BAB 1

Drama Completed 4781

MASA KINI - TAHUN 2023

MALAYSIA

KAMPUNG BELIMBING BULUH, PANTAI TIMUR

PRANG!!

BUNYI BENDA PECAH DARI ARAH dapur menyebabkan seorang gadis yang ketika itu sedang bersiap di dalam bilik bergegas keluar dan berlari menuju ke ruang dapur.

Kelihatan tubuh seorang lelaki sedang terbongkok - bongkok sedang mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai..

"Babah.. Jangan kutip kaca tu.. Biar Dhia yang buat!" Suara Dhia Delinta atau mesra yang di panggil Delinta itu mula bergema di ruang dapur itu. Berlari dia bila di lihat bapanya, Encik Armi masih lagi mahu mengutip serpihan kaca itu.

"Alah.. Bukan susah pun.. Babah boleh kutip lah." Bantah Encik Armi kepada anak perempuannya.

Delinta tidak mengendahkan bantahan babahnya. Lengan lelaki itu di tarik menjauhi ruang dapur dan terus di bawa lelaki itu menuju ke ruang tamu.

"Eh, kamu nak bawak babah pergi mana ni? Babah belum siap kemas lagi lah, Dhia!"

"Hm.. No.. Dhia tak izinkan babah untuk kemas serpihan kaca tu. Biar Dhia yang buat.. Babah just duduk aje dekat di sini. Okay?" Ujar Delinta sebelum tubuh babah nya didudukkan di kerusi rotan di ruang tamu.

"Just duduk aje.." Berulang kali Delinta memberi amaran pada babahnya. Matanya sengaja di jegil kepada lelaki itu. Dan itu telah mengundang tawa Encik Armi..

"Yelah.. Yelah.. Babah duduk okay.. Dah pergi buat kerja tu." Hendak tak hendak, akhirnya Encik Armi mengikuti juga kehendak anak perempuan kesayangan nya ini. Sengihan Delinta semakin melebar mendengar akuran babahnya. Dia kembali semula ke ruang dapur sebelum serpihan kaca itu di bersihkan.

"Baik - baik buat kerja tu... Jangan sampai terluka nanti." Nasihat Encik Armi pada Delinta. Delinta tidak mendengar. Dia hanya sibuk dengan pekerjaan nya. Encik Armi hanya menggeleng kepala sahaja sebelum menyandarkan belakang tubuh tuanya pada dada kerusi rotan. Nafasnya di hela perlahan. Dadanya yang sedikit berdenyut itu di usap perlahan.

Wajahnya yang tersungging dengan senyuman ceria perlahan - lahan memudar bila tapak tangannya mula menyentuh dada sebelah kanannya. Matanya mula berkaca bila mengenangkan apa yang di hidapi nya ini. Air mata yang hampir menitis pantas di sekat laju. Wajah nya mendung tidak terus ditukar ke mood yang lebih ceria.

Bangun, Armi! Jangan bersedih! Kau perlu terus kan hidup! Jangan mudah mengalah! Demi anak kau, Dhia Delinta! Kau harus kuat Armi, harus kuat! Bisiknya di dalam hati.

SENJA TELAH MELABUHKAN TIRAI NYA. DAN MALAM pula mengambil alih gilirannya.

"Ni.. Babah ada buat sup ayam untuk Dhia.. Favourite Dhia kan." Ujar Encik Armi sambil meletakkan periuk berisi sup ayam special buatan dirinya khas buat puteri kesayangan nya.

"Wah! Sedapnya bau dia!" Suara girang Delinta mula kedengaran. Matanya bersinar terang melihat sup ayam special buatan Encik Armi buat dirinya. Encik Armi hanya tersenyum nipis sahaja. Dia mula menyenduk sup ke dalam sebuah mangkuk kecil sebelum di hulur ke arah Delinta.

"Terima kasih babah.." Ucap Delinta. Sup buatan Encik Armi di hirup dengan sepenuh hati.

"Sedap?"

"Sedap sangat, Babah... Babah memang terbaik lah.. Sayang Babah!" Puji Delinta dengan memberi isyarat 'tumb up' pada babahnya.

Encik Armi hanya tersenyum senang sahaja dengan pujian anaknya sebelum dia juga ikut menghirup sup ayam itu.

"Kalau macam tu.. Dhia kena belajar memasak lah dari sekarang.. Senang Dhia kalau Babah dah takde nanti." Ujar Encik Armi dengan nada yang sungguh mendalam sekali.

Hirupan Delinta pada sup mula terhenti bila telinganya menangkap ayat yang keluar dari mulut lelaki awal 50 - an ini.

"Kenapa Babah cakap macam ni... Dhia tak sukalah!" Suara Dhia mula berubah nada. Wajah yang ceria tadi mula bertukar cemberut. Mangkuk yang masih berisi baki sup ayam di letakkan di atas meja. Kedua - dua belah tangan nya mula di silang ke dada.

"Alah anak Babah ni.. Jangan merajuk ya.. Okay - okay.. Babah janji.. Babah takkan cakap macam tu lagi.." Lengan anak perempuan nya di tarik sebelum jari jemari comel itu di genggam erat.

"Maafkan Babah okay, sayang.." Pujuk Encik Armi pada anak perempuan nya.

Delinta tidak segera menjawab. Matanya hanya merenung wajah lelaki itu yang semakin hari semakin kelihatan letih, namun tetap mempamerkan senyuman untuknya. Senyuman itu... senyuman yang sentiasa membuatkan hatinya tenang sejak kecil.

"Babah janganlah cakap benda-benda yang buat Dhia sedih... Babah sihat, kan? Babah kuat..." ucapnya perlahan, penuh harap.

Encik Armi tersenyum lagi, kali ini dengan mata yang sedikit berkaca. Menyembunyikan apa yang dia rasa saat ini!

"Babah sihat, sayang... Cuma Babah nak Dhia bersedia. Hidup ni kita tak tahu bila masa kita akan dijemput pulang. Tapi selagi Babah masih ada, Babah akan buat Dhia bahagia. Itu janji Babah pada Dhia."

Delinta mengangguk perlahan, lalu memeluk lengan ayahnya dengan erat.

"Dhia pun janji... Dhia akan jaga Babah, temankan Babah... dan satu hari nanti, Dhia akan masakkan sup ayam yang lagi sedap dari Babah!" katanya cuba berseloroh, menghapuskan suasana hiba.

Ketawa kecil Encik Armi pecah jua akhirnya, menandakan hatinya lega melihat senyuman kembali terukir di wajah anak kesayangannya ini.

"Itu janji paling besar tu. Babah tak sabar nak rasa," balasnya bersahaja, lalu bangun ke dapur untuk mengemas semula.

Delinta juga bangun dan turut membantu.

Suara usikan Encik Armi dan juga gurauan Delinta memecah suasana hening malam itu.

Dan bagi Encik Armi sendiri, adakah dia sudah bersedia untuk mengungkapkan tentang sesuatu yang dia alami sekarang pada Delinta?

Adakah ada cukup ruang dan masa untuk dia mengungkap kan segala - galanya pada puteri kesayangan nya ini?

Dan bagi Delinta?

Adakah dia cukup bersedia andai kebenaran di ungkap oleh Encik Armi nanti?

Yang pasti..

Ajal dan maut..

Ruang dan masa..

Kesediaan atau tidak bersedia..

Tuhan yang menentukan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience