BAB 16

Drama Completed 4781

MALAYSIA

RINGGG!!! RING!!

BUNYI JAM DARI telefon pintar mengejutkan Delinta yang sedang lena. Perlahan tangan gadis itu mencapai telefon pintar di atas meja kecil di sisi katil. Telefon pintar itu di tala ke mukanya.

6.50 pagi!

Dia kembali meletakkan telefon di atas meja. Dia mula menggeliat dengan menguap lebar. Rambut nya yang sudah macam penyapu itu di gosok perlahan. Sekali imbas macam nenek sihir dalam cerita dongeng!

Itu lah rutin pagi nya setelah berpindah masuk ke dalam vila mewah lelaki ini sejak seminggu yang lepas.

Nama aje vila ni besar, tapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Yang ada pun, sekadar singgah sahaja sebelum keluar balik. Dah macam hotel aje di buat rumahnya ini. Tapi elok juga... Tak lah dia asyik menghadap muka si anak beruang tu nanti!

Dia mula menuruni katil. Tuala yang berada di penyidai di capai sebelum berlalu ke bilik mandi. Nasib lah bilik yang di huni ini ada bilik air khas. Kalau tak, canggung jadinya!

SELESAI MANDI DAN BERSIAP, dia mula menuruni tangga menuju ke arah ruang tamu. Dia mula mengelilingi sekitar ruang tamu itu. Rumah ini sungguh mewah dan besar. Ada tiga tingkat semuanya. Siap ada lif lagi. Dan rumah sebesar ini hanya di huni oleh si anak beruang itu seorang? Tak bosan ke dia? Dia yang duduk hampir seminggu di sini pun dah terasa sangat bosan!

"Eh, Cik Dhia..." Sapa Reki yang baru muncul dari ruang belakang.

Kelihatan lelaki itu menyapu tangannya yang sedikit berhabuk!

"Oh, Hai..." Jawab Delinta dengan senyuman manis nya.

"Awak buat apa dekat belakang tu, Reki?" Soal Delinta.

"Oh... Ya kemas stor dekat belakang tu... Bos yang suruh kemas kan.." Beritahu Reki.

Delinta hanya mengangguk sahaja.

Kadang - kadang dia kesian juga dengan si Reki ni! Semua benda dalam rumah ni dia buat! Carilah pembantu ke, tukang kebun ke? Ini tak... Asyik nak mengharapkan lelaki ini sahaja... Ingat si Reki ni robot AI ke?

Nak mengharapkan si anak beruang tu nak buat? Tak payah? Kucing tumbuh tanduk pun tak di buatnya! Pemalas!

"Awak dah sarapan ke belum? Kalau tak... Saya boleh buatkan..." Pelawa Delinta kepada Reki.

"Boleh juga... Lagipun saya belum sarapan lagi tadi..." Balas Reki.

Maka dengan itu, Delinta memulakan membuat sarapan pagi.

"Bos awak pergi mana Reki? Tak nampak pun dari tadi.." Soal Delinta ketika mereka berdua menikmati sarapan. Pancake dengan hot chocolate! Kombinasi yang baik dan pas di mata Reki. Hmm... Boleh tahan juga pancake yang di buat oleh gadis ini! Kena dengan selera dia.

"Ooo... Bos keluar kejap... Ada urusan yang dia kena settle..." Jawab Reki.

"Habis tu... Awak tak ikut dia sekali ke? Selalu nya awak dengan dia dah macam belangkas..."

"Dia suruh saya stay dekat rumah aje... Tolong Cik Dhia kemas rumah... Hari ni kan hari hujung minggu... Lagipun, dia kata... Kesian dekat Cik Dhia kemas rumah sorang - sorang..." Jawab Reki lagi.

Hmmm... Baik pulak hati si anak beruang ni! Detik hati Delinta dengan hati yang mula curiga. Tak pernah - pernah si anak beruang ni menyuruh orang lain membantu diri nya untuk membersihkan rumah. Macam ada udang di balik batu pula!

"Hmm... Reki... Kalau saya nak tanya sesuatu dekat awak boleh tak?" Soal Delinta setelah mereka kembali menyepi kan diri tadi.

"Cik Dhia nak tanya apa?"

"Si V tu macam mana dengan karakter dia? Orang nya macam mana?" Soal Delinta dengan nada yang agak ragu - ragu. Kalau di depan Reki, Delinta hanya memanggil nama lelaki itu dengan panggilan V. Hanya di hadapan lelaki itu sahaja dia panggil dengan panggilan Encik V.

" Maksud Cik Dhia macam mana? " Reki pula menyoal.

"Hmm... Maksud saya... Betul ke dia tu berasal dari Jepun... Sebab saya tengok dari gaya percakapan dia... Cara dia... Macam dia ada darah Campuran..."

"BOS tu memang ada darah Campuran pun... Campuran Malaysia - Jepun... Ayah bos orang Jepun dan arwah ibu bos tu asal Malaysia..."

Membulat mata Delinta mendengar kebenaran tentang V itu dari mulut Reki.

Wah? Serius lah! V ada darah Campuran Malaysia - Jepun? Sama macam dirinya! Patutlah rupa parasnya agak unik! Dah Delinta, tak payah nak memuji melebih sangat!

" Tadi awak cakap... Arwah ibu V... Ibu dia dah meninggal ke? "Soal Delinta lagi.

Reki mengangguk perlahan.

" Tapi macam mana V boleh bercakap dalam bahasa Malaysia... Macam awak dengan saya sekarang?" Makin galak gadis ini mengorek perihal hidup V.

"Kami ada belajar bahasa asing selain dari bahasa ibunda kami.... Kebetulan bos ni ada darah campuran... Tak jadi masalah untuk dia menguasai Bahasa Malaysia ni..." Delinta mengangguk mengerti.

"Maaf kalau saya tanya sekali lagi... Bos awak ni jenis... Macam mana nak cakap ya..." Teragak - agak Delinta mahu meneruskan soalan nya. Takut jadi lain pula nanti!

"Jenis macam mana maksud Cik Dhia?"

"Err... Macam mana nak cakap ya..." Delinta sudah menggaru belakang kepala nya.

Reki yang melihat wajah Delinta yang teragak - agak sudah mula menangkap!

"BOS tu sebenarnya bukan kaki perempuan pun... Cuma dia kuat minum sahaja... Masa dekat Jepun dulu... Ada aje dia suruh perempuan pelayan masuk dekat bilik vip... Tapi dia tak buat apa - apa pun dekat perempuan tu... Just suruh temankan dia aje... Atau pun suruh berkaraoke... "Akhirnya, Reki membuka cerita tentang V.

Ya... Ada benar tentang perihal si V ini... Pernah sewaktu Reki mahu melapor kan perihal pengintipan dia terhadap Delinta dua tahun lepas, dia hanya menyuruh sahaja gadis pelayan itu memasuki bilik vip tanpa berbuat apa - apa! Di mata orang, dia di label sebagai seorang kasanova dan sukakan kemewahan dan keseronokan. Padahal itu bukan dirinya yang sebenar!

Malah di mata Tuan Dai Soku, dia di label anak yang kurang adab! Tetapi lelaki itu langsung tak kisah! Biar lah orang melabel dirinya berdasarkan luaran sahaja! Orang takkan pernah tahu apa yang terbuku di isi hati V! Dan hanya Reki sahaja yang tahu diri V yang sebenar!

Terdiam Delinta saat mendengar penerangan dari Reki tentang kehidupan V.

Dia masih tak percaya dengan kata - kata Reki ini... Tetapi bila melihat kesungguhan Reki bercerita perihal V... Sedikit demi sedikit dia hatinya mula percaya... Tak sangka rupanya... Lelaki di lihat seperti kasanova dan perangai sebegitu... Rupanya itu bukan dirinya yang sebenar! Seperti apa agaknya sikap sebenar si anak beruang ini!

"Kenapa Cik Dhia tanya? Cik Dhia berkenan dengan bos ke?" Sakat Reki.

Uhukk!! Uhukk!!

Terus terbatuk Delinta bila di sakat oleh Reki sebegitu!

"Hish awak nikan! Mana ada! Takkan saya nak berkenan dengan si anak beruang tu!" Terus Delinta menekup mulut bila menyedari yang dia telah terlepas kata di hadapan Reki.

"Apa dia? Anak beruang?" Dahi Reki sudah mula berkerut.

"Erghh... Saya dah habis makan... Awak habiskan semua ya..." Terburu - buru Delinta membawa pinggan dan cawan ke singki. Tak mahu berlama - lama dia di situ. Karang si Reki ini tanya macam - macam pula!

Si Delinta ni pun satu! Kenapalah mulut tu boleh terbabas panggil nama 'timangan' si V itu di hadapan Reki ini. Buatnya sampai ke telinga si V itu nanti, tamatlah riwayat dia!

Reki yang melihat sikap kelam kabut Delinta itu hanya tersenyum kecil sahaja.

Anak beruang? Comel juga nama 'timangan' bos itu!

"DAH SIAP KEMAS KE, Reki?" Soal V sebaik sahaja melihat kelibat V memasuki apartmen mewah miliknya ini.

Eh? Kenapa V ada di sini dan bukannya di vila?

Sebenarnya, V sengaja menyuruh Delinta untuk berpindah masuk ke dalam vila itu adalah untuk keselesaan gadis itu sendiri! Dan vila itu juga bukan kepunyaan nya. Vila itu adalah kepunyaan Delinta tanpa pengetahuan gadis itu sendiri. Dia buat semua ini adalah atas arahan dan perintah dari ibu Delinta sendiri, Madam Sakura Inn. Itu salah satu pemberian wanita itu untuk menebus dosanya pada Delinta.

Dan sekarang, dia sedang bersantai di apartmen mewah nya!

"Dah... Lagipun... Cik Dhia tengah bercuti hujung minggu kan... Jadi senang sikit untuk bersihkan vila..." Beritahu Reki lagi.

"Errr... Bos... Saya nak tanya sikit boleh?"

"Kau nak tanya apa?"

"Kenapa bos stay dekat sini? Kenapa bos tak stay aje dekat vila tu... Kesian saya tengok Cik Dhia sorang - sorang.."

V mengeluh perlahan.

"Aku bukan tak nak duduk sana... Tapi vila tu bukan kepunyaan aku... Aku just hanya jaga nya sahaja sebelum tuan nya yang asal datang menetap... Lagipun.. Kau tahu kan status aku dengan dia macam mana... Sekarang memang lah tak nampak kesannya... Tapi kalau suatu hari nanti dia tahu apa hubungan dia dengan aku... Agak - agak... Dia nak stay lagi ke dekat vila tu?"

Terdiam sejenak Reki dengan ayat V ini. Ya... Sekarang memang tidak nampak kesannya. Tapi kalau Delinta tahu akan perkara sebenar, adakah gadis itu akan betah lagi berdiri di sisi V ini!

"Bos ada perasaan ke dekat Cik Dhia?" Tiba - tiba Reki menyoal dari landasan asal.

Tersentak V saat mendengar soalan maut dari si Reki ini.

"Apa soalan kau ni?"

"Tak... Saya just tanya aje... Takpelah... Saya keluar dulu..." Usai berkata, Reki pantas keluar dari bilik kerja lelaki ini.

Hilang sahaja kelibat Reki, V kembali termenung!

Dia ada perasaan dekat Delinta? Sejak bila dia ada perasaan dekat gadis itu?

Ya... Ada sudah lama ada perasaan dengan gadis ini sejak kejadian yang menimpa gadis itu dua tahun lalu sewaktu di Jepun.

Tapi rasa suka dan sayang itu dipendam kerana memikirkan status dirinya dengan Delinta saat itu!

Tapi bolehkah dia menyatakan rasa cinta nya nanti andai Delinta tahu siapa dirinya pada gadis itu?

Dia mengeluh perlahan!

Yang pasti... Lambat laun Delinta akan tahu rahsia ini nanti!

Kesian kan V... Nak diluah mati emak, di telan mati bapak... Begitulah apa yang di rasa oleh V saat ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience