BAB 30

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

VILLA SAKURA INN

MELIAR bebola Delinta melihat bilik yang di khas kan untuk dirinya. Persekitaran bilik ini terlalu mewah dan luas. Lagi luas dari bilik dari vila yang di huni nya di Malaysia.

Sungguh! Persekitaran dan suasana bilik ini sungguh mewah dan elegan!

"Ehemm..." Deheman seseorang dari arah pintu bilik menghentikan tingkah ralitnya.

"Buat masa ni... Cik Dhia stay dulu dalam bilik ni... Ni.. Saya ada bawakan bagasi Cik Dhia..." Reki bersuara sambil menolak bagasi kepunyaan Delinta ke arah gadis itu.

Meluru laju Delinta menuju ke arah Reki.

"Kenapa awak angkat Reki? Saya boleh angkat sendiri bagasi saya..." Ujar Delinta dengan nada segan. Naik segan dia bila lelaki kepercayaan V ini membawa bagasinya.

"Don’t worry, Miss Dhia… It’s just a small matter." Balas Reki semula.

"Okay... Cik Dhia rehatlah dulu... Kalau ada apa - apa nanti... Beritahu sahaja dekat maid... Jangan risau... Maid di sini fasih berbahasa Inggeris..." Ujar Reki lagi.

Delinta hanya sekadar mengangguk sahaja.

"Kalau tiada apa lagi... Saya keluar dululah... Tapi ingat pesan saya... Cik Dhia tak boleh keluar dari rumah ni sesuka hati... Kalau nak keluar juga... Cik Dhia perlu keizinan dari bos... Dan kena ada pengawal yang teman..." Pesan Reki.

Dan ternyata pesanan Reki itu membuatkan hati Delinta mula terdetik sesuatu.

"Reki... Boleh saya tahu... Apa yang dah jadi sebenarnya... Kenapa saya perlu stay dalam rumah ni... Dan kenapa saya tak dibenarkan untuk lawat mama... Tolong bagi tahu saya... Apa yang berlaku sebenarnya?" Tidak dapat tidak, akhirnya Delinta menyoal juga.

Reki yang mendengar soalan gadis ini tersenyum kelat sahaja.

"Saya hanya menjalankan perintah Encik V sahaja... Kalau Cik Dhia mahu tahu cerita selanjutnya... Cik Dhia kena tanya sendiri dekat Encik V..." Balas Reki.

Delinta yang mendengar balasan Reki itu hanya mengeluh lemah sahaja.

Nak tanya V?

Tak payah!

Sedangkan masa dia berdegil dekat lobi hospital tadi pun, lelaki itu dah mula naik hantu! Inikan nak tanya apa yang dah terjadi... Mahu larva api kemarahan si anak beruang itu keluar!

"Takpelah, Reki... Saya simpan ajelah niat saya ni... Malas saya nak bersoal jawab dengan si anak beruang tu nanti!" Akhirnya, Delinta mengalah juga!

Reki yang mendengar itu hanya mampu mempamerkan senyuman kelat lagi.

"Saya keluar dulu..." Usai berkata dan membawa bagasi gadis ini, kelibat Reki sudah menghilang di balik pintu bilik mewah ini.

Delinta masih lagi meneroka sekitar bilik mewah ini.

Gila!

Besar sungguh bilik ini! Walaupun hanya bilik tamu!

Betul - betul macam berada dalam istana kayangan dalam cerita anime Jepun. Tapi itu hanya sebentar.

Wajah V, Madam Sakura Inn dan Reki mula kembali berlegar di ruang matanya!

Dia duduk perlahan - lahan di birai katil.

Dia masih tidak mengerti.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dan macam mana keadaan mama sekarang?

VS PRIVATE MEDICAL CENTRE

Ini adalah hospital persendirian milik V sepenuhnya. Tanpa pengetahuan Madam Sakura Inn dan juga Tuan Dai Soku, V mula membina sebuah hospital persendirian ini. Bukan terbuka untuk orang ramai. Sebaliknya, ia terbuka untuk ahli keluarga nya termasuk orang - orang di bawah jagaannya.

Sebab itulah di beri nama VS PRIVATE MEDICAL CENTRE.

V hanya memerhati sahaja tubuh kaku Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku yang tidak sedarkan diri itu. Kedua - duanya di tempatkan sebelah menyebelah.

Setelah puas memerhati kedua - dua kesayangan nya ini, dia mula berpaling menghadap Bulter Yamato yang setia berdiri di sebelahnya sejak dari mereka memindahkan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku ke hospital persendirian ini tadi.

"Yamato shitsuji, mama to papa o kono puraibēto byōin ni utsushite kurete hontō ni arigatō. Kokoro kara kansha shiteimasu.(Terima kasih Bulter Yamato, kerana membantu saya memindahkan mama dan daddy ke hospital persendirian ini. Saya hargai sangat.)" Ucap V sambil berjabat dengan Bulter Yamato sebelum tubuh lelaki tua itu di peluk dengan erat sekali. Bulter Yamato tersentak dengan tingkah V ini hanya menepuk lembut belakang anak muda ini.

"Dōitashimashite, V-sama.(Sama - sama, Tuan V.)" Balas Bulter Yamato.

Bulter Yamato adalah orang kepercayaan kekuarga Madam Sakura Inn. Setelah kematian Lady Yei Na, Madam Sakura Inn menjadi kan lelaki tua ini sebagai penasihat dan ketua Bulter di rumah agam mereka suami isteri. Oh ya, vila mewah yang sedang di huni oleh Delinta sekarang adalah milik Lady Yei Na sebelum di turunkan ke Madam Sakura Inn selepas kematiannya. Sebelum ini... Selepas berkahwin dengan Tuan Dai Soku, Madam Sakura Inn berpindah masuk ke rumah agam keluarga Soku itu.

V yang mendengar ucapan ikhlas dari Bulter Yamato ini hanya mendiamkan diri sebelum meleraikan pelukan nya terhadap lelaki tua ini.

"Demo… watashi ni wa wakarimasen. Doushite V-sama wa ishichou to sono chiimu ni, madamu to gohon’nin no joutai o itsuwaru you meijita no desu ka?(Tapi… saya tak faham. Mengapa Tuan V mengarahkan doktor senior dan pasukannya untuk menipu tentang keadaan Madam dan Tuan?)"Soal Bulter Yamato dengan wajah yang jelas ingin tahu.

"Yato-sama no sei de... (Sebab Tuan Yato..)"

Tuan Yato?

"Tuan Yato... Dia tahu ke yang Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku masih hidup dan tidak koma seperti yang doktor senior dan pasukan nya cakap tadi?" Soal Butler Yamato lagi.

V mengangguk lemah.

Butler Yamato mendengus geram! Tak habis - habis lagi si tua perut gendut itu cari masalah!

Baru mengerti sekarang! Sebab apa V memindahkan kedua - duanya ke private hospital ini! Kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali! Si tua perut gendut itu bukan tidak tahu akalnya bagaimana! Setiap pelusuk dia akan cari cara untuk hapuskan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku! Termasuk Delinta sekali!

"Dan sekarang, dia mula mengincarkan Dhia..."

"Apa? Dia mula mengincarkan Cik Dhia?"

Sekali lagi V mengangguk lemah. Rambutnya yang tidak terurus itu di raup kebelakang.

Bedebah punya Tuan Yato! Hampir buat Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku kehilangan nyawa, dan sekarang... Mengincarkan Delinta pula! Jahat betul!

" Habis sekarang? Macam mana, Tuan V? Tuan V ada rancangan ke?" Soal Butler Yamato.

V masih senyap.

Bebola matanya kembali menatap tubuh kaku bapa dan ibu tirinya sebelum dia mula bersuara.

“There’s no other way… I will marry Dhia.”

Sekali lagi butler Yamato tersentak!

"Nan desu ka? (Apa?)"

V mahu mengahwini Delinta?

Adakah ini keputusan yang bijak?

Apa yang ada di dalam kepala V saat ini?

BAB terbaru... Sorry lambat update... V nak kahwin dengan Dhia... Auwww... Tak sabar nak tengok reaksi Dhia nanti ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience