BAB 15

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

"Nanda kore wa? (Apa semua ni?)" Suara garau dan kasar seorang lelaki mula kedengaran menyoal.

"Kenapa perlu ada nama budak yang tak tahu asal usul ni dalam wasiat... Apa okaa - sama kau dah gila ke?" Soalan lelaki itu di pandang sepi oleh Madam Sakura Inn.

Mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat itu adalah rata - rata yang memegang saham dalam Syarikat peninggalan mendiang Lady Yei Na Inn, YN Automotive... Syarikat yang berasaskan kereta mewah dan kereta elektrik. Selain dari YN Automotive, Mendiang Lady Yei Na Inn dan mendiang suaminya, Tuan Yuta Inn juga turut mendirikan perniagaan Berasaskan perhotelan sehingga membuka cawangan nya di serata dunia. Termasuk Malaysia! Pendek kata, sampai tujuh keturunan pun takkan habis harta peninggalan mendiang Lady Yei Na Inn ni!

"Budak yang Mr. Yato cakapkan itu adalah anak saya... Cucu kepada Lady Yei Na Inn!" Cantas Madam Sakura Inn.

"Anak haram macam tu di kira sebagai cucu sah jugak ke?" Lelaki disebelah Mr. Yato pula bersuara! Pecah suara mereka mentertawa dan meremehkan status Delinta.

Tiba - tiba meja di hentak kuat oleh seseorang dan ternyata orang itu adalah Tuan Dai Soku!

"Jangan pernah nak meremehkan status seseorang tuan - tuan semua.. Ya.. Memang isteri saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki dari Malaysia sebelum berkahwin dengan saya... Dan anak yang lahir itu adalah anak yang sah dari hubungan yang halal... Jadi... Tuan - tuan semua tiada hak untuk merendahkan status anak itu lagi. Faham? "

Terus terdiam semua bila suara garau dan garang milik Tuan Dai Soku mula bergema di ruang mesyuarat itu. Lebih - lebih Mr. Yato dan lelaki disebelahnya tadi. Muka masing - masing kelihatan merah menahan malu akibat di tegur oleh Tuan Dai Soku secara depan. Padan muka!

"Saya harap... Apa yang ditulis dan di wasiat kan oleh mendiang.. Tuan - tuan harus terima.. Dan Dhia Delinta bukan orang tiada asal usul... Sebaliknya, dia adalah nyawa dan permata isteri saya..." Ujar Tuan Dai Soku untuk penghabisan. Tangan Madam Sakura Inn digenggam lembut dan di tarik pergi dari ruang mesyuarat itu setelah pembacaan wasiat telah selesai.

SEKARANG, MEREKA telah pun berada di dalam kereta. Tak putus - putus Madam Sakura Inn memandang wajah suaminya, Tuan Dai Soku.

Ya... Madam Sakura Inn berkahwin dengan Tuan Dai Soku setelah meninggalkan Malaysia bertahun - tahun! Penjodohan itu juga dilakukan oleh mendiang Lady Yei Na Inn atas alasan perniagaan. Tuan Dai Soku juga bukan calang - calang orangnya. Lelaki pertengahan umur 50 - an ini juga berasal dari keluarga kaya yang terkemuka di Jepun ini. Perniagaan chalet dan Perhotelan lelaki itu turut maju sehingga membuka cawangan di negara luar. Seperti Madam Sakura Inn juga, kehidupan lelaki amat perit. Perkahwinan yang berlaku antara lelaki ini dengan wanita naif berasal dari Malaysia turut tidak restui oleh keluarga Tuan Dai Soku. Atas alasan anak lelaki sulung keluarga konglomerat tidak diperbolehkan untuk menikahi wanita dari warga luar!

Tetapi Tuan Dai Soku melanggar nya!

Dia rela meninggalkan kekayaan yang dimiliki demi cinta hatinya! Tuan Dai Soku hampir di buang keluarga! Takdir Tuhan ketika wanita itu sedangkan mengandungkan V, dia telah di kesan menghidap kanser hati tahap terakhir! Dan itu membuatkan seluruh jiwa Tuan Dao Soku remuk! Dan di saat melahirkan V, cinta hatinya telah pergi buat selama - lamanya!

Dan akibat dari masa nya selalu kurang untuk V, anak lelaki nya itu menjadi nakal dan sedikit liar!

Ya... Dia akui... Dia silap dulu kerana memberi hak penjagaan V sepenuhnya pada pembantu rumah! Dan kesannya sekarang... Anak lelaki nya sudah jauh menyimpang!

Dan sekarang, di usia yang semakin menginjak ke senja, hadir seseorang yang mengisi hatinya. Iaitu Madam Sakura Inn!

"Kenapa pandang I macam tu? Apa? I ni handsome sangat ke?" Seloroh Tuan Dau Soku. Genggaman nya pada tapak tangan Madam Sakura Inn dipeeratkan lagi.

"Thanks Dai sebab bela I tadi... I tak tahu nak kata macam mana... Hati I sakit bila diorang meremehkan Dhia macam tu..." Ujar Madam Sakura Inn dengan wajah yang mula mendung.

"Dah... Tak payah nak nangis... Benda dah settle kan... Dah..." Pujuk Tuan Dai Soku.

Ya.. Tuan Dai Soku sudah tahu siapa sebenarnya Delinta pada Madam Sakura Inn. Dia tidak marah. Malah dia pun ada kisah perit yang hampir serupa dengan kisah wanita ini. Dan dia juga menasihati Madam Sakura Inn untuk berjumpa dengan Delinta dan meminta ampun dengan gadis itu!

"Yang penting sekarang... Semua dah settle... Tunggu you and I aje untuk fly ke Malaysia... Okay?" Pujuk Tuan Dai Soku lagi.

Madam Sakura Inn mengangguk mengerti sebelum menyandar kan kepala nya pada bahu Tuan Dai Soku.

Tak sabar untuk dia terbang ke Malaysia.

Wajah lembut dan comel mula terbayang di ruang matanya.

Tapi... Dari sekarang..

Madam Sakura Inn harus mempersiapkan mental kerana Delinta yang sekarang bukan lagi Delinta yang dulu...

Tuan Dao Soku pun ada kisah tersendiri... Patutlah... Dia cakap... V balik tempat asal usul nya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience