BAB 56

Romance Series 57647

Ilham mengintai di sebalik pintu sliding rumahnya. Kelihatan Khadeja baru turun dari sebuah Kereta Viva berwarna putih. Suasana malam dan tinted yang gelap agak sukar untuk dia nampak siapa pemandu yang menghantar isterinya pulang.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1.50 pagi.
Takkan pergi rumah mummy waktu macam ni baru nak balik? Ilham tertanya sendiri.

Mata memandang buku pink di tangannya. Sudah lama Ilham bersabar dan berdiam. Dia sudah siasat segala persolan yang bermain di fikirannya. Malam ini, dia mahu tahu satu kebenaran. Tapi dia nak dengar daripada mulut Khadeja sendiri. Sanggup dia bersengkang mata kerana menunggu Khadeja pulang. Dengan pantas Ilham menyimpan buku itu di belakang bajunya.

Khadeja membetulkan selendang di atas kepala sebelum masuk ke dalam rumah. Selepas menutup pintu dia terus berjalan untuk naik ke tingkat atas. Cahaya lampu yang samar buatkan dia tak perasan Ilham yang sedang berdiri di tepi langsir pintu sliding itu.

“Balik dengan siapa?’’

Terkejut Khadeja saat terdengar suara lelaki menegurnya. Dia berpaling memandang Ilham yang sedang berdiri membelakanginya sambil memasukkan kedua tangan ke dalam poket sluar tracksuit.

“Eh abang. Tak tidur lagi?” Khadeja cuba tersenyum. Dia kira balik waktu begini Ilham sudah tidur.

Ilham berpaling ke arah Khadeja. Mata memandang Khadeja dari atas ke bawah. Isterinya itu hanya menyempang selendang di kepala tanpa menutup rambut sepenuhnya. Baju t-shirt berlengan pendek dan berseluar jean sedikit fit di badan. Agak kurang sopan di matanya. Tidak seperti mula-mula dia kenal Khadeja dulu. Bertutup litup.

“Pergi mana nak dekat pukul 2 pagi baru balik?’’ serius suara Ilham.

“Kan Eja bagitahu pergi rumah mummy”

“Siapa hantar?’’ soalnya lagi. Ilham tahu itu bukan kereta ibu mertuanya.

“Err kawan..’’ jawab Khadeja. Otaknya sedang ligat cari alasan.

“Siapa?”

“Kawan lah. Kalau Eja cakap pun bukan abang kenal. Yang abang kenapa tak tidur lagi? Esok kerja kan?’’ Khadeja pelik. Tak pernah-pernah Ilham menunggu dia balik dan bertanya ke mana dia pergi atau dengan siapa dia keluar.

“Lelaki ke perempuan?’’ tanpa pedulikan soalan Khadeja Ilham terus bertanya.

“Ai. Tak pernah pun abang ambik tahu pasal Eja ni..’’ kening Khadeja berkerut memandang Ilham.

“Salah ke nak ambik tahu? Jawab je lah..!’’ tegas Ilham.

“Eja dah mengantuk la. Abang pergilah tidur. Esok kerja kan’’ dengan cepat Khadeja melangkah naik ke tangga tapi langkahnya terhenti setelah Ilham meninggikan suara.

“Aku tak habis cakap lagi kan..!!’’

Khadeja menelan air liur mendengar suara Ilham begitu. Dia yang berdiri di tangga berpaling memandang suaminya di bawah.

“Abang nak apa lagi? Dah lewat malam ni kan…’’

“Jawab soalan aku! Laki ke perempuan?!’’

“Abang ni kenapa? Selama ni tak pernah nak ambik tahu pun. Hari ni tiba-tiba nak tahu pulak. Buang tebiat ke??’’ Khadeja tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

Ilham yang rasa Khadeja sedikit kurang ajar berjalan naik ke tangga dan berdiri di depan isterinya.

“Aku ni suami kau. Sebab tu aku nak ambik tahu!’’

“Suami? Eja ingat selama ni Eja tak ada suami. Abang buat tak kisah je pasal Eja. Kepala abang tu asyik sibuk fikir pasal janda abang tu! Sakit pening bini depan mata pun abang buat tak heran!’’ berkerut kening Ilham mendengarnya.

“Hei! Kau merepek apa ni?? Sekarang ni aku cakap pasal kau. Bukan Safia!’’

“Oh, ingat lagi nama dia? Eja ingat abang dah lupa. Tapi mustahil lah nak lupa kan. Cinta pertama. Huh!’’ sindir Khadeja.

“Kau tak payah nak perli aku..! Kalau aku sibuk fikir dia pun itu aku punya pasal!’’ tajam mata Ilham memandang Khadeja.

“Hah! Fikir lah kalau abang nak fikir. Kalau nak harap abang fikir pasal Eja memang dari dulu tak boleh kan?? Waktu Eja tengah stress pantang hari tu, ada abang ambik tahu? Tak kan??’’ Khadeja mula rasa geram.
Mana Ilham saat dia memerlukan sokongan seorang suami sewaktu kehilangan anaknya beberapa bulan lepas. Boleh di kira dengan jari hanya berapa kali saja Ilham melawatnya di rumah mummy. Itu pun datang cuma sekejap-sekejap.

Ilham terdiam. Ye. Dia tahu sebagai seorang suami, sepatutnya memberi sokongan moral pada isteri saat mengharungi fasa kemurungan dalam berpantang. Apatah lagi berpantang tanpa anak di sisi. Tapi itu yang membuatkan dia rasa marah dan ingin kan penjelasan dari isterinya sekarang ni. Melihat Ilham yang terdiam itu Khadeja bersuara.

“Eja penat. Malas nak gaduh dengan abang..!’’ ketika Khadeja ingin naik ke atas Ilham menarik kasar lengannya. Berkerut muka Khadeja menahan sakit.

“Abang..! sakit lah!’’

“Aku tak nak cakap pasal aku atau pasal sesiapa pun! Aku nak kau explain kat aku pasal benda ni!” tanpa melepaskan genggaman di pergelangan tangan Khadeja, laju Ilham mengeluarkan buku pink itu dari belakang baju nya.

Khadeja terkejut. Macam mana Ilham boleh jumpa buku rekod itu?

Share this novel

Gina Seman
2024-09-15 13:27:32 

aduh...cpt lah.. geramnyee...apa² pun thanks for update..teruskan..moga dipermudahkan sgale urusan..x sabar rasa nak cpt trbongkar...


NovelPlus Premium

The best ads free experience