BAB 17

Drama Completed 4781

MALAYSIA

"HMMM... ENCIK Varyan... SAYA NAK tanya sikit boleh tak?" Delinta tiba - tiba bertanya kepada V ketika mereka berdua sedang meniti fail di dalam pejabat V.

V menghenti kan kerja nya sebelum dia memandang kearah Delinta yang turut memandang wajahnya.

"You nak tanya apa?" V bersuara sedikit lembut ke arah Delinta. Dan nada suaranya sungguh mendalam sekali.

"Kenapa Encik Varyan suruh saya duduk dekat vila tu sedangkan Encik jarang ada dekat vila..." Terus Delinta bertanya lagi.

V yang mendengar soalan Delinta itu sudah tersenyum kecil.

"Kenapa? You rindu I ke?" Usik V.

Terus berona merah wajah Delinta bila di usik sebegitu oleh V.

"Hishhh... Mana ada lah Encik Varyan ni... Tak kuasa lah saya nak rindu bagai dengan Encik Varyan ni..." Sanggah Delinta laju. Wajah V yang sudah mengekek suka di jeling tajam.

"Habis tu? Sebab apa?"

"Tak... Saya tak selesa lah duduk vila tu... Dahlah vila tu besar... Bosanlah saya... Lagipun... Vila tukan Encik Varyan punya... Takkan saya bersenang lenang duduk dekat situ... Seganlah saya..." Luah Delinta. Ya... Memang apa yang gadis ini nyatakan benar belaka. Delinta sudah kebosanan sejak menetap dekat vila itu dua minggu yang lalu.

"I banyak urusan dekat luar lah... Sebab tu lah I jarang balik ke vila..." V mula mencipta alasan.

"Banyak urusan dekat luar pun... Takkanlah Encik tak ambil kisah dengan hal dalam vila tu... Buat nya saya jual barang - barang berharga ke... Tak ke Encik V yang rugi nanti.." Mulalah si Delinta ni mencipta ayat merapunya.

Meledak ketawa V saat mendengar ayat merapu Delinta ini.

"Hahaha... You ni kan... Pandai betul buat lawak... Sakit tau perut I..." Ujar V sambil menyambung semula ketawa nya. Delinta sudah mendengus kasar saat mendengar ketawa sakan si anak beruang ini.

"Eeeii... Encik V ni kan! Saya cakap betul lah... Buatnya saya jual barang berharga dalam vila tu... Haaa... Baru padan muka Encik!"

"You buatlah sesuka hati you, Dhia... I tak kisah pun... Vila tu memang hak you sepenuhnya!" Ayat V mula kedengaran tenggelam timbul.

"Apa dia? Saya tak dengar lah!" Delinta mula menyuakan cuping telinga kearah V. Cakap macam orang dalam kelambu! Mana nak dengar nya! Dahlah nada suara tu jenis nada suara yang husky dan mendalam!

V berdehem sebelum bersuara semula.

"I cakap... I tak kisah pun... You nak buat apa - apa pun dekat dalam vila tu... Ikut suka you lah!" V memberi jawapan selamat. Nasiblah si Delinta ni tadi tak dengar apa yang dia gumamkan tadi. Kalau tak, nahas lah dia!

Delinta hanya mencebik sahaja sebelum menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.

"You bosan ke, Dhia?" Soal V kembali.

Delinta mengangguk perlahan.

"Okay... Kalau macam tu.. Habis kerja ni... Kita pergi release tension nak?" V mula memberi cadangan kepada Delinta. Ya... Kesian juga bila gadis ini mengadu kebosanan tadi.

"Nak pergi mananya?" Soal Delinta dengan nada malas.

Malas lah... Alih - alih pun si anak beruang ni ajak jumpa client di restoran mewah atau hotel. Itu lah yang di katakan oleh V sebagai salah satu release tension. Ceh! Release tension lah sangat! Tak kuasa lah Delinta nak hadap!

"Nak ikut tak ni?"

"Yelah... Yelah saya ikut..." Jawab Delinta dengan nada lemah. Kalau tak di jawab nanti, ada si anak beruang ni buat hal!

V tersenyum kecil sebelum menyambung kembali menyemak dan meniti fail.

Ada sesuatu kejutan istimewa untuk Delinta nanti!

HAMPIR TERNGANGA mulut kecil Delinta bila V membawa dirinya ke sebuah tama tema. Tiada Hotel atau Restoran mewah yang mereka selalu kunjungi untuk release tension.

"Serius lah, Encik V..." Soal Delinta dengan nada sungguh teruja. Matanya bersinar terang melihat kawasan taman tema yang penuh dengan ramai orang dari pelbagai lapisan umur. Jangan salah faham ya. Taman tema bukan untuk golongan kanak - kanak sahaja. Tetapi ia juga sesuai untuk golongan remaja dan golongan dewasa.

V hanya mengangguk kepalanya tanda mengiakan soalan Delinta tadi. Senyuman tipis nya masih bergayut di bibirnya.

Delinta sudah mula memicingkan matanya ke arah V sehingga membuat kan lelaki mula berkerut. Perlahan - lahan senyuman tipis mulai memudar.

"You dah kenapa pandang I macam tu?"

"Ini bukan propaganda kan?"

"Aduhai... Benda apa yang you merepek ni... Propaganda apa nya..." Dengus V. Muka Delinta yang sedang memanggung memandang wajah nya di jeling sebelum..

Klak!

Dahi luas Delinta di jentik kuat!

"Aduh! Apa Encik Varyan ni... Sakit lah!" Jerit Delinta sambil menggosok dahinya sedikit merah akibat di jentik oleh V tadi. Ingat tak sakit ke? Sakit tau tak! Dahlah jari tu besar! Mahu bergegar otak nya!

"You tu yang merepek tak habis - habis!" Tukas V semula.

Delinta hanya menjeling menyampah sahaja sebelum berpaling semula ke hadapan. Wajah nya yang cemberut tadi serta merta bertukar ceria.

"Apa pun... Taman tema yang utama dulu!!!"Jerit Delinta sebelum berlari masuk ke dalam dengan suara yang sungguh ceria!

V hanya menggeleng kepala sahaja melihat telatah gembira dan ceria gadis ini!

Ya... Baru inilah dia melihat sisi ceria gadis ini! Semasa dia mula - mula mengambil alih The DS Hotel ni dulu... Sikap gadis ini hanya membatu sahaja. Langsung tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Sehingga sesetengah staf hotel menggelar diri gadis itu dengan The Women Stone. Termasuk Zira, sahabat itu sendiri!

Tapi... Sejak kemunculan dirinya, diri gadis ini mulai berubah perlahan - lahan. Sikap The Women Stone nya mulai pudar satu persatu.

Tapi senyuman tipis mulai memudar dan di ganti dengan senyuman penuh sayu dan sedikit sendu. Ada sedikit rasa resah dan gelisah di situ.

Akan kah senyuman ceria Delinta sekarang akan di rentap sama seperti dua tahun yang lalu jikalau Delinta akan tahu perkara sebenar tentang siapa dirinya pada Madam Sakura Inn? Ibu kandung Delinta sendiri?

V dan semakin sayang kepada Delinta bukan sebagai abang tiri kepada Adik tiri.. Sebaliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience