belakang.

“Apesal? Sebelum ni boleh je! Siap boleh keluar dengan aku lagi!"

“Kau buta ke? Tak nampak perut aku ni?!’’ Khadeja menunjuk perutnya yang semakin membesar pada lelaki itu.

Ilham yang perasan Khadeja tiada di dalam rumah segera menjengah ke muka pintu. Keningnya berkerut memandang seorang lelaki bermotosikal Ex5 biru sedang bersembang dengan isterinya.

“Kau ingat eh. Reply text aku. Kalau tak aku bagitau dia!’’ lelaki itu menurunkan visor dengan kasar kemudian segera berlalu pergi setelah melihat Ilham ingin menghampiri mereka.

“Siapa tu?’’ soal Ilham yang turut memandang lelaki itu berlalu pergi.

“Err tak ada siapa. Dia.. Dia just tanya jalan’’ gagap suara Khadeja.

“Tanya jalan? Jalan mana dia cari?’’

“Entah dia. Tak sempat Eja nak tanya rumah siapa dia cari tiba-tiba dia pergi..’’ mata Khadeja memandang Ilham. Berharap suaminya percaya katanya. Dengan laju dia jalan masuk ke dalam rumah.

Ilham hanya mengangkat kening dan turut melangkah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Gina Seman
2024-09-13 05:32:39 

geramnyee..smoga trbongkar rahsia khadeja mngandung anak lelaki lain..


NovelPlus Premium

The best ads free experience