Completed
4781
RUMAH PENSENDIRIAN MILIK V
DOKTOR mula bertungkus lumus menyelamatkan V. Lelaki masih tidak berkutik sejak di suntik dengan ubat penenang untuk memudahkan doktor itu mengeluarkan peluru di bahu lelaki itu.
Delinta pula masih di luar bilik. Gadis itu dilihat masih berteleku di ruang tamu. Pakaian nya masih lagi belum bertukar. Wajahnya jelas kelihatan pucat.
Reki pula masih berada di dalam. Membantu doktor sedikit sebanyak sebelum dia kembali ke luar untuk memeriksa keadaan Delinta pula.
Dia tidak terus ke ruang tamu sebalik nya terus memasuki sebuah bilik sebelum keluar dengan sehelai tuala bersih serta sepasang pakaian di tangan. Langkahnya di atur menuju ke ruang tamu di mana Delinta berada.
Pakaian dan tuala di tangan di beri kepada Delinta.
"Ambil ni, Cik Dhia... Tukar pakaian Cik Dhia yang kotor tu..." Ujar Reki dengan nada lembut. Pakaian Delinta yang penuh dengan darah V itu dikerling sekilas.Delinta yang melihat huluran Reki hanya memandang kosong sebelum perlahan - lahan tangan nya mengambil dari tangan Reki.
"Bilik mandi ada dekat lorong sana.. Cik Dhia boleh pergi ke sana..." Beritahu Reki lagi sambil menunjukkan laluan ke bilik mandi.
Delinta hanya mengangguk mengerti.
"Kalau tiada apa lagi.. Saya keluar dulu lah..." Reki meminta diri untuk pergi setelah tugasnya selesai.
Dia mula melangkah pergi dari ruang tamu itu dan mula mengatur langkah menuju ke pintu utama.
Dia menghentikan langkah bila kepalanya teringat akan sesuatu. Tubuhnya kembali di paling kebelakang menghadap Delinta yang masih duduk termenung di sofa.
"Bos bukan apa yang Cik Dhia fikirkan... Dia bukan lelaki yang sentiasa untuk mengambil kesempatan atas apa yang terjadi.. Walaupun dia pernah cium Cik Dhia... Tapi itu bukan disengajakan.. Dia lelaki yang baik... Dia sangat sayang dan cintakan Cik Dhia sepenuh hati dia... Hanya Cik Dhia sahaja yang bertakhta di hati dia sejak dua tahun yang lepas... Sekeras mana pun Cik Dhia cuba tolak dia... Dia takkan pernah mengalah.. Sebab cinta dia hanya untuk Cik Dhia sahaja... Percayalah.. Cik Dhia adalah satu - satu perempuan yang ada di dalam hati dia..." Reki bersuara dengan tenang sebelum kembali berpaling ke hadapan dan kembali melangkah menuju ke pintu utama. Sesuatu yang menunggu dirinya untuk di urus dengan cepat.
Terpaku Delinta saat mendengar ayat Reki itu.
Delinta tahu yang V sangat mencintai diri nya... Tapi bila Reki menyatakan yang V mencintai diri sejak dua tahun lepas.. Dan ayat V juga sama dengan ayat Reki ini ketika lelaki itu menyatakan cinta nya... Adakah itu satu kebetulan?
Delinta sudah mati kutu...
Dia tidak tahu apa yang hendak di katakan!
Perlahan - lahan dia bangun dari tempat duduknya dan melangkah menuju ke bilik mandi. Dia harus membersihkan diri dahulu sebelum mengetahui keadaan V sebentar nanti...
V SUDAH SELESAI DI BERI RAWATAN.
Dan doktor yang merawat V tadi sudah pun pulang ke tempatnya.
Dan sekarang, Delinta sudah pun berada di bilik yang menempatkan tubuh lemah V ini. Dia mula meneroka bilik mewah lelaki ini. Sekitar luar tadi dia dah teroka sedikit demi sedikit. Agak kagum dia dengan rumah persendirian berciri kan tradisional Jepun milik V ini. Sekali imbas, mirip dengan reka bentuk dalam anime Jepun.
Mata mula meneroka sekitar bilik lelaki ini.
Sesekali bebola matanya mengerling ke arah V yanh terbaring kaku dengan wajah yang pucat. Bebola mata kembali berpaling ke hadapan bila terpandang akan dada sasa V yang terdedah itu.
Baru pertama kali dia melihat lelaki itu tanpa berpakaian lengkap sepenuhnya.
Sudah Dhia... Kau tak perlu nak teroka badan anak bujang orang! Bidas otaknya!
Sekitar bilik lelaki ini kembali di teroka.
Sesuatu seperti kotak baldu berwarna kelabu yang tersorok di belakang sebuah bingkai gambar menarik perhatiannya. Kotak baldu Itu ditarik keluar. Sesekali bebola matanya terarah kembali ke arah V.
Dia ingin sekali membuka kotak itu tetapi reaksinya bertindak menghalang. Separuh hatinya melarang tindakan nya... Separuh lagi hatinya menyuruh dia untuk membuka kotak itu. Kedua sisi hatinya mula berperang!
Kalau tak di buka, dia tidak tahu apa isi yang ada di dalam kotak itu.. Kalau di buka nanti, rasa bersalah pula mencengkam hati!
Setelah bergelut agak lama dengan Hatinya, Delinta mula memutuskan untuk membuka kotak baldu tersebut.
I'm sorry, V! Bisik Delinta di dalam hati.
Kotak baldu itu di capai sebelum perlahan - lahan di buka.
Bebola mata nya mula terpaku bila kotak baldu itu di buka. Kotak baldu itu di letakkan kembali di atas meja. Sesuatu berupa rantai leher di tarik keluar dari kotak dalam kotak baldu itu.
'Eh? Ini macam aku punya!' Detik hati kecil Delinta.
Bebola matanya tidak lari dari meneliti rantai leher emas itu. Dia meneliti lagi. Mana tahu ada yang salah dari penelitiannya. Loket kecil rantai leher itu di perhati dengan lebih dalam.
Tertulis huruf kecil bernama Dhia di loket itu!
Ya... Dia yakin... Rantai leher emas ini milik nya!
Ini adalah hadiah peninggalan arwah babah nya sebelum lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun lepas.
Rantai yang menjadi penguat semangat nya ketika itu!
Tapi... Yang menghairankan dia... Kenapa rantai ini ada dekat V?
Hatinya mula berasa tidak enak!
Kotak baldu kelabu itu di selongkar lagi.. Bebola matanya sekali terpaku pada surat yang terlipat kecil di celah kotak itu.
Surat itu pantas di capai sebelum di buka dengan keadaan sedikit tergesa - gesa!
"This chain...
Reminds me of her...
The woman I saved when she was walking fragilely in the heavy rain...
I know who she is...
Who she is with me... I wanted to conquer her that night..
But my mind prevented me... Seeing her fragile condition, her pale face and her confusion... I turned off my intention...
I took care of her that night... I know what happened to her...
It hurts when you are not recognized by your own flesh and blood...
Seeing her innocent face... Unconsciously... Who had fallen in love with her...
Falling in love with the girl who was supposed to be my enemy...
Yes... I died in the end...
I was killed by love...
I love her...
I love Dhia Delinta...
But... Will she reciprocate this love if she knows this secret later?"
-Varyan Soku @V-
Hampir terkatup mulut Delinta saat membaca surat bertulis tangan itu. Air matanya jatuh berderai saat ayat itu dibaca berulang kali.
Rantai leher itu kembali di tatap sebelum bebola matanya kembali di tatap ke arah V yang terbaring di atas katil.
Jadi.. Betullah V sudah jatuh hati pada dirinya sejak dua tahu lalu?
Hatinya berbelah bahagi saat membaca kembali surat itu.
Sekilas kejadian dua tahun lepas kembali menjengah ruang minda sekilas lalu.
Kenapa V?
Kenapa awak rahsiakan semua ini dari saya?
Rintih Delinta di dalam hati.
Rantai leher itu digenggam erat bersama tangisannya yang tidak henti - henti.
Dhia... Adakah dia akan membalas cinta V nanti?
Hi... Kembali dengan bab baru.. Entah lah.. Kita cuba untuk buat bab sedih... Maaf ya... Klau feeling itu tidak sampai... Maklum... Sis bukan penyedih orangnya... Sila nikmati bab terbaru ini.. Jangan penting... Jangan mengalah... ?... Stay with me... Muahhh...
Share this novel
kmbg kejap akk when pki NM akk yg depan tu hihij