BAB 3

Drama Completed 4781

MALAYSIA

KAMPUNG BELIMBING BULUH, PANTAI TIMUR

"DHIA!!" DARI kejauhan, sayup - sayup kedengaran suara seseorang memanggil dirinya. Delinta yang ketika itu sedang memilih barang di sebuah kedai runcit pantas berpaling bila namanya di panggil.

"Kenapa ni, Liku?" Soal Delinta sebaik sahaja melihat pemuda itu berhenti di hadapan nya.

"Bapak kau.. Bapak kau.." Ujar pemuda yang di kenali Liku itu dengan nada suara yang termengah.

"Babah? Kenapa dengan babah aku?" Soal Delinta dengan nada cemas.

"Bapak kau.. Bapak kau accident dekat jalan depan sana!"

"Hah? Apa?"

Delinta terpaku. Jantungnya terasa seakan terhenti seketika. Wajahnya serta-merta berubah pucat.

"Liku, kau jangan main-main!" Suaranya bergetar, hampir menangis.

"Aku tak main, Dhia!" Beritahu Liku.

Barang yang bertaburan di atas tanah tidak dihiraukan. Dia mula melangkah berlari laju menuju ke arah yang disebut oleh Liku tadi. Meninggalkan pemuda itu dengan rasa mengah nya yang masih tidak hilang. Wajah nya sudah mula di banjiri dengan air mata. Lariannya semakin kencang.

Siren ambulans kedengaran dari kejauhan, semakin lama semakin jelas. Langkahnya semakin gopoh, dada berombak menahan sesak emosi.

"No.. Babah! No!!" Rintih Delinta. Nafasnya mula terasa mengah.

Di selekoh jalan utama, beberapa orang berkumpul. Sebuah motosikal terbaring. Di sisi jalan, seseorang terbaring kaku dengan tubuh berlumuran darah. Malah tubuh kaku itu sudah mula di tutupi dengan sehelai kain putih. Delinta menjerit sekuat hati.

"Babahhh!!"

SEMINGGU KEMUDIAN..

"Macam mana keadaan Dhia, Liku?" Soal Puan Ela pada anak lelakinya. Liku yang ketika itu baru datang dari dapur sambil membawa dua muk air milo hanya menggeleng perlahan. Mengeluh perlahan Puan Ela melihat gelengan anak lelakinya ini.

"Dah seminggu dia dok berkurung macam tu.. Mak risaulah.." Ujar Puan Ela. Matanya masih lagi tidak lepas dari menatap ke arah pintu bilik yang di huni oleh Delinta. Ketika ini mereka dua beranak berada di ruang tamu.

Liku meletakkan sebuah muk di hadapan ibunya manakala muk yang satu lagi untuk dirinya sendiri.

"Mak ingat Liku ni tak risau ke keadaan dia macam tu?" Liku pula mengambil alih bersuara.

"Dah tahu risaukan dia.. Pergilah hiburkan dia.. Ini tak.. Sibuk dengan air milo dia aje.." Getus Puan Ela.

"Aik? Nak salahkan Liku pulak? Mak.. Takkan lah Liku kena hiburkan dia.. Mak tahukan yang Liku ni lelaki. Maklah yang sepatutnya slow talk Dengan dia. Bukan Liku.." Jawab Liku.

Puan Ela mendengus kecil, namun tidak menafikan kata-kata anaknya.

"Mak tahu Liku lelaki… tapi Dhia tu macam anak mak juga. Dari kecik sama-sama main, sama-sama besar. Sekarang ni masa dia perlukan seseorang, janganlah kira malu sangat."

Liku tunduk. Dia mencicip milo dari muknya perlahan-lahan. Hakikatnya, dia juga terseksa melihat keadaan Delinta yang berubah murung dan tidak bersuara langsung sejak dari kemalangan itu. Setiap malam, dia terdengar esakan dari bilik itu. Tetapi dia hanya mampu berdiri di balik pintu, tidak berani menyapa.

"Mak..." Liku bersuara perlahan.

"Mak cuba lah hiburkan dia ya? Kalau tak boleh jugak, biar Liku yang cuba okay?" Akhirnya Liku mula memberi cadangan. Senyuman nipis mula menguasai bibir tua Puan Ela.

"Dan yang penting mak.. Amanah yang arwah Pakcik Armi tinggalkan tu jangan di lengah - lengahkan.. Cepat atau lambat.. Amanah tu harus sampai ke tangan Dhia juga!" Nasihat Liku pada ibunya. Ya.. Bukan dia mahu mengajar Puan Ela. Tetapi sebagai anak, dia harus mengingati ibunya berkaitan yang satu itu!

Amanah orang dah meninggal! Jangan tu buat main!

Puan Ela mengangguk mengerti. Ya.. Dia juga tahu berkaitan amanah itu!

Bebola matanya di kerling ke arah pintu bilik Delinta sebelum keluhan dilepaskan untuk sekian kalinya!

Babah Dhia dah meninggal...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience