Completed
4781
MALAYSIA
REKI MASIH LAGI menunggu tetamu istiewa yang hendak di jemput di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini. Sesekali bebola matanya melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Seketika kemudian, seorang wanita dan seorang lelaki melangkah masuk ke balai ketibaan dengan troli yang penuh dengan bagasi. Dan bebola mata Reki terus terpaku pada kedua - duanya. Ya... Itu lah tetamu istimewa yang di tunggunya tadi.
"Madam Sakura... Tuan Dai Soku..." Reki menunduk hormat pada kedua -duanya. Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku hanya tersenyum nipis saja pada Reki.
"Mari saya bawakan Tuan dan Madam ke kereta..." Reki memberi laluan kepada pasangan suami isteri itu untuk ke kenderaan yang sudah sedia terparkir di luar. Manakala barang - barang milik Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku pula di bawa oleh orang bawahan Tuan Dai Soku dan juga Reki.
Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn terus masuk ke dalam bahagian penumpang Mercedes-Maybach S-Class yang sudah disediakan Reki buat mereka berdua.
Reki mula masuk ke bahagian penumpang hadapan.
"Vira no ken wa dō da, Reki? V wa watashi no itta tōri ni shite iru ka?( Macam mana Reki? Adakah V tunaikan apa yang saya pinta tempoh hari?)" Soal Madam Sakura Inn kepada Reki dalam bahasa Jepun.
"Hai… V-sama wa madamu no go-shiji dōri ni shitagaimashita.( Ya.. Encik V tunaikan apa yang Madam arahkan tempoh hari.)" Jawab Reki.
Madam Sakura Inn mengangguk faham dengan jawapan Reki. Nampaknya, anak tiri nya itu mengotakan apa yang di arahkan tempoh hari. V ingat pada janjinya!
"Dhia macam mana? Dia okay tak?" Soal Madam Sakura Inn lagi.
"Cik Dhia okay sahaja, Madam.."
Madam Sakura Inn tidak lagi menyoal. Pandangannya di lempar ke arah luar tingkap. Pemandangan kota yang pesat dengan bangunan pencakar langit menjadi tatapan matanya. Inilah kali kedua dia datang ke Malaysia sejak dia menghilangkan diri hampir lebih 20 tahun yang lalu. Ya... Kali pertama dia datang sebagai pelajar pertukaran dan terus bertemu jodoh dengan bapa Delinta walaupun ketika itu dia masih bergelar seorang pelajar. Dan kerana hasutan darah mudanya, dia terus meninggalkan Delinta yang masih bayi ketika itu dan terus melarikan diri ke Osaka semula. Terpejam matanya saat mengingati kekejaman yang dia lakukan dulu terhadap Delinta!
"Kita akan terus ke apartmen Encik V ya Tuan, Madam... Encik V dah sediakan semuanya di situ..." Lamunan Madam Sakura Inn terhenti bila suara Reki bergema kembali.
"Baiklah..." Jawab Tuan Dai Soku.
Dan Mercedes-Maybach S-Class yang di pandu oleh orang bawahan V mula bergerak ke apartmen milik V.
BEBOLA MATA V TIDAK lepas dari menatap tajam client hotelnya yang sedang tersengih - sengih miang ke arah Delinta ketika gadis itu sedang menerangkan sesuatu kepada lelaki itu. Malah, mata lelaki itu dilihat kerap kali memandang ke arah leher putih milik Delinta sebelum mata miang lelaki meliar memandang serata tubuh Delinta.
Berapi hati V melihat keadaan itu. Dia tidak suka mana - mana lelaki termasuk si miang ini melihat dan memandang Delinta dengan sebegitu rupa.
V menegakkan kembali poster tubuhnya selepas Delinta selaku PA nya selesai memberi penerangan.
Delinta kembali mengambil tempat di sisi V.
"So, Mr. Samson, may I know if the explanation provided by my personal assistant was clear to you?” Soal V kepada pelabur yang bakal bekerjasama dengan hotelnya ini, Mr. Samson! Padahal pertanyaan tu pun tak ikhlas pun!
Samson! Nasib bukan Samsung Galaxy! Hahaha...
Okay, enough! Back to the story!
“Yes… I am very satisfied with your personal assistant’s explanation, Mr. Varyan. I didn’t expect that you would have such a beautiful personal assistant.. " Dalam menerangkan kepuasan penerangan Delinta tadi, sempat lagi Mr. Samson memuji kecantikan yang di miliki oleh Delinta. Delinta hanya tersenyum kelat sahaja mendengar pujian lelaki itu. Nak termuntah pun ada! Miang keladi nya bukan main! Tak padan dengan tua!
V yang ayat pujian si Samsung ini sudah kembali berangin! Tangan nya di bawah meja di kepal kuat. Wajahnya juga di kawal sebaik mungkin walaupun amarahnya meluap saat ini.
"Oh ya... Jadi kita deal semula untuk kerjasama antara hotel kita... Nanti I akan hubungi pihak Mr. Samson semula..." Balas V selaju mungkin.
"Okay..." Ringkas Mr. Samson menjawab. Mereka bangun dari tempat duduk masing - masing. Mr. Samson menghulurkan tangan nya ke arah Delinta tetapi pantas di capai oleh V.
"Thank you very much, Mr. Samson!" Ucap V dengan riak sinis nya.
' Kau ingat aku nak bagi kau pegang tangan dia? Oh! Don' t you dare man! She's mine! ' Bisik V di dalam hati.
Riak Mr. Samson kelihatan amat kecewa bila huluran tangan nya tadi capai laju oleh V. Hampa harapannya untuk merasa kelembutan tangan Delinta.
Mr. Samson tersenyum kelat sebelum perlahan - lahan melepaskan genggaman tangan nya dari tangan V. Dia kembali berpaling ke arah Delinta dengan riak sedih. Tetapi Delinta pula langsung tidak memandang ke arahnya. Gadis itu sibuk dengan fail di tangan.
'Hmm.. Takde chance lah dia nak menggoda perempuan ni!' Keluh Mr. Samson sebelum berlalu keluarga dari bilik mesyuarat itu bersama PA nya yang memakai pakaian yang sungguh menyeksakan!
"I TAK SUKA SI TUA tu tak sedar diri tu pandang you macam tu!" Ujar V sebaik sahaja mereka berdua sudah pun berada di pejabat lelaki ini.
Delinta yang mendengar ayat V itu sudah tersenyum kecil.
"Encik V ingat saya suka ke kalau di pandang sebegitu? No! Memang tak lah! Lagipun dia tu miang keladi.. Tak kuasa saya nak hadap!" Balas Delinta. Fail yang penuh di tangan di letak di atas meja kerja V.
"Miang keladi? Apa tu?" Soal V blur! Miang keladi? Apa benda itu? Sejenis tumbuhan ke atau nama orang?
"Miang keladi? Encik V tak tahu ke?"
V menggeleng laju tanda tidak tahu.
Delinta mengeluh kecil sebelum bersuara.
"Miang keladi tu sejenis tumbuhan yang hidup dekat paya... Getah dia tu kalau kena dekat kita... Boleh gatal satu badan tahu... Sama jugak macam Mr. Samson tu... Pantang tengok perempuan... Lebih - lebih lagi kalau perempuan itu makin mendekat dan melekat dekat dia.. Mula miang dia dah naik satu badan... Macam tu lah perumpamaan dia miang keladi... " Dah tak pasal - pasal buka kelas Bahasa Melayu bab perumpamaan untuk bagi faham si anak beruang ini! Maklumlah, walaupun ada darah Campuran, tetapi V tidak di besarkan di Malaysia. Tu yang si anak beruang ini kurang faham dan mengerti adat dan budaya di Malaysia. Termasuk perumpamaan yang di pakai tadi!
V hanya mengangguk mengerti sahaja mendengar penerangan ringkas Delinta tadi.
"Encik Varyan jealous ke?" Tiba - tiba Delinta menyoal pada V. V tersentak dengan soal Delinta itu sebelum berdehem. Ekspresi wajahnya yang yang sudah berubah riak di kawal sebaik mungkin.
"Bila masa I jealous? Tak kuasa I nak jealous! Cuma I tak nak PA I terkena dengan lelaki miang macam tu! Itu aje!" Laju V mencipta alasan untuk menutup perasaan cemburu dan gugupnya. Gila dia takde rasa tu semua! Boleh bawak gaduh tahu kalau ada orang berani kacau Delinta!
Delinta hanya mencebik kecil sahaja mendengar ayat lelaki ini.
"Okaylah, Encik Varyan... Saya keluar dulu.. Banyak lagi kerja saya dekat luar..." Setelah meletakkan fail di atas meja, Delinta meminta izin untuk keluar.
"Wait..."
Tak jadi Delinta mahu melangkah bila suara husky lelaki itu menghalang langkahnya.
"Malam ni I dengan Reki stay dekat vila..." Beritahu V kepada Delinta. Delinta mula menjongket kening sebelum menyoal lelaki itu kembali.
"Bukan ke Encik V selalu nya ada urusan kerja di luar? Kenapa tiba - tiba nak stay dekat Vila malam ni pula?"
"I takde urusan kerja diluar minggu ni... Sebab tulah I nak stay dekat vila..." Jawab V. Takkanlah dia nak bagitau yang Madam Sakura Inn dengan Tuan Dai Soku ada di Malaysia dan sekarang menetap di apartmen nya. Tak pasal - pasal rahsia itu terbongkar nanti!
"Okay..."
"Dan satu lagi... I nak you masak untuk I dengan Reki malam ni..." Pinta V. Hai! Lain macam permintaan si V ini!
"Masakkan untuk Encik V dengan Reki? Tapi boleh ke Encik V makan masakan saya nanti?" Tanya Delinta dengan nada ragu - ragu. Kalau si Reki tu dia tak kisah sangat bab makanan, lelaki itu boleh saja telan apa yang di masak! Kalau V ini, dia tak pernah masakkan untuk lelaki ini. Jadi dia tidak tahu citarasa lelaki ini bagaimana!
" You masak saja apa - apa... I okay saja..." Jawab V.
"Okay.." Dah lelaki itu cakap macam tu, dia pun turuti ajelah.
"Okaylah, Encik V.. Saya keluar dululah... Banyak lagi kerja dekat luar tu..." Pinta Delinta. V mengangguk mengerti memberi keizinan. Delinta tersenyum kecil ke arah V sehingga menampakkan kedua - dua lesung pipit di kedua - dua belah pipi nya. Gadis itu terus berlalu keluar dari situ.
Terpana seketika V dengan kecomelan Delinta itu. Selama ini dia tidak sedar yang Delinta mempunyai senyuman cantik dan unik! Yelah, selama ini Delinta tidak pernah ramah seperti itu di depannya. Sejak akhir - akhir ini sahaja yang gadis itu kelihatan murah dengan senyuman.
Senyuman nya kembali memudar bila wajah Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku menjengah ruang matanya.
Adakah senyuman manis Delinta akan berkekalan jikalau gadis ini tahu yang orang yang pernah membuang dan memutuskan pertalian darah dengannya ada di Malaysia dan ingin berjumpa dengan nya!
V sudah mengeluh keras!
Dia sudah buntu dan tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya nanti!
V jealous ?
Share this novel