Completed
4781
RASA BERASAP SAHAJA kepala Delinta saat ini!
Mana tak berasapnya kalau itu semua ulah dari V sendiri! Nak sahaja dia campak si anak beruang ni atas tangga biar berguling ke lobi bawah!
Ada ke patut mesyuarat yang harus di hadiri nya di batalkan sesuka hati! Sudah lah untuk mendapat kan waktu dan tarikh orang ini pun memakan waktu yang agak lama. Alih - alih si anak beruang ni pula sesuka hati cancel! Penyudahnya, dia juga yang kena hadap bebelan panjang dari pihak sebelah dan terpaksa mencari tarikh yang sesuai pula untuk hadiri mesyuarat.
Heyyy... Geram betullah dia dengan si anak beruang ni! Rungut Delinta sendirian.
Kenapa dia panggil si V ni anak beruang?
Nantilah dia ceritakan!
Yang penting sekarang, dia kena hadap si V ni dahulu!
"ENCIK.. ENCIK TAK BOLEH nak sesuka hati batalkan meeting tu macam tu aje!" Tanpa tangguh, terus Delinta menyuara kan ke inti pati kepada V. V yang ketika itu sedang memeriksa sesuatu di atas fail hanya buat muka tidak bersalah sahaja.
"Encik tahu tak... Berapa lama nak set masa dengan dia... Waktu, tempat dan jadual dia yang padat tu..." Bebel Delinta lagi.
V sudah mula mengorek lubang telinga nya sebelum bersuara.
"You ni memang dari kecil makan bontot ayam ke apa? Menceceh aje kerja you... Tak penat ke?" Sindir V bersahaja.
Berdesing telinga Delinta mendengar sindiran pedas si anak beruang ini!
"Saya takkan menceceh kalau Encik V tak buat hal! Cuba kalau Encik V tak batalkan Meeting tu tadi... Takde kejadiannya jadi macam ni!" Balas Delinta semula. Ingat dia nak diam aje ke! Memang tak lah! V yang mendengar ayat Delinta sudah Mendengus keras. Fail yang masih lagi di semak di tutup kasar sebelum dia bangun dan terus melangkah menuju ke arah Delinta.
Langkahnya betul - betul di hentikan di hadapan Delinta sudah serupa mak naga yang kepanasan!
"Look, sweetheart... I takkan deal dengan pelabur yang langsung tak menguntungkan hotel yang I kendali ni tahu! For your information my sweetheart, dia tu dah banyak buat onar dekat mana - mana hotel yang hendak dia melabur! Jadi, tak salahkan kalau I batalkan semuanya berkaitan dengan dia demi kepentingan hotel ni? Understand? " Barulah V mula membuka cerita sebenar di sebalik pembatalan projek yang hampir di bawah kendalian Hotel DS ini.
"Tapi... Encik tak perlu nak batal kan macam tu aje! Ada jugak prosedur dia untuk batal kan kesepakatan kita dengan pihak diorang.." Delinta mencelah lagi.
V hanya menjungkit bahunya sahaja.
"I don't care!" Itu sahaja jawapan si V ini.
"Ada apa lagi nak cakap, sweetheart... Kalau takde... Boleh pergi dari pejabat I sekarang..."
"Saya bukan sweetheart Encik lah!" Bantah Delinta.
Eeeii... Bila masa entah dia jadi sweetheart si anak beruang ni! Sesuka hati dia aje panggil si Delinta ni macam tu!
"Suka hati I lah!" Jawab V dengan selamba. Ada sahaja jawapan mamat kasanova ni bikin hati dia panas!
Delinta Mendengus keras sebelum berlalu pergi dari pejabat V tanpa berpamitan dengan lelaki ini. Malas nak hadap muka si anak beruang ni lama - lama!
Kedengaran suara gelak ketawa menyakitkan hati dari si V membuatkan hati nya kembali panas!
Kampret punya anak beruang!
Anak beruang? Kenapa panggil si V ni anak beruang?
Haaa... Ni nak cerita.... Memandangkan kisah dengan pelabur tadi dah settle, kita terus ke kisah macam mana si V ni dapat gelaran anak beruang dari Delinta.
Di sebalik kerja Delinta sebagai PA si V ni, Delinta juga harus jadi maid tak rasmi si V ni setiap hujung minggu atau waktu si Delinta cuti.
Kenapa dia tak membantah? Kenapa harus ikut cakap si V ni?
Bukan tak pernah dia membantah! Tetapi bila lelaki ini mula mengugut menggunakan cara yang sama macam dia ugut Delinta untuk jadi PA nya dahulu, terpaksa lah juga Delinta ikut!
Dan paling menyakitkan hati, ada sahaja kelakuan lelaki ini sehingga dia rasa nak masuk hospital jiwa. Ingatkan muka dah kacak, perangai kasanova, segak dan bergaya... Okay lah... Sekali bila dia masuk ke dalam vila mewah milik lelaki ini, hampir pengsan dia dibuatnya!
Dengan pakaian berterabur di sana sini, dapur yang bersepah, bilik yang kurang di jaga... Pendek kata, semua di dalam vila ini buatkan Delinta hampir sesak nafas! Sebijik macam anak beruang yang pemalas!
Dia ingat si Delinta ni robot ke? Boleh kemas semua nya ni dengan sepantas kilat! Boleh patah pinggang kalau nak kemas vila besar ini dengan kudrat nya hanya satu orang!
Bila di tanya tentang pembantu rumah yang lain, jawapan V sungguh menyakit kan hati!
"I berhentikan mereka semua sebab mereka bukan nya kerja... Asyik nak menggatal aje dengan I!"
Ceh! Ingat dia nak percaya ke jawapan si anak beruang ni!
Penyudah nya, dia juga yang jadi maid tak rasmi kepada lelaki yang pemalas macam anak beruang ini!
Dah! Close pasal cerita si anak beruang!
Sekarang, dia harus cari makanan! Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi menandakan perutnya lapar di tahap maksimum!
Kelibat Zira di cari!
Harap si Delinta tabahlah hadap kerenah si anak beruang tu nanti!
Pemalas tahap maksimum si V... Hahaha...
Share this novel