BAB 42

Drama Completed 4781

MALAYSIA

KAMPUNG BELIMBING BULUH, PANTAI TIMUR

"DHIA..." HAMPIR jatuh air mata Puan Ela melihat Delinta di hadapannya kini. Terus tubuh kecil molek wanita itu di bawa ke dalam dakapan nya.

Seluruh wajah Delinta di kucup Tanpa henti.

"Rindunya Mak dengan kamu, Dhia..." Ujar Puan Ela dengan tangisan yang mula pecah.

Delinta juga turut mengalirkan air mata nya.

"Kak Ela..."Suara lembut seseorang dari arah belakang Delinta membuatkan dakapan kedua - duanya terlerai.

Bebola mata Puan Ela terus tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang amat di kenalinya.

"Sa... Sakura??" Puan Ela berbisik perlahan.

Tidak berkelip Bebola matanya dari menatap wajah sayu Madam Sakura Inn yang sudah lencun dengan air mata.

Tanpa bertangguh, dia melangkah laju menghampiri wanita itu dan terus tubuh wanita pertengahan usia 40 - an itu di bawa ke dalam dakapannya.

"Ya Tuhan, Sakura... Kenapa sahaja kau pergi nak? Kenapa baru sekarang kau munculkan diri balik?" Bertalu - talu Puan Ela menyoal bersama tangisan yang semakin lebat.

Madam Sakura Inn yang pada mulanya was - was dengan penerimaan Puan Ela terhadap dirinya turut membalas dakapan wanita separuh abad itu. Tangisannya juga tidak kurang lebat sama seperti Puan Ela.

"Maafkan Sakura, kak... Maafkan Sakura... Sebab tinggalkan semua nya macam tu... Maafkan Sakura..." Ujar Madam Sakura Inn dengan penuh penyesalan. Tubuh Puan Ela makin kuat di dakap.

"Dah... Dah... Jangan meratap lagi apa yang dah berlalu.. Akak dah tahu semuanya... Dah mari masuk ke dalam rumah..." Ujar Puan Ela. Tubuh milik Madam Sakura Inn di lepaskan dari dakapan sebelum tangan wanita itu di tarik menuju ke arah rumah gabungan papan dan separuh batu milik wanita pertengahan usia 50 - an ini. Delinta dan Tuan Dai Soku juga mengikuti langkah kedua - dua wanita ini. Kecuali V!

Tangan sasa milik Liku yang menahan langkahnya membuatkan V pantas berpaling ke arah lelaki ini.

"Aku ada benda nak bercakap dengan kau. Hanya kita berdua sahaja." Ujar Liku dengan nada yang rendah sedikit.

V yang mendengar hanya mengangguk mengerti sahaja. Pantas di mengekori langkah Liku yang sudah melangkah sedikit jauh di hadapan.

Kesemua mereka yang berada di atas anak tangga hanya mampu memerhati sahaja kelibat V dan Liku yang sudah menjauh.

Riak wajah Delinta terpancar satu kebimbangan!

Jangan lah ada pertelingkahan Antara V dengan Liku nanti!

Doa wanita itu di dalam hati.

SEKARANG MEREKA BERDUA BERADA sebatang anak sungai yang tidak jauh dari rumah Puan Ela.

Kedua - duanya senyap tidak berkata sehinggalah Liku dengan secara tiba - tiba menghulurkan tangan nya pada V.

V hanya menjongket kan kening nya melihat telatah tidak biasa Liku ini. Tapi bila melihat pandangan Liku terarah pada huluran Tangannya sendiri, hendak tak hendak V menyambung juga huluran tangan lelaki ini.

"Aku minta maaf." Tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Liku membuatkan dahi V berkerut. Huluran tangan Liku pada dirinya di biarkan lepas.

"Minta maaf? Apsal pula kau nak minta maaf dengan aku? Bukannya kau ada buat salah pun dengan aku!" Tingkah V.

"Tapi aku still kena minta maaf dengan kau jugak V. Sejujur nya, hati aku amat kecewa bila dapat tahu yang Dhia ada hati dekat kau. Aku rasa macam di pinggir kan. Aku, orang yang selama ini berada di sisi dia dari kecil sampai dewasa. Dia langsung tidak pandang. Yang dia pandang hanya lah kau. Lelaki yang ada kaitan dengan ibu dia. "Ujar Liku tanpa ada selok belok.

V tidak menyampuk. Dia masih mendiamkan diri. Dan masih menunggu kenyataan Liku lagi.

"Sejujur nya, dari dulu lagi aku suka kan Dhia. Tapi aku tak boleh nak ungkap rasa cinta dan sayang aku tu dekat dia. Aku takut.. Yang Dhia akan menjauhi aku kalau aku ungkap kan semua rasa itu pada dia. Aku takut dia rasa canggung dan kekok bila Dia dapat tahu isi hati aku pada dia yang sebenarnya. Tapi aku terlepas. Terlepas seseorang yang amat aku cintai dan sayangi. Dia dah dapat cinta hatinya.. Iaitu kau, V. " Luah Liku lagi. Dia berpaling ke depan. Aliran air sungai di depan di renung kosong.

V masih lagi dalam keadaan tadi.

"Dan aku minta maaf jugak sebab berkurang ajar dengan kau masa dekat Osaka dulu.. Aku nekad nak bawak balik Dhia walaupun aku tahu keadaan untie waktu tu. Aku minta maaf." Ucap Liku dengan nada penuh penyesalan.

V yang melihat wajah mendung Liku itu mula merapati Liku sebelum belakang badan lelaki itu di tepuk perlahan.

"Dah. Tak payah kau nak feeling sedih sangat dekat sini. Kau tak salah apa pun. Lagipun, waktu tu kau nak protect Dhia aje. Aku tahu. Dah. Jangan simpan semua nya di dalam hati. Aku dah maafkan semuanya." Balas V dengan penuh rasa tulus.

Wajah mendung Liku tadi terus berubah serta merta sebelum tubuh V yang berhampiran dirinya di dakap laju.

"Terima kasih V. Terima kasih banyak - banyak!" Ucap Liku dengan senyuman yang penuh lebar.

V hanya tersenyum tipis sebelum belakang badan Liku di tepuk perlahan sekali lagi.

Dakapan mereka berdua kembali terlerai.

""So, what are your plans for later?" Soal V Setelah sesi luah meluah tadi sudah selesai.

"Plan aku? Maybe aku akan berlayar di tengah lautan lagi." Ujar Liku bersama senyuman sumbing nya.

"Kau decide nak pindah ke, Liku?"

Liku mengangguk perlahan.

"Dekat mana?"

"Sabah."

"Jauhnya. Habis Mak kau macam mana nanti? Takkan kau nak tinggalkan dia sendirian dekat sini pula?" V kembali menyoal pada Liku.

"Don't worry, bro. Aku akan bawak mak aku pindah Sabah sekali nanti. Aku takde siapa dekat dunia. Hanya mak aku sahaja yang aku ada." Ujar Liku dengan penuh emosi.

V mengangguk perlahan. Dia faham akan isi hati Liku saat ini!

"Lepas aku dengan mak aku pindah Sabah nanti, kau jaga Dhia baik - baik. Jangan pernah sakiti hati dia. Dia pengarang jantung kau tahu. Kalau aku dapat tahu yang kau baut onar, aku takkan teragak - agak untuk ambik dia balik semula dari kau. Faham?" Ujar Liku dengan mimik muka yang sungguh serius. Dan itu mengundang ketawa besar V.

"Ya... Ya.. Aku faham. Aku akan jaga dan cintai Dhia sepenuh hati aku." Balas V dengan tabik hormat pada Liku. Dan gelagat lucu V itu mengundang tawa kedua - duanya.

Dan kedua - duanya mula beramah mesra seperti lagaknya figura sahabat. Dan kebencian dan rasa tidak suka antara satu sama lain semakin terhakis dan kini hanya wujudnya ikatan persahabatan antara kedua - duanya.

USAI DARI RUMAH MAK ELA, KINI DELINTA DAN V berada di rumah peninggalan arwah babah Delinta, Encik Armiey Niran Dre Atau semasa hayatnya Orang mesra Memanggil Lelaki itu dengan panggilan Armi. Kacukan Siam - Malaysia!

Itu nama penuh sebetulnya babah kepada Delinta. Dan Delinta sendiri pun namanya adalah DELINTA NIRAN DRE. Dhia Itu adalah nama panggilan dari keluarga sahaja untuk Delinta.

Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn sudah berangkat pulang ke ibu kota setelah selesai melawat 'rumah baru' Encik Armi tadi.

Malam yang hening dan hanya di temani bunyi unggas sungguh menenangkan jiwanya. Delinta memejamkan matanya sambil menghirup udara malam.

Pejaman mata nya terbuka lebar saat menyedari pinggangnya di rangkul oleh sepasang tangan kekar Dari belakang.

"Kenapa tak masuk ke dalam rumah. Badan kena masuk angin nanti!" Suara husky seseorang menyapa gegendang telinganya. Malah, dagu pemilik suara husky Itu turut di labuhkan pada bahu kecil nya.

Delinta yang mendengar suara husky itu sudah mengulum senyumnya. Dia tahu siapa gerangan yang melabuhkan dagu di bahunya saat ini. Siapa lagi kalau bukan si anak beruang! Takkan Reki pulak! Mahu lari tak cukup tanah lelaki itu nanti kena perhambat dengan V!

"Saya saja nak hirup udara malam. Terasa nyaman pulak!" Ujar Delinta senyuman tidak lekang di bibirnya. V tidak menjawab. Dia sibuk menghidu leher Delinta sehingga membuatkan wanita itu mengeliat kegelian.

"Haih.. Gelilah awak!" Rungut Delinta sambil cuba untuk melepaskan diri dari perangai miang suaminya ini. Dada V pantas di tolak bila lelaki itu cuba untuk mencium leher dan tengkuk nya.

"Naze kotowatta no? Kimi ni aitaiyo (Kenapa tolak? Saya rindulah).." Bisik V dengan nada penuh sensual.

"Malulah... Dahlah dekat luar rumah ni..." Tegah Delinta.

V si anak beruang ni bukan boleh kira sangat dengan perangai miang dia! Perangai nakal dan miang lelaki itu makin menjadi sejak dia di sahkan mengandung ini!

"Jom lah masuk bilik kalau malu dekat luar ni!" Balas V sehingga kan membuatkan bebola mata Delinta mula membulat.

Pantas satu cubitan berbisanya hinggap di perut lelaki itu!

"Auwww... Sakitlah sayang!" Rungut V dengan wajah mencemik.

Cubitan Delinta ini semakin hari semakin tajam! Mesti berbirat perut nya sekejap nanti hasil cubitan ketam si isteri!

"Gatal lagi kan. Kan mendapat!" Ejek Delinta sambil menepuk Wajah cemberut suaminya. Cemberut pun tetap tampan di matanya.

V tidak membalas sebalik nya dia mengeratkan lagi dakapan nya pada belakang tubuh Delinta.

"Kenapa, sayang? Dari tadi saya tengok awak melamun sahaja." Soal V sambil melabuhkan dagunya pada ubun - ubun kepala Delinta.

"Takdelah. Just rindukan suasana kampung yang damai macam ni. Lebih lagi waktu malam. Tu yang saya duduk dekat luar ambil angin ni." Jawab Delinta dengan lembut.

V tidak menjawab. Dagu nya masih di labuh pada pada ubun - ubun Delinta.

"I Love You, my sweetheart... I Really Love You.." Ucap V. Ubun - ubun Delinta di kucup lagi.

Delinta yang mendengar ucapan V pantas menyandarkan belakang badannya pada dada bidang milik suaminya.

"Me too.." Balas Delinta.

Dan lingkaran tangannya pada pinggang Delinta makin di eratkan. Senyuman manis nya tersungging di bibir sensualnya.

Kedua - duanya kembali terdiam sambil menikmati angin malam. Bintang yang bertaburan di atas langit menjadi tatapan kedua pasangan suami isteri itu.

Dan mereka berdua masih hanyut dalam menikmati keindahan dan kedamaian malam itu.

Moga keindahan, keceriaan dan kasih sayang menyinari kehidupan V dan Delinta nanti!

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience