Completed
4781
MALAYSIA
SEBULAN KEMUDIAN
V DAN DELINTA KEMBALI ke Malaysia...
Perbalahan antara V dengan Tuan Dai Soku masih lagi berlanjutan!
Dan kerana dari itu lah, Madam Sakura Inn menyuruh ke dua - duanya untuk kembali ke Malaysia buat sementara waktu!
Pada mulanya, Delinta tidak mahu meninggalkan keadaan mamanya yang belum sihat sepenuhnya.. Tapi atas arahan Madam Sakura Inn, mereka suami isteri akhirnya terbang ke Malaysia.
Ternyata... Hati Tuan Dai Soku masih keras seperti kerikil!
Tidak mengapa lah!
Biarlah Tuhan yang menentukan hati Tuan Dai Soku itu nanti!
SEJAK DARI MEREKA sampai di Vila DELINTA semalam... Delinta menjadi serba tidak kena! Kepala asyik berpinar sahaja... Perut nya asyik memulas dan mual... Dan keadaan itu membuatkan Delinta langsung tidak selesa...
Dan keadaan yang di alami itu langsung tidak di khabar kan kepada V, suaminya... Kerana lelaki itu sibuk menguruskan Hotel DS. Dan sejak mereka terbang semula ke Malaysia... Delinta masih dalam proses menanam anggur... Dalam erti kata lain... Dia berhenti kerja dan duduk dirumah sahaja... Itu pun atas arahan V.. Begitulah kiraannya...
Dah skip...
Jom kita sambung tengok keadaan Delinta pula!
Tekak Delinta tiba - tiba mengidam sesuatu!
Dia menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Malas mahu guna lift Kerana itu akan membuatkan kepalanya akan berpusing Dan berpinar nanti! Baik dia gunakan tangga! Taklah berpinar sangat nanti!
Kakinya mula melanggar menuju ke arah dapur sebelum dia mula menyelongkar kabinet untuk benda yang diidamkan!
V yang baru sampai di ruang tamu mula berkerut dahinya bila melihat kelibat tubuh kecil molek isterinya sedang terjingkit mencari sesuatu di kabinet dapur.
Dia mula melangkah menuju ke arah Delinta.
Kedengaran rungutan Delinta jelas dipendengarannya sebaik sahaja dia sampai di kawasan dapur.
"Hish! Mana pulak si Ramen ni... Merata dah aku geledah... Tak jumpa jugak... Dah lah aku tengah craving gila ni!" Rungut Delinta dengan tangan nya masih lincah menggeledah kabinet dapur.
"Ramen? Sayang nak buat apa dengan Ramen?" Sergahan lembut dari V di belakang tubuh nya Delinta terkejut dan serta merta menghentikan tingkahnya!
"Oh, awak... Tak... Saya cari Ramen... Tapi tak jumpa... Dahlah saya tengah carving sekarang..." Adu Delinta mulutnya yang sudah mula muncung! Geram saja V melihatnya! Rasa nak cubit saja muncung Delinta ini!
"Bukan sayang tak gemar ke dengan Ramen? Ni tiba - tiba craving Ramen pula?" Soal V dengan nada yang pelik!
Mana tak peliknya! Ramen itu kan bukan makanan kegemaran Delinta! Wanita itu langsung tidak menggemari masakan berasaskan Ramen! Kalau maggi atau yang lain itu, Delinta boleh sahaja telan dan makan! Kalau Ramen itu, wanita kesayangannya ini langsung tidak menggemari nya!
"Alah... Awak ni! Sahaja aje kan nak kenakan saya! Mana Ramen nya? Saya betul - betul craving ni!" Soal Delinta nada merajuk. Tubuhnya sudah berkalih dari menghadap V.
V yang melihat riak merajuk Delinta sudah mula mati kutu!
Ah sudah! Merajuk pula dah bini aku ni! Omel V di dalam hati. Kepalanya di garu perlahan sebelum dia mula melangkah menghampiri Delinta yang sudah membelakangi dirinya.
Kedua - dua belah tangan nya di letakkan di atas bahu Delinta sebelum tubuh kecil mungil kesayangan nya ini di pusing menghadap dirinya.
Wajah cemberut Delinta di tatap dengan senyuman manis nya.
"Kenapa dengan sayang saya ni? Merajuk pulak ke?" Tubuh nya di rendahkan untuk menyamai dengan Tubuh mungil Delinta ini! Maklumlah, ketinggian isterinya ini hanya paras dadanya sahaja. Itu yang dia terpaksa merendahkan tubuh tingginya.
Delinta hanya mendiamkan sahaja. Langsung tidak menjawab soalan suaminya. Riak cemberut nya masih di pamer! Tapi itu tidak lama bila tiba - tiba hidung nya mula mencium bau wangian yang datang dari tubuh suaminya!
