Completed
4781
LENA DELINTA TERGANGGU SEBALIK sahaja telinganya mendengar bunyi riuh di tingkat bawah. Telefon pintar yang berada di meja kecil di capai.
01:30 pagi!
Siapa pulak yang buat bising dekat tingkat bawah ni! Rungut Delinta. Dengan rasa malas, dia mula bangun dari katil. Selimut tebal yang menyaluti tubuh di selak. Rambut nya yang mengerbang serupa hantu kak limah di sanggul rapi. Dia mula bangkit dan berjalan perlahan menuju ke arah pintu dengan perasaan malas dan mata separuh terbuka. Mulut nya juga mula menguap lebar.
Pintu biliknya di buka sebelum mukanya di jenguk keluar. Pintu bilik kembali ditutup. Dia mula mengintai ke tingkat bawah. Dahi nya mula berkerut melihat tiada langsung kelibat orang di tingkat bawah.
Haih... Tadi bukan main riuh rendah suara. Ni takde pulak! Getus Delinta di dalam hati. Takkan lah vila ini berhantu pula! Haaa... Mula lah si Delinta ni mengarut!
Ting!
Bunyi lif berhenti kedengaran!
Haaa... Jangan nak mengarut entah apa - apa! Orang yang dekat bawah tadi takde sebab naik lif. Hish... Macam mana dia lupa yang vila ini ada lif. Matanya terpaku pada pintu lif terus membulat bila melihat Reki sedang memapah tubuh V yang separuh sedar keluar dari lif. Terus Delinta meluru ke arah kedua - dua lelaki itu. Bau alkohol dari tubuh V yang kuat mula menyengat rongga hidungnya. Delinta pantas menekup hidungnya.
"Apa dah jadi ni?" Soal Delinta melihat keadaan V sungguh parah. Parahlah sebab minum minuman yang mengkhayalkan. Tengoklah keadaan V sekarang ni! Dah macam apa dah dia tengok!
"Bos mabuk!" Jawab Reki.
"Err... Cik Dhia... Boleh tolong saya papah bos ke bilik dia tak? Saya dah tak larat nak papah badan anak beruang ni!" Pinta Reki kepada Delinta. Benar, Reki kelihatan keletihan memapah tubuh si V ini! Dahlah berat! Mana tak larat si Reki nak memapahnya!
Delinta yang mendengar permintaan Reki terus membantu memapah tubuh berat lelaki ini. Hampir - hampir terjerumus juga dia dibuatnya! Maklum lah, dia bertubuh kecil dan pendek! Memapah pula tubuh orang besar dan tinggi macam si V ini! Nasib sebelah sana ada Si Reki! Kalau tak, rasanya dia dah tergolek atas lantai dah sekarang!
Mereka berdua pun terus membawa tubuh berat V ke arah kamar lelaki itu yang selang dua bilik dari kamar yang di huni oleh Delinta. Pintu kamar di buka dan tubuh tinggi milik V mula di baringkan di atas katil. Kedengaran V masih beracau dengan butir bicara yang tidak jelas. Delinta hanya menggeleng saja melihat keadaan V itu. Nafasnya yang termengah tadi mula di atur semula.
"Terima kasih, Cik Dhia tolong saya bawak si 'anak beruang' ni tadi..." Ucap Reki kepada Delinta. Tetapi hujung - hujung ayatnya sengaja dia selitkan ayat usikan.
Membulat mata Delinta saat dengar ayat terakhir Reki ini. Pantas jari telunjuknya di tala ke arah mulut sebelum telunjuk nya di arah ke arah V pula. Bebola matanya memain peranan untuk Reki menghentikan usikannya tadi.
Reki tersenyum kecil sahaja. Langsung tidak kisah dengan amaran Delinta.
"Okay.. Cik Dhia boleh keluar lah ya... Saya nak uruskan BOS ni dulu..." Pinta Reki kepada Delinta. Delinta memerhati dengan pandangan sedikit lembab sebelum menyedarinya dia berada di dalam kamar lelaki ini.
"Oh ya... Saya keluar dulu..." Bergegas Delinta keluar dari bilik V ini. Malunya masih menebal bila otak nya masih melekat pada suasana bilik lelaki ini. Yelah... First time kot dia datang secara dekat di bilik lelaki ini.
Kedengaran pintu bilik di tutup rapat oleh Reki dari dalam.
Delinta masih memandang dada pintu bilik mewah V ini. Kenapa lelaki ini berada dalam keadaan mabuk? Apa dah jadi sebenarnya?
WAJAH KUSUT MILIK V YANG baru turun dari tingkat dua vila ini di pandang sekilas. Delinta masih sibuk menyediakan sarapan di atas meja. Reki pula tidak tahu ke mana lelaki itu pergi. Mungkin ada kerja di belakang vila agaknya.
V menapak perlahan menuju ke arah meja makan sebelum kepalanya yang masih memberat di lentok kan di atas meja.
Delinta yang melihat kelakuan V itu hanya menggeleng perlahan. Gelas berisi air lemon yang di campur sedikit air putih di letakkan di hadapan lelaki ini.
"Nah... Encik minum ni... Bagi kurangkan sikit rasa pening tu.." Ujar Delinta.
V yang mendengar suara Delinta pantas memagungkan kepalanya ke arah gadis itu.
"Thanks.." Jawab V dengan nada suara yang mendalam.
Delinta mengangguk kecil sebelum berlalu semula ke arah dapur. Dia mula menyediakan sarapan. Tingkah nya seperti lipas kudung itu menjadi tatapan mata V. Figura Delinta sungguh memikat hati. Terutama hatinya. Pesona gadis ini membuatkan diri nya seperti terumbang - ambing.
Dia tersenyum nipis.
Senyuman nipisnya mulai memudar bila teringat akan Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn. Air lemon pemberian Delinta tadi di teguk rakus. Dan bangun dari tempat duduknya lalu bersuara kepada Delinta.
"I dah habis minum... I naik atas dulu.. Sarapan tu.. Kalau you dah siapkan.. You just letakkan saja dekat meja... Nanti I turun makan.. And you… if you wanna go out anywhere this weekend, it’s fine with me. I don’t mind if you come back late. Oh, and one more thing… Reki and I won’t be staying at the villa this week." Usai berkata, V terus berlalu pergi dari ruang makan dan terus berbaki menuju ke tingkat dua. Delinta yang baru sahaja mahu menjawab ayat V sudah terpinga - pinga bila di tinggalkan begitu sahaja oleh lelaki ini.
"Haih... Betul - betul mencabar kesabaran betullah si anak beruang ini!" Rungut Delinta sendirian. Sarapan ala - ala barat yang terhidang di atas meja di pandang sekilas.
Delinta termenung sejenak.
Lelaki itu memberi keizinan untuk dia bersantai hujung minggu ini dengan balik lewat ke rumah pun boleh.. Aik.. Lain macam dah perihal si anak beruang ini. Ada wire dalam kepalanya tercabut ke?
Manalah tahu kan.. Kesan dari minum sampai mabuk semalam. Tu yang jadi lain macam!
Oh ya.. Bila teringat pasal semalam... Kenapa ya si anak beruang ini boleh mabuk berat sebegitu rupa?
Ada sesuatu yang menganggu fikiran lelaki itu ke sampai boleh jadi mabuk sampai tak ingat dunia?
Semakin mendalam perasaan V kepada Delinta
Share this novel