BAB 4

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

PINTU BILIK YANG DI BUKA KASAR DARI LUAR MENYEBABKAN V yang ketika itu sedang menyarung kemeja ke tubuh nya yang sasa terhenti. Kepala nya pantas di toleh ke arah pintu biliknya. Terserlah wajah tegang seorang wanita berdiri di hadapan pintu biliknya.

Tersungging senyuman sinis di bibir nya sebaik sahaja melihat wanita itu.

"Ada apa untie terjah masuk bilik I ni?" Soal V dengan nada selamba. Butang baju kemeja hitamnya di kancing satu persatu sambil menghadap cermin di hadapan.

Wanita itu tidak menjawab soalan V sebalik nya dia terus melangkah menuju ke arah lelaki itu.

"Untie dengar kau akan ditukarkan ke Malaysia.. Kau dah habis fikir ke untuk stay di Malaysia?" Wanita itu bertanya kepada V.

V menoleh perlahan, memandang wanita itu melalui pantulan cermin. Sebelah keningnya terangkat, ekspresi wajahnya kekal tenang walaupun soalan yang diajukan cukup berat untuk seorang sepertinya.

“Kenapa, untie happy ke kalau I duduk Malaysia?” soal V, senyumannya masih menghiasi bibir. Tangannya mencapai jam tangan perak dan dipasang kemas pada pergelangan tangan kiri.

Wanita itu, Madam Sakura Inn, ibu tirinya menarik nafas panjang menahan sabar.

“Ini bukan soal happy atau tak happy. Tapi yang kau nak stay tu Malaysia.. Luar dari Osaka.. Kau dah habis fikir ke untuk stay dekat tempat orang?"Soal Madam Sakura Inn lagi. Dan itu membuatkan V menghentikan seketika aktivitinya.

V berpaling sepenuhnya kini, bersandar pada meja, kedua-dua tangannya menyilang dada. Anak matanya yang tajam memandang terus ke arah Madam Sakura Inn yang turut memandangnya tajam.

“I bukan budak mentah, untie. I boleh aje hidup dekat mana - mana tempat. Terutama, Malaysia. I lagi suka..,” balasnya dengan penuh bermakna.

Madam Sakura Inn mengetap bibir. Dia tahu V bukan jenis yang mudah dipujuk bila keputusan sudah dibuat. Dia tidak tahu apa Tuan Dai Soku buat terhadap lelaki ini sehingga lelaki ini bersetuju dengan mudahnya.

“Kau yakin ke dengan keputusan kau ni V? Kau tak akan menyesal ke nanti?" Tak henti - henti Madam Sakura Inn mengasak soalan demi soalan kepada V.

"Nope.. I takkan menyesal... Lain lah kalau I ada jumpa sesuatu yang buat orang tu gelisah macam cacing kepanasan kan?" V menghantar peluru berpandu kepada Madam Sakura Inn sehingga membuatkan wajah wanita itu berubah kelat. Tersenyum sinis V melihat reaksi spontan wanita ini.

Liar! Cemuhnya di dalam hati.

"Okaylah, untie.. I malas dah nak bahas benda ni lagi.. I tetap dengan keputusan I.. Jadi I keluar dulu.. Opss... Sebelum tu, jangan lupa keluar dari bilik I ni.. Takut nanti 'husband' untie tu salah faham pulak.. Tak pasal - pasal nama untie tercemar gara - gara benda ni nanti! " Selar V selamba sebelum melangkah keluar dari kamar mewahnya. Fuh! Tak berhenti peluru berpandu V bagi dekat Madam Sakura Inn.

Madam Sakura Inn yang mendengar sindiran demi sindiran dari anak tirinya sudah mendengus geram!

Rancangan nya untuk menghentikan V pergi ke malaysia tidak berjaya. Dan ternyata, V bukanlah lelaki yang mudah untuk di tundukkan!

Tak boleh jadi ni! Dia kena cari cara lain! Tak sanggup dia kalau V sudah berada di Malaysia nanti! Dia takut, yang sejarah silam nya di Malaysia akan sampai ke pengetahuan anak tiri nya itu!

Dia bergegas keluar dari kamar V sebelum kaki nya pantas menuruni anak tangga menuju ke ruang bawah. Dia tidak sedar yang perlakuan itu menjadi tatapan mata helang Tuan Dai Soku. Dan wajah tegang mula menghiasi wajah lelaki pertengahan usia 50 - an itu.

"INI DIA YANG BOS suruh saya siasat!"

Reki, orang bawahan V, atau nama penuhnya, Varyan Soku menghulurkan sebuah sampul surat kepada majikannya itu. Suasana riuh di kelab malam langsung tidak mengganggu konsentrasinya saat itu.

V menyambut pantas sampul surat itu sebelum tangan nya mula menyeluk kedalam untuk melihat isinya.

Dua helai surat berwarna putih dan tiga keping gambar di keluarkan dari sampul surat itu. Surat berwarna putih di bawa menghadap ke wajahnya manakala tiga keping gambar tadi di letakkan di atas meja seketika.

Mujur juga mereka sekarang berada di bilik yang di khas untuk VVIP. Dan itu memudahkan dia untuk menghadam semua ini.

"Jadi sebelum ni, dia pernah berkahwin dengan lelaki Malaysia lah ya?" Soal V kepada orang bawahannya. Bebola matanya masih lagi ralit meneliti isi kandungan surat itu.

"Ya bos.. Tapi itu hanya sekejap sahaja.. Selepas dia melahirkan seorang bayi perempuan, dia meninggalkan anak nya itu dan kembali semula ke Osaka.."

V tidak menjawab. Kertas yang berada di tangan di letakkan di atas meja sebelum tiga keping gambar yang berada di atas meja di ambil. Satu persatu figura di dalam gambar itu di perhati. Seorang wanita dewasa, seorang gadis muda dan juga seorang lelaki pertengahan usia 50 - an menjadi tatapan mata helang nya.

"Berapa tahun dah dia menghilangkan diri dari Malaysia?" Soal V lagi.

"Lebih kurang 20 tahun yang lepas, bos."

"Dua puluh tahun.." V terangguk - angguk. Gambar gadis muda itu di teliti lagi.

"Kalau dah dua puluh tahun lepas.. Dah tentu sekarang budak ni dah besar... Dah remaja.." Ujar V lagi.

"Kau boleh pergi sekarang!" Arahnya pada Reki. Reki mengangguk mengerti sebelum berlalu keluar dari bilik VVIP itu. Tinggallah V sendirian sambil memerhati lagi figura gadis muda itu.

Wiski yang berada di dalam gelas mula di sua ke arah mulutnya. Sekali teguk sahaja, wiski itu sudah kosong. Botol wiski di capai sebelum dia kembali memenuhi gelas yang kosong itu tadi.

"Tak sangka rupanya kau dah pernah kahwin lain dan ada anak.. Cantik pulak tu!" V mula bermonolog sendirian. Patutlah beria sahaja menghalang dirinya dari pergi ke Malaysia. Ini rupa penyebabnya!

Gelas telah sudah terisi dengan wiski tadi teguk rakus.

Sakura Inn!

Kisah silam kau akan kembali menghantui diri kau! Desis V di dalam hati. Sengihan jahatnya mula bergayut di bibirnya sebelum gelas berisi wiski di teguk untuk sekian kalinya!

V dah tahu kisah silam madam Sakura Inn... Adakah tuan dai Soku pun akan tahu jugak nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience