BAB 41

Drama Completed 4781

MALAYSIA

VILLA DELINTA

"Sayang... No! Biar saya yang buatkan!" Terhenti tingkah Delinta yang sedang memegang batang penyapu bila suara husky milik V menahan pekerjaannya.

"Kenapa pulak? Biarlah saya buatkan... Bukannya berat pun kerja ni!" Sanggah Delinta.

"Hmm... No!" Ujar V bersama gelengan nya.

Penyapu yang berada di tangan Delinta di ambil dan di letakkan di tepi dahulu. Dia melangkah ke arah Delinta sebelum tangan isteri kesayangan nya itu di pimpin menuju ke arah sofa.

"Semua tu biar saya dan Reki yang buatkan... Awak just duduk goyang kaki sahaja... Awak kan tengah mengandung..." Ujar V lagi.

Dan ayat V itu membuatkan Delinta mengeluh panjang.

"Tapi... Takkan lah saya nak duduk goyang kaki macam ni... Bosanlah saya nanti sayang!" Rungut Delinta dengan wajah cemberutnya.

V yang mendengar rungutan isterinya hanya ketawa kecil sahaja sebelum menjawab.

"Okay apa duduk goyang kaki ni... Boleh besarkan badan!"

Delinta yang mendengar ayat V itu sudah membulat kan bebola matanya.

"Apa? Awak nak cakap saya gemuklah ya?"

"Eh, mana ada sayang! Tapikan.. Kalau sayang gemuk pun.. Tetap comel di mata saya..." Usik V lagi.

Makin cemberut wajah Delinta jadinya. Bahu V laju di libas!

"Auuww.. itai yo, daarin! (Auuww... Sakitlah, Sayang!)" V mengaduh dalam bahasa Jepun.

Delinta pantas menjuling kan bebola matanya ke atas saat mendengar ayat V dalam bahasa Jepun itu!

V yang melihat wajah cemberut Delinta pantas mencubit geram pipi gebu isterinya itu!

" Auu! Apa ni, V? Sakitlah!" Marah Delinta! Pipinya gebunya yang menjadi mangsa cubitan suaminya tadi di gosok laju.

V tidak terkesan langsung dengan kemarahan Delinta itu. Sebaliknya, makin giat dia mengusik kesayangan nya ini!

Bahu kesayangannya ini di rangkul dan Tubuh Delinta mula di bawa ke dada bidangnya!

"Mou sunenaide ne, daarin… gomen ne?(Jangan merajuk lagi ya sayang… saya minta maaf okay?)" Pujuk V dengan lembut.

Ubun - ubun wanita kesayangannya Ini dikucup dengan penuh kasih! Rajuk Delinta terubat sikit dengan pujukan maaf dari sang suami ini!

Kepalanya mula di lentok manja ke Dada suaminya ini! Terasa tenang dirinya saat ini bila wajahnya dan kepalanya di labuh pada dada bidang lelaki ini.

"Sayang..." Seru V lembut setelah agak lama mereka melayan perasaan tadi.

"Hmm..."

"Hujung minggu ni kita balik kampung sayang ya... Kita jumpa Mak Ela, Liku dan juga babah..."

Terpanggung kepala Delinta saat ini sebaik sahaja telinga nya menangkap ayat yang di ucapkan oleh V itu.

"Balik kampung?"

"Ya, sayang... Nak tak?"

Pantas Delinta mengangguk laju bersama senyuman yang sungguh ceria sekali.

"Saya tahu yang sayang rindukan semuanya kan... Terutama sekali babah..." Ujar V dengan nada yang sungguh perlahan sekali.

Delinta yang menyembam kembali wajahnya pada dada V hanya mengangguk perlahan.

Ya... Dia terlalu rindu akan arwah babahnya, Encik Armi...

Armiey Niran Dree...

Insan yang bergelar bapa pada dirinya... Insan yang membesarkan diri nya dari sebesar tapak tangan sehingga sedewasa ini.. Tanpa mengenal erti penat dan lelah... Dan insan ini jugalah yang menjadi pendorong dan perangsang hidup nya untuk terus maju ke hadapan sehingga akhir hayatnya. Dan berkat tulisan surat insan ini jugalah dia berjaya bersatu semula dengan ibunya, Madam Sakura Inn...

Armiey Niran Dree... Insan yang bergelar bapanya... Yang sentiasa teristimewa di dalam hatinya...

Dan berkat insan ini jugalah, dia bertemu dengan cinta hatinya ini...

Varyan Soku...

Tubuh lelaki itu di rangkul erat sekali...

Hati nya tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya...

Tempat di mana dirinya di besarkan...

Halo... Maaf... Lambat update untuk bab terbaru... Sekarang dah update.. Satu chapter lagi... Akan ending... So enjoy ♥️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience