Completed
4781
OSAKA, JEPUN
Hati Delinta mula berasa tidak enak sebaik sahaja dia dibawa ke sebuah kawasan terpencil di pinggir kota Osaka. Ketika keluar dari Vila Sakura Inn tadi, sebuah kereta mewah berhenti tepat di hadapannya. Tanpa sepatah kata, dia dibawa pergi. Dan kini, dia berdiri di hadapan sebuah rumah tradisional Jepun yang sunyi, jauh dari hiruk-pikuk kota.
Bangunan kayu itu kelihatan klasik, namun menyimpan aura misteri yang menggetarkan dada. Di pintu masuk, dua orang lelaki berpakaian serba hitam berdiri tegak. Pandangan kedua - dua kelihatan tegang dan tajam. Memberi pandangan seolah-olah menghalang sebarang niat Delinta untuk berpatah balik.
Pemandu yang menjemputnya tadi keluar dari kereta, kemudian memberi isyarat halus agar Delinta mengikutinya masuk ke dalam kawasan rumah. Langkahnya terasa berat, namun dia tetap menurut, walaupun jiwanya kini diliputi resah yang sukar dijelaskan.
Ada sesuatu yang tidak kena. Dan nalurinya seolah - olah tahu… tempat ini seperti nya mahu mempertemukan dia dengan orang dia cari selama ini.
Semakin laju langkah pemandu itu, semakin laju juga Delinta mengatur langkahnya. Sehinggalah langkah kedua - dua nya berhenti pada sebuah ruang tamu mewah yang berciri kan tradisional Jepun yang di duduki oleh seorang wanita yang anggun dan elegan.
"Kanojo wa mō koko ni imasu, madamu. (Dia sudah ada di sini, Madam.)" Beritahu pemandu itu dalam bahasa Jepun. Wanita anggun itu mengangguk mengerti sebelum mengarahkan pemandu serta kedua - dua bodyguard nya berada di sisinya untuk pergi dari situ. Ketiga - tiga mereka menunduk mengerti sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Delinta dan wanita anggun itu berdua. Pandangan Delinta langsung tidak berganjak dari memerhati wajah anggun wanita ini.
Inikah wajah sebenar ibu kandung nya?
Wanita anggun yang di kenali sebagai Madam Sakura Inn itu pantas menoleh bila menyedari pandangan Delinta yang tidak berkalih dari merenung wajahnya.
"Kenapa renung saya macam tu? Tak nak duduk ke?" Soal Madam Sakura Inn dengan dalam Bahasa Malaysia yang fasih. Tersentak Delinta bila di soal sebegitu oleh ibu kandungnya ini. Lagi - lagi dalam Bahasa Malaysia. Jarang orang luar fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan. Kiranya, kagum jugalah dengan Madam Sakura Inn ni! Walaupun dah bertahun - tahun tinggalkan Malaysia, tetapi penggunaan bahasa nya masih lagi lancar.
Perlahan - lahan Delinta melabuhkan punggung di hadapan Madam Sakura Inn ini.
"Minumlah..." pelawa wanita itu dengan suara datar, tangannya menghulur ke arah cawan teh hijau yang masih berasap di hadapan Delinta.
Namun gadis itu sekadar tunduk. Tidak ada sedikit pun keinginan untuk menyentuh minuman itu meskipun aromanya lembut memenuhi seluruh ruang tamu, mencipta suasana seakan tenang, sedangkan dalam hatinya sedang berkocak hebat.
"Kamu Dhia Delinta, kan?" soal wanita itu lagi, kali ini dengan nada yang sukar di tafsir... Ada kebanggaan, tetapi dibalut angkuh dan dingin.
"Ya... saya Dhia Delinta..." jawab Delinta perlahan, memperkenalkan dirinya secara rasmi. Namun, pandangan tajam dan beku yang dilemparkan oleh Madam Sakura Inn membuatkan jantungnya kembali berdegup resah.
Wanita itu menyilangkan kaki, bersandar santai seperti sedang berurusan dalam bilik perbincangan syarikat.
"Saya tak nak cakap banyak. Berapa banyak yang kamu mahu? Saya boleh bagi."
Delinta tersentak.
"Berapa banyak? Apa ni, mama? Apa maksud mama?" tanyanya, kening berkerut dan tak sedar bahawa lidahnya telah melepaskan perkataan yang paling dalam maknanya.
Mama.
Madam Sakura Inn tergelak kecil. Tawa itu perlahan tapi sinis, menikam ke dalam hati.
"I think... I'm not your mother now." katanya selamba, kali ini bahasa Inggeris yang diungkap, penuh sarkastik.
"Dah lepas 20 tahun... Aku rasa panggilan mama, ibu, or... whatever... dah tak wujud dalam kamus hidup aku."
Kata-kata itu jatuh seperti kaca pecah ke dalam jiwa Delinta. Senyum wanita itu dingin, matanya tak berkedip... Seolah-olah tidak langsung terkesan dengan luka yang sedang ditorehnya.
Berubah terus wajah Delinta. Wajah itu sekarang sarat kecewa, hampa, tidak percaya.
"Tapi... mama kan nama Madam Sakura Inn... Dhia tak silap orang..." suaranya bergetar, masih cuba berpaut pada harapan tipis.
Wanita itu mengangguk perlahan, sinis masih belum surut dari senyumannya.
"Yes... Itu adalah panggilan untuk 20 tahun lepas. Tapi panggilan tu... dah mati buat aku sekarang." Balas Madam Sakura Inn lagi, kali ini lebih tegas dan dingin, seperti titik akhir bagi sebuah harapan.
Tangannya mencapai sebuah fail hitam yang tersandar di kerusi sebelah, lalu diletakkan di hadapan Delinta tanpa sedikit pun riak belas di wajahnya.
"Aku malas nak cakap banyak. Sekarang... kau sign dokumen ni."
Dahi Delinta berkerut. Hatinya berdegup semakin laju, naluri wanitanya terasa tidak enak.
"Apa ni?" soalnya, nada suaranya semakin perlahan dan serak, hampir tenggelam dalam kegusaran yang mula membungkus seluruh tubuh.
"Bukalah. Kau akan tahu isinya nanti."
Walau teragak-agak, Delinta tetap menyambut fail tersebut. Tangannya menggigil sewaktu menyelak halaman pertama. Mata bundarnya segera tertancap pada tajuk dokumen yang tertera dengan jelas dan kemas:
SURAT PERJANJIAN UNTUK MEMUTUSKAN HUBUNGAN ANTARA MADAM SAKURA INN DAN DHIA DELINTA
Bagai disambar kilat, mata Delinta terbeliak.
"Apa ni, Ma? Apa semua ni?" Suaranya hampir tenggelam, parau menahan kejutan yang menikam jiwanya. Air mata mula bertakung tanpa sedar, namun dia masih cuba berdiri teguh, mencari wajah ibunya yang kini tidak langsung menunjukkan riak simpati.
Madam Sakura Inn menyilangkan tangan, bersandar dengan wajah tanpa emosi.
"Itu jawapan kepada kehadiran kau ke sini. Aku tahu cepat atau lambat, kau akan datang cari aku. Jadi aku dah sediakan jalan keluar untuk kau... dan untuk aku."
Delinta menggeleng perlahan. Hatinya bagaikan dipulas. Nafasnya terasa sempit.
"Tapi kenapa? Dhia datang sini bukan nak minta apa-apa... Dhia cuma nak tahu... kenapa mama tinggalkan Dhia dulu..."
"Sebab kau tak sepatutnya lahir dalam hidup aku."
Ayat itu... menikam lebih tajam daripada apa pun yang pernah didengarnya seumur hidup. Wajah wanita yang melahirkannya kini berubah menjadi asing... Seperti tidak pernah ada sejarah antara mereka.
"Aku menyesal sebab lahirkan kau dulu... Tapi yelah kan.. Orang cakap... Cinta itu buta.. Jadi aku terpaksa ikut rentak jiwa muda aku waktu tu.. Dan akhirnya, aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang aku sangka kan akan buat aku bahagia sepenuhnya.. Tapi tidak.. Membebankan aku lagi adalah.. Dan kau tahu apa yang aku rasa sekarang... Aku rasa menyesal sangat... Menyesal! " Luah Madam Sakura Inn tanpa mempeduli kan hati Delinta yang semakin terluka dek luahannya yang langsung tidak bertapis. Air mata Delinta lebat membasahi pipinya yang gebu.
"Dan sekarang.. Sign dokumen dan balik ke tempat asal kau... Dan lepas ni nanti... Antara kau dan aku tiada apa - apa hubungan lagi.." Begitu sahaja Madam Sakura Inn memutuskan hubungan darahnya dengan Delinta. Teganya dia!
"Mama masih berpegang pada pendirian Mama lagi ke? Mama tak nak kenal ke anak perempuan mama yang mama tinggalkan 20 tahun lepas?" Delinta berusaha untuk memujuk wanita ini. Tapi sayang, pujukan nya langsung tidak melembutkan hati wanita yang sudah sedingin salju ini.
"Tak mungkin! Aku tak nak ada hubungan lagi dengan keturunan Armi.." Balas Madam Sakura Inn dengan nada jelak sekali. Dan itu membuatkan hati Delinta yang tergores luka semakin luka saat nama arwah babahnya keluar mulut wanita yang di panggil ibu ini.
"Baiklah... Kalau itu yang mama nak... Dhia akan tunaikan.." Akhirnya, Delinta menyetujui juga. Fail hitam yang mengandungi dokumen perjanjian tadi di ambil semula sebelum di selak satu persatu. Tangan nya semakin menggigil ketika dia cuba untuk menurunkan tanda tangan di helaian terakhir. Dan akhirnya, tanda tangan telah di turunkan pada dokumen tersebut.
Selesai menurunkan tanda tangan, Delinta pantas mengangkat punggung nya dari kerusi sebelum berdiri tegak di sisi Madam Sakura Inn.
"Terima kasih Madam kerana sudi mengandungkan anak yang malang seperti saya... Dan terima kasih juga melahirkan saya dengan kudrat Madam. Saya hargai sangat.. Saya minta maaf bagi arwah babah saya kerana tidak memberi keselesaan dan kesempurnaan ketika masih menjadi suami Madam dahulu.. Terima kasih banyak - banyak... Saya pergi dulu..." Usai berkata, Delinta menunduk hormat pada wanita yang pernah melahirkan diri nya sebelum berlalu pergi dari situ.
Sebelum langkahnya makin melaju, suara dingin Madam Sakura Inn bergema lagi.
" Sebaik sahaja kau dah sign dokumen ni.. Kau tak perlu lagi toleh ke belakang.. Kau adalah masa kelam aku... Dan tak perlu lagi cari aku di masa akan datang.." Penuh angkuh Madam Sakura Inn memberi amaran.
Delinta?
Hanya melangkah sahaja tanpa membalas amaran yang di beri oleh wanita yang telah memutuskan hubungan dengan dirinya.
Maka dengan ini, hubungan darah antara Madam Sakura Inn dan Dhia Delinta rasmi terputus.
LANGKAH DELINTA SEMAKIN PERLAHAN.
Dia tidak tahu lagi kemana arah tujuan nya saat ini. Setelah terputus hubungan darah antara dia dengan Madam Sakura Inn tadi, hati terasa kosong. Pertemuan antara anak dan ibu yang 20 tahun tidak berjumpa sepatutnya di akhiri dengan rasa bahagia. Tetapi yang berlaku pada dirinya adalah sebaliknya. Air mata yang tidak berhenti keluar dari tadi menjadi teman setia nya saat ini. Kepalanya semakin memberat. Langkah nya juga semakin tidak stabil. Hatinya yang kelam semakin kelam bila hujan mula membasahi bumi Jepun ini. Dia mendongak ke atas. Titisan hujan mula mengenai mukanya. Dari rintik, hujan semakin menderas! Dan Delinta, hanya menonong sahaja berjalan dalam kehujanan!
Pakaian nya basah kuyup tidak di hiraukan! Pandangan yang semakin kabur juga tidak dihiraukan! Yang dihiraukan sekarang adalah berjalan dalam kehujanan! Langkah nya terhuyung - hayang dalam keadaan kebasahan itu menjadi tatapan mata helang seseorang dari dalam kereta yang setia mengekori dirinya sejak keluar dari kawasan rumah tradisional Jepun tadi.
"Mō ichido, kanojo o oe..(Ekori dia lagi..)" Arah orang itu pada pemandunya.
"Wakarimashita, V-san.. (Baik, Encik V..)" Jawab pemandu tersebut.
Dan ternyata, kereta yang mengekori Delinta sejak tadi adalah milik V.
Delinta yang sudah tidak tahan dengan kepalanya yang memberat sudah terjelepok jatuh tidak sedarkan diri di atas bahu jalan.
Serta merta kereta V yang mengekori nya tadi berhenti mendadak. Bergegas V keluar dari perut kereta tanpa payung di tangan. Dia berlari - lari anak ke arah sekujur tubuh longlai milik Delinta yang tersungkur di atas bahu jalan. Tubuh kecil molek milik Delinta di bawa ke dalam dakapan sebelum di gendong dengan mudah menuju ke arah keretanya. Pemandu yang sibuk memayungi tubuhnya ketika dia mengangkat tubuh lemah Delinta tadi mula bergegas mengekori langkah panjang V ini.
"Doa o akero!(Buka pintu ni!)" Arah V.
Dengan pantas pemandu itu membuka pintu kereta untuk majikannya.
Tubuh Delinta yang sejuk dan lembap di bawa masuk kedalam perut kereta. Selesai meletakkan tubuh Delinta, barulah dia meloloskan tubuhnya ke dalam kereta yang sama. Tatapan mata V tidak beralih dari wajah pucat Delinta yang kini tidak sedarkan diri di ribanya.
“Hītā o tsukete, hayaku!(Panaskan heater. Cepat!)” Arah V sambil menarik jaketnya sendiri lalu menyelimutkan tubuh gadis itu.
Pemandu itu mengangguk dan terus mematuhi. Enjin dihidupkan semula, dan suhu dalam kereta mula berubah perlahan-lahan.
V menunduk sedikit, membelai wajah Delinta dengan belakang jarinya. Rambut gadis itu basah melekat di wajah, dan hujung bulu matanya masih dibasahi titis hujan dan air mata.
“Dhia Delinta…” suara V perlahan, nyaris berbisik. Nama itu disebut dengan begitu halus, bersama senyuman sinis yang tidak lekang dari bibir sensualnya.
Dia tersenyum sinis melihat keadaan gadis ini. Keadaan yang mahu dilihat dan tonton!
"Bawa kami ke tempat biasa."
Pemandu itu mengangguk lagi tanpa berkata apa-apa. Kereta itu meluncur senyap membelah dingin malam Osaka yang basah.
Dalam perjalanan itu, V terus menerus memerhati wajah Delinta.
'Dhia Delinta... Tak lama lagi... Kau akan jatuh dalam dakapan aku!' Bisik nya di dalam hati.
Dan kini, Dhia Delinta telah berada dalam dakapan seorang lelaki yang menyukai hiburan dan di kenali sebagai kasanova!
Permulaan kehidupan hambar Dhia Delinta pun bermula!
Share this novel