BAB 43

Drama Completed 4781

TIGA TAHUN KEMUDIAN

OSAKA, JEPUN

RUMAH PERSENDIRIAN MILIK V.

"DADDDYYY!!!!"

Suara nyaring milik pengarang jantung hati V dan Delinta membuatkan sengihan V melebar. Larian Varyu Dhiana Soku, si kecil pengarang jantung hati dia dan Delinta membuatkan V melutut dan mendepangkan kedua - dua belah tangannya ke arah anak kecil itu. Varyu Dhiana Soku atau mesra di panggil Ana pantas menjatuh kan tubuh kecil nya ke dalam dakapan si bapa.

"Ana wa papa ga koishii. Papa wa Ana ga koishikunai no?(Ana rindu daddy. Daddy tak rindu Ana ke?)" Soal si kecil Ana dengan nada yang sungguh sedih.

V yang mendengar ayat sedih anaknya sudah ketawa besar.

"Alahai anak kesayangan daddy ni! Mana ada daddy tak rindu kan Ana? Ana sentiasa ada dalam hati daddy lah." Balas V dalam bahasa Malaysia.

Ana yang mendengar pujukan daddy nya mula dengan senyuman manis tersungging di bibir kecilnya. Pipi daddy nya di kucup laju. V yang senang di kucup puteri kesayangan nya pantas mengucup kembali pipi tembam anak perempuannya itu.

"Dah. Ana pergi main dengan uncle Reki dulu ya... Daddy nak jumpa mummy kejap." Ujar V pada anak perempuannya.

"Hai, papa (baiklah, daddy)." Jawab Ana.

Tubuh anak perempuan nya di letakkan semula di atas lantai sebelum anak kecil itu berlari laju ke arah Reki yang setia menunggu dirinya di muka pintu. Kedengaran 'nama manja' Reki di sebut laju oleh Ana.

"Uncle Kiki..."

Hampir tergelak V saat mendengar 'nama manja' Reki itu. Macam - macam betul anak perempuannya memberi nama pada Reki a.k.a pengasuh tak berbayar si Ana itu.

Haih.. Nasib kaulah Reki jadi babysister Ana! Hahahaha. V gelak jahat di dalam hati. Usai melihat Ana menempel di Reki, barulah dia melangkah menuju ke arah dapur. Kot dan beg bimbit sudah pun di letakkan di atas sofa.

Sekarang, masanya untuk melihat keadaan kesayangan nya ini di dapur pula.

Kelihatan figura milik Delinta kelihatan sibuk mengacau sesuatu di atas api dapur.

Tubuh kecil milik Delinta yang sedikit menaik itu menjadi tatapan mata helangnya. Kedua - duanya belah tangan nya di silang ke dada sambil memerhati tingkah Delinta seperti lipas kudung itu. Tangan nya yang menyilang didada di lepaskan sebelum dia mula menapak mendekati Delinta. Pantas tangan kekar nya di ingkar ke arah pinggang ramping si isteri.

Delinta yang sedang sibuk mengacau sup di atas api dapur terkejut beruk bila tangan seseorang melingkari pinggangnya.

"Hish awak ni! Buat terkejut saya ajelah!" Rungut Delinta. Siapa lagi suka menganggu dirinya saat sibuk di dapur sebegini kalau bukan si anak beruang ini!

"Saya rindu lah." Bisik V. Bibir nya sudah mula meneroka leher jinjang milik Delinta sehingga membuatkan wanita itu menggeliat kegelian.

"Haihhh.. Dahlah. Tak payah nak menggatal sangat ya. Nak ke sudip ni nanti kena dekat kepala?" Ugut Delinta dengan bebola matanya segala di jegilkan ke arah V. V yang kelihatan gugup dengan ugutan Delinta pantas mengangkat Kedua - dua belah tangannya dari melingkari pinggang Delinta tanda menyerah. Mahu benjol dahinya nanti kena sudip berharga si Delinta ini!

Tetapi dia tetap berdiri di sisi kesayangan nya sambil melihat Delinta menceduk sup sayur ke dalam bekas yang besar. Melihat wanita kesayangan sedikit kepayahan, pantas dia menghulurkan bantuan. Bekas berisi sup sayur di bawa ke meja makan. Walaupun rumah persendirian milik V ini ada pembantu rumah, tetapi Delinta tetap mahu turun tangan memasak di dapur. Kecuali untuk mengemas atau pekerjaan yang lain. Delinta serah kan pada pembantu rumah. Kalau bab memasak, wanita itu sendiri yang ambil alih! Kembang hati V seketika saat Delinta yang mahu menyediakan masakan untuk keluarga kecil mereka ini.

Pernah di tanya, adakah Delinta mahu meneruskan legasi YN Automotive milik keluarga nya itu. Jawapan Delinta, tunggu anak - anak besar dan pandai jaga diri sendiri dulu barulah dia meneruskan legasi Itu. V pula tidak terkata apa bila Delinta berkata begitu.

Penyudahnya, YN Automotive di teruskan dan dijaga oleh V dahulu setelah Madam Sakura Inn rasmi bersara dua tahun lepas. Beban kerja V juga semakin meningkat. Mujur ada Reki yang sentiasa menjadi tulang belakang dirinya selain Delinta.

"Ana tak makan sekali ke?" Soal V setelah makanan terhidang di atas meja.

"Ana dah saya bagi makan tadi." Jawab Delinta sambil melabuhkan punggung nya di sisi V.

Kecur air liur V saat melihat pelbagai masakan hasil air tangan isterinya.

Kuah sup sayur di ceduk ke dalam mangkuk sebelum di hirup perlahan. Dia memejamkan matanya Saat menghirup kuah sup itu. Nikmat sungguh ketika masakan hasil air tangan Delinta memasuki rongga tekaknya.

Tetapi tidak lama.

Bau makanan dari salah satu masakan yang di buat oleh Delinta menyengat ke lubang hidungnya. Perutnya mula menggelodak saat tercium bau makanan itu. Padahal itu adalah masakan kesukaannya selama. Rasa mual menyerang dirinya. Mulutnya pantas di tekup bila rasa dirinya hendak rasa termuntah.

Delinta mula panik melihat keadaan V yang serba tidak kena itu.

"Sayang. Kenapa ni? Tak sihat ke?"

V tidak mampu menjawab. Bau masakan itu sungguh meloya dan memeningkan kepalanya. Rasa mual tidak sudah tidak tertahan. Pantas V berlari lagu menuju ke arah bilik mandi yang terletak tidak jauh dari ruang makan tersebut.

"Uwerkkk!!" V pantas memuntahkan segalanya di dalam singki. Terbongkok - bongkok dirinya di hadapan singki saat menahan perit di tekak.

Delinta yang baru sampai di belakang V pantas mengurut perlahan belakang suaminya itu.

"Awak okay tak, V?" Soal Delinta cemas. Wajah V yang sedang berkumur itu di perhati dengan perasan yang sungguh cemas sekali.

V yang selesai berkumur hanya tersengih kambing sahaja.

"Saya okaylah sayang... Don't worry, okay?" Pujuk V sambil mengusap Wajah cemas isterinya.

"Hish.. Orang bagai nak rak risaukan dia. Dia boleh pulak cakap okay." Marah Delinta dengan bebola matanya membesar ke arah V.

V hanya tertawa kecil sahaja melihat kecomelan isterinya. Tetapi ketawa kecilnya kembali pudar bila pandangannya tiba - tiba berpinar.

"Awak... Awak okay tak ni?" Soal Delinta lagi bila melihat keadaan V sudah terhuyung hayang.

V tidak menjawab. Kepala nya terasa melayang saat ini. Dan dia terus terjelepok di atas lantai membuatkan Delinta terjerit kecil.

"V!!"

"KARE WA DAIJOUBU DESU. TADA SUKOSHI YASUMI GA TARINAI DAKE DESU.(Dia tak apa -apa. Hanya kurang rehat sahaja)." Ujar doktor pertengahan usia 50 - an yang sedang merawat V itu.

Dr. Isao Suzuki.

Itu lah doktor peribadi milik keluarga besar V ini. Dan pasukan doktor senior ini jugalah yang menyelamatkan nyawa Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku dulu.

Delinta yang mendengar ayat doktor senior ini menghela nafas lega.

"Demo, doushite sakki kare wa suite ita n desu ka? isha wa kare wa daijoubu da to itte ita no ni. (Tapi kenapa dia muntah tadi sedangkan doktor kata dia tak apa-apa?)" Soal Delinta dengan nada sedikit musykil.

Doktor senior sudah tersenyum sumbing.

“When was Mrs. Dhia’s last menstrual period?” Soal Dr. Suzuki kepada Delinta sehingga membuatkan wanita itu tersentak.

“What does the doctor mean? I don’t understand.” Soal Delinta semula dengan nada keliru.

“Mr. V is experiencing an allergy. And this allergy is unlike the usual ones. I suspect that Mrs. Dhia is currently pregnant, right now.” Terang doktor senior itu lagi.

Sekali lagi bebola mata Delinta membulat sebaik sahaja mendengar ayat doktor senior itu.

“I recommend that Mrs. Dhia take a pregnancy test to confirm the result. And my suspicion was complete correct. Congratulations to Mrs. Dhia and V. I’ll take my leave now.” Ujar Doktor senior itu lagi. Senyuman manis doktor senior itu tidak lekang dari bibir tuanya. Beg yang mengandungi segala peralatan untuk merawat V tadi di capai sebelum berlalu keluar dari ruang kamar mewah milik V dengan Delinta ini setelah menunduk hormat pada wanita kesayangan V ini.

Delinta hanya menghantar kelibat doktor itu dengan pandangan matanya. Dia tidak risau kerana ada Reki, mama dan daddy di luar untuk menghantar doktor itu pergi.

Wajah pucat V yang masih terbaring di atas katil di perhati dengan penuh rasa kasih.

"Dhia.." Lamunan Delinta terhenti saat nama nya di seru di muka pintu. Pantas dia berpaling ke arah muka pintu kamar.

Kelihatan kelibat Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku di muka pintu kamarnya.

"Mama dan daddy balik ke vila dulu lah... Dah lewat malam ni.. Ana ni biar mama dan daddy jaga ya. Dhia just jagakan V sahaja." Ujar Madam Sakura Inn kepada anak perempuannya. Kepala Ana, cucunya yang berada di dakapan Tuan Dai Soku di usap perlahan. Ana sudah lama terlentok di dalam dakapan datuknya.

"Tapi tak menyusahkan mama dengan daddy ke nanti? Dhia takut Ana meragam sahaja." Ujar Delinta dengan nada gusar. Padahal, selama ini Ana langsung tidak bertingkah atau meragam jika di tinggalkan bersama datuk dan neneknya.

"Takde susahkan mama dan daddy pun, Dhia.. Kami berdua ni nak mudahkan kerja kamu sahaja yang jaga V tu nanti..Dah mama dan daddy pergi dulu. Jangan risau, ada Reki temankan kami nanti. "Ujar Madam Sakura Inn lagi sebelum satu pelukan di bagi kepada anak perempuan tunggalnya ini.

"Yelah.. Mama dan daddy pun hati - hati juga bila balik ke vila tu nanti. Minta Reki pantau kan." Tak sudah - sudah Delinta memberi nasihat pada kedua ibu dan bapanya ini.

"Yelah. Dah pergi masuk tidur." Halang Madam Sakura Inn bila Delinta hendak menghantar mereka di muka pintu besar.

Tak jadi Delinta hendak melangkah. Kelibat ketiga - tiga kesayangannya itu hanya diperhati dengan pandangan mata sahaja.

Dia kembali masuk ke dalam ruang kamar mewah nya. Pintu bilik di tutup rapat. Delinta mula berteleku. Bebola matanya terarah pada laci meja. Langkah nya mula di atur menuju ke arah laci meja itu sebelum laci meja itu di tarik. Sesuatu di dalam laci itu dicapai.

Pregnancy Test.

Dia capai benda sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik mandi. Haraplah keputusannya positif!

Dia tidak sanggup untuk menghampakan V untuk sekian kalinya!

LENA V TERGANGGU saat menyedari seseorang bergerak di sisinya. Tersenyum sumbing dia saat mendengar Delinta sedang merenung dirinya saat ini.

“Why are you looking at me like that? Don’t you believe that your husband is handsome and attractive?” Soal V dengan lagaknya.

Berdecit Delinta saat mendengar ayat perasan bagus suaminya ini. Muka pucat dah macam mayat hidup pun masih nak perasan bagus!

"Sayang dah okay ke?" Soal Delinta kepada V setelah di lihat keadaan lelaki itu sedikit membaik.

V hanya mengangguk perlahan.

Manakala Delinta pula tidak lepas dari menatap wajah pucat V ini.

V ynag melihat tingkah aneh si isteri pantas menegur.

"Kenapa pandang saya macam tu? Apa, ada sesuatu tersangkut dekat muka saya ke?" Soal V sambil meraba - raba mukanya. Mana tahu, kalau ada benda yang tidak berfaedah hingga di wajahnya.

Delinta hanya menggeleng kan kepalanya sebelum telapak tangan milik V di bawa ke arah perutnya.

V hanya mengerutkan dahinya tanda Tidak mengerti dengan tindak tanduk isterinya ini.

"Patut lah dia muntah dan pening kepala. Rupanya ada 'dia' dekat sini." Ujar Delinta dengan nada berkias.

V yang masih bingung dengan rentak Delinta terpana seketika. Pantas pandangan nya di hala ke arah Delinta dengan bebola matanya yang sudah membesar.

“What do you mean, my sweetheart? Is there a baby in there? Are you pregnant?”

Delinta pantas mengangguk bersama senyuman manis nya. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.

"What's? Oh My Good!" Jerit V girang. Pantas tubuh kecil Delinta di dakap erat.

Tak sudah - sudah ubun - ubun Delinta di kucup berkali - kali.

"Thank you, my sweetheart. Thank you.." Dakapan pada Delinta makin di eratkan. Patutlah dia asyik tidak sihat dan sentiasa loya sahaja sejak dua menjak. Rupanya, ada sesuatu yang berharga tumbuh membesar di rahim isterinya.

Setelah kelahiran permata hati pertama mereka Ana, mereka berdua tidak merancang lagi untuk mempunyai anak lagi. Tapi setelah Ana semakin membesar, mereka berdua kembali merancang. Tetapi rezeki buat mereka untuk memiliki permata hati kedua masih tiada lagi.

Dan sekarang, Tuhan sudah kabulkan dengan memberikan permata hati kedua mereka di dalam rahim Delinta.

"Thank you, my sweetheart... Thank you.. I love you so much." Ucap V dengan tulus kepada isterinya.

Delinta hanya tersenyum manis sahaja.

Dakapan pada V makin di eratkan dengan rasa cinta dan bahagia yang penuh buat mereka berdua.

Hola.. Hi.. Bila nak ending ni ??... Hahaha... Maybe hari ni kot atau lusa ?? okay... Behave... Bab baru dah update... Stay tuned with me??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience