Completed
4781
OSAKA, JEPUN
Suasana di kota Osaka masih meriah meskipun waktu telah menginjak ke awal pagi. Lampu-lampu neon masih menyala terang, mencerminkan denyut nadi sebuah bandar yang enggan tidur.
Di salah satu sudut jalan, seorang lelaki kelihatan terhuyung-hayang keluar dari sebuah pub mewah. Langkahnya tidak stabil, namun wajahnya mempamerkan kepuasan yang samar.
Seorang lagi lelaki berpakaian sut hitam menghampiri dan segera memapahnya ke arah sebuah kenderaan mewah yang menanti di tepi jalan.
"Kenapa pulak kau nak bawak aku masuk dalam kereta ni? Aku tak puas lagi lah nak enjoy!" Suara lelaki itu kedengaran serak dan dalam. Wajahnya merah padam, jelas akibat arak yang diteguk bergelas-gelas tadi.
Lelaki yang bersut hitam itu tidak menjawab. Tubuh lelaki yang bersuara serak dan dalam itu di bawa masuk ke dalam perut kereta.
"Hei! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap kan tadi? Aku masih lagi tak puas enjoy! Keluar kan aku dari kereta ni!" Herdik nya.
Lelaki bersut hitam itu menutup pintu dengan tenang sebelum melangkah ke tempat pemandu. Tanpa mempedulikan herdikan yang bergema dari tempat duduk belakang, dia menghidupkan enjin dan memandu perlahan-lahan meninggalkan kawasan hiburan yang semakin lengang.
Di dalam kereta, lelaki mabuk itu masih meracau.
"Aku bayar kau, faham? Aku bos kau, bukan patung yang boleh kau tarik ke mana kau suka!" Suaranya garau, nadanya bercampur marah dan dalam keadaan separuh sedar.
Pemandu hanya menghela nafas perlahan. Matanya sekilas melihat pantulan lelaki itu di cermin pandang belakang... Seorang pewaris muda, anak kepada ahli perniagaan terkemuka yang berdarah Campuran Jepun- Malaysia yang berpangkalan di Osaka, semakin hilang arah sejak menjadi patung tak bernyawa akibat kawalan ketat ayahnya.
"Encik V..." Akhirnya, lelaki bersut hitam itu bersuara, tenang tetapi tegas.
"Tuan besar tidak suka jika encik pulang dalam keadaan begini."
V menyeringai sinis, matanya setengah terbuka.
"Tuan besar? Huh... Orang tua tu cuma tahu mengawal dan menghukum. Dia tak pernah peduli apa yang aku rasa." Suara V mula mengecil. Antara dengar atau tidak.
Pemandu itu tidak membalas. Dia tahu, malam ini akan panjang.
Jalan-jalan di Osaka mula lengang, lampu jalan menghamparkan bayang samar di atas cermin hadapan. Di dalam kesenyapan malam yang pekat, hanya desiran angin dan dengusan V yang terdengar.
Beberapa minit kemudian, kereta itu membelok masuk ke kawasan persendirian yang dikawal ketat. Sebuah rumah agam tersergam, dijaga lampu-lampu taman yang redup. Di anjung hadapan, seorang wanita dalam lingkungan 40 - an berdiri memerhati. Tubuhnya diselimuti kot panjang, rambutnya disanggul kemas, tetapi matanya sarat dengan pandangan tajam ke arah kereta yang di naiki V mula memasuki perkarangan rumah.
Pemandu keluar dan membuka pintu belakang. V hanya memandang sepi, kemudian menolak tubuhnya ke luar, hampir terjatuh jika tidak ditampung segera oleh pemandunya. Dia menepis kasar tangan si pemandu yang memegang kedua - dua belah bahunya.
Dia mula berjalan masuk ke dalam rumah dalam keadaan terhuyung hayang. Dia langsung tidak menyapa wanita yang sedang merenung tajam ke arahnya. Malah, tubuh wanita itu dilintasi dengan selambanya. Hanya senyuman sinis sahaja di pamer pada wanita ini sebelum menaiki anak tangga satu persatu menuju kamar mewahnya. Wanita yang di lintasi tadi hanya memandang sahaja kelakuan dingin dan sombong V itu sebelum keluhan kesal di lepaskan.
"Nanti check dia dekat bilik.." Arahnya pada pemandu yang membawa balik V tadi untuk melihat keadaan V di dalam bilik. Usai berkata, dia juga turut berlalu pergi ke kamar nya juga. Dan pemandu itu pula bergegas menuju ke arah kamar V mengikut arahan wanita itu tadi.
SUASANA SUNYI DI MEJA MAKAN semakin sunyi bila V mula menghampiri mereka yang berada di situ. Tuan Dai Soku, ayah kepada V hanya memandang tajam sahaja ke arah pemuda itu. V yang menyedari pandangan tajam bapanya hanya buat muka tidak tahu saja. Kerusi yang berada di sebelah kiri Tuan Dai Soku ditarik sebelum punggung nya pantas di labuh pada kerusi itu.
"Kamu pergi ke mana malam tadi sampai pagi baru balik?" V yang mahu menyuap sarapan ke mulut terhenti bila Tuan Dai Soku mula menyoal dirinya.
"Takde pergi mana - mana pun.. Just relax and enjoy myself!" Jawab V dengan lagak selamba. Sarapan di suap ke dalam mulutnya.
Tuan Dai Soku mengetap bibir. Cawan teh yang berada di hadapannya diangkat, namun tidak diminum. Matanya masih tidak lepas daripada wajah anak lelakinya itu.
"V, kau fikir hidup ini hanya untuk 'relax and enjoy'?" Nadanya sudah berubah. Tidak tinggi, tapi cukup untuk menukar suhu ruang makan itu menjadi beku.
V tidak membalas. Dia hanya terus mengunyah dengan wajah tenang. Seolah-olah kata-kata bapanya itu sekadar angin lalu. Hanya sudu garpu yang beradu dengan pinggan memecah kesunyian.
"Daddy tanya baik-baik, V. Jangan cabar kesabaran Daddy pagi-pagi begini."
V meletakkan sudu dan garpunya. Dia mendongak, merenung wajah bapanya dengan renungan yang sukar di tafsir. Renungan yang sentiasa membuatkan dia menjadi lebih kurang ajar!
"Relax sikit, Daddy. Takkan nak marah sebab anak dia tahu enjoy life?" Dia bersandar ke belakang kerusi, tangan bersilang di dada.
Tuan Dai Soku meletakkan cawan dengan sedikit hentakan. Dan itu membuatkan wanita yang duduk di sebelah kanan nya tersentak sedikit. Itu adalah wanita yang di lintasi oleh V malam tadi.
Pandangan wanita itu teralih pada tiga orang pembantu rumah setia berdiri tidak jauh dari meja makan untuk pergi dari situ. Ketiga - tiga nya mengangguk mengerti akan pandangan majikan mereka dan terus berlalu pergi dari situ.
"Aku tak didik kau untuk jadi manusia yang hanya tahu enjoy. Kau pewaris nama keluarga ini. Setiap langkah kau diperhati."
"Macam V kisah sangat..." gumam V dengan nada kerek, tapi cukup kuat untuk didengar.
Tuan Dai Soku berdiri perlahan. Tegang wajahnya, matanya menikam.
"Kau jangan cabar aku lebih - lebih, V.. Aku tahu setiap gerak geri kau.. Jangan sampai aku buat sesuatu dekat kau nanti!" Ugut Tuan Dai Soku.
“Who’s care dengan semua tu? V tak berminat pun…” ujar V dingin.
“Suka hati daddy lah nak buat apa… I don’t care!”
Tanpa menunggu balasan, V menyuap sisa terakhir sarapannya, lalu bangkit. Suasana meja makan masih sunyi, tapi kini sepi itu berbaur ketegangan.
Sebelum melangkah pergi, sempat matanya menikam tajam ke arah wanita yang duduk di sisi Tuan Dai Soku.. Wanita yang selama ini menjadi bayang-bayang di belakang kekuasaan bapanya.
“Tak payah lah daddy nak beria sangat nak jadikan V sebagai pewaris semua kekayaan daddy tu. Apa kata daddy bagi je pada orang yang setia dengan daddy sekarang ni.”
Dia menoleh sedikit, senyuman sinis menghiasi bibir.
“Mana tahu, orang tu boleh bagi daddy berjuta-juta lagi keuntungan. Siapa yang untung? Daddy juga yang untung, kan?”
Kata-kata itu ibarat sembilu. Tajam. Menghiris.
Wajah Tuan Dai Soku tegang. Berdesing telinganya mendengar sindiran tajam anaknya. Manakala wanita di sebelahnya yang sejak tadi cuba mengekalkan senyuman sudah merah padam, antara malu dan geram.
"Okay lah.. V kena gerak sekarang.. So, remember apa yang V cakapkan tadi.. Bye!" Dengan riak yang tak bersalah, V terus berlalu pergi dari ruang makan tersebut.
Tuan Dai Soku kembali terduduk di tempatnya.
Wajahnya kembali keruh sebaik teringat akan ayat pedas anaknya tadi.
Dia tidak menyangka yang V selancang itu berbicara pada dirinya!
"I tak boleh tahan lagi dengan perangai berlagak dan sombong dia ni.. I akan buat dia menyesal apa yang dia dah katakan pada I selaku daddy dia!" Tuan Dai Soku mula berbicara pada wanita disebelahnya ini.
"You nak buat dengan dia, Dai?" Setelah agak lama mendiamkan diri angkara ketegangan yang di timbul oleh V dan Tuan Dai Soku itu tadi, akhirnya dia mula bersuara bertanya.
"I akan hantar dia ke cawangan kita di tempat lain.. I nak tengok mampu ke tak dia handle cawangan sendirian!" Tuan Dai Soku mula mengatur rancangan.
"Ke mana?"
"Malaysia!"
Sekali lagi wajah wanita itu berubah bila nama itu meniti di bibir lelaki ini!
"Kenapa Malaysia?"
"Saja.. I nak hantar dia ke Malaysia supaya dia dapat perbaiki diri dia dan sekaligus mengenal sendiri asal usul diri dia!" Putus Tuan Dai Soku. Cawan berisi teh tadi kembali di hirup.
Malaysia? Hati wanita itu mula berdetik.
Kenapa lelaki ini perlu menghantar anak nya jauh ke Malaysia?
Jiwanya sudah tidak tentu arah! Dia takut, dia risau! Risau akan sesuatu!
Risau yang sejarah lama akan berulang kembali!
BAB kedua dah tersedia... Maaf kalau penulisan sis tidak sebaik yang di sangka.. Inilah cerita sis yang lain dari yang lain... Buat cerita melalui lain tempat pula... Selamat membaca...
Share this novel