Dia mendekatkan lagi hidungnya ke arah tubuh V sebelum di hidu perlahan. Makin dia dekat, makin kuat bau wangian itu menusuk ke rongga hidungnya!
"Eh, kenapa ni sayang?" Soal V dengan wajah berkerut melihat tingkah Delinta itu.
Delinta tidak mempedulikan soalan suaminya sebaliknya makin mendekatkan wajahnya ke arah Dada V!
Terpejam seketika bila bau wangian yang terbit dari badan V itu! Hilang sudah tingkah merajuknya tadi diganti pula dengan tingkah barunya ini!
Tidak puas rasanya bila di hidu begitu!
Tubuh tinggi milik V mula di paut kedalam dakapannya. Tertunduk seketika V dengan aksi spontan isterinya Ini!
"Awak... Kenapa bau awak wangi sangat ni? Awak pakai minyak wangi apa?" Soal Delinta hidungnya tidak sudah - sudah menghidu wangian di Dada V.
"Saya tak pakai minyak wangi apa pun lah, sayang..." Balas V dengan tenang.
Walaupun sedikit hairan dengan tingkah Delinta ini, senyuman manis tetap tersungging di bibir sensualnya.
"Wangi..." Bisik Delinta sebelum menghidu pagi bauan itu dengan lebih mendalam. Terasa hilang seketika rasa pening, mual dan rasa tidak selesa tubuhnya bila menghidu bau badan V ini!
V pula merelakan semuanya! Semakin Delinta berbuat begitu, semakin suka V jadinya! Haaaa... Mulalah tu perangai miangnya keluar!
Lama mereka berdua berkeadaan begitu sehingga bunyi loceng menghentikan tingkah mereka berdua!
Ting tong! Ting tong!
"Kejap ya sayang... Saya pergi tengok dulu siapa yang datang..." Ujar V sambil meleraikan dakapan mereka. Terus berubah cemberut wajah Delinta bila V mula meleraikan dakapan pada Tubuhnya.
"Sekejap saja ya.. Jangan merajuk okay..." Pujuk V lagi. Hendak tak hendak, dia harus melangkah menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang. Takkan tak tengok pula!
Lelaki itu melangkah menuju ke arah pintu utama dengan di ikuti perlahan oleh Delinta dari belakang. Entah mengapa, rasa loya nya mula kembali menyerang. Kepala juga kembali berpinar!
Figura V yang sedang berjalan menuju ke arah pintu utama sudah mula kabur di pandangan matanya.
V yang tidak menyedari keadaan Delinta itu pantas membuka pintu utama vila.
Terkedu V seketika bila wajah Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn muncul sebalik sahaja dia membuka daun pintu.
Gedebuk!!
Tak jadi V hendak bersuara bila bunyi sesuatu jatuh di atas lantai. Pantas dia berpaling ke arah belakang sebelum bebola matanya membulat besar! Termasuk Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn!
"Dhia!!!"
Suara ketiga nya mula bergabung berteriak!
Delinta pengsan di tengah ruang tamu!
Apa dah jadi dengan Delinta?
TANGAN KESAYANGANNYA itu tidak lepas dari genggaman tangannya!
Tak habis - habis senyuman V tersungging di bibir sensual lelaki itu!
Masih terngiang lagi ayat doktor di cuping telinganya!
'Lambatnya awak nak sedar sayang... Cepatlah awak sedar sayang! Saya ada berita gembira nak bagi tahu awak ni nanti!' Bisik V di dalam hati. Tangan lemah Delinta di bawa ke arah bibir nya sebelum dikucup perlahan. Bebola matanya langsung tidak berganjak dari merenung wajah pucat Delinta itu. Kasih sayang nya terlalu kuat untuk wanita kesayangannya ini!
Madam Sakura Inn yang melihat itu sudah mula menyekat air matanya. Begitu juga dengan Tuan Dai Soku!
Melihat kasih sayang yang kuat antara V dengan Delinta itu membuatkan dia tersedar akan sesuatu!
"V..." Seru Tuan Dai Soku perlahan setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
V yang ralit memerhati wajah isterinya pantas berpaling bila nama nya di seru Oleh Tuan Dai Soku.
"Daddy nak cakap sekejap dengan V boleh?" Pinta Tuan Dai Soku pada anaknya.
V yang mendengar permintaan bapanya pantas berpaling ke arah Madam Sakura Inn. Wanita itu mengangguk memberi keizinan kepada V.
"Tak mengapa... Dhia biar mama jaga... V pergilah jumpa daddy ya?" Ujar Madam Sakura Inn kepada V. V mengangguk mengerti sebelum melangkah mengekori langkah bapanya. Mereka anak beranak mula melangkah keluar dari wad yang menempatkan tubuh Delinta.
DAN SEKARANG, KEDUA - DUA NYA sudah berada di bangunan hospital paling atas. Iaitu bahagian bumbung!
Kelihatan Tuan Dai Soku dan V sedang berdiri sambil menghadap hiruk pikuk kota yang tiada kesudahan itu.
"Ada apa daddy nak jumpa V ni?" Soal V setelah agak lama mendiamkan diri tadi.
Tuan Dai Soku tidak menjawab soalan anak lelaki nya sebalik nya dia berpaling menghadap V. Tubuh tinggi dan tegap anak lelaki nya di tarik dan dakap dengan erat sekali.
V yang terkejut dengan reaksi spontan bapanya hanya berdiri kaku sahaja.
“Gomena na, V…Daddī o yurushite kure.
Daddī ga kimi to Dhia no kankei o mitomenakatta koto, hontō ni sumanakatta. Nando mo jibun o furikaetta yo.
Daddī wa gōman de, omoagatte ita. Seken no hyōban ga kowareru no ga kowakute,
kimitachi no ai o ukeireru koto ga dekinakatta. Demo ima ni natte wakatta n da. Meiyo mo chii mo, daddī no soba ni eien ni nokoru wake janai. Hontō ni taisetsu na no wa… kimi nan da.("Maafkan daddy ya, V... Maafkan perangai daddy yang tak merestui hubungan V dengan Dhia... Daddy salah.. Daddy khilaf... Berkali - kali daddy renung balik diri daddy... Daddy angkuh... Daddy sombong... Daddy tak mahu anggap hubungan kamu dengan Dhia sebab daddy reputasi daddy hancur... Tapi daddy dah sedar... Yang semua tu takkan selamanya bersama daddy...)" Pohon Tuan Dai Soku bersama tangisan yang mula pecah di bahu anak lelakinya.
Ya... Dia sombong! Dia bongkak! Sampai sanggup memikirkan yang hubungan yang terjalin di antara V dan Delinta akan merosakkan segalanya! Dia lagi sanggup takutkan pandangan serong dan reputasi dari memikirkan kehidupan anak lelakinya! Dan ayat Delinta bagi tempoh hari benar - benar membuatkan dirinya sudah tersungkur saat ini!
V yang mendengar ayat bapanya pantas menjawab.
“Daijōbu da yo, daddī…Daddī wa nani mo warukunai.
Boku ni ayamaru hitsuyō nante nai yo.Hontō ni ayamaru beki na no wa, boku to Dhia da. Subete o kakushite ita koto… gomen nasai. Yurushite kure yo, daddī…(Tidak mengapa lah, daddy... Daddy tak salah apa pun... Daddy tak payah minta maaf kepada V... Sepatutnya V dan Dhia yang minta maaf dekat Daddy sebab merahsiakan semua tu... Maafkan V ya, daddy..)" Ujar dengan tangisan yang turut pecah.
Ya... Akhirnya... Perselisihan faham antara V dan Tuan Dai Soku terlerai juga dan kini mereka anak beranak sudah berbaik semula.
Mereka anak beranak mula meleraikan dakapan masing - masing.
Tuan Dai Soku mula mengesat wajahnya masih terlekat dengan sisa air mata. Begitu juga dengan V!
Bahu anak lelaki nya kembali di tepuk perlahan.
"Daddy percaya kan V sepenuh nya... Lepas ni... Jaga Dhia baik - baik... Kamu bukan berdua lagi dah... Kamu dah bakal jadi bapa... Jaga isteri dan bakal anak kamu baik - baik... Kalau kamu buat hal... Daddy takkan lepaskan kamu... Faham?" Dalam memberi nasihat, sempat lagi Tuan Dai Soku mengugut anak lelakinya ini.
Ya... V dan Delinta tidak lagi bersendirian! Delinta telah di sahkan mengandung!
Dan ugutan itu mengundang tawa besar si anak beruang ini!
" V tahu, daddy... V akan jaga Dhia dan bakal anak kami seperti V jaga diri sendiri... Mereka adalah nyawa V..." Ujar V dengan penuh makna.
Tuan Dai Soku mengangguk mengerti sebelum bahu V di tepuk untuk sekian kalinya!
Akhirnya...
Hubungan antara V dan Tuan Dai Soku pulih seperti sedia kala...
Tiada lagi perselisihan faham antara kedua nya...
Dna mereka sudah akur Antara satu sama lain...
Miga hubungan V dengan bapanya erat sentiasa...
Hi... Bab baru sudah terbit... Syukur lah... Tuan Dai Soku dah berbaik dengn V... Dan paling excited... V dah nak jadi Bapa... Wah... Tak sabar update tentang anak beruang junior ??.. Selamt membaca... Stay with me ???
Share this novel
bestnya bau baby ?