Ilham termenung di atas kerusi empuk di ruang pejabatnya. Frame gambar Safia di atas meja di tenung lama. Jari mengusap wajah Safia yang tersenyum itu. Sudah hampir tiga bulan Safia menghilangkan diri.
Teringat tentang hari pengesahan penceraiannya di mahkamah beberapa bulan lepas. Safia tidak hadirkan diri. Dia sendiri tak tahu kenapa. Ada apa-apa yang berlaku kah?
Sehingga sekarang dia cuba call Safia beberapa kali, tapi panggilan itu sudah di tamatkan. Malah di kampung pun dia mencari Safia, tapi mereka tidak tahu ke mana Safia pergi. Atau mungkin, mereka semua menyembunyikan Safia darinya.
‘Kenapa Pia cabar abang? Kalau ni yang Pia nak tak apa. Abang ikut.! Pia sedar kan lepas abang nikah dengan perempuan tu Pia akan hilang abang? Abang harap Pia tak menyesal dengan keputusan Pia ni…!’
Kata-katanya dulu terngiang di telinga. Dia tahu Safia tidak menyesal dengan keputusan itu. Tapi dia yang menyesal sebenarnya. Dia rasa sangat kehilangan.
“Mana Pia pergi ni sayang..?’’ gelisah sungguh hatinya memikirkan Safia. Risau terjadi apa-apa pada bekas isterinya itu.
Telefon pintar di atas meja berbunyi mengejutkannya. Nama Khadeja tertera di skrin. Ilham mendengus. Dia rimas dengan sikap Khadeja yang mengada-ngada sekarang ni. Sebab memikirkan Khadeja mengandungkan anaknya dan Mak long Salma yang suka ikut campur terpaksa dia layan kan saja.
Yang memelikkan dia, bagaimana Khadeja boleh mengandung secepat itu. Hubungan badan itu hanya terjadi sekali itu saja, tu pun tanpa dia sedar. Hingga sekarang dia masih tidak sebilik dengan Khadeja walaupun sering di minta oleh isterinya itu.
Dia cuba membuka ruang di hatinya pada Khadeja, tapi entah kenapa dia masih belum mampu. Dalam hati dan fikirannya masih ada Safia. Dengan malas dia menjawab panggilan itu.
“Hmm nak apa?’’
“Amboi.. Eja call suami sendiri pun tak boleh ke?’’ suara Khadeja merajuk di talian.
“Tengah kerja kan sekarang…!’’
“Eja nak mintak abang beli kan Eja mee bandung boleh? Eja teringin lah nak makan…’’
“Kan hari tu dah makan.. takkan nak makan lagi….?!’’ Berkerut kening Ilham.
“Alar.. tu hari tu… ni hari ni. Nak buat macam mana.. baby yang nak makan… nanti abang beli kan erk..’’
“Tengok lah kalau rajin nanti saya beli lah… tengah busy ni..!’’ Ilham mematikan talian.
Telefon di hempas perlahan ke atas meja. Entah kenapa dia malas nak melayan kerenah manja Khadeja yang terlebih itu. Kalau tak layan kang Khadeja mengadu pada mak long dan umminya. Dia pulak nak kena tadah telinga mendengar bebelan orang-orang tua itu. Ish!
Ilham termemung lagi memikirkan Kandungan Khadeja yang sudah mencecah tiga bulan itu. Perut isterinya itu nampak lebih besar sikit.
Pemeriksaan kesihatan juga Khadeja lebih memilih untuk pergi dengan mummy nya sendiri. Bila dia mahu menemaninya cepat Khadeja mencari alasan. Katanya lebih selesa pergi dengan ibu sendiri. Pelik betul..!
Share this novel