Completed
4781
MALAYSIA
TANGAN MADAM SAKURA INN yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan terhenti sebentar saat telinganya mendengar pintu utama apartmen di buka oleh seseorang dari luar.
Matanya terarah pada kelibat yang sangat di kenali sedang menuju ke arah dirinya. Siapa lagi kalau bukan si V!
V melangkah pelahan menuju ke arah meja makan. Dan kebetulan dalam waktu yang sama, Tuan Dai Soku juga baru keluar dari bilik. Kelihatan sedikit segar wajah lelaki yang berumur itu. Dia juga turut melangkah menuju ke meja makan.
"Mari makan, V.." Pelawa Madam Sakura Inn.
V dan bapanya sama - sama melabuhkan punggung di atas kerusi. Bebola matanya pantas meliar melihat makanan yang di hidang oleh ibu tirinya ini.
Tonkatsu (daging ayam bersalut serbuk roti yang digoreng rangup ,Purin (puding karamel ala custard), dan Napolitan (Spaghetti Jepun gaya barat). Dan semua makanan yang di hidangkan ini semua mix ala - ala barat. Dan makanan ini jugalah yang dia selalu makan sewaktu berada di Jepun dulu. Berbeza sungguh masakan Madam Sakura Inn ini dengan masakan Delinta yang dia rasai semalam.
Nasi putih, sayur campur tumis sos tiram, sotong masak kunyit dan paling tidak boleh di lupakan adalah sup ayam special buatan Delinta. Sungguh menyelerakan walaupun dia pertama kali merasa! Dan sungguh! Masakan Delinta terus mengenai selera dan tekaknya! Delinta kata, sup ayam special itu adalah resepi dari arwah bapanya.
Cukup dia menikmati masakan Delinta semalam sehingga dia tidak sedarkan yang dia telah menghabiskan dua pinggan nasi. Tiada masakan dan makanan mewah yang selalu dia makan sewaktu bertemu dengan client atau ada urusan di luar.
Cukup sekadar bersederhana sahaja saja. Itu yang selalu di katakan oleh Delinta.
"V? Kenapa termenung tu? Tak nak makan ke?" Tegur Madam Sakura Inn dengan nada lembut pada anak tirinya ini.
V yang tersedar dengan teguran ibu tirinya pantas menggeleng kan kepalanya.
"Mama dengan daddy makanlah... V masih kenyang lagi..."
Madam Sakura Inn hanya menjongket bahu nya sebelum dia turut menyertai suaminya. Napolitan di suap perlahan - lahan ke mulutnya.
"Mama... V nak tanya... Perlu ke mama buat semua ni?" Terhenti suapan Madam Sakura Inn saat mendengar soalan V ini.
"Maksud V apa? Mama tak faham.."
"Perlu ke mama munculkan diri semula depan dia... V tak sanggup tengok derita dia kembali lagi nanti, Ma..."
Madam Sakura Inn yang mendengar itu sudah meletakkan kembali garfu nya di atas meja.
"V... Mama just nak minta maaf dekat dia... Mama akui... Mama bukan seorang ibu yang baik... Mama sanggup membuang permata yang sepatut nya mama jaga hanya kerana status, pangkat dan harta... Dan mama sanggup buat satu dokumen untuk memutuskan pertalian darah antara dia dengan Mama... " Akhirnya satu rahsia yang dia simpan selama ini terbongkar di hadapan Tuan Dai Soku dan V.
"What's? Are you crazy, Sakura?" Hampir melengking suara Tuan Dai Soku saat medengar kenyataan yang baru keluar dari mulut isterinya ini.
"What are you doing, Ma? Kenapa mama sanggup buat macam tu?" V sudah mengekuh keras medengar pengakuan Madam Sakura Inn itu.
"Waktu tu mama ingat... Dia datang ke Osaka cari mama hanya semata - mata mahu kan bahagiannya dalam perwarisan harta... Mama takut yang orang akan tahu siapa dia pada mama.. Jadi mama buat satu dokumen untuk buat dia takkan cari mama lagi.. Mama ugut Dhia... Yang mama akan hancurkan hidup dia kalau dia tak sign surat tu... Dan Dhia pun mengangguk faham... Dia sign dekat dokumen tu... Wajah dia sayu saat itu... Tapi mama keraskan hati... Tak mahu terima dia... Dan sekarang... Mama menyesal sangat... Mama menyesal dengan apa yang mama dah buat dekat Dhia... " Madam Sakura Inn susah mula teresak - esak. Tuan Dai Soku sudah terkunci mulutnya. Tidak tahu mahu berkata apa lagi dengan kejahilan isterinya ini.
V juga turut bereaksi seperti bapanya. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia terkedu dan terkelu dengan kenyataan ibu tirinya ini. Sanggup buat dokumen semata - mata memutuskan pertalian darah antara mereka. Belum pernah dia jumpa ibu sekejam ini! Walaupun dia sendiri kadang kala dia berkurang ajar pada bapanya, Tuan Dai Soku. Tetapi hormat nya pada lelaki selaku bapanya masih menebal. Dan Madam Sakura Inn lah wanita yang pertama yang dia jumpa dan ibu yang pentingkan diri sendiri!
"V tak tahu nak kata apa... V keluar dulu..." Ujar V sebelum bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus berlalu dari apartmen mewah nya ini. Niat hanya mahu slow talk dengan ibu tirinya ini tidak tidak kesampaian bila Madam Sakura Inn membuka cerita seperti ini.
Madam Sakura Inn masih teresak - esak di tempat duduk nya. Dan Tuan Dai Soku juga turut berdiam diri di meja makan.
SUASANA DI KELAB MALAM TERKEMUKA DI IBU KOTA KUALA LUMPUR LANGSUNG tidak menganggu konsentrasi nya yang sedang sibuk meneguk arak.
Pengakuan yang di buat oleh ibu tirinya tadi masih - masih terngiang - ngiang di telinga nya. Sanggup seorang ibu berbuat begitu pada anaknya yang tidak bersalah. Seperti apa yang di katakan tadi. Walaupun dia agak liar, nakal, tidak dengar cakap... Tuan Dai Soku masih menerima dirinya dan dia masih menghormati lelaki itu sebagai Bapanya. Arak diteguk.
Sekilas reaksi sedih dan kaku milik Delinta yang berjalan di dalam hujan dua tahun lepas tiba - tiba terlayar di ruang matanya. Dan sekilas juga dirinya membawa pergi gadis itu ke tempat nya.
IMBAS KEMBALI
DUA TAHUN LALU
OSAKA, JEPUN
HUJAN YANG membasahi bumi Osaka sudah mulai berhenti. Sebuah kenderaan mewah memasuki satu kawasan yang di penuhi dengan pokok buluh yang merimbun di sisi kiri dan kanannya. Dan di sebalik pokok buluh tadi, tersergam indah rumah yang berciri kan tradisional Jepun. Sungguh klasik dan sekali imbas seperti rumah berciri tradisional dalam anime Jepun.
Kereta mewah itu betul - betul di halaman rumah ini. Keluar V dengan Delinta yang basah kuyup di dalam kendongannya. Tubuh ringan milik gadis ini mudah di bawa masuk ke dalam rumah itu.
"Saya dah sediakan semua nya di dalam bilik..." Ujar Reki kepada majikannya. V terus membawa tubuh longlai milik Delinta masuk ke dalam salah sebuah bilik. Dan bilik itu merupakan biliknya.
Tubuh Delinta di baringkan di atas tilam. Walaupun berada dalam keadaan tidak sedar, gigilan pada tubuh si gadis kelihatan ketara sekali.
"Mana maid yang aku suruh upah tu?" Soal V kepada Reki. Dan Reki pun menggamit wanita pertengahan usia 40 - an ke arah mereka.
Pembantu rumah itu pun datang ke arah mereka.
"Tolong tukar kan pakaian dia ke pakaian yang bersih ya..." Pinta V kepada pembantu rumah itu sebelum bergegas keluar dari ruang bilik itu dengan di ikuti oleh Reki untuk memberi ruang pada pembantu rumah itu menukar pakaian Delinta.
"Apa dah jadi bos?" Soal Reki setelah mereka keluar dari bilik yang menempatkan tubuh Delinta tadi. Dan mereka sekarang berada di salah satu lagi untuk V menukar pakaian nya pula.
"Dia pengsan tengah jalan!" Ringkas V menjawab sebelum butang baju nya di buka satu persatu sebelum kemeja nya lembab itu di lempar ke arah kerusi. Terserlah tubuhnya yang berotot tegap di mata Reki.
"Aku mandi dulu.. Kau pergi perhati kan maid tu... Nanti kita sambung balik.." Arah V kepada Reki. Reki menunduk mengerti sebelum berlalu dari bilik itu. V mengeluh kesah sebelum tuala yang terlipat elok di atas katil di capai sebelum terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Nanti boleh kena demam kalau tak bersihkan diri.
SELEPAS MEMBERSIHKAN DIRI, dia terus memasuki bilik utama yang di huni oleh Delinta. Hanya jubah mandi yang menyaluti tubuhnya saat ini. Dadanya yang bidang terserlah sedikit.
"Mama... Kenapa mama buat Dhia macam ni... Dhia rindu mama... Dhia rindu babah..." Tiba - tiba Delinta meracau dalam tidur nya. Air mata turut mengalir membasahi pipi gadis itu. Dia terus mendekat sebelum wajah pucat gadis ini di teliti. Anak rambut yang menutupi dahi si gadis di kuis perlahan.
'Hmmm... Cantik!' Bisik nya perlahan. Rambut dan wajah Delinta di elus perlahan. Racauan Delinta mula terhenti dan dia mula kembali terlena.
Usai mengelus wajah dan rambut Delinta, dia menapak perlahan menuju ke arah meja kecil yang terdapat di dalam bilik itu. Sesuatu yang ditulis pada sehelai kertas sebelum kertas itu di letakkan di atas meja. Dia pun keluar dari ruang bilik itu untuk kembali ke bilik di mana di berlabuh sebentar tadi bagi menukar jubah mandi yang dipakai ke pakaian biasa.
"Pastikan semua esok clear... Dan pasti kan pengawal yang akan hantar dia ke Airport esok pagi tidak cerita siapa aku, kau dan mereka. Faham?"
"Faham, bos!" Jawab Reki.
"Dah.. Aku nak keluar... Ada urusan... Kau jaga dia untuk aku malam ni..." Ujar V setelah berpakaian kemas dan terus keluar dari rumah itu setelah selesa memberi arahan.
DAN KEESOKANNYA, DARI KEJAUHAN dia melihat kelibat Dhia telah di hantar oleh orang - orangnya ke lapangan terbang. Dia tahu Delinta ingin sekali tahu siapa dirinya. Tetapi dia memilih untuk menutupi diri dari gadis itu.
Apa yang di harapkan adalah gadis itu pulang selamat ke Malaysia dan menjalani kehidupan normal semula.
DAN SEKARANG, kehidupan normal Delinta yang baru hendak dimula bakal di musnahkan dengan kemunculan Madam Sakura Inn nanti. Arak di teguk lagi! Dia sudah mabuk sepenuhnya.
Bunyi bising dan gelagat gadis kelab malam yang mahu kan perhatian di tepis kasar.
Wajahnya sudah memerah sebelum mukanya sudah terlentok di atas meja.
"Aduhai... Bos... Bos..." Rungut seseorang di sisi V. Siapa lagi kalau bukan Reki, orang kanan si anak beruang ini!
Tubuh tegap dan tinggi lelaki ini mula di papah keluar dari kelab ini dan terus menuju ke arah kereta sedan hitamnya.
Mulut V yang merapu entah apa - apa di biarkan sahaja.
Dan destinasi yang harus di tuju sekarang adalah vila!
Kalau di bawa pulang ke apartmen nanti, mahu cair tahi telinga kena bebel dengan Tuan Dai Soku!
Kalau di vila nanti, si Delinta tu tanya macam - macam, pandai lah di goreng nanti!
Sikap pemabuk V tak berubah lagi...
Share this novel