BAB 26

Drama Completed 4781

MALAYSIA

SETELAH SELESAI MENGHANTAR Madam Sakura Inn dengan Tuan Dai Soku di Airport tadi, V dan Reki melakukan perjalanan menuju ke arah resort yang mereka akan kunjungi nanti!

Sebenarnya, Madam Sakura Inn berat hati mahu meninggalkan Malaysia. Lebih - lebih lagi dalam keadaan sekarang. Tetapi, bila tuntutan sesuatu yang terjadi di Osaka membuatkan dirinya dan juga suaminya terpaksa terbang kembali ke tanah negara matahari terbit itu.

Tanah kelahiran mereka suami isteri!

V DAN REKI melakukan perjalanan ke resort dengan memakan masa hampir 2 jam. Kelihatan wajah V sedikit bersinar dan ceria berbanding sebelum ini. Begitu juga dengan Reki! Kedua - duanya kelihatan santai di dalam perjalanan ini.

Ada sesuatu yang V dan Reki sembunyikan ke?

Kenapa riak wajah kedua - duanya kelihatan ceria sahaja?

Adakah mereka berdua ini tahu yang tempat hendak dituju ini ada Delinta?

Kalau mereka tahu, bagaimana dengan Delinta nanti?

Aduhai... Janganlah Delinta bertemu semula dengan V! Gadis itu baru sahaja mahu mulakan hidup baru!

Apa pun... Kita tengok apa yang terjadi dekat resort itu nanti!

DELINTA MASIH SIBUK memeriksa fail yang di hulurkan oleh salah satu staf resort pada dirinya. Sejak hampir seminggu dia bekerja di resort ini, dia telah di tempat kan dua bahagian.

Front Office Dan Guest Relations!

Dia harus membuat dua tugasan. Tugasan dalam Front Office pula, dia harus mengurus pendaftaran tetamu yang keluar dan masuk, mengurus tempahan bilik dan bayaran... Dan yang paling penting... Layan mesra dan ramah kepada tetamu harus ada!

Dan yang kedua pula... Guest Relations!

Yang ni... Delinta masih kelihatan kekok dan kurang mengerti sedikit berbanding tugas yang pertama tadi. Dalam tugasan ini... Delinta harus memberi layanan eksklusif kepada pelanggan yang terdiri dari pelanggan VIP. Segala kelengkapan dan kemudahan yang pelanggan VIP mahu itu harus di buatkan dengan cekap dan pantas. Tiada kesilapan kecil yang harus di lakukan! Kalau ada kesalahan walaupun itu adalah kesalahan kecil sekecil siput, alamat nya selamat tinggal lah jawabnya!

Dan sekarang, dia berada di tugasan keduanya... Penyelia nya sudah memberi penerangan kepada dirinya tadi. Dan Delinta menghadam kata - kata penyelia nya itu dengan mudah sekali.

Katanya, tetamu khas ini adalah pemilik salah sebuah hotel mewah yang paling berprestij di Malaysia ini. Jadinya, layanan pada tetamu istimewa ini harus lah layanan yang berkali ganda eksklusif nya. Maklumlah... Layanan standard antarabangsa. Haruslah layanan berkali ganda eksklusif nya!

"Mereka dah tiba dan sekarang berada di office Mr. Reezee.. Nanti... Kalau Mr. Reezee suruh awak masuk... Awak masuk ya..." Terang penyelia itu lagi kepada Delinta untuk memastikan yang gadis itu tidak membuatkan kesilapan.

"Baik... Saya faham Encik Azrul..." Jawab Delinta.

Encik Azrul, penyelia Delinta hanya mengangguk mengerti.

Delinta sedaya upaya untuk melawan rasa gemuruh di dalam hatinya ini. Entah mengapa, hatinya langsung rasa tidak enak sejak dari semalam lagi. Seolah - olah akan akan terjadi sesuatu pada dirinya nanti.

Tapi dia abaikan rasa itu. Malas hendak fikir. Baik dia tunggu respons dari majikan nya. Hendak tengok juga, siapa pelanggan VIP yang Mr. Reezee jaga sangat ni!

Hmm... Dhia.. Kalau kau tengok tuan empunya pelanggan VIP itu nanti, agak - agak kau akan stay sini lagi tak? Silap hari bulan, kepala pelanggan VIP tu nanti makan kasut tumit tak berapa tingginya ini!

Tidak lama kemudian, kelibat Encik Azrul masuk ke dalam pejabat Mr. Reezee. Dan Delinta pula masih mematung di tempat nya. Menunggu giliran nya di panggil oleh Mr. Reezee pula.

Tidak lama selepas itu, Encik Azrul keluar dan terus menggamit Delinta untuk mara ke arah pejabat Mr. Reezee ini. Delinta mula mengorak langkah menuju ke arah pintu pejabat. Encik Azrul menyuruh gadis itu untuk masuk ke dalam dahulu. Delinta menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam dengan di ikuti oleh Encik Azrul dari belakang.

"Selamat pagi, Mr. Reezee..." Sapa Delinta kepada majikan nya.

"Good morning... Oh yes, Mr. Varyan… Let me introduce you… This is my staff. She has only been working at my resort for a week… But… please don’t worry, Mr. Varyan… She really does an excellent job. She won’t disappoint you." Mr. Reezee memperkenalkan Delinta pada pelanggan merangkap pelabur yang bakal melabur di resort nya ini.

Senyuman Delinta mulai pudar bila nama seseorang yang ingin di hindari meniti di bibir majikannya ini.

Perlahan - lahan kepalanya diangkat sebelum bebola matanya bertembung dengan pandangan tajam milik V..

Varyan? V?

Apa yang lelaki ini buat dekat sini?

"I’ve known her… She’s my stepsister." Tanpa bertapis, V memperkenalkan Delinta kepada Mr. Reezee sekaligus membongkar identiti siapa sebenarnya Dhia Delinta.

Membulat bebola mata Mr. Reezee bila V memperkenalkan Delinta sebegitu kepada dirinya. Tidak terkecuali juga Encik Azrul. Dia juga turut terkedu dengan status Delinta saat ini.

"What? She's your stepsister?"

"Yes... She's my stepsister... And I tak tahu pula yang dia kerja dekat sini rupanya..." Ujar V dengan bebola matanya langsung tidak berganjak dari menatap wajah Delinta yang sudah mula memerah.

“So, Mr. Reezee… Let’s continue with our main discussion earlier. Now… if you want this plan to go smoothly… I need you to do something for me. Can you?” Bebola mata V mula menikam wajah Mr. Reezee yang kelihatan seperti cicak tertelan kapur itu.

“Yes… I can. I’ll try to fulfill it. What is it that you want me to do, Mr. Varyan?”

“Fire Delinta, and the plan we discussed earlier will follow afterwards…” Pinta V dengan riak selamba.

Dan permintaan nya itu membuatkan mata ketiga - tiga manusia yang berada di situ terbuntang luas.

"What? Are you kidding me, Mr. Varyan?" Soal Mr. Reezee dengan riak tidak percaya.

"No... I tak bergurau dan I serius... Jadi.. You boleh pecat Delinta sekarang..."

Delinta yang sudah berang dengan tindakan V itu tadi sudah mula bersuara.

"Hei! Siapa awak nak suruh majikan saya untuk pecat saya, hah? Awak takde hak lah!"

Siapa V untuk mengarahkan majikannya supaya dirinya di pecat?

V hanya mempamerkan riak selamba nya sahaja. Dan itu sungguh menjengkelkan di pandangan mata Delinta.

"I abang tiri you... Jadi suka hati I lah nak suruh siapa untuk pecat you.. So, Mr. Reezee... Kalau dah siap semuanya nanti... Just call me, okay... Dan sekarang... Boleh I bawak adik tiri I pergi dari sini?" Pinta V kepada Mr. Reezee.

"Errr... Silakan..." Mr. Reezee memberi kebenaran.

"Thank you..." Ucap V sebelum pergelangan tangan Delinta di pantas sebelum tubuh itu mula di tarik keluar dari ruang pejabat Mr. Reezee.

"Bos betul ke nak pecat Dhia Delinta itu... Budak tu kerja dia tip top bos... Sayang nya nak pecat dia..." Encik Azrul mula bersuara setelah kelibat V dan Delinta sudah menghilang dari pandangan mereka. Mr. Reezee sudah menjeling tajam ke arah staf nya itu sebelum bersuara lemah.

"I lebih sayang kan resort I lagi dari sayangkan staf macam Delinta tu... Tapi... You tengokkan tadi... Siapa orang di sebalik budak tu... Jangan buat hal... Dia tu orang yang berpengaruh dalam bidang perhotelan ni... Nanti... Tak pasal - pasal resort I ni lingkup di sebabkan I sayang nak lepaskan staf yang cekap dan tip top macam budak tu... "Panjang lebar Mr. Reezee memberi penerangan kepada Encik Azrul.

Ya... V sangat berpengaruh di dalam bidang perhotelan. Sama ada di Jepun atau pun di Malaysia. Karismanya sangat mengagumkan dan kadang kala membuatkan orang di sekeliling nya kecut perut. Terutama sekali... Para pelabur...

Mulut Encik Azrul sudah tertutup rapat sebaik sahaja mendengar penerangan majikannya tadi.

Dan sekarang, kita fokus balik apa yang bakal terjadi pada V dan Delinta!

TUBUH KECIL MOLEK MILIK Delinta mula di tarik laju menuju ke arah Bentley Continental GT hitam miliknya.

"Hei! Apa main tarik - tarik ni! Sakitlah tangan saya!" Marah Delinta sebelum merentap kasar tangan V yang mencengkam pergelangan tangannya.

"I nak you ikut I balik sekarang!" Tanpa menunggu persetujuan Delinta, pintu kereta bahagian penumpang di buka dari luar.

"Hei! Awak siapa nak arah kan saya sesuka hati macam ni? Sedar diri sikit... Awak tu cuma abang tiri saya sahaja! Tak lebih dari itulah!" Suara Delinta bergema lagi. Dia ingin melangkah pergi tetapi tangan V lebih cekap sebelum tubuhnya mula di sandar sedikit kasar ke badan kereta mewah lelaki ini. Kedua - dua belah bahunya dicengkam kemas oleh kedua - dua belah tangan besar V.

"Susah sangat ke you nak ikut cakap I, Dhia? Sampai bila you nak berdendam macam ni... You tau tak... Seminggu you hilangkan diri... Mama dah macam orang gila tau tak... Macam orang gila yang terlalu rindukan you..." Suara V mula berubah nada.

Delinta yang mendengar ayat V itu sudah tersenyum sinis.

"Macam orang gila rindukan saya? Nonsense!"

Madam Sakura Inn separuh gila rindukan dia? Heyy!! Dalam mimpi agak nya!

"Dhia... Please... Jangan buat macam ni lagi... Please buang sikap keras kepala tu..." Erat bahu gadis ini dipegang.

"Ikut I balik sekarang!" Nada suara V sudah mula dingin.

Tubuh kecil Delinta di alih seketika sebelum di masuk secara paksa ke dalam perut keretanya.

"Hei! Apa ni, V? Saya cakap.. Saya tak nak lah! Kenapa perlu paksa saya?" Marah Delinta bila di paksa masuk ke dalam perut kereta lelaki ini.

V tidak mengendahkan ayat Delinta itu.

"Reki... Gerak sekarang!" Arah V kepada Reki.

"Baik, bos..." Jawab Reki sebelum kenderaan mewah milik V mula keluar dari perkarangan resort Mr. Reezee ini.

"Hei, V! Keluarkan saya dari kereta nilah!" Jerit Delinta.

Tangannya mula menggagau hendak mencapai Pintu kenderaan sebelum tubuhnya mula di peluk erat oleh V.

"Shut up! If you don't want me to kiss you in this car!" Dingin suara husky V menghentikan tindakan Delinta.

Serta merta Delinta menghentikan tindakannya bila V mula menggugut dirinya!

Dia mula menyandarkan tubuh nya di dada kusyen semula dengan wajah yang jelas kemerahan menahan marah.

V pula mula melepaskan dakapan nya pada tubuh kecil Delinta ini dan dia juga turut menyandarkan tubuh pada dada kusyen. Wajah marah Delinta di kerling sekilas.

Suasana di dalam kereta sudah mula terasa kedinginan.

Hanya kedengaran ngauman enjin kereta milik V sahaja membelah jalan raya.

Bab terbaru dah update... Maaf sangat lambat sebab lambat update... Sibuk dengan kerja hakiki... Sibuk dengan Dia Sebenarnya... Sila baca ya.. Thriller terbaru saya nanti ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience