Completed
4781
MALAYSIA
KENDERAAN DI PANDU REKI MULA MEMASUKI PERKARANGAN vila yang pernah di huni oleh Delinta dulu! Lebih tepat, vila yang di hadiahkan oleh Madam Sakura Inn kepada anak perempuannya ini!
Pintu kereta di buka oleh V sebelum tubuh kecil molek si Delinta di tarik sedikit kasar dari perut kereta nya.
Sebelum mengheret Tubuh Delinta masuk ke dalam vila, dia sudah memberi isyarat kepada Reki untuk pergi dari situ. Sejurus itu, kenderaan milik V yang di pandu oleh Reki sudah berlalu pergi dari vila itu.
"Hish!! Jangan tarik saya lah!!" Bebel Delinta sambil mencuba untuk meronta melepaskan diri dari cengkaman lelaki ini. Tetapi hampa bila cengkaman tangan V yang besar itu sungguh erat mencengkam lengannya kecilnya.
Lengan Delinta mula di lepas kan setelah mereka berada di tengah - tengah ruang tamu.
"You can sit here... And don’t you dare leave this house later without my permission!"
Delinta tergelak sinis mendengar ayat V ini.
Tak boleh keluar sesuka hati tanpa kebenaran dia? Hei! Dia ingat dia siapa sampai nak kongkong hidup dia sebegitu rupa?
"Tak boleh keluar tanpa kebenaran awak, ya? Hei! Dalam mimpi lah!" Cemuh Delinta sebelum kakinya mula mahu mengorak langkah pergi dari situ.
Pautan pantas tangan besar V menghentikan langkahnya. Tubuh kecil moleknya mula di tarik laju oleh V menghadap lelaki yang tinggi melangit ini.
Kedua - dua pipi Delinta di tekup dengan telapak tangannya sebelum,
CUPP!!
Bibir mungil dan merah gadis itu di pagut laju oleh bibir nya!
Terbeliak bebola mata Delinta bila bibir di kucup oleh V!
Pantas dia menolak kasar tubuh V menjauhi dirinya dan...
Pangg!!
Satu tamparan padu hinggap di wajah tampan lelaki ini.
"Kau dah gila ke hah cium aku? Aku ni adik tiri kau tau tak? Kau tak rasa berdosa ke?" Marah Delinta dengan mata merah menyala. Panggilan nya terhadap V juga turut berubah serta merta!
V cium dia?
Dah hilang akal ke hah lelaki ini sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap dirinya?
V hanya menggosok selamba wajahnya yang mendapat penangan padu dari Delinta ini tadi.
"Yes! I’m crazy right now! I’m crazy about you, Dhia! I love you, Dhia Delinta! I love you!" Ungkap V dengan penuh perasaan. Matanya penuh dengan rasa cinta dan kasih terhadap gadis ini.
Delinta terkaku dan terkedu bila telinga nya menangkap ungkapan Cinta lelaki ini terhadap dirinya.
"Kau jangan nak merepek lah, V! Aku ni adik tiri kau lah! Kau tak boleh ada perasaan tu dekat aku! Itu salah, V! Itu salah!" Bangkang Delinta.
Gila! Ini memang gila!
"I don't care! Itu hanya pangkat antara abang tiri dan adik tiri sahaja... You dengan I takde ikatan darah langsung... Hanya ikatan perkahwinan dari Daddy I Dan Mama you aje... Jadi tak salah untuk I jatuh cinta pada you!" Balas V.
"Itu salah, kau tau tak? Apa pandangan orang pada kau dengan aku kalau benda ni terbongkar hah? Kau takde rasa malu ke, V?" Sanggah Delinta lagi.
Sungguh! Dia tidak dapat memahami apa yang ada di dalam fikiran lelaki ini sekarang!
"Macam I cakap tadi... I tak kisah lah apa pandangan orang termasuk pandangan Daddy dan Mama... Itu hal mereka bukan hal kita!"
Ya Tuhan! Kuatkan hati ku untuk hadap kepala bengap manusia seorang ini! Rintih Delinta di dalam hati.
"I don’t care what people think about us, Dhia… especially Daddy and Mama… I’ve loved you for a long time… You’re the first person to reign in my heart…" Luah V.
Dan luahan V itu membuatkan Delinta terkedu sekali.
Lelaki ini dah lama cintakan diri nya? Sejak bila?
Tubuh Delinta yang terkaku itu dibawa kedalam dakapan nya. Belakang gadis itu di usap perlahan. Tubuhnya di tundukkan sedikit untuk menyamai dengan kepala Delinta sebelum dagunya di rehat atas kepala gadis itu.
"I tahu... Benda ini akan buatkan you terkejut... Don't worry... I takkan ganggu you buat masa ni... You rehat lah dekat vila ni.. I akan minta Reki untuk temankan you... I akan balik ke apartmen I... I akan bagi masa untuk you hadam dan fikirkan semua ni, Dhia..." Bisik V dengan nada perlahan. Pelukan nya pada tubuh kecil Delinta makin di eratkan!
Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum perlahan - lahan V melepaskan dakapan nya. Dia menunduk pagi menyamai tubuh rendah Delinta. Wajah kaku dan terkelu gadis itu ditenung dengan penuh kasih. Kedua - dua pipi gebu Delinta di usap perlahan.
"You stay dekat vila ni elok - elok ya... Jangan tinggalkan vila ni... Vila ni adalah hak you sepenuhnya… And...I’m sorry about the kiss earlier. I didn’t mean to do it." Ujar nada V dengan nada yang penuh penyesalan.
Dia tiada niat pun untuk mengambil kesempatan keatas gadis ini tadi. Tapi hasutan hatinya yang terlalu mencintai gadis ini membuatkan dia terbabas sehingga terjadi perkara itu!
Delinta tidak menjawab. Riak masih beku dan terkedu seperti tadi.
V menghela nafas.
"I akan pergi... You pergilah rehat... And... Reki akan bawa semua keperluan You dari rumah lama you... Buat malam ni... You pakai dulu pakaian I... I masih lagi simpan dalam bilik I... You just pakai aje... I izinkan..." Lembut V memberi keizinan kepada Delinta untuk menggunakan barangannya.
" You rehatlah... I pergi dulu... "Usai berkata, V terus berlalu dari ruang tamu itu dan terus melangkah keluar dari vila mewah ini.
Delinta pula di tinggalkan sendirian dengan perasaan yang masih bercampur baur!
V TIDAK pulang terus ke apartmen nya! Sebaliknya, dia bertapa ke sebuah bar yang sering kali di kunjungi!
Perangai minumnya mula kembali semula!
Bila ada masalah, minuman alkohol yang selalu di cari!
Bergelas - gelas arak Itu di teguk!
"Aduhai! Bos ni... Asyik minum sahaja... Kenapalah tak nak berubah?" Desis Reki sebaik sahaja sampai di bar itu.
Bagai kan devaju!
V sekarang terlentok di atas meja bar akibat mabuk yang sudah tidak terkawal! Pemuda penjaga bar mula cuak melihat V sudah terlentok tidak bermaya.
Dia ingin mendekati V sebelum di tahan oleh Reki.
"It's okay... You can go know.. I can handle this..." Bicara lelaki itu sebelum tubuh longlai V di papah dengan kudrat yang kuat. Nasib baik si Reki ini hampir mempunyai tubuh kekar seperti V. Jadi mudah untuk dia membawa lelaki ini keluar dari bar ini.
Ini dah kedua kalinya lelaki ini membuat perangai sebegini! Kali pertama berkaitan terbongkar nya rahsia Madam Sakura Inn berkaitan Delinta. Dan yang kedua ini, Reki tidak mengetahui apa punca lelaki ini meneguk alkohol sebegini rupa!
Tubuh V mula di masuk ke dalam bahagian penumpang!
"Eh,Reki! Kau ada dekat sini? Kenapa kau masuk kan aku dalam perut kereta ni? Aku tak habis lagi nak enjoy lagi!" Dengus V bila Reki menyumbat Tubuhnya kedalam perut kereta lelaki ini.
"Nope, BOS! Bos dah mabuk teruk ni! Saya hantar bos balik ke apartmen sekarang!" Balas Reki dengan nada tegas. Kali ini dia takkan berkompromi dengan majikannya ini. Kena tegas juga dengan V ini! Kalau tak, dia boleh ikut kepala dia sahaja!
V hanya mendengus Lagi sebelum menyandar Tubuhnya pada kusyen kereta. Tak kuasa dia mahu membantah balasan Reki. Kepalanya sudah semakin memberat sekarang.
Usai meletakkan V di tempat duduk belakang, Reki kembali ke bahagian pemandu sebelum kenderaan yang di pandu nya keluar dari kawasan bar itu.
"Dia terima ke tak cinta aku, Ki?" Tiba - tiba V menyoal kepada Reki.
Reki yang sedang memandu sudah mengerut dahinya tanda tidak mengerti dengan soalan majikannya ini.
"Siapa dia, bos?"
V tidak menjawab sebalik nya kembali mendiamkan diri.
"Aku tak patut cium dia tadi... Kalau aku nak hati dia, kasih dia, cinta dia... Aku patut bagi contoh yang terbaik untuk tawan hati dia.. Tapi... Aku silap, Ki... Aku silap... Aku ambil kesempatan dekat dia... Aku tak tahan... Jadi aku cium dia..." Luah V tanpa segan silu. Pandangan nya masih tunak keluar jendela kenderaan.
Reki yang mendengar luahan V sudah tersentak. Apatah lagi luahan lelaki ini termasuk bab bercumbu!
V cium Delinta?
Parah ni, parah!
"Aku tak tahu lagi nak buat macam mana, Ki... Aku terlalu sayang kan dia... Aku terlalu cintakan dia... Tapi aku tahu... Yang hubungan ni takkan terjadi kalau Mama dan Daddy tahu... Aku takut, Ki... Aku takut..." Bisik V semakin perlahan sebelum matanya tertutup. Kesan alkohol yang melepasi had membuatkan dirinya mudah melayang dan akhirnya dia tertidur dengan wajah terdongak ke atas.
Reki yang mengintai V dari cermin pandang belakang hanya mengeluh kecil sahaja. Luahan hati V tadi sudah cukup lelaki berada di persimpangan dilema.
Entahlah... Reki pun sudah tidak tahu lagi hendak berbuat bagaimana lagi...
Kisah cinta V terhadap Delinta semakin rumit!
Kenderaan yang dipandu mula membelah jalan raya menuju ke apartmen lelaki ini.
DI VILA PULA, HATI Delinta pula seperti V juga walaupun tidak seiring.
'Yes! I’m crazy right now! I’m crazy about you, Dhia! I love you, Dhia Delinta! I love you!'
Entah mengapa ayat luahan cinta V semakin menyesakkan dadanya.
Angin yang terhasil dari balkoni yang pintu nya terbuka menyapa tubuhnya yang di saluti pakaian milik V.
Dia hanya duduk bersila sambil merenung kepekatan malam dari arah balkoni yang pintu nya terbuka lebar.
Ya Tuhan... Kenapa dia yang harus menjadi cinta lelaki itu? Kenapa dia?
Dan hati kelihatan sedikit senang bila V mula meluahkan rasa cinta itu? Adakah ini kebetulan atau di sengajakan?
Delinta menghela nafas sebelum rambut panjangnya di raup ke belakang.
Ya... Memang apa yang dikatakan oleh V ada benarnya... Mereka adalah adik beradik tiri yang tiada langsung ikatan darah! Yang menghubungkan mereka sebagai adik beradik tiri adalah dari ikatan perkahwinan ibu bapa mereka sahaja.
Sekali lagi nafasnya di helanya.
Ya Tuhan...
Sungguh...
Isi kepala nya sudah tepu dan tidak berfungsi sekarang!
Berjayakah hubungan rumit Mereka ini nanti?
Halo... Ad chpter terbaru dah... Jom layan... And don't forget... Stay with me ?
Share this novel