BAB 36

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

SYARIKAT YN AUTOMOTIVE

SEMUA AHLI LEMBAGA SYARIKAT MENGALIH PANDANGAN SEBAIK sahaja V mula memasuki bilik mesyuarat dengan diikuti oleh Delinta dari belakang nya.

Reki juga turut mengekori pasangan suami isteri itu. Wajah mereka serta merta terpaku pada pakaian elegan yang di kenakan oleh Delinta itu.

"Minasama ohayōgozaimasu… sukoshi osoku natte shimai sumimasen… mō gozonjidesu yo ne? Chichi to haha ga mada taichō ga sugurezu… to iu koto de, YN Automotive kanren no gyōmu wa tōmen subete watashi ni makaseru koto ni narimashita... (Selamat pagi kepada kamu semua... Minta maaf sebab saya sedikit terlambat datang ke sini... Kamu sedia maklum kan?Yang mama dan Daddy saya masih Tidak Sihat... Jadi mereka berdua menyerahkan segala berkaitan YN Automotive ini kepada saya untuk saya kendalikan buat sementara...)" Ujar V setelah duduk di hadapan para ahli lembaga syarikat ini.

Terlihat wajah beberapa orang ahli lembaga syarikat mula berubah. Dan ada sesetengah nya mula berbisik sesama sendiri.

"Go sankō made ni… watashi no tonari ni suwatte iru josei wa, YN ōtomōtibu no ōnā no chakujo, dhia derinta-sandesu...(Mari saya perkenalkan... Wanita disebelah saya ini adalah anak perempuan sah pemilik syarikat YN Automative ini, Dhia Delinta...)" V turut memperkenalkan Delinta kepada semua ahli lembaga syarikat.

Terlopong mulut mereka semua saat Delinta di perkenalkan di hadapan mereka semua.

" Good morning to all of you.. I would like to introduce myself... I am Dhia Delinta and I am also the legitimate child of the owner of this company YN Automative... Nice to meet you all..." Giliran Delinta pula memperkenalkan dirinya. Dan perkataan 'SAH' itu sengaja ditekan lama. Seolah - olah ingin membakar hati seseorang yang memandang mereka berdua dengan hati yang mula terbakar sejak tadi.

Siapa lagi kalau bukan Tuan Yato Regawa, lelaki berperut gendut itu!

Dengan muka tidak tahu malunya, dia juga turut menyertai mesyuarat itu walaupun surat amaran telah di hantar terhadap dirinya. Tetapi, jiwa tamak nya sentiasa merajai hati sehingga menggunakan kuasa veto nya sebagai salah satu ahli lembaga syarikat. Dan penyudahnya, dia mampu untuk menyelinap masuk ke mesyuarat ini.

"Soshite… koko de happyō shitai koto ga hitotsu arimasu… kono josei… dia derinta wa watashi no seishikina tsumadesu…(Dan... Satu hal yang saya hendak mahu umumkan di sini... Wanita ini.. Dhia Delinta adalah isteri saya yang sah...)"

Dan pengumuman yang di buat oleh V mengejutkan semua yang berada di situ.

"Kare wa nanidesu ka?(Apa yang berlaku ini?)"

"V-san… V-san wa ki ga kurutte shimatta nodeshou ka? V-san wa madamu sakura in to onaji chisuji no josei to kekkon shita yōdesu… madamu sakura in wa V-san no gibo… to iu koto wa kono josei wa V-san no giri no imōto… V-san wa ki ga kurutte shimatta nodeshou ka?(Mr. V... Mr. V dah hilang akal ke? Tergamak Mr. V kahwin dengan perempuan dari darah daging Madam Sakura Inn... Madam Sakura Inn itu adalah mama tiri Mr. V.. Dan bererti perempuan ini adalah adik tiri Mr. V.... Mr. V dah hilang akal ke?) " Salah seorang daripada mereka mula mempertikai kan perkahwinan yang terwujud itu.

Delinta terdiam! Inilah yang dia takuti ketika menjadi isteri sah kepada lelaki ini!

Pertikaian hubungan antara mereka menjadi titik perbualan yang hangat sekarang!

"Dia adalah wanita yang sangat saya cintai... Dan jugalah permata hati saya..." Ujar V dengan nada yang begitu tulus sekali.

Semua yang berada yang berada di situ terkelu dengan ayat lelaki itu kecuali seseorang! Kedengaran ketawa besar nya memenuhi ruang bilik mesyuarat itu!

" Haa? Apa? Cinta? Permata hati? Hahaha... Geli tahu tak hati aku dengar nya! Hei, V? Kau tak rasa malu ke hah kahwin dengan perempuan yang tak tahu asal usul ni? Kau tak takut ke dengan bakal keturunan kau nanti? Kau tak takut ke orang akan mengata tentang bakal keturunan kau nanti? Hei, pakai akal lah sikit! " Cemuh Tuan Yato tanpa bertapis.

V yang mendengar ayat Tuan Yato itu sudah tersenyum sinis!

"Siapa yang izinkan kau untuk sertai semua dalam bilik mesyuarat ini?" Sinis V menyoal.

Tuan Yato yang mendengar ayat V sudah berubah wajah.

"Eh, suka hati aku lah untuk aku berada dekat sini pun... Kau dah lupa ke yang aku ni salah seorang ahli lembaga syarikat... Ke kau dah bodoh dan bengap tak ingat semua tu?" Tuan Yato masih lagi mahu mempertahankan posisi diri nya sebagai salah satu ahli lembaga syarikat.

"Kau yakin ke yang kau masih lagi sandang jawatan tu?" Soal V lagi sebelum mencampakkan beberapa buah fail di hadapan kesemua ahli lembaga syarikat yang berada di dalam bilik mesyuarat itu!

"Kau ingat... Kau boleh terlepas macam tu sahaja? Come on, Yato Regawa... Kau dah banyak buat tahi dekat syarikat ni... Kau cuba nak gunakan kuasa kau yang tak seberapa tu untuk kaut semuanya... Kau lupa ke yang kau tu siapa sebenarnya sebelum ini?" V mula menekan asal usul siapa Yato Regawa sebenarnya. Panggilan hormat pada lelaki itu sudah hilang serta merta!

"Kau tu sebenarnya lelaki yang tiada apa - apa... Kau pencundang! Syarikat yang kau bina langsung tidak berjaya... Kau cuba nak tamatkan riwayat kau sendiri bila semua nya gagal... Tapi hidup kau berubah bila mendiang Lady Yei Na dan suaminya ambil kau... Pelihara kau... Ubah cara hidup kau... Bantu kau untuk bina balik apa yang dah hancur... Tapi... Kau... Berpaling tadah... Kau cuba nak kaut dan ragut semuanya... Kau cuba nak bunuh mama dan Daddy bila mereka tahu rancangan busuk kau! Kau juga cuba nak bunuh aku dengan Dhia bila kau dapat tahu Dhia siapa pada mama... Kau memang busuk hati kan!"

Akhirnya, kehidupan Tuan Yato sebelum ini terungkap juga!

Tuan Yato yang mendengar ayat V sudah ketawa terbahak - bahak!

" Ya... Aku memang pecundang! Busuk hati! Tamak haloba! Tapi... Kau ada bukti ke untuk dikaitkan dengan aku dalam kemalangan menimpa mama dan daddy kau tu? Apa kau cakap tadi? Ada orang nak cuba bunuh budak ni? Come on, V... Tiada siapa yang nak tamatkan umur budak tak tahu asal usul ini! " Tak habis - habis Tuan Yato mencemuh Delinta! Sinis sekali dia Delinta saat ini!

Serentak itu juga, orang bawahan V membawa masuk seseorang yang amat dikenali oleh Tuan Yato. Apalagi, terbuntang luas bebola mata lelaki tua berperut gendut itu melihat orang upahannya sudah berada di dalam genggaman V!

"Kau cakap tiada buktikan? Ni... Bukti yang kau sangkalkan tadi..." Lelaki itu dibuat melutut di hadapan mereka yang lain. Terus riuh rendah ruang pejabat itu dengan suara - suara mereka di situ. Lebih - lebih lagi melihat wajah lebam dan palitan darah terbit di wajah lelaki itu.

"Sekarang... Aku nak kau cakap dengan jelas dan terang... Siapa orang yang upah kau untuk langgar kereta yang Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku naik..." V mula menekan soalan pada lelaki itu.

Lelaki itu memagung kepalanya dan bebola matanya tajam menikam wajah Tuan Yato yang sudah tidak keruan!

"Yato regawa-shi… kare wa, madamu sakura in to dai Soku-shi ga notte ita kuruma o butsukeru yō watashi o yatotta jinbutsudesu. Soshite, kare wa mata, dia derinta-san o utsu yō watashi o yatoimashita… nazenara, kare ni totte… dia derinta-san wa, kaisha no rieki o nusumi, yokodori shiyou to suru kare no doryoku ni okeru saidai no shōgaidakaradesu.(Tuan Yato Regawa... Dia yang upah saya untuk langgar kereta yang di naiki oleh Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku.. Dan dia juga upah saya untuk tembak Cik Dhia Delinta... Sebab bagi dia... Cik Dhia Delinta lah penghalang utama dalam usaha dia untuk songlap dan kaut keuntungan syarikat.)"

Akhirnya, segala apa yang Tuan Yato Regawa buat akhirnya di ketahui semuanya!

Makin membingit suasana bilik mesyuarat dengan suara riuh rendah dari ahli lembaga syarikat.

"APA semua ni? Kenapa jadi macam ni?" Suara bisikan demi bisikan mula menular. Bebola mata mereka terus terarah pada Tuan Yato yang makin sudah tidak keruan!

Kelakuan nya persis cacing kepanasan!

Dia mula mengeluarkan sesuatu dari poket belakang dan,

BAMM!!

Senjata api itu mula memuntahkan pelurunya dan terus meluru laju ke arah lelaki yang di upah nya itu.

Zapp!!

Peluru itu langsung mengenai kepala lelaki itu dan serta merta lelaki itu terlentang ke belakang dengan mata membuntang luas!

"ARGHHHH!!!!" Jeritan dari para ahli lembaga syarikat mula kedengaran! Mereka mula berpusu - pusu keluar dari ruangan tersebut. Serta merta bangunan YN Automative menjadi kelam kabut seketika!

Tuan Yato Regawa sudah seperti orang kurang siuman!

Dia mula meliar kan tembakan nya di serata arah!

Peluru demi peluru terbenam di serata dinding bilik mesyuarat itu!

V mula memeluk Delinta dari tembakan rambang yang di buat oleh lelaki gila berperut gendut Itu! Lelaki ini memang sudah gila!

Reki pula cuba untuk menghentikan tindakan gila lelaki berperut gendut ini! Senjata api di tangan di genggam erat.

Tapi Reki terkhilaf seketika! Salah peluru tembakan rambang yang dibuat oleh Tuan Yato berjaya menggores lengan nya dan dia tersungkur di sisi V dan Delinta.

Delinta sudah teresak - esak di dalam dakapan V.

"Naze kakurete iru nda? Yūki ga arunara… hangeki shite miro! Hikyō-sha-me! (Korang buat apa menyorok? Kalau berani... Mari lah lawan aku balik! Pengecut!)" Jerit Tuan Yato kurang siuman!

Habis ruang bilik mesyuarat itu di kerjakan oleh nya!

V dan Reki tidak mengendahkan ayat lelaki gila itu! Mereka cuba cari cara untuk melepaskan diri dari cengkaman lelaki gila ini! Mereka bertiga mencuba untuk menyelinap keluar dari ruangan itu.

Tetapi rancangan mereka berjaya di kesan oleh Tuan Yato. Lelaki itu pantas menghunus senjata api nya ke arah mereka tanpa teragak. Picu di tarik rakus!

BAMM!!

Bunyi tembakan mula kedengaran lagi!

Delinta menjerit nyaring dengan tangannya mula menutup kedua - dua belah telinga nya. V sekali lagi memeluk tubuh kecil Delinta ke dalam dakapannya untuk melindungi kesayangannya Ini dari tembakan yang di buat oleh Tuan Yato.

"Arghhhh!!!!" Jeritan nyaring Tuan Yato mula kedengaran sebelum dia terjelepok di atas lantai dengan lengan nya berdarah. Senjata api yang berada di tangan nya tercampak jauh!

V pantas berpaling ke belakang bila menyedari peluru dari senjata api milik Tuan Yato langsung tidak mengenai tubuh mereka sebalik nya tubuh lelaki berperut gendut itu sudah berada dalam kawalan dua orang anggota polis.

"Watashi wa warukunai! Hanashite! Hanashite yo! ( Aku tak salahlah! Lepaskan aku! Lepaskan aku!)" Teriak Tuan Yato serupa orang kurang siuman.

Dua anggota polis itu tidak mengendahkan karutan Tuan Yato itu. Tubuh lelaki berperut gendut itu mula di bangunkan sebelum mula di bawa keluar.

" Omaera wa anshin shiteru to omotteru no ka…?
Chigau! Omaera wa isshō anzen nanka ja nai…!
Hontō ni baka da na! Kuso! Aho-domome!
Ore no mukui o matttero! Jigoku ni ochiro!(Engkau orang ingat.. Engkau orang selamat.. Tak! Engkau orang tak selamat selamanya... Engkau orang memang bodoh! Sial! Bangang! Tunggu pembalasan aku nanti! Jahanam!) " Sumpah Tuan Yato lagi.

V dan Reki hanya memerhati sahaja sumpah seranah lelaki berperut gendut itu. Dan bebola mata V mula terpaku pada dua batang tubuh yang amat di kenali berdiri di muka pintu sebaik sahaja lelaki berperut gendut itu bawa keluar oleh dua anggota polis tadi. Carut an dan sumpah seranah dalam bahasa Jepun masih berlanjutan kedengaran di luar ruang bilik mesyuarat.

Bebola mata V sekali lagi terpaku pada wajah tegang milik Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn yang turut memandang tajam ke arah dirinya.

Dakapan nya pada Delinta sudah pun di leraikan!

Wajah wanita itu sudah kelihatan pucat sekali!

Delinta mula merasakan pandangan mula berpinar! Dia ingin bangun tetapi tidak berjaya bila pandangan mula berbalam sebelum dia terjelepok jatuh kembali ke dalam dakapan V. Delinta pengsan dan tidak sedarkan diri!

"Sayang!"

"Dhia!"

Suara V, Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn mula bergabung serentak!

Sayang?

Wajah Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn semakin menegang bila panggilan itu keluar dari mulut V untuk Delinta!

Apa maksudnya semua ini?

Apa yang berlaku antara V dengan Delinta sebenarnya?

Halo... Bab 36 sudah update... Kita akan ke bab seterusnya... Minta maaf ya sebab lambat update atas kerja hakiki yang semakin menimbun... Maklumlah... Akhir tahun kan... Begitu lah kerja kami ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience