Completed
4781
TAHUN 2001...
MALAYSIA
"UWERKKK!!!UWERKK!!"
Tangisan bayi yang baru lahir menyebabkan suasana di hospital yang hening itu menjadi riuh rendah. Kelihatan wajah cemas seorang lelaki yang sedari tidak keruan mula beransur lega.
Hatinya semakin lega dan ceria bila seorang jururawat mula memberi tubuh bayi yang mungil dan kecil itu ke dalam kendongannya. Menitis air matanya melihat wajah comel anaknya ini.
Jururawat yang bertugas tadi terus berlalu pergi dari situ dan memberi ruang pada si ayah untuk menyambut kelahiran anaknya.
"Cantikkan dia... Macam muka awak.." Ujar lelaki itu sambil tersenyum kecil pada wanita yang sedang bersandar pada kepala katil. Wanita itu hanya mengangguk perlahan dengan senyuman terpaksa.
Senyuman paksa?
Ya, senyuman itu bukan senyuman bahagia. Ia senyuman yang penuh kepalsuan—seolah memaksa diri untuk menyambut saat yang sepatutnya menjadi kenangan terindah. Di sebalik pandangan mata yang kabur dek peluh dan keletihan, wanita itu menyimpan seribu satu rahsia. Rahsia yang tidak pernah mampu dikongsi... hatta dengan lelaki yang kini sedang mendukung anak mereka penuh harapan.
"Dhia Delinta.." Sebaris nama di sebut oleh lelaki ini.
"Huh? Apa?"
"Saya nak namakan anak kita Dhia Delinta.. Cantikkan nama itu. Semoga anak babah sentiasa berada dalam Tuhan." Ujar lelaki dengan nada ceria sebelum ubun - ubun bayi perempuan itu di kucup perlahan.
Dhia Delinta... Dhia Delinta... Berkali - kali nama itu meniti di bibirnya.
Wanita itu hanya tersenyum nipis sahaja. Tiada langsung riak bahagia atau pun gembira dengan nama yang baru di beri oleh suaminya tadi pada bayi perempuan mereka.
Hanya tatapan tajam sahaja yang dia hadiahkan pada bayi perempuan yang berada dalam kendongannya suaminya.
Sesuatu yang jahat dan aneh mula berlegar di fikirannya.
Matanya mula berkaca sebelum berpaling ke arah lain dengan cepat. Tak sanggup dia mahu melihat nama si kecil menjadi mainan mulut suaminya.
Dia harus pergi! Dia harus keluar dari sini! Dia tidak sanggup lagi mahu menghadapi semua ini lagi!
Berkenaan Dhia Delinta..
Dia yakin yang lelaki itu akan menjaga bayi mereka itu dengan penuh kasih sayang.
Dan di sinilah perjalanan hidup Dhia Delinta bermula!
Hi... Kali ni sis datang dengan novel baru... DHIA DELINTA
Share this novel