BAB 38

Drama Completed 4781

OSAKA JEPUN

VILLA SAKURA INN

DELINTA SUDAH MULA SEDARKAN DIRI.

Dan orang pertama yang berada di sisinya adalah V! Dan serta merta tubuh lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu di paut ke dalam dakapan nya! V pula hanya tersenyum manis sahaja melihat dirinya berada dalam dakapan wanita kesayangannya ini. Ubun - ubun kepala Delinta di kucup dengan penuh rasa kasih! Senyumannya yang manis itu tadi semakin mula pahit bila teringat akan Tuan Dai Soku.

Bagaimana reaksi Delinta bila mendapat tahu akan perihal Tuan Dai Soku berkaitan kisah mereka ini nanti?

Entahlah... Biarlah masa yang menentukan nanti! Dia tidak tahu lagi cara maca mana hendak digunakan lagi!

"NAH! MAMA ada masakan sup ayam special untuk Dhia..." Ujar Madam Sakura Inn menatang dulang yang berisi nasi dan sup ayam special hasil buatan nya untuk anak perempuan kesayangannya ini!

Delinta yang sedang merehatkan diri di kamar sudah membulatkan Bebola matanya tanda dia gembira melihat hasil air tangan ibunya.

Dulang itu pantas di letakkan di atas meja kecil di sisi katil sebelum satu kerusi di tarik dan tubuhnya di duduk menghadap Delinta.

Sudu ditangan lincah menggaul nasi bersama sup ayam special buatannya itu. Delinta yang melihat tangan lincah ibunya sudah mula menelan liur Kerana tidak sabar mahu merasai air tangan ibunya.

"Mari mama suapkan Dhia..." Sudu yang penuh dengan makanan mula di sua ke arah mulut anak perempuannya. Mulut Delinta yang sudah ternganga seperti anak burung itu di suap perlahan. Delinta mula mengunyah makanan itu perlahan - lahan.

Madam Sakura Inn mula memerhati untuk melihat reaksi Delinta berkaitan air tangannya.

Bebola mata Delinta sekali lagi membesarkan sebelum tanda isyarat ibu jari di beri pada Madam Sakura Inn. Menandakan makanan hasil air tangan wanita itu sungguh enak!

Tersenyum bangga Madam Sakura Inn mendapat pujian Delinta.

"Tapi mama buat tak sebaik yang arwah babah Dhia buat... Maaf ya kalau ada terkurang ke... Apa ke..." Mula lah Madam Sakura Inn memasang wajah sedihnya.

Delinta yang mendengar ayat sedih ibunya pantas mencelah.

"Ma... Kenapa pula nak bandingkan masakan mama dengan arwah babah... Masakan mama tetap special di hati Dhia... Dan masakan arwah babah pula ada tempat lain di hati Dhia juga... Dah... Jangan lah sedih... Tengok... Nasi tu sedih tahu mama tak suapkan dia ke mulut Dhia..." Dalam memujuk ibunya, sempat lagi wanita ini menyelit kan usikan.

Tak jadi Madam Sakura Inn mahu melayan perasaan sedih bila lawak hambar Delinta mula menguasai suasana. Aktiviti suap menyuap masih lagi berlangsung sehingga pinggan dan mangkuk kelihatan licin.

"Oh ya Ma... V pergi mana? Dari pagi tadi Dhia langsung tak nampak muka dia? Dia pergi mana?" Soal Delinta.

Dan ternyata soalan Delinta membuatkan tingkah Madam Sakura Inn yang sedang menyusun bekas kotor terhenti seketika. Berubah seketika wajah Madam Sakura Inn saat nama V muncul di bibir anak perempuannya ini.

Madam Sakura Inn pantas mengawal riak wajahnya sebelum menjawab laju.

"Oh,V... Tadi dia ada cakap dengan Mama yang dia ada urusan dekat luar... Dia pesan dekat mama suruh beritahu kamu... Kamu kan masih tidak sedar lagi waktu tu..." Ujar Madam Sakura Inn sambil mengemas bekas kotor dengan keadaan sedikit tergesa - gesa.

"Kamu rehatlah ya, Dhia... Mama bawak bekas kotor ni ke bawah... Nanti mama datang balik ke atas tengok kamu..." Arah Madam Sakura Inn sebelum dia mula menapak sambil menatang dulang berisi bekas kotor di tangan.

"Mama sembunyi kan sesuatu dari Dhia kan?" Soalan cepumas dari Delinta serta merta menghentikan langkah nya.

"Dari riak dan kelakuan mama... Dhia tahu yang Mama ada sembunyikan sesuatu dari Dhia... Please Ma... Beritahu Dhia... Apa yang sebenarnya berlaku?" Bertalu - talu soalan keluar dari mulut mungil gadis kecil molek ini!

Madam Sakura Inn menghela nafas panjang sebelum berpaling semula menghadap anak perempuan nya sedang merenung tajam dirinya saat ini.

Dulang berisi bekas kotor tadi di letakkan semula di atas meja.

"Rumah persendirian V... Kalau Dhia nak tahu perkara sebenar... Dhia pergi sana ya nanti... Itu pun selepas Dhia dah sihat... Sekarang... Dhia rehat dulu..."

Kata - kata Madam Sakura Inn terhenti bila Dhia mula menegakkan Tubuhnya dan serta merta kedua belah kakinya mencecah lantai.

"Eh, kenapa ni sayang? Kenapa bangun ni? Dah.. Dhia rehat dulu..." Tegah Madam Sakura Inn bila di lihat Delinta sudah mula hendak bangun dari birai katil.

"No! Dhia nak jumpa V sekarang... Dhia nak tahu apa yang dah jadi..." Balas Delinta.

"Tapi Dhia... Dhia masih tak sihat sayang... Bila dah sihat nanti... Mama bawak Dhia jumpa V okay?" Pujuk Madam Sakura Inn kepada anak perempuan nya.

Dalam masa yang sama, seperti hendak di cili mulut nya bila terlepas kata berkaitan V di hadapan anak perempuan nya ini tadi!

"No, Ma... I wants to see V right now..." Tegas Delinta. Matanya sudah mula berkaca menahan tangis.

Tidak dapat tidak, akhirnya Madam Sakura Inn membenarkan juga Delinta untuk menemui V sedangkan V sudah berpesan kepadanya untuk menjaga Dhia di Villa ini sehingga gadis itu sihat semula.

" Baiklah... Mama izinkan..."

RUMAH PERSENDIRIAN MILIK V

TOK!! TOK!!

V YANG baru sahaja menyarung t - shirt ke tubuhnya yang sasa pantas berpaling bila pintu bilik mewahnya di ketuk dari luar.

"Masuk ajelah, Reki... Tak payah nak ketuk bagai!" Ujar V sebelum kembali berpaling mengadap jendela. Nak berketuk bagai pula si Reki ni! Macam tak biasa!

Pakaian di tubuh di kemas kan! Messy hair nya yang sedikit serabai di raup ke belakang. Tidak lama selepas itu, kedengaran pintu bilik mewahnya dibuka dari luar dan pintu di tutup kembali kedengaran.

"Hmm.. Ada apa kau nak jum..." Tak jadi V hendak bersuara bila satu dakapan erat dari belakang menempel kuat di belakang tubuhnya.

Terkedu V bila menyedari sepasang tangan mungil mengusap dadanya dari arah belakang.

Bau semerbak wangian kesayangannya mula menyemarak menerobos ke lubang hidungnya.

"Dhia..??" Bisik V sebelum sepantas kilat berpaling ke belakang.

Terserlah wajah pucat gadis kesayangan nya di hadapan matanya.

"V..." Seru Delinta sebelum membenamkan wajahnya ke dada bidang lelaki ini. Tangisan nya mula kedengaran.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Awak tak nak tunggu dan jaga saya ke?" Soal Delinta dengan tangisan yang semakin lebat.

V yang sudah tidak mampu untuk berkata semakin mengeratkan pelukan nya pada gadis ini.

"Tak sayang... Tak... Saya nak sangat tunggu dan jaga awak... Tapi ada sesuatu terjadi dekat syarikat... Tu yang saya tak boleh nak tunggu awak dan jaga awak..." Beritahu V.

"Awak tipu! Saya tak percaya!" Bangkang Delinta.

"Betul sayang... Saya tak tipu..."

"Awak sengaja menjauhkan diri macam mana sebab daddy kan..."

Berubah terus wajah V saat pertanyaan itu keluar dari mulut mungil gadis kesayangannya ini.

Delinta melarikan wajah nya dari dada bidang V sebelum bebola matanya tunak merenung riak wajah V yang sudah berubah itu.

"Awak cakap.. Awak cinta dan sayangkan saya... Tapi kenapa awak bawa diri ke sini..." Soal Delinta dengan pandangan yang sayu.

Wajah muram V di tekup dengan kedua - dua belah tangannya.

"Kita hadapi bersama - sama ya, V... Jangan hadapi seorang diri lagi..." Usai berkata, dia menjingkit kan kaki nya sebelum bibir sensual lelaki ini di pagut laju.

Tersentak V dengan tindakan Delinta itu sebelum dia turut terbuai dengan tindakan drastik isterinya ini.

Kedua - dua belah tangannya mula menarik pinggang Delinta lebih dekat dengan dirinya. Makin terjingkit kaki Delinta jadinya. Tetapi Delinta tidak kisah!

Tangan nya juga menjalar di belakang leher V sehingga membuatkan lelaki itu mendalam kan lagi ciumannya!

V mula membawa Delinta ke arah katil dan perlahan -lahan melepaskan kucupan ghairah mereka tadi. Termengah - mengah kedua - duanya mencari nafas!

"May I..." Suara husky V mula bergema sambil merenung tajam ke wajah comel Delinta ini.

Delinta mengangguk perlahan sebelum bibirnya kembali dicuri oleh V. Dakapan pada tubuh Delinta makin di eratkan!

V membawa Delinta meneroka kasih dan sayang nya...

Hanya Dhia Delinta yang akan menjadi pendamping hidupnya...

Tiada yang lain..

Only Dhia Delinta...His beloved wife...

Halo... Kembali semula... Sudah update bab baru... Sekarang... Hampir ke penghujungnya... Stay tuned ?❤️✌️

Share this novel

Norzilawati
2026-01-23 17:48:42 

loooove ❤️❤️

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience