BAB 32

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

VS PRIVATE MEDICAL CENTRE

Bebola mata Delinta meliar memerhati kenderaan yang di pandu oleh V memasuki sebuah kawasan hospital persendirian.

Kenderaan yang di pandu oleh V mula memasuki petak parkir yang dia sediakan sebelum enjin kereta di matikan.

"Come on..." Ajak V sebelum keluar dari perut kereta dengan diikuti oleh Delinta.

V mengerling sekilas ke arah Delinta yang mengikuti rapat di belakang nya. Dengan mengenakan palazzo jeans biru dan t -shirt putih longgar berlengan panjang, cukup membuatkan Delinta kelihatan comel dan cantik di mata V. Kelihatan sopan dan tidak mencolok mata pemakaian gadis ini!

Mereka mula melangkah masuk ke dalam bangunan hospital sebelum berlalu menuju ke arah sebuah lift. Delinta mula menelan liur melihat para pengawal yang berjaga di setiap sudut kawasan hospital ini. Dia dan V mula memasuki lift dengan salah seorang pengawal V. Tingkat nombor 5 mula ditekan.

DAN SEKARANG mereka sudah berada di sebuah wad persendirian. Wad yang menempatkan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku!

V sudah mula memulas tombol pintu dan mula ingin meloloskan dirinya masuk ke dalam wad tetapi tidak pada Delinta. Gadis itu kelihatan masih mematung di tempatnya. V mula melepaskan tangan dari tombol pintu dan kembali menghadap Delinta.

"What's wrong, Dhia?" Soal V.

"Saya takut... Saya takut saya tak kuat nak hadap keadaan mama tu nanti..." Celah Delinta dengan suara bergetar menahan tangis.

Melihat nada suara Delinta yang sudah lain macam, V mula menundukkan Tubuh tinggi nya setara dengan Delinta sebelum kedua - dua belah bahu gadis itu di paut lembut.

"Don't worry, Dhia... I ada.. I akan sentiasa ada di sisi you sampai bila - bila..." Pujuk V.

"Kita hadap sama - sama, okay..." Pujuk V lagi sebelum dia melepaskan kedua - dua belah tangan nya dari bahu Delinta.

Delinta mengangguk mengerti.

V menegakkan kembali tubuh tingginya sebelum berpaling semula ke hadapan. Tangannya mula memulas tombol pintu kembali mula melangkah masuk ke dalam. Delinta di belakang sudah menarik nafas sebelum mengekori langkah V untuk turut masuk ke dalam.

"V..."

Suara serak basah milik Madam Sakura Inn menyeru nama V membuatkan langkah Delinta terpaku di hadapan pintu wad.

"Mama..." V menyahut.

"Dh... Dhia..." Suara Madam Sakura Inn mula tersekat seperti menahan tangis. Bebola mata kuyu wanita ini mula memanah susuk tubuh Delinta yang terpaku di sisi V.

"Mama..." Suara Delinta hampir tidak kedengaran melihat Madam Sakura Inn yang tersandar lemah di kepala katil. Langkah nya mula di atur laju ke arah ibunya sebelum tubuh nya mula di rebahkan ke dalam dakapan Madam Sakura Inn.

"Mama..." Seru Delinta bersama tangisan yang mula membingit.

Begitu juga dengan Madam Sakura Inn. Tangisan mula membingit seiring dengan tangisan Delinta.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI, Osaka JEPUN

REKI mengiringi Liku ke Lapangan Terbang atas arahan V.

"Aku boleh saja pergi sendiri... Tak payah nak iring bagai macam ni..." Sela Liku kepada Reki yang berada di hadapannya.

Reki tidak menjawab. Dia masih lagi berjalan dengan santai di hadapan Liku.

"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?" Sela Liku lagi.

Reki yang mendengar ayat selaan Liku serta merta menghentikan Langkahnya sebelum berpaling menghadap wajah Liku.

"Aku dengar dan aku belum pekak lagi!" Sembur Reki.

"Dah tu? Kenapa pula kau masih stay dekat sini? Blah ajelah.. Tak payah nak escort bagai..." Sekali lagi ayat Liku membuatkan hati Reki panas!

Sekali lagi Reki berpaling menghadap mulut longkang lelaki ini.

"Aku pun tak ingin lah nak escort kau macam ni bagai... Tapi bos dah suruh... Aku terpaksa ikut... Kalau kau nak nyawa kau panjang dan boleh balik ke tanah air kau dengan selamat... You better keep your mouth shut... Got it?" Tajam bebola mata Reki memanah wajah Liku ini. Kalau nak diikutkan, memang dah lunyai si Liku ni kena buku lima dia!

Entah lah... Sejak kemunculan si Liku ni, dia macam tak boleh masuk dengan mamat bajet handsome ni! Entah macam mana si Delinta boleh berkawan baik dari kecil dengan lelaki ini pun dia tak tahu! Bagi dia... Frekuensi antara Delinta dengan Liku ini langsung tak sesuai. Langsung tak setara!

"Kau cakap apa ni? Kau ugut aku ke?" Liku tak habis - habis nak provok Reki.

"Kau tak payah nak banyak cakap... Lagi cepat kau berambus dari negara ni... Lagi bagus!"

Serentak itu juga pengumuman penerbangan dari Kansai ke Kuala Lumpur mula berkumandang.

Reki memberi isyarat pada salah satu orang bawahan nya yang berpakaian biasa untuk mengikuti Liku pulang ke Malaysia. Bukan boleh percaya sangat kepala si Liku ni nanti!

Sebab tulah dia menyuruh salah satu dari pengawal yang ada untuk mengekori langkah lelaki ini. Lagi satu, keselamatan lelaki itu adalah keutamaan nya sekarang. Bila seseorang dekat dengan Delinta, automatik keadaan akan berubah sekelip mata! Kerana orang mahu menamatkan riwayat Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku sekarang mengincarkan Delinta pula. Termasuk V!

Liku yang baru hendak menjawab ayat Reki sudah tidak terkata bila dia sudah mula beratur ke arah bahagian kaunter tiket penerbangan.

Reki sabar menunggu sehingga kelibat Liku dan pengawal menghilang di balik balai berlepas, barulah Reki bergerak pergi dari situ bersama beberapa orang lagi orang bawahannya.

Dan destinasi nya sekarang adalah hospital persendirian milik V!

"MAMA NAK MAKAN KE? Kalau nak makan... Dhia boleh suapkan..." Ujar Delinta dengan kepada ibunya. Madam Sakura Inn hanya menggeleng kepala tanda tidak mahu. Hanya senyuman nya yang tak lekang dari bibir sambil menatap wajah comel anak perempuannya ini.

"Mama dah kenyang kalau tengok muka comel anak mama ni..." Usik Madam Sakura Inn sambil mengusap Wajah comel Delinta.

Delinta yang mendengar usikan ibunya hanya tergelak kecil sahaja.

"Mana ada Dhia comel... Takde lah mama..." Tingkah Delinta malu.

Madam Sakura Inn yang mendengar ayat anak nya itu turut ketawa kecil.

Tangannya yang mengusap wajah comel Delinta tadi jatuh pada kedua - dua belah tangan gadis ini pula. Tapak tangan Delinta di genggam kemas.

"Terima kasih Dhia sebab terima mama balik semula... Maafkan silap dan salah Mama pada Dhia... Maafkan mama ya sayang..." Ucap Madam Sakura Inn dengan mata mula bergenang dengan air mata. Wajah wanita ini sungguh murung sekali.

Delinta yang melihat wajah murung ibunya pantas menggenggam kembali genggaman tangan ibunya.

"Ma... Jangan di ingat lagi peristiwa tu... Dhia dah lupakan... Jangan salahkan diri Mama lagi... Yang Dhia nak sekarang... Kita mula kan hidup baru... Buang yang keruh.. Ambil yang jernih... Dah jangan di ingatkan lagi..." Balas Delinta dengan tulus sekali. Tubuh ibunya pantas di dakap erat.

Ya... Delinta sudah memaafkan salah dan silap Madam Sakura Inn terhadap dirinya dahulu... Lagipun... Buat apa nak simpan dendam itu! Tidak mendatangkan hasil dan hanya sia - sia sahaja! Lagi pula... Tak baik untuk seorang anak berdendam lama - lama dengan ibunya... Walau macam mana sekali pun perangai seorang ibu itu... Dia tetap seorang ibu... Seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan dirinya di ke dunia... Itu yang dia sematkan di dalam kepala...

V dan Tuan Dai Soku hanya memerhati sesi luah meluah kedua beranak itu... Hubungan antara Tuan Dai Soku dan V juga menuju ke arah baik juga... Seperti Delinta juga... V tidak mahu lagi berdebat atau melawan bapanya... Bila di fikirkan semula... Tiada faedahnya untuk dia meneruskan sikap keras kepalanya terhadap Tuan Dai Soku...

"Dah... Sudah menangis tu... Tak comel lah muka anak mama nanti..." Usik Madam Sakura Inn sambil me leraikan dakapan antara Dia dengan Delinta tadi.

Delinta hanya ketawa kecil sahaja sambil mengesat wajahnya yang penuh dengan sisa air mata.

Delinta masih lagi larut dengan perbicaraan dengan ibunya. Tanpa gadis itu sedari, perbualan penuh ceria antara kedua - duanya menjadi tatapan tajam mata dingin V.

Senyuman masih lagi tersungging di bibir nya. Tetapi di dalam hati, tidak siapa yang tahu apa bergolak.

Sekilas perancangan nya dengan Bulter Yamato kelmarin mula terlintas di ruang mindanya.

Perancangan itu harus dia lakukan walau apa pun terjadi!

KEINO MATSUBARA BEACH, AWAJI ISLAND

Setelah selesai membawa Delinta melawat Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku... V membawa pula gadis ini ke Keino Matsubara Beach, Awaji Island. Pantai nya yang panjang, berpasir halus dan dikelilingi oleh pokok pain yang tua.

Delinta yang baru keluar dari kereta hampir ternganga melihat keindahan Keino Matsubara Beach Ini. Sungguh Indah sekali pemandangan kawasan pantai ini. Apatah lagi berdekatan dengan Teluk Harima... Lagilah mempesonakan Jiwa!

"Suka?" Soal V dengan suara husky nya kepada Delinta.

Delinta mengangguk laju sambil tersenyum lebar. Udara lantai yang indah ini di hirup laju. Lebih - lebih lagi angin pantai yang menyapa wajah. Segar bugar jadinya!

"Ehemm... Dhia..." Suara husky V kembali berkumandang setelah ralit memerhati tingkah ceria Delinta itu tadi.

Dan ketika itu lah, kereta milik Reki baru sampai di kawasan pantai itu.

"Ya?" Jawab Delinta sambil memandang wajah V sekilas sebelum kembali ralit memandang pemandangan indah pantai ini.

"I have something to tell you..."

"Apa dia?"

"Marry me..."

Terhenti tingkah Delinta bila ayat itu keluar dari mulut lelaki ini. Tubuh pantas di paling menghadap V yang sedang tajam menatap dirinya.

"Apa? Cuba ulang sekali lagi?" Soal Delinta semula. Kot - kot lah dia salah dengar ke apa!

"I said.. Marry me..."

Terus meledak ketawa Delinta saat mendengar perkataan itu.

"Nonsense! Gila ke apa awak ni, V? Awak ada salah makan ubat ke apa?" Dahi V di sentuh dengan belakang tapak tangannya. Manalah tahu lelaki ini demam ke apa. Itu yang merapu sahaja ayatnya!

Tangan Delinta yang mendarat di dahinya di capai sebelum di ramas lembut.

"No, Dhia... I'm serious... I want us to get married..."Ujar V lagi dengan wajah serius.

Delinta yang melihat wajah tegas V sudah menelan air liur. Makna kata, apa yang di utarakan lelaki ini tadi bukan gurauan dan juga bukan mainan.

"Jangan nak mengarut lah, V... Mana boleh awak nak kahwin dengan saya... Awak tu abang tiri saya..." Bantah Delinta dengan nada yang jelas gugup. Gila ke apa si V ni! Takkan masuk akal langsung!

"No, Dhia... I'm serious... I want you to be my legal wife..."

Delinta yang mendengar ayat V sudah mula tergelak.

"Mengarut tau tak? Dahlah... Saya nak balik... Tak guna kalau masih dekat sini semata - mata nak bahas perkara ini..." Balas Delinta dengan nada tegas. Rasa terujanya untuk menikmati lebih lama angin pantai ini sudah berkecai angkara lamaran mengarut dari V ini.

Delinta sudah mula melangkah pergi dari kawasan pantai dan mula menuju ke arah di mana kenderaan milik V di berada.

"Dhia... Wait... I buat semua ni ada sebabnya..." V mula mahu menahan langkah Delinta yang sudah mula melaju di hadapan.

"Sebab apanya, V? Dahlah... Saya malas nak layan perangai gila awak ni... Baik awak hantar saya balik sekarang!" Tegas Delinta lagi. Makin lama dia dekat sini, makin jadi gila dia nanti!

"Dhia..." Tak jadi V mahu menyambung ayatnya bila sebuah Kenderaan di kenali sebagai Subaru Legacy B4 bergerak laju ke arah mereka. Cermin tingkap kenderaan itu di turunkan sedikit dan sesuatu yang keluar dari celah tingkap itu yang menghala ke arah Delinta membuatkan bebola mata V terbuka luas.

"Dhia... Watch out!" Jerit V sebelum menyambar pantas Tubuh Delinta dari terkena benda itu.

Zapp!

Sesuatu menembusi bahu V dan membuatkan darah dari bekas luka itu membuak keluar sehingga sebahagian nya terpercik ke t - shirt putih milik Delinta.

Kedua - dua nya rebah di atas pasir pantai.

"V!!!" Jerit Delinta bila V sudah terkulai lemah di dalam dakapan nya. Pakaian V dan juga pasir pantai mula memandikan darah dari bekas luka tembakan itu tadi!

Ya... V telah di tembak oleh seseorang dari kenderaan Subaru Legacy B4 yang sebenarnya mengincarkan Delinta. Tetapi V dengan pantas menyelamatkan nyawa gadis itu!

Mendengar jeritan nyaring Delinta, Subaru Legacy B4 Itu mula bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Reki dan orang bawahan yang mula mengincarkan kenderaan itu.

Masing - masing mengeluarkan senjata api.

Pang!! Pang!!

Berdas - das tembakan Di beri oleh Reki dan yang lain ke arah kenderaan itu tetapi berjaya. Orang bawahan Reki tidak tinggal diam! Mereka mula mengejar kenderaan itu sementara Reki pula bergegas laju menghampiri V.

"Tolong.. Selamatkan V!" Rintih Delinta dengan tangisan yang mula pecah!

Dengan pantas Reki membawa V dengan bantuan Delinta ke arah kenderaan milik lelaki itu!

Satu destinasi yang harus mereka pergi untuk selamatkan nyawa V ini sekarang!

BAB terbaru sudah update... Macam mana dengan keadaan V ya? Aduhai... Kena tembak pula ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience