BAB 29

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

PESAWAT YANG MEMBAWA DELINTA DAN V selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka.

Sampai sahaja di balai ketibaan, mereka berdua bergegas menuju ke arah hospital yang menempatkan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku dengan bantuan butler Yamato.

Reki pula masih berada di Malaysia bagi menyelesaikan tugas V sebelum dia akan berlepas ke Osaka, Jepun dalam masa lima jam lagi.

"Silakan, Tuan V... Cik Dhia..." Butler Yamato mempersilakan kedua - duanya ke dalam kenderaan mewah ini.

V dan Delinta mula memasuki perut kereta dengan diikuti oleh butler Yamato yang turut masuk ke bahagian penumpang. Bagasi milik V dan Delinta pula di masukkan ke kereta yang lain.

Wajah dingin dan sendu V dan Delinta menjadi tatapan mata Butler Yamato dari cermin pandang belakang. Dan sekarang, kenderaan mereka mula bergerak menuju ke Hospital Osaka Minami, hospital Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku di rawat.

HOSPITAL OSAKA MINAMI

Wajah Delinta kelihatan sungguh sugul sekali. Sejak dari Malaysia sampai ke Osaka ini, entah berapa banyak air matanya jatuh mengalir.

Mereka sekarang berada di luar bilik pembedahan. Nasib juga protokol hospital ini membenarkan waris pesakit untuk berada di luar ruang menunggu bilik pembedahan. Dengan syarat, hanya dua orang waris sahaja yang boleh menunggu ketika ini. Dan syarat itu kena dengan keadaan V dan Delinta sekarang.

V masih lagi bersandar pada dinding sambil bebola matanya tidak lepas dari memandang pintu bilik pembedahan.

Matanya kelihatan merah sekali. Sama seperti Delinta.

Ekor matanya mula menjeling ke arah Delinta yang menunduk ke bawah. Sesekali gadis itu di lihat menyekat pipinya.

V mengeluh perlahan.

Dia tiada masa untuk menenangkan diri Delinta saat ini. Sedangkan hati nya pun masih sakit dan sedih memikirkan keadaan Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn.

Yalah... Keadaan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku masih tidak diketahui nasib mereka bagaimana. Yang diketahui sekarang, para doktor yang berpengalaman sedang berusaha menyelamatkan kedua - dua nyawa insan itu.

SETELAH HAMPIR MENUNGGU SELAMA LIMA JAM di ruang menunggu bilik pembedahan, akhirnya bilik pembedahan di buka dari dalam.

Satu persatu doktor yang melakukan pembedahan ke atas Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku keluar dari bilik itu.

Jangan buat main - main!

Nyawa yang mereka selamatkan ini adalah salah satu orang yang paling berpengaruh di Jepun ini. Dan hospital yang menempatkan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku ini adalah hasil dari sumbangan suami isteri itu juga.

V yang melihat kelibat Para doktor itu pantas meluru laju dengan diikuti oleh Delinta dari belakang.

"Sensei, chichi to haha no yōdai wa dō desu ka? Daijōbu desu ka?(Macam mana dengan keadaan daddy dan mama saya? Adakah mereka okay sekarang?)" Soal V kepada salah seorang doktor yang kelihatan lebih senior dari yang lain.

Kelihatan doktor itu menarik nafas sebelum bersuara. Pelitup muka yang menutup wajah dibuka.

“Daisoku-sama to Sakurain-sama wa shujutsu wa buji ni owarimashita. Shikashi… ima, ichiban shinpai na no wa… o-futari tomo ishiki ga modotte inai koto desu.
Sakurain-sama wa hidari ashi no daitaikotsu o kossetsu shiteimasu. Soshite, Daisoku-sama wa atama ni chi no katamari ga ari, migiude mo jiko no shōgeki de kossetsu shimashita. (Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn telah selamat menjalani pembedahan. Namun… perkara yang paling merisaukan sekarang ialah… kedua-duanya berada dalam keadaan koma. Madam Sakura Inn mengalami patah paha dan tangan sebelah kiri, manakala Tuan Dai Soku pula mempunyai darah beku di kepala dan patah tangan kanan akibat impak kemalangan itu.)" Terang doktor senior itu panjang lebar dalam bahasa Jepun kepada V.

Hanya V sahaja yang tahu penerangan doktor senior ini sedangkan Delinta pula masih terpinga - pinga tidak mengerti penjelasan Itu. Maklumlah, penjelasan dalam bahasa Jepun. Mana Delinta hendak faham.

“But… don’t worry. Our team is doing our very best to treat Mr. Dai Soku and Madam Sakura Inn as carefully and thoroughly as possible.” Terang Doktor senior itu lagi. Kali ini di dalam bahasa Inggeris kerana menyedari ada seorang gadis asing di sebelah V.

"Will we be allowed to visit them later?” Pinta V kepada doktor senior ini.

“Yes, you can… but please wait for about another hour. We’ll be transferring both of them to the VIP ward soon.” Balas Doktor senior itu lagi.

“Is there anything else? If there’s anything else, you both can come and see me in my office.” Soal Doktor senior itu lagi sekali. V hanya menggeleng kepala sahaja tanda tiada apa yang hendak mahu di soal lagi.

Doktor senior itu menepuk bahu V sebelum berlalu pergi dari situ. Tingglah V dan Delinta sekarang.

"Doktor tu tadi cakap apa? Mama dan daddy okay kan?" Soal Delinta tanpa bertangguh. Tunak Matanya memanah wajah dingin dan sendu lelaki ini.

"You boleh balik sekarang... Reki dah ada dekat lobi... Nanti dia hantar you ke rumah mama..." Ujar V. Tangan Delinta di tarik untuk pergi dari situ sebelum pantas di rentap kasar oleh Delinta.

"Saya tak cakap pun untuk balik ke rumah mama... Saya cuma nak tahu... Keadaan Mama macam mana... Susah sangat ke awak nak terangkan?" Soal Delinta dengan nada meninggi.

V tidak mengendahkan soalan Delinta sebaliknya tubuh dan lengan gadis ini di tarik pergi dari kawasan ruang menunggu bilik pembedahan ini.

"Eh! Apa ni? Saya tak nak pergilah! Saya nak tahu keadaan Mama lah!" Ronta Delinta pada V. Tetapi cengkaman tangan besar V kepada Delinta sungguh kuat sehingga kan tiada peluang untuk gadis itu meloloskan diri dari cengkamannya..

V masih lagi dengan riak nya tadi. Rontaan dan jeritan kecil Delinta ibarat masuk telinga tangan keluar telinga kiri.

Tubuh Delinta di tolak sedikit kasar ke arah Reki.

"Bawa Dhia ke rumah Madam... Dan jangan sesekali untuk bagi dia keluar dari kawasan rumah tu tanpa izin aku... Faham?" Arah V dengan nada tegas kepada Reki.

Reki mengangguk mengerti sebelum tubuh kecil molek Delinta di bawa masuk ke dalam perut keretanya.

"Saya tak nak masuk ke dalam kereta lah... Saya nak tahu keadaan mama sahaja... Kenapa awak suruh saya ikut Reki? Saya nak tengok mama!" Delinta mula berdegil. Dia sudah mahu meloloskan diri dari kawalan Reki tetapi suara husky yang lantang dari V mematikan niatnya.

"Don’t you dare do that, Dhia Delinta! Is it really that hard for you to just listen to me, huh? I just want to keep you safe… So please, don’t do something you’ll regret later!"

Bergetar rahang V akibat menahan amarah yang sedang menguasai diri saat ini.

"Bawa dia sekarang!" Arah V sekali lagi kepada Reki. Sekali lagi tubuh Delinta di bawa masuk kedalam perut kereta. Kali ini Delinta tidak membantah. Dia hanya menurut sahaja.

"Kanojo ga buji ni mama no ie ni tsuku yō ni shite...
Watashi wa mama to papa no koto o katadzukeru...
Kimi wa itte ii yo...(Pastikan dia selamat sampai di rumah mama... Aku nak uruskan mama dan daddy... Kau boleh pergi...)" Arahan V kali ini lebih mendalam. Seperti ada sesuatu yang sedang mengekori Delinta sekarang. Sebab itu lah, dia suruh Reki membawa pergi Delinta pergi. Hatinya tak pernah salah dengan rasa semua ini. Dan kejadian yang menimpa Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku pun dia sudah ketahui.

"Hai,bosu. (Baik, bos.)"

Setelah menerima arahan dari V, Reki mula menapak ke arah bahagian penumpang sebelum kenderaan yang di naiki itu mula bergerak meninggalkan kawasan hospital.

V mengeluh keras sebelum dia menapak kembali masuk ke dalam bangunan hospital. Misinya sekarang adalah untuk memindahkan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku ke tempat yang lebih selamat.

SEMENTARA DI DALAM PERUT KERETA, DELINTA PULA masih termenung sambil merenung ke luar tingkap. Kemeriahan bangunan - bangunan pencakar langit kota Osaka Ini tidak menarik minatnya. Yang di risaukan sekarang adalah keadaan Madam Sakura Inn. Keadaan ibu nya sekarang langsung tidak di ketahui kerana V menghalang nya diri nya dari menjenguk Madam Sakura Inn.

Dan ayat terakhir lelaki itu masih berlegar di ruang minda nya.

"I just want to keep you safe… So please, don’t do something you’ll regret later!"

Kenapa si anak beruang mengeluarkan kata - kata sebegitu?

Ada sesuatu yang terjadi ke dalam keadaan sekarang?

Chapter terbaru... Aduhai... Ingatkan Dhia datang ke Osaka nak lawat madam Sakura Inn... Tapi... Dah jadi buruan pula... Harap v dapat selamatkan Dhia dan menyelesaikan kes ini... ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience