BAB 7

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

MENTARI MENJELMAKAN WAJAHNYA.

Dan sekarang, Delinta sudah pun berada di tengah ibu kota Osaka. Misi pencarian nya pun bermula pagi itu. Berada di tempat asing, di tambah lagi dengan perbatasan bahasa dan komunikasi langsung tidak mematahkan semangatnya dalam mencari keberadaan ibunya.

Satu persatu langkahnya di pandu menuju ke arah alamat terakhir yang di tinggalkan oleh arwah babahnya pada dirinya. Sehinggalah langkahnya mula terhenti pada satu vila mewah yang di lengkapi kemudahan dan juga pengawal keselamatan.

Nama Vila itu di sebut di dalam hati.

SAKURA INN.

Pengawal yang melihat kelibat Delinta yang terintai itu mula menghampiri gadis tersebut.

"Naze koko ni kuru hitsuyō ga aru nodesu ka?" Soal pengawal itu dengan nada garang dalam bahasa Jepun. Delinta yang mendengar pertanyaan pengawal itu hanya mengerut dahi tanda tidak mengerti.

"Aren't you from here?"Soal pengawal itu lagi.

Tapi kali ini, bertanya dalam bahasa Inggeris tetapi pelat Jepun yang kuat.

Delinta menelan liur perlahan. Dia tidak menyangka akan disoal dengan begitu tegas sebaik sahaja menghampiri vila itu. Namun, dia tidak boleh berpatah balik. Ini satu-satunya petunjuk yang dia ada.

"I... I'm looking for someone," jawab Delinta perlahan dalam bahasa Inggeris, cuba menyembunyikan getar pada suaranya.

"Her name is... Madam Sakura Inn. She lives here, right?"

Pengawal itu memandang Delinta dari atas ke bawah. Kecurigaan jelas terpancar pada wajahnya.

"No one by that name lives here," balasnya dingin. Tetapi nada suara nya seperti menyimpan sesuatu. Dan itu membuatkan Delinta mencurgai pengawal keselamatan ini.

"Sakura Inn is the name of this place. Who are you really looking for?"

Delinta mengeluarkan sekeping gambar lama yang sudah sedikit pudar. Dalam gambar itu, seorang wanita separuh usia dan seorang wanita cantik berdiri di hadapan bangunan yang sama. Di belakang gambar itu, tertulis dengan tulisan tangan arwah babahnya:

"Kalau kamu mahu tahu siapa ibumu, cari wanita ini di tempat bernama Sakura Inn."

Pengawal itu mengamati gambar tersebut. Riak wajahnya berubah, seolah mengenali wanita itu, tapi dia pantas mengawal ekspresinya semula.

"You wait here," katanya.

"I asked the people inside."

Delinta menggenggam tali beg sandangnya erat-erat. Dadanya berdebar. Mungkin, selepas bertahun-tahun mencari, pintu jawapan bakal terbuka hari ini... atau mungkin juga sebaliknya.

DELINTA DI MASUK KE DALAM KAWASAN VILA MEWAH ITU. Dan sekarang, dia sekarang sedang berada sebuah ruang tamu yang begitu mewah sekali. Teragak - agak dia mahu melabuhkan punggung nya di atas sofa yang begitu mahal ini. Takut dia akan merosakkan segala - galanya di situ. Tetapi bila mendapat tatapan tajam dari butler vila mewah ini, terpaksa juga dia melabuhkan di atas sofa itu. Kepala nya automatik di tunduk ke bawah.

"Oh, ini ya budak yang pengawal cakapkan tadi." Suara seseorang yang membuatkan Delinta pantas memagungkan kepalanya. Dan automatik tubuhnya bangun dari sofa bila bebola matanya melihat seorang wanita bergaya elegan sedang menuruni anak tangga. Walaupun berusia, tetapi tidak menghalang kecantikan dan kemewahan yang menyaluti sekujur tubuhnya.

"Halo... Salam perkenalan." Ujar wanita itu sambil menghulurkan tangan kepada dengan pelat Inggeris - Jepunnya yang pekat. Delinta menunduk sambil tangannya turut menyambut huluran salam tangan wanita elegan. Tanpa disangka, huluran salamnya di sambut sambil lewa saja oleh wanita ini. Dan membuatkan senyuman manis yang menghiasi bibir merah Delinta itu perlahan - lahan memudar.

"Ada apa awak datang ke sini?" Soal wanita itu sambil melabuhkan punggungnya pada sofa yang berhadapan dengan Delinta. Kaki nya mula di silang dan tangan mula memeluk tubuh. Bebola matanya langsung tidak lepas dari memandang wajah Delinta yang berubah kelat sejak tadi. Delinta yang melihat tindak tanduk wanita ini sejak menghulurkan salam tidak ikhlas tadi sudah berubah hati. Dia mula berdiri dan tidak kembali duduk seperti mula - mula dia sampai tadi.

Dia mula menghulurkan satu gambar dari beg galasnya dan terus di sua ke arah wanita elegan yang berlagak ini. Wanita itu memberi isyarat pada butler untuk mengambil gambar itu. Butler itu mengangguk mengerti sebelum gambar di atas meja di ambil dan di sua ke arah majikannya. Wanita itu menahan butler dari membawa lebih dekat gambar itu kepada dirinya. Dan sekali lagi butler itu mengangguk dan menjarakkan sedikit gambar itu dari wanita elegan berlagak ini. Dan situasi ini membuatkan hati Delinta bagai di rentap. Seolah - olah dirinya dan gambar yang di bawa itu memberi kotoran ynag amat dahsyat pada dirinya.

"So, apa motif awak bawak gambar ini kepada saya?" Soal wanita itu pada Delinta setelah selesai meneliti gambar tersebut.

"Saya cuma nak tahu. Adakah Puan tahu siapa perempuan muda di dalam ni?" Soal Delinta dengan separuh hati. Wanita elegan itu hanya buat endah tak endah.

"Itu gambar anak perempuan saya. Kenapa? Ada yang tak kena ke?"

"Anak perempuan Puan?" Soal dengan Delinta dengan nada separuh berbisik.

Kalau wanita elegan ini mengakui yang ibu kandungnya adalah anak perempuan nya... Adakah wanita di hadapan ini adalah neneknya?

"Saya.. Saya adalah anak perempuan dia..." Perlahan sahaja Delinta memperkenalkan dirinya. Dan tidak di sangka, meledak ketawa wanita elegan itu saat Delinta memperkenalkan dirinya sebentar tadi.

"Ooo... Jadi inilah ya anak perempuan Sakura.. Anak hasil hubungan terlarang dia dengan lelaki miskin tu!" Cemuh wanita elegan itu secara tiba - tiba. Tersentap hati Delinta saat mendengar ayat kurang ajar yang keluar mulut wanita separuh usia ini.

"Arwah babah tak pernah buat hubungan terlarang dengan ibu saya. Saya di lahirkan dari hubungan perkahwinan yang sah. Dan bukan dari hubungan terlarang yang Puan maksudkan!" Jawab Delinta dengan berani. Matanya turut tajam memandang wanita separuh usia yang penuh rasa bongkak ini.

"Tapi tetap sajakan yang itu pun hasil dari hubungan yang aku tak suka!" Balas wanita dengan penuh rasa bongkak. Panggilan dari 'saya - awak' terus berubah ke 'kau - aku'.

"So, kau dah tahu kan yang Sakura ni anak orang kaya.. Jadi kau datang jumpa dia ni.. Nak duit kan.. Aku bagi duit dekat kau.." Mata nya memberi isyarat pada butler untuk membawa beg bimbit setia dipegang sejak tadi. Butler itu mengangguk sebelum beg bimbit itu di letakkan di hadapan Delinta. Sekali wanita elegan berlagak itu menyuruh butler itu membuka beg bimbit tersebut. Bersusun - susun duit kertas dalam jumlah Yen di hidang di hadapan mata Delinta. Tetapi langsung tidak menarik minat gadis itu.

Gadis itu tidak pun menjeling isi dalam beg tersebut. Matanya hanya tertumpu pada wajah wanita yang masih berdiri bongkak.

"Saya datang sini bukan sebab duit. Saya cuma nak tahu ibu saya. Itu sahaja," jawabnya, tenang namun jelas.

Dan buat pertama kali, mata wanita itu merenung kembali, sedikit terganggu, barangkali oleh sesuatu yang lebih berbahaya dari dendam: keberanian seorang gadis muda yang tak goyah walau dihina.

"Kau nampak masih muda. Tapi semangat kau tetap kuat ya. Kau boleh tentang aku. Tapi kau yakin ke yang kau boleh hadap ibu kau kalau kau jumpa dia nanti?" Wanita separuh usia ini mula mengeluarkan ayat psikonya.

"Saya yakin. Kalau saya jumpa dia.. Dia akan terima saya seada nya. Sebab dia tahu. Yang saya adalah darah daging dia sendiri. Ada halangan yang menimpa dirinya pun. Saya yakin. Dia akan melindungi darah dagingnya." Jawab Delinta dengan penuh yakin. Dan itu membuatkan wanita separuh usia ketawa dengan lebih galak lagi.

"Aku tak sabar nak tengok. Adakah darah daging yang kau sebutkan tu akan lindungi kau seperti mana yang kau maksudkan tadi!" Balas wanita angkuh itu kembali.

Delinta menata bebola matanya menatap wajah wanita separuh usia ini.

"Tuhan itu ada Puan. Dia tidak pernah tidur. Saya yakin yang ibu saya takkan seperti itu. Saya yakin sangat.. Yakin.." Itu sahaja yang Delinta dapat tekankan saat ini. Dia tidak boleh mengalah pada wanita angkuh di hadapan nya ini. Walaupun hatinya kurang pasti saat ini, tapi dia yakin yang ibu kandungnya tidak seperti yang dinyatakan oleh wanita separuh usia ini.

"Maafkan saya kerana mengganggu waktu senggang Puan. Saya pergi dulu.." Akhirnya Delinta meminta diri dari wanita angkuh ini. Tak sanggup dia mahu berlama di situ. Melihat senyuman dan perkataan sinis wanita separuh usia yang berlagak makin membuat hati nya makin membengkak.

"Silakan... Aku tak halau kau pun.. Kau sendiri yang datang sini kan... Jadi.. Dipersilakan.." Tangannya lurus menunjuk ke arah pintu utama. Menghalau Delinta dengan cara yang terang lagi bersuluh!

Dan Delinta pun terus berlalu dari situ. Tanpa menoleh lagi. Adabnya pada wanita separuh usia yang angkuh ini sudah semakin nipis sejak memasuki vila mewah dari awal tadi.

Misi nya hanya satu sekarang...

Mencari keberadaan ibunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience