Completed
4781
MALAYSIA
"KAU DAH KENAPA Dhia dari tadi aku tengok asyik termenung aje.." Tegur Zira bila melihat wajah mendung Delinta.
Waktu santai mereka hujung minggu kelihatan sedikit cacat dengan wajah mendung Delinta ini.
Delinta tidak menjawab. Dia masih lagi dengan menungannya.
"Weii, Dhia!!" Zira memetik jari di hadapan sahabatnya ini.
"Hah? Apa dia?" Soal Delinta dengan wajah terpinga - pinga.
"Aku tanya... Kenapa kau diam hah dari tadi... Kau dah kenapa... Kau ada masalah ke... Si anak beruang tu buat masalah lagi ke dengan kau?" Soal Zira bertalu -talu.
Mengeluh lemah Delinta saat nama timangan V meniti di bibir sahabatnya ini.
"Entahlah, Zee.. Aku pun tak tahu... Sejak dua tiga hari ni... Si anak beruang tu senyap aje dari biasa... Buat kerja pun dia senyap... Kadang - kadang tu... Dia langsung tak masuk office... Bila tanya Reki... Katanya ada kerja luar kawasan... Haih... Stress tau aku... " Luah Delinta.
Zira pandang Delinta dengan kedutan di dahi.
"Bukan ke kau suka ke yang si anak beruang tu tak masuk office... Lagi satu.. Bukan kau happy sangat yang dia tu tak balik ke vila... Ni dah lain pula... Cuba kau cakap dengan aku.. Kau dah kenapa sebenarnya... Kau dah jatuh hati dengan si anak beruang tu ke? " Serkap jarang Zira kepada Delinta.
" Uhukk!! Uhukk!! " Delinta yang sedang menyedut fresh orangenya tersedak bila mendengar soalan serkap jarang sahabatnya ini.
"Kau ni kalau tak merapu tak sahkan..." Marah Delinta sambil menepuk dadanya yang sedikit senak. Wajah selamba Zira di jeling tajam.
"Dah kau macam pungguk rindu kan bulan.. Tu yang aku straight to the point... Ke kau memang..." Mata Zira sudah memicing ke arah Delinta dengan mukanya penuh curiga. Riak nakal terpancar di wajah ayu Zira ini.
"Ke kau apa hah? Kau nak cakap apa? Jangan merepek lah!" Laju Delinta memintas.
"Mana lah tahu kan... Kau tangkap cinta dengan si anak beruang tu pula!" Tak habis - habis si Zira mahu menyakat Delinta.
"Zeee..." Meleret Delinta memanggil Zira dengan pandangan tajam nya.
"Okay... Okay... Sorry..." Zira mengangkat tangan tanda menyerah. Tetapi riak nakalnya masih lagi terhias wajah ayunya.
"Alah... Kau ni pun... Relaks lah... Maybe dia sibuk agaknya... Kan ayah dengan mak tiri dia ada dekat Malaysia ni... Tu yang dia sibuk memanjang..." Beritahu Zira. Dan ternyata ayat nya membuatkan Delinta pantas berpaling ke arah gadis itu.
"Ayah dengan mak tiri dia ada dekat Malaysia? Sejak bila diorang ada dekat Malaysia ni? Aku tak tahu pun.." Ujar Delinta.
"Encik Radzi yang bagitau kami semua.. Eh, takkan lah kau tak tahu Dhia... Bukan ke kau dengan dia macam belangkas.. Siap suruh kau stay dekat vila dia lagi..." Zira mula mengerut dahi ke arahnya Delinta.
Delinta yang mendengar bicara sahabatnya itu sudah menjeling tajam untuk kali kedua.
"Kau kan... Mulut longkang kau tu memang tak pernah diam ya.." Sembur Delinta.
Nasib baik perihal yang dia tinggal di vila V itu hanya si Zira kepoh ini yang tahu. Kalau Puan Ela dengan Liku tahu, nahas dia nanti!
Nasib baik juga yang Zira ini jenis orang yang berpegang pada amanah! Tak sebar berita tersebut! Dan dia bertuah dapat sahabat seperti Zira ini!
"Diorang buat apa datang Malaysia? Ada hal penting ke?" Soal Delinta.
Yelah, pelik juga! Orang berpengaruh seperti bapa V itu datang ke Malaysia secara tiba - tiba! Takkan lah tiada sebab munasabah! Mesti ada sebabnya!
Zira hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu!
" Dah.. Habis bahas pasal ni.. Lepas ni kita nak kemana pulak? Shopping nak?" Zira mula menukar topik.
"Aku ikut aje... Up to you!" Balas Delinta.
"Cantik!" Wajah ceria Zira mula bersinar dengan memberi isyarat tumbs up kepada Delinta. Mereka berdua mula melangkah menuju ke arah shopping complex untuk berbelanja.
Hanya Zira sahaja yang mulutnya tidak pernah diam!
Delinta?
Memang dari tadi dia melayan juga lawak bodoh sahabatnya ini. Tetapi dalam fikiran masih lagi berlegar perihal tentang bapa dengan ibu tiri V itu. Hatinya semacam tidak enak bila memikirkan hal tersebut!
SEMINGGU KEMUDIAN...
DS HOTEL MULA DI gemparkan dengan kedatangan orang berpengaruh dari keluarga V.
Tidak lain tidak bukan adalah Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn!
Kedatangan mereka suami isteri ke hotel itu atas kehendak mereka sendiri walaupun sudah di larang keras oleh V. Tetapi rasa kesal, bersalah dan menyesal Madam Sakura Inn terhadap Delinta membuatkan V akhirnya mengikuti juga. Dan kehadiran mereka berdua juga mendapat sambutan dari semua staf DS HOTEL itu. V dan Reki juga turut berada di situ. Kecuali Delinta!
Eh, Delinta?
Mana Delinta?
Sepatutnya gadis itu harus ada dengan V kerana sebagai PA V, Delinta tidak boleh tiada dan sentiasa berada di sisi lelaki itu. V sudah mengeluh di dalam hati. Riak tanpa senyum memenuhi wajah tampan nya sekarang. Delinta di suruh menyelesaikan dokumen milik dia di salah satu bilik di hotelnya ini yang telah di tempah khas.
Kenapa perlu tempah bilik hotel sedangkan ruang pejabat nya ada? Delinta pula bermacam soalan yang diutarakan pada V tadi sehingga kan lelaki itu hampir tidak mampu untuk mencipta alasan lagi.
Dan akhirnya V berjaya mencipta alasan dan alasan itu di percaya bulat - bulat oleh Delinta tanpa ragu - ragu.
V menempah salah satu bilik di hotel ini adalah senang untuk mempertemukan antara Madam Sakura Inn dengan Delinta nanti. Kalau di ruang pejabatnya, waktu dan lokasi sekitarnya langsung tidak berapa selesa. Dan jalan terbaiknya adalah dengan menempah bilik hotel.
'I' m sorry, Dhia'.
Itu yang dia bisik di dalam hati saat keluar dari bilik yang ditempah khas tadi.
Semua staf menunduk hormat pada Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn yang memasuki ruang lobi dengan gaya gentleman dan penuh elegan. Kedua - duanya tidak lokek dengan senyuman ramah kepada semua staf di bawah kendalian V ini.
"Daddy.. Mama.." Sapa V sambil menunduk hormat pada bapa dan ibu tirinya.
"Dhia dekat mana V?" Tanpa bertangguh, Madam Sakura Inn bertanya kepada anak tirinya. Bebola matanya meliar memandang sekitar lobi hotel itu. V berdehem sebelum memberi isyarat kepada Reki untuk menyuruh staf yang berkumpul di lobi untuk menyambung tugas mereka. Reki mengangguk mengerti sebelum berlalu dari situ.
"Apakata kita pergi sarapan dulu.. Daddy dan mama belum sarapan lagi kan?" V mencuba untuk melencongkan niat asal Madam Sakura Inn ke arah lain. Dia tidak mahu terburu - buru membuat pertemuan antara Madam Sakura Inn dengan Delinta ini.
"Mama dan Daddy dah sarapan dekat rumah... Dah.. Jangan nak melencong.. Mama tak sabar nak jumpa Dhia.. Dia ada dekat mana?" Niat melencong V pantas di cantas oleh Madam Sakura Inn.
"You ni pun... Calm down okay... Jangan nak gelabah sangat.. Tak lari lah semua ni.." Tegur Tuan Dai Soku pula.
V berdehem sekali lagi sebelum bersuara dengan suara husky nya.
"Mari V tunjukkan..." Tidak dapat tidak, V akhirnya menunjuk arah kepada Madam Sakura Inn ini. Melebar senyuman wanita ini bila V mula memberi ruang. Mereka bertiga mula melangkah menuju ke di mana Delinta berada.
SEMENTARA DI BILIK KHAS YANG DI Tempah, Delinta masih lagi menghadap fail yang diberi oleh V kepada nya tadi.
"Hishhh... Banyak betul si anak beruang ni bagi kerja dekat aku... Naik berpinar dah biji mata aku ni..." Rungut Delinta. Pelipis nya mula di urut perlahan.
Semak fail satu hal!
Yang paling tak tahannya, si anak beruang itu boleh pula tempah bilik mewah ini.
"Elok - elok ada office sendiri, boleh pulak tempah bilik khas ni... Apa benda lah si anak beruang ni!" Delinta masih lagi merungut. Fail yang sedikit bertimbun di atas meja di teliti lagi satu persatu.
Sedang dia meneliti dan menyemak fail, pintu bilik hotel yang di tempah khas oleh V ini tiba - tiba kedengaran dibuka dari luar. Delinta menghentikan pekerjaannya sebelum bangun dan terus melangkah laju menuju ke arah pintu bilik.
"Encik V... Kenapa perlu bagi saya semak fail tu... Tak larat lah saya.. Banyak tau.." Tak jadi Delinta mahu merungut kepada V sebaik sahaja bebola mata nya terpaku pada susuk tubuh seseorang dari arah kanan V.
Wajahnya mula berubah perlahan.
Di sisi kanan V, berdiri susuk tubuh seorang wanita pertengahan 40 - an yang telah lama 'mati' dalam hidup nya. Bukan dia yang 'mematikan'. Tetapi wanita itu yang telah 'mematikan' diri Delinta dalam kehidupan nya.
"Dhia..."
Suara serak bercampur sebak milik Madam Sakura Inn menyeru nama gadis itu. Mata nya mula berkaca melihat susuk tubuh gadis yang amat di rindui ini. Susuk tubuh yang dahulu dia tergamak buang dalam kehidupannya! Yang tergamak menyuruh gadis itu untuk menandatangani dokumen yang langsung tidak masuk akal! Rasa kesal, rasa bersalah dan rasa menyesal mula menghimpit dirinya saat ini! Tak tertanggung dosa yang dia lakukan pada anak nya, Delinta dahulu!
Namun Delinta hanya memandang kosong sahaja pada wanita ini. Sekosong hatinya!
Madam Sakura Inn!
Kenapa dia perlu munculkan diri nya semula?
Aduhai... Akan kah berubah semula Delinta nanti...
Share this novel