Completed
4781
DUA TAHUN KEMUDIAN
MALAYSIA
THE DS HOTEL
Suasana di dalam bilik mesyuarat itu riuh sekali dengan suara dengung dari para staf hotel.
"Apsal Encik Radzi panggil kita semua ni.. Ada apa yang tak kena ke?" Soal Azira atau mesra di panggil Zira kepada Delinta. Zira adalah staf di The DS Hotel ini. Sama juga macam Delinta. Zira juga adalah sahabat baik Delinta. Mereka sama - sama menjadi staf hotel ini sejak hampir dua tahun yang lalu.
Delinta hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Zira hanya mencebik sahaja melihat jawapan rakannya itu.
"Payah betul bercakap dengan orang serupa batu ni!" Rungut Zira sendirian.
Bercakap atau bertanya soalan dengan si Delinta ni serupa bercakap dengan tunggul. Hanya angguk dengan geleng jawapan gadis ini! Kalau bercakap itu pun, ada soal penting aje boleh keluar suara emas dia! Tapi tulah, Delinta pendiam dan dia pula jenis kepoh dan aci redah.. Sedar tak sedar, hampir dua tahun mereka berdua menjalin persahabatan.
Suasana di dalam bilik mesyuarat itu dari riuh seperti pasar kembali senyap bila pengurus mereka, Encik Radzi mula melangkah masuk.
"Saya minta maaf ya sebab menganggu waktu kerja awak semua. Tapi ada satu maklumat penting yang saya perlu kongsi dan beritahu awak semua."
Kesemua mereka yang berada di situ mula menegak kan kepala masing - masing saat mendengar ayat pengurus mereka itu. Wajah serius si pengurus menambah keresahan di hati mereka semua.
"Dah kenapa muka Encik Radzi macam tu pulak? Kita ada buat salah ke?" Soal Zira dengan nada berbisik dengan Delinta. Delinta hanya menggeleng kepala sahaja tanda tidak tahu. Zira sudah mengeluh panjang dengan reaksi batu Delinta ini sebelum kembali fokus pada Encik Radzi di depan.
" Minggu ni.. Kita akan dapat bos baru. Bos baru itu akan gantikan bos lama kita.."
Zira menoleh laju.
"Bos baru? Habis tu, Encik Kamal kemana perginya?"
Encik Radzi mengangguk kecil.
"Encik Kamal akan bersara awal atas sebab kesihatan. Bermula minggu ini, seorang pengganti akan ambil alih operasi Hotel DS. Dan saya harap, awak semua beri kerjasama penuh kepada beliau."
Delinta diam. Wajahnya langsung tidak beriak. Hanya mendengar sahaja penerangan pengurus mereka itu.
"Err.. Siapa bos baru tu, Encik Radzi? Lelaki ke perempuan? Garang ke baik?" Zira terus-menerus bertanya. Seperti biasa, dia lebih dahulu bertindak bertanya mewakili rakan - rakan staf hotel yang lain. Maklumlah, dia saja yang ringan mulut bertanya.
Nak harapkan yang volunteer bertanya,
Hmm.. Tak payah! Dah seorang yang dekat sebelah ni pun dah serupa batu! Apatah lagi yang lain! Serupa aje!
Encik Radzi tersenyum nipis.
"Itu awak semua akan tahu bila dia sampai lusa nanti. Tapi saya boleh beri satu klu... dia bukan calang-calang orang."
Seluruh bilik kembali riuh dengan bisik-bisik dan teka-teki liar.
“Bukan calang-calang orang?” Zira mengulang perlahan. Pandangan matanya kemudian jatuh pada Delinta yang hanya duduk tegak tanpa mengalihkan pandangan nya dari Encik Radzi.
Hmm.. Tak payahlah nak soal si minah muka batu ni! Baik dia soal dekat member lain! Okay jugak!
"Okay, baiklah... Itu sahaja yang saya nak beritahu kamu semua.. Kamu boleh sambung kerja kamu semula..." Mesyuarat di tangguhkan. Encik Radzi bergegas keluar dari bilik mesyuarat dengan di ikuti staf - staf hotel satu persatu. Keriuhan mereka tentang kehadiran bos baru masih tidak berkurangan! Begitu juga dengan Zira! Mulut nya dari tadi riuh bertanya itu dan ini. Langsung tak berhenti. Hanya Delinta sahaja yang senyap dari tadi. Tetap dengan muka batunya!
Yang penting sekarang, tunggu dan lihat sahaja bagaimana bos baru itu akan masuk nanti!
DUA HARI KEMUDIAN
Pintu kaca berputar The Hotel DS terkuak perlahan. Derap kasut kulit menyapa lantai marmar dengan penuh bergaya. Seorang lelaki berjas hitam lengkap dengan kaca mata hitam melangkah masuk.
Langkahnya penuh yakin. Matanya tajam mengimbas sekeliling lobi hotel. Para staf wanita yang berada di kaunter depan mula tergamam. Aura lelaki itu cukup kuat. Dominan. Seperti memiliki seluruh ruang hanya dengan satu lirikan mata.
"Selamat pagi, Tuan. Boleh saya bantu?" Seorang staf yang di tugas kan sebagai penyambut tetamu bertanya dengan nada bergetar. Bergetar kerana aura dingin dan mempersona lelaki ini mula menebar ke seluruh lobi hotel ini.
Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya perlahan. Sepasang mata tajam itu kini kelihatan jelas.
"Saya Varyan Soku. Bos baru The DS Hotel ini."
Terbuka luas mata staf yang berada di situ saat mendengar nama yang keluar dari mulut lelaki ini!
"Sekejap yang encik.. Erghh... Tuan Varyan... Saya panggilkan pengurus kami. Encik Radzi!" Tersasul staf hotel itu memberitahu V. Rakannya dia sebelah mula menelefon pengurus mereka dalam keadaan kelam kabut!
Usai menelefon, tidak sampai tiga minit.. Kelihatan kelibat Encik Radzi berlari laju ke arah V. Nafas lelaki itu kelihatan termengah - mengah ketika sampai di hadapan lelaki ini.
"I nak buat meeting sekarang!" Perintah V selamba.
Dan perintahnya itu membuatkan Encik Radzi dan beberapa orang yang berada di lobi sudah seperti cicak tertelan kapur!
"Err... Kalau boleh, Tuan V rehatlah dulu... Pasal meeting tu nanti.. Kita buat kemudian.." Encik Radzi memberi cadangan kepada V. Dan cadangan nya itu telah mendapat jelingan tajam dan dingin dari V!
"Ada ke I cakap nak tangguhkan meeting tu tadi? Takde kan?"
Encik Radzi sudah menunduk mendengar ayat pedas V itu! Tidak tahu lagi mahu menjawab macam mana!
"I nak.. Meeting di jalankan sekarang.. Dan satu lagi.. Panggil semua staf hotel untuk masuk meeting. Termasuk yang dalam bercuti. Faham?" Jelingan tajam masih di beri pada Encik Radzi sehingga membuatkan lelaki dalam pertengahan usia 40 - an itu menelan air liur.
" Fa... Faham.. Tuan V.. " Jawab Encik Radzi dengan nada tersekat.
"Tunjukkan I di mana bilik meeting sekarang!"
Dan tanpa bertangguh, Encik Radzi bergegas menunjukkan di mana ruangan yang akan di gunakan V nanti.
Semua staf hotel termasuk yang tengah bercuti di arah kan untuk masuk meeting sekarang juga?
Habis? Macam mana dengan Delinta? Setahu dia, gadis meminta kebenaran bercuti selama dua hari untuk pulang ke kampung kerana ada urusan peribadi yang harus di selesaikan! Hati Encik Radzi sudah mulai tidak tenang!
Aduh! Macam mana dia nak bagitahu Delinta sekarang? Sempat ke gadis itu pulang ke bandar dalam waktu macam ni?
Apa - apa pun, doa banyak - banyak yang nama Delinta takkan di sebut oleh Bos baru mereka ini nanti!
Share this novel