BAB 23

Drama Completed 4781

MALAYSIA

MENGINJAK TENGAH MALAM, BARULAH Delinta pulang ke vila.

Susuk tubuh V yang kelihatan keresahan di ruang tamu menyapa pandangan matanya ketika dia menginjak kaki ke dalam vila.

V yang sedar akan kemunculan gadis itu pantas menghampiri Delinta.

"You pergi mana hah, Dhia? I call langsung you tak jawab.. You buat I risau tau tak?" Tanpa tertangguh, V terus bertanya kepada Delinta. Jelas sekali riak kerisauan terpancar di wajah tampan lelaki itu.

"Bukan urusan Encik V untuk tahu saya berada dimana.." Sinis Delinta menjawab sebelum melangkah melintasi untuk menuju ke kamar yang di huni selama ini. Tetapi pautan kejap tangan V di lengannya membuatkan langkah Delinta terhenti serta merta.

"Saya dah cakap kan! Bukan urusan Encik V untuk tahu kemana saya pergi!" Suara Delinta sudah mulai naik. Tajam pandangan matanya memanah wajah V yang turut memandang wajah nya.

“I have every right to know where you’re going. You and I are not strangers, so I must know exactly where you’re heading next.” Balas V.

Tergelak sinis Delinta saat mendengar ayat lelaki ini.

"Oh, really? Sebab awak ada kena mengena dengan saya.. Tu yang awak cakap awak patut berhak tahu ke mana saya pergi... Come on, V... Awak tu hanya ada kena mengena dengan perempuan tu saja... Bukan saya!" Balas Delinta semula. Tiada lagi panggilan Encik yang selalu dia gunakan kepada V selama ini.

" You're still my stepsister, Dhia.. You still have something to do with me... I'm your stepbrother from now on... Like it or not..."

Sekali lagi Delinta tergelak sinis.

"Siapa awak untuk kawal hidup saya hah? Awak ingat dengan pangkat awak sebagai 'abang tiri' tu saya akan tunduk kepada segala arahan awak?" Soal Delinta.

"Dulu ya.. Memang saya hormatkan awak sebab awak adalah ketua dan majikan saya... Dan saya percayakan awak... Tapi.. Bila awak sengaja menyorokkan identiti awak... Awak ingat saya nak percayakan awak lagi ke hah, V?"

"Awak tergamak bawak perempuan yang dah buang saya macam anjing kurap dulu... Yang buang saya macam sampah... Dan sekarang... Dengan bangga awak nak kawal saya berdasarkan kuasa awak sebagai 'abang tiri'... Hahaha... In your dream, V.. In your dream!" Dada V yang bidang itu di tujal kuat.

" Dahlah... Tak guna kalau saya bercakap banyak dengan orang tak reti bahasa macam awak ni! Saya akan keluar dari rumah ini malam ini jugak... Saya tak mahu duduk di rumah orang telah patahkan kepercayaan saya.." Usai berkata, Delinta pantas melangkah laju menuju ke arah tingkat atas. V mengejar susuk tubuh Delinta dari belakang.

Kelihatan Delinta membuka bagasi nya. Almari dibuka dan pakaian yang bergantungan di dalam almari di capai pantas sebelum di sumbat ke dalam bagasi.

"You tak boleh pergi, Dhia... Dah malam ni... You nak stay mana?" Suara V yang berada di muka pintu langsung tidak mengganggu dirinya yang sedang sibuk mengemas.

"Bukan urusan awak untuk tahu saya stay di mana!"

"But I'm still your stepbrother, Dhia!"

"Eh, pergi jahanam lah dengan pangkat tu! Mulai detik ini, saya takde kena mengena dengan keluarga yang dah menghancurkan hidup saya.. Termasuk awak!" Jerkah Delinta. Mencerlang tajam bebola matanya memanah wajah V yang langsung tidak jemu memujuk dirinya sejak dari tadi.

Barang - barang peribadi nya berada di bilik mandi dan di atas meja solek di sumbat ke dalam bagasi sebelum bagasi itu dizip rapat.

"Dhia... Listen to me.." V tidak jemu lagi mahu memujuk gadis itu.

Delinta tidak menghiraukan sebaliknya dia bergegas menuju ke arah muka pintu. Bebola matanya mula bertembung dengan susuk tubuh Madam Sakura Inn yang berdiri di muka pintu bilik.

"Dhia... Dah malam ni... Dhia nak pergi mana sayang..." Soal Madam Sakura Inn dengan nada sayu.

Delinta langsung tidak membalas soalan wanita ini. Dia bergegas menuruni tangga bersama bagasi yang sederhana besar itu.

"Dhia.."

Giliran Madam Sakura Inn pula mengejar Delinta dari belakang.

"Eh, jijik tau tak! Asyik Dhia... Dhia... Dhia.. Kenapa? Nama tu dah tak jijik ke keluar dari mulut Puan dah ke?"

"DHIA! Jaga percakapan Dhia... Itu ibu kandung kamu!" Suara Tuan Dai Soku pula bergema. Dia terkejut dengan reaksi Delinta sebentar tadi.

Tak sangka, gadis ini sekeras dan sekasar itu sekarang!

Delinta tergelak perlahan. Gelak yang sungguh menyagat hati.

"Wah! Banyak nya yang back up perempuan ni! It's okay... Saya faham... Tapi.. Saya takkan stay sini dah... Saya akan keluar dari rumah ni... Dan awak, Encik V... Jangan risau... Segala apa yang saya dah habiskan apa yang berada dalam rumah ni saya akan ganti semula.. Dan tunggu surat resign saya nanti... "Tanpa menoleh ke belakang, Delinta terus melangkah pergi.

"Dhia.." Raungan Madam Sakura Inn mula bergema.

Dia hampir melorot ke bawah tetapi pautan V pada tubuhnya membuatkan tangisan wanita ini kembali bergema.

"Mama dah banyak buat salah pada dia, V... Mama dah lukakan hati dia... Maafkan mama, Dhia... Maafkan mama.." Teresak - esak Madam Sakura Inn menangis dalam dakapan anak tirinya.

Susuk tubuh Delinta yang sudah menghilang di pandang penuh kerisauan oleh V.

DELINTA pula masih berteleku di sebuah perhentian bas. Air matanya masih lagi mengalir di wajahnya. Sebuah kereta berwarna biru berhenti di hadapan nya. Keluar Zira dari bahagian pemandu dan terus meluru ke arah Delinta.

"Dhia..." Zira menyeru nama sahabatnya.

Delinta pantas memagung kepalanya. Wajah panik dan risau milik Zira terpapar di hadapan matanya.

"Zeee..." Rintih Delinta sebelum tubuh kurus dan langsing milik sahabat nya ini di peluk erat.

"Kenapa ni, Dhia? Dah - dah... Jangan menangis!" Zira memujuk sahabat nya. Rambut dan belakang Delinta di elus perlahan.

"Zee... Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi... Hati aku sakit sangat, Zee..." Rintih Delinta lagi.

Ya... Dia tidak tahu lagi mahu mengadu kepada siapa! Dia tidak mahu kemunculan Madam Sakura Inn meledak kan kemarahan Puan Ela dan Liku! Cukuplah selama pemergian arwah Encik Armi, dia sudah banyak menyusahkan keluarga itu! Dia tidak mahu angkara ini, dia susahkan lagi keluarga Puan Ela.

"Hushh... Dah, Dhia... Jom masuk kereta dulu.." Pujuk Zira sebelum tubuh Delinta yang masih menggigil menahan tangisan di bawa ke bahagian penumpang. Tubuh Delinta di duduk kan di situ. Bagasi milik gadis itu pula di bawa ke belakang lalu di masuk kan ke bonet kereta.

Selesai semuanya, Zira kembali ke bahagian pemandu dan tidak lama kemudian... Kenderaan nya mula bergerak membelah kepekatan malam menuju ke rumah sewanya.

Untung Dhia ada sahabat sebaik Zira...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience