BAB 24

Drama Completed 4781

MALAYSIA

SURAT PERLETAKAN JAWATAN Delinta di atas meja kerjanya membuatkan hati V tidak keruan. Tanpa menyentuh surat itu, dia bergegas keluar dari pejabat. Kelibat Zira harus di cari!

"DHIA ada hubungi awak tak?"

Zira menggeleng kepalanya.

"Malam yang dia keluar dari vila, dia ada telefon saya suruh ambil dia dekat bus stop... Saya datang ambik.. Dan bawak balik ke rumah saya... Pagi tadi... Bila saya bangun nak pergi kerja... Dia dah takde... Dia bagi surat ni aje dekat saya..." Ujar Zira lagi.

"Betul ni? Awak tak tipu saya kan?" Soal V dengan nada curiga. Bukan dia nak mencurigai apa yang di katakan oleh gadis ini. Tapi yelah.. Zira kan sahabat karib Delinta. Tentu sedikit sebanyak keberadaan Delinta di sembunyikan dari pengetahuan nya!

"Ya Tuhan.. Takkan saya nak tipu Encik Varyan pula.. Kalau Encik Varyan tak percaya... Nah.. Surat yang dia tulis pagi tadi..." Surat bertulis tangan di serah laju ke arah V.

Teragak - agak V mahu menyambut surat Zira itu!

"Saya memang sahabat karib dia, Encik Varyan... Tapi tak semua kisah berkaitan dengan Delinta saya tahu sepenuhnya... Jadi saranan saya... Seeloknya... Encik Varyan carilah Dhia... Saya takut jadi apa - apa dekat dia nanti... Saya dah cuba call dia... Tapi masuk voice mail... "Ujar Zira lagi.

Ya... Memang dia sahabat karib Delinta sejak dua tahun ini. Tapi kisah silam berkenaan dengan gadis itu tidak semua dia ketahui. Delinta seolah - olah tertutup dengan kehidupan peribadinya. Hanya Puan Ela dan Liku sahaja menjadi buah mulut gadis kecil molek itu! Tentang keluarga nya sendiri, Delinta menutup sepenuhnya!

Dan bila melihat keadaan Delinta dan V ini, dia yakin... Mesti ada sesuatu yang terjadi... Sesuatu yang lebih besar... Kalau tak... Takkan lah sampai Delinta meletak jawatan dan menghilangkan diri!

"Baiklah kalau macam tu, Zira... Terima kasih atas pertolongan awak tadi..." Ujar V dengan nada lemah sebelum dia melangkah semula menuju ke arah pejabatnya. Reki yang baru sampai hanya mampu memandang kelibat majikannya yang kelihatan lesu sekali.

Reki mengekori langkah V dan terus menuju ke arah pejabat lelaki itu.

Masuk sahaja ke pejabat milik V, kelihatan lelaki itu duduk kerusi empuknya dengan kepala yang menunduk dengan kedua - dua belah tangan lelaki itu menopang kepalanya.

"Bos dah sarapan ke?" Soal Reki.

"Aku takde selera nak sarapan, Ki.. Kau nak pergi sarapan... Kau pergilah sarapan... Nanti kau bungkus kan sekali sarapan untuk mama... Dia tinggal seorang tu dekat rumah..." Balas V.

"Baiklah..." Jawab Reki semula. Dia menunduk hormat pada majikannya sebelum berlalu keluar dari ruang pejabat V.

Senyap sunyi ruang pejabat V ini. Yang kedengaran hanyalah keluhan yang keluar dari mulut lelaki ini. Fail yang bertimbun di atas meja menunggu di semak di biar sepi. Tiada rasa dia hendak memeriksa fail itu dalam keadaan sekarang. Sedangkan pertemuan antara dia dengan pelabur untuk projek kerjasama hotelnya ini dari Thailand pun Tuan Dai Soku yang wakil kan. Sebenarnya, Reki yang sepatutnya pergi. Tapi Tuan Dai Soku yang sukarela untuk membantu. Jadi Reki mengikuti sahaja. Dan Reki dibiarkan tinggal untuk membantu V pula.

Rambutnya yang sedikit serabai di raup kasar.

MENJELANG MALAM, V pulang ke apartmen nya dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

Kenapa dia tidak pulang sahaja ke vila? Dan kenapa pula pulang ke apartmen?

Dia tiada hati untuk menetap di vila kalau setiap ceruk ruang di vila mewah itu akan sentiasa membuatkan dia terbayang kan wajah Delinta. Jiwa nya menjadi sakit dan pedih bila teringat akan perihal itu. Hampir dua hari Delinta menghilangkan diri, dan itu sudah cukup membuatkan jiwa menjadi tidak keruan!

Pintu kunci pintar apartmen nya di buka sebelum kedengaran pintu dibuka secara automatik dari dalam. Tubuh lesunya mula melangkah masuk ke dalam.

Selesai menyusun kasut di rak, dia mula melangkah lemah menuju ke ruang tamu. Kelihatan susuk tubuh ibu tiri nya menyapa pandangan matanya.

"Ma... Dah lewat ni... Mama tak tidur lagi ke?" Soal V kepada Madam Sakura Inn. Jam yang berada di dinding di kerling. 11. 40 malam!

Tubuh nya mula perlahan - lahan menghampiri Madam Sakura Inn sebelum punggung nya di labuh di sisi wanita akhir usia 40 - an ini.

"Ada berita tentang Dhia tak, V?" Soal Madam Sakura Inn dengan wajah sendu nya. Wajah lesu V di tatap dengan wajah sayu sekali.

V yang mendengar pertanyaan Madam Sakura Inn itu hanya mampu menggeleng kepala sahaja.

Madam Sakura Inn mengeluh lemah.

"Ini semua salah mama... Kalau mama tak munculkan diri semula depan Dhia... Tentu perkara ni takkan terjadi.. Dhia pun takkan menghilangkan diri macam ni... Mama memang ibu tak guna! Mama pentingkan diri sendiri!" Ujar Madam Sakura Inn dengan nada suara yang mula bergetar menahan tangis.

V yang melihat keadaan ibu tiri nya itu pantas melabuhkan kedua - dua belah tangan nya di bahu wanita ini. Perlahan - lahan ibu tirinya itu di usap.

"Ma.. Sudah lah... Jangan salahkan diri sendiri lagi... Biar kan benda yang dah lepas... Jangan ungkit lagi... Nanti mama jatuh sakit macam mana... V tak nak mama jatuh sakit... Jangan fikirkan lagi, okay?" V mula memujuk lembut.

Madam Sakura Inn pula hanya mendiamkan diri saja. Air mata yang masih bersisa di wajah di sekat perlahan.

"Dah... Sekarang... Mama pergi rehatkan diri... Tenangkan hati... Mari... V bawak mama masuk bilik..." V mula bangun dari tempat duduknya sebelum tubuh lesu Madam Sakura Inn di pimpin perlahan menuju ke arah bilik wanita itu.

Dia kembali menjatuhkan diri nya di atas sofa setelah memimpin ibu tirinya tadi. Belakang kepala nya mula di sandar ke arah kepala sofa. Wajah nya mendongak dengan matanya terpejam erat.

Melihat keinsafan dan penyesalan Madam Sakura Inn itu membuatkan dirinya semakin bersimpati dengan wanita itu.

Wajah Delinta mula berlegar di ruang matanya!

Dia tidak menyangka yang hati gadis itu keras seperti batu! Malah dendam gadis itu melebih segala - galanya!

Dan sekarang... Sesuatu yang menganggu jiwanya!

Sesuatu yang tidak patut dia rasakan!

Sesuatu yang dia rasakan sejak kedatangan gadis itu pertama kali ke Osaka dua tahun lepas!

Matanya perlahan - lahan di buka sebelum kepalanya mula menyendeng ke arah pintu bilik yang di huni oleh Madam Sakura Inn!

Apakah perasaan wanita ini bila dapat tahu yang dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Delinta? Apakah ini akan menjadi titik halangan pertama dalam hidup V nanti?

Kepala nya mula di letakkan di posisi asal semula sebelum matanya kembali di pejam. Nafasnya mula di hela panjang.

Fikiran V mula serabut! Dia tidak tahu yang akan terjadi nanti!

SEMENTARA DI sebuah hotel murah yang agak terpencil dari kawasan bandar, berdiri seorang gadis di sebuah balkoni sambil merenung kepekatan malam.

Dia adalah Delinta!

Kepekatan malam itu seiring dengan kepekatan gelap dan hitam di hatinya. Bezanya, malam boleh bertukar siang! Tetapi hatinya tetap gelap tanpa sebarang cahaya yang menghiasinya.

Sejak dia keluar tanpa memberitahu Zira dua hari lepas, dia mula menginap di hotel murah ini. Itu pun dia tidak tahu dia mamou menginap beberapa lama!

Bila teringat akan V, jiwa nya terasa amat sakit! Penipuan demi penipuan yang di lakukan oleh lelaki itu membuatkan dirinya semakin sakit!

Kenapa dalam detik ini juga, identiti V harus terbongkar?

Dan yang paling tidak dapat di sangka kan... V adalah abang tirinya! Dan secara automatik, V ada kaitan dengan diri nya dan juga Madam Sakura Inn!

Sungguh! Jiwa nya seperti mahu runtuh dan rapuh saat ini!

Kenapa diri nya selalu tidak beruntung?

Kenapa perkara ini terjadi pada dirinya? Kenapa di kala di cuba untuk menerima segalanya dengan ikhlas... Sesuatu yang tidak dijangka muncul semula?

Dia sudah tersedu sedan di situ!

Hanya Tuhan yang tahu isi hatinya saat ini!

Hanya Tuhan yang tahu!

Halo... Update bab terbaru... Minta maaf semua sebab tertunggu dengan chpter terbaru... Maaf sis terlalu bz sejak akhir² ini?... Sis kena berada di luar kawasan selama seminggu... Tuntutan kerja hakiki... Jadi... Enjoy dngan chapter terbaru ini... Stay with me?

Share this novel

Dewie Dewie
2025-09-19 19:43:35 

akhirnya ada update bab baru .... Terima kasih.


NovelPlus Premium

The best ads free experience