Completed
4781
MALAYSIA
DI SEBUAH KAWASAN RESORT YANG AGAK TERPENCIL YANG BERADA DI TEPI PANTAI
DELINTA menghela nafas lega apabila dia berjaya lulus dalam satu sesi temuduga di sebuah resort yang agak mewah yang terletak di tepi pantai. Langkah kakinya terasa ringan saat melangkah keluar dari bilik temuduga, seolah-olah satu beban besar terangkat dari bahunya.
Walaupun dia memiliki diploