Completed
4781
OSAKA, JEPUN
"What?"
Hampir melengking suara Madam Sakura Inn saat telinga nya mendengar penerangan dari pembantu peribadi nya, Yui Asano atau lebih mesra di panggil Yui sahaja.
"Su-sumimasen, madamu... ko-kore wa mou ikkagetsu mo mae kara...!(Ma-maafkan saya, puan… i-ini sebenarnya sudah berlaku sejak sebulan yang lalu…!)" Ujar Yui dengan nada gugup dan sungguh cemas.
Wajah Madam Sakura Inn berubah tegang. Tajam bebola matanya memanah wajah Yui sehinggakan gadis itu tertunduk takut.
"Benda tu dah jadi sebulan yang lepas... Tapi baru sekarang bagitahu saya?" Soal Madam Sakura Inn.
Yui hanya menikus sahaja. Dia tidak mampu untuk menjawab lagi. Belum pernah dia melihat wajah tegang dan bengis Madam Sakura Inn ini. Ini lah baru pertama kali dia melihat.
" Saya nak kamu dan yang lain... Bentang kan apa semua yang terjadi sebulan yang lepas dekat saya... Right know!" Arah Madam Sakura Inn dengan nada sungguh tegas.
"Hai, Madamu(Baik, Madam)..." Jawab Yui pantas. Dia menunduk pantas sebelum berdesup laju keluar dari pejabat Madam Sakura Inn ini. Dadanya bagaikan hendak pecah saat ini.
Seusai arahan Madam Sakura Inn, keadaan pejabat yang sedikit tenang mula kelam kabut sebaik sahaja mendengar arahan tegas dari CEO mereka!
Sejenak suasana YN Automotive menjadi kelam kabut dan riuh rendah seketika.
MENGELUH KERAS Madam Sakura Inn saat melihat hasil pembentangan dari setiap ketua bahagian YN Automotive ini.
Dahinya mula di picit. Ada sesuatu yang tidak kena dengan dari semua dokumen pembentangan ini.
"Hoka no hitotachi wa itte mo ii… Yui dake wa nokotte.(Yang lain boleh pergi... Kecuali Yui.)" Arah Madam Sakura kepada ketua setiap bahagian seramai lima orang itu. Mereka semua menunduk hormat dan terus berlalu pergi dari situ. Tinggallah Yui bersama Madam Sakura Inn sekarang.
"Zenbu hanashite, Yui… kowagaranai de… kono ikkagetsu no aida ni nani ga atta no ka oshiete…(Beritahu Saya semuanya, Yui... Jangan takut... Ceritakan apa yang terjadi sejak sebulan yang lalu...)" Pujuk Madam Sakura Inn kepada pembantu peribadinya ini.
Yui menarik nafas panjang sebelum membuka cerita.
"Kono koto wa Yato-sama ni kankei shiteimasu.( Perkara ini ada kaitan dengan Tuan Yato.)"
Dahi Madam Sakura Inn mula berkerut tidak mengerti.
Tuan Yato?
Bukan ke lelaki tua itu adalah salah satu pemegang saham YN Automotive ini. Apa kaitan lelaki itu dengan kejadian sebulan yang lepas?
"Yato-sama!? Kare ga kono ken ni kakawatte iru tte iu no ka!?(Tuan Yato? Apa kaitan dia dengan semua ni?)"
Yui sekali lagi menarik nafas sebelum dia mula membongkar segalanya siapa dia Tuan Yato Regawa itu!
TUAN YATO yang asyik bergelak ketawa dengan pelanggan nya terkejut bila pintu pejabatnya di rempuh masuk secara kasar oleh Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku.
"Kono heya ni kankei no nai mono wa… ima sugu dete ikinasai! (Yang tidak berkenaan... Sila keluar dari bilik ini sekarang!)" Arah Madam Sakura Inn dengan wajah yang sungguh tegang.
Tuan Yato memberi isyarat pada client nya untuk meninggalkan mereka. Client Tuan Yato itu mengangguk mengerti sebelum berlalu keluar dari pejabat lelaki berperut gendut ini.
"So, apa masalah Madam dan Tuan sampai rempuh masuk pejabat saya sesuka hati?" Soal Tuan Yato dengan riak berlagaknya.
Madam Sakura Inn tidak menjawab sebaliknya beberapa buah fail yang berada di beg bimbit di keluar kan sebelum di campak kasar ke arah Tuan Yato.
"Sebelum nak berlagak tu... Check dulu apa yang kau dah buat!" Ujar Madam Sakura Inn dengan nada sungguh Sinis.
Tuan Yato hanya memeriksa sambilewa sahaja fail yang di campak oleh Madam Sakura Inn ini tadi.
"Benda nak jadi kan... Buat apa nak kecoh? Lagipun... Siapa suruh okaa - sama kau bagi saham dekat budak tak tahu asal usul tu..."
Bang!!
Meja kerja milik Tuan Yato di tepuk kuat oleh Madam Sakura Inn.
"Kau jangan nak kurang ajar sampai babitkan nama anak aku ya! Kau makin naik kepala ya sejak okaa - sama naikkan kau jadi salah satu pemegang saham dalam YN Automotive ni... Kau kena ingat Yato Regawa... Tanpa okaa - sama aku... Kau tu bukan siapa - siapa! Kau tu tiada apa yang nak di bangga kan... Jadi... Lepas ni... Kalau cuba nak babitkan nama anak aku, Dhia Delinta lagi... Aku jamin... Hidup kau dan juga pangkat kau sebagai pemegang salah seorang saham dalam YN Automotive ni... Terkubur! " Ugut Madam Sakura Inn dengan matanya tajam menikam wajah Tuan Yato. Dadanya turun naik menahan amarah yang meruap di dalam hatinya ini.
Sungguh!
Dia sungguh benci dengan kerenah dan kelakuan Tuan Yato sejak dulu lagi... Dan dia juga tidak mengerti dengan mendiang Lady Yei Na dalam melantik lelaki angkuh ni sebagai salah seorang pemegang saham! Sungguh tidak profesional!
"Kalau kau masih mahu jadi salah seorang pemegang saham... Better... Kau perbaiki apa yang kau dah mulakan... Aku tak main - main, Yato..." Ujar Madam Sakura Inn lagi.
"Dan sekali lagi bila kau cuba nak mempermainkan aku, Dhia dan Dai.. Hidup kau bakal hancur!" Untuk sekian kalinya, Madam Sakura Inn mengugut lagi sebelum dia melangkah keluar dari pejabat lelaki berperut gendut ini.
"Kau sentuh isteri dan anak perempuan tiri aku, Dhia... Kau merana!" Tuan Dai Soku pula memberi amaran pada lelaki ini sebelum dia juga turut mengikuti langkah isterinya.
Tuan Yato yang mendengar ugutan dari Madam Sakura Inn dan juga Tuan Dai Soku hanya tersenyum sinis sahaja.
"Kau orang berani ugut aku ya? Yeah... Kita tunggu dan lihat! Siapa yang akan tersungkur nanti!" Cebik Tuan Yato sebelum telefon pintarnya di capai. Nombor seseorang di cari sebelum nombor itu di dail.
Drrrt.... Drrttt...
Bunyi getaran dan deringan Dari talian sebelah lagi bergema sebelum suara garau seseorang mula kedengaran.
"Ore ga itta toori ni yare… ima sugu da!(Lakukan apa yang aku arahkan pada kau... Sekarang!)" Arah Tuan Yato pada pemanggil di talian sebelah.
"Hai, danna-sama.(Baik, Tuan)"
"Sore to… kono ken ni tsuite wa dare ni mo shiraseru na. Wakatta ka?(Dan pastikan... Tiada sesiapa pun yang tahu perkara ni... Faham?" Tekan Tuan Yato lagi.
"Hai, danna-sama. (Baik, Tuan)" Sekali lagi si pemanggil di talian sebelah membalas mengerti.
Talian pantas di putuskan setelah selesai memberi arahan.
Kita tengok... Sakura, Dai...
Siapa yang bakal hilang segala - galanya!
Sengihan sinisnya masih bergayut di bibir hitamnya!
"I MASIH tak boleh hadam lagi dengan lelaki tua tu... Macam mana dia boleh jadi salah seorang pemegang saham syarikat..." Rupanya, Madam Sakura Inn masih lagi tidak habis - habis lagi membicarakan soal Tuan Yato.
Tuan Dai Soku yang mendengar bebelan isterinya hanya tersenyum kecil.
"Dah, Sakura... Tak baik bebel macam ni... Tak comel dah isteri I tengok merungut macam ni nanti.. Pasal Yato si perut gendut tu... Biar I yang settlekan... Dia takkan terlepas dari I punya!" Dalam sibuk memujuk si isteri, sempat lagi dia mengutuk Tuan Yato.
Amboi, Tuan Dai Soku!
Bukan main lagi ya! Mentang lah badan tu sado sikit... Kaw - kaw hentam lelaki tua tu!
Madam Sakura Inn yang mendengar lawak hambar suaminya hanya ketawa kecil sahaja. Termasuk Yui yang berada di hadapan.
Itu tidak lama sebelum...
BUMM!!
Sisi kereta yang di naiki oleh Madam Sakura Inn, Tuan Dai Soku dan Yui itu di langgar laju oleh sebuah lori pasir tanpa muatan.
Menjerit mereka di dalam kenderaan itu. Kenderaan itu mula berputar sebelum berguling beberapa kali. Sehinggalah lah keempat - keempat tayar kenderaan itu mula terlentang ke atas.
Lori pasir tanpa muatan yang melanggar kenderaan suami isteri itu mula pergi dari situ.
Serpihan kaca berselerak di serata tempat. Darah juga turut bersimpang siur di sana sini!
Madam Sakura Inn masih lagi berada dalam keadaan separa sedar! Dia menjeling ke arah Tuan Dai Soku yang sudah tidak sedarkan diri di sebelahnya. Pemandu serta Yui di hadapan sudah diam tidak berkutik. Madam Sakura Inn tidak tahu yang mereka berdua di hadapan masih hidup atau tidak.
Dia merintih kesakitan!
Dhia...
Itu sahaja yang terbit bibir nya saat ini!
Wajah comel anak perempuan nya mula berlegar di ruang matanya sebelum pandangan nya mula berbalam. Suara riuhan Orang ramai sayup - sayup di cuping telinganya sebelum dia juga turut tidak sedarkan diri.
Sekelip mata, kawasan itu mulai di penuhi oleh orang ramai!
MALAYSIA
PRANG!!
Gelas yang di pegang oleh Delinta terlepas dari tangan dan terus terjatuh di atas lantai.
Delinta mengeluh keras.
"Haih... Macam mana aku boleh cuai ni!" Desis Delinta Perlahan.
Penyodok dan penyapu di ambil dari stor sebelum serpihan kaca di sapu cermat.
Entah mengapa, hati nya langsung tidak merasa enak sejak dari semalam.
Sudahlah, Dhia... Sapu cepat... Jangan nak fikirkan lagi... Bidas otaknya.
Selepas menyapu, dia mula mengemop sisa air yang masih melekat di atas lantai.
Selesai kesemuanya, dia mula menapak keluar dari dapur dan terus menuju ke ruang tamu. Belum sempat punggung hendak di labuh pada sofa, bunyi loceng pintu utama vila mula kedengaran. Dahinya mula berkerut.
Siapa pula yang datang?
Dia mula melangkah kembali menuju ke arah pintu utama vila sebelum pintu itu dikuak dari dalam.
Terpacul wajah dingin dan sendu milik V di balik pintu utama.
V?
Dah kenapa si anak beruang ni ada dekat sini? Bersopan santun pula tu! Biasanya, main terjah dan masuk sahaja sahaja ke rumah ni... Maklumlah... V kan ada kunci pendua vila ni! Tu yang jadi hairan sedikit bila lelaki ni jadi sopan santun!
Tapi kenapa wajah V ni macam sedih aje? Masih teringat lagi ke dengan kejadian dua hari lepas?
"Siap sekarang!" Arah V dengan suara yang sedikit serak.
"Siap? Err... Nak pergi mana?" Soal Delinta sedikit keliru. Tetiba suruh siap. Dah kenapa dengan si anak beruang ni?
"Kita bertolak ke Osaka, Jepun petang ni... Mama dan Daddy kemalangan... Sekarang mereka dah dekat hospital..." Beritahu V.
Riak wajah Delinta mula berubah serta merta.
"Apa? Ma..maa dan da...daddy kemalangan?"
Apa? Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn kemalangan?
Chapter terbaru.. Harap tuan dai Soku dan madam Sakura Inn selamt lah...
Share this novel