BAB 5

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

Delinta meliar memerhati sekeliling bandar Osaka dengan penuh rasa ingin tahu. Sejak tiba dua jam yang lalu, dia masih lagi mundar-mandir tanpa arah yang pasti, membiarkan langkahnya dipandu oleh deretan bangunan dan hiruk-pikuk kota ini.

Kakinya mula terasa lenguh. Sebuah kerusi kayu yang kosong tanpa penghuni di dekati sebelum punggung nya di labuh pada kerusi itu. Kakinya yang terasa kejang di urut perlahan.

Tekaknya mula terasa haus. Botol air yang baru di beli sewaktu di Airport tadi dibuka penutupnya sebelum di teguk perlahan. Terasa lega bila air itu menuruni tekak nya. Botol air diletak kan kembali di atas kerusi. Beg galas dicapai dan dibuka sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galas itu.

Gambar seorang wanita dan juga tempat tinggal terakhir wanita itu di teliti entah kali ke berapa. Dia mengeluh perlahan. Entah lah.. Hatinya masih lagi ragu - ragu dengan semua ini. Tapi bila amanat terakhir arwah babahnya mula sampai di tangannya, dia harus lakukan juga. Dan sekarang, dia telah pun sampai di negara Matahari Terbit ini. Tempat kelahiran seseorang yang bermakna pada arwah babahnya dan juga dirinya.

Dan kini, dia telah pun menjejak kaki ke Negara Matahari Terbit, tempat kelahiran seorang wanita yang amat bermakna buat arwah babahnya… dan dirinya sendiri.

Gambar dan alamat itu disimpan kembali ke dalam beg galas. Buat masa ini, dia perlu mencari tempat untuk bermalam dahulu. Misi menjejaki wanita itu akan bermula selepas tempat menginapnya diselesaikan.

Dia bangkit dari kerusi kayu dan mula melangkah laju ke destinasi seterusnya. Tanpa disedari, sepasang mata tajam sedang memerhati dari dirinya kejauhan. Mata helang yang tak pernah melepaskan pandangan dari setiap gerak - gerinya.

" JADI... dia dah ada dekat negara ni sekarang?" soal V, matanya masih fokus pada bola snooker di hadapannya.

"Ya, Bos. Saya dah periksa dan intip pergerakan dia. Dia dah lama sampai dekat Osaka," balas Reki tenang, berdiri tegak di sisi meja.

V tersenyum sinis. Tangan yang menggenggam batang snooker perlahan-lahan dilepaskan. Dia melangkah ke sisi meja, mencapai kotak rokok berjenama mewah. Sepuntung rokok diselit di bibir, lalu pemetik api dinyalakan. Sekelip mata, ruang eksklusif itu dipenuhi kepulan asap yang memberat. Messy hair yang menutupi matanya di selak sedikit.

Kesunyian menyelubungi bilik seketika apabila seorang gadis pelayan muncul, membawa dulang berisi minuman alkohol dan snek ringan. Langkahnya menggoda, tubuhnya melentik ketika menghampiri V.

Senyuman kasanova mula terukir di wajah lelaki itu, seperti seekor serigala yang sedang mengintai mangsanya.

"Kau perhatikan lagi gerak-geri dia. Bila dah cukup maklumat... lapor semula dekat aku," arah V tanpa memalingkan pandangan dari gadis itu.

Reki hanya mengangguk.

"Dah, kau boleh blah sekarang."

Tanpa sebarang bantahan, Reki segera beredar, meninggalkan bosnya bersama ‘hiburan’ malam itu.

Perjalanan hidup Delinta pun bermula

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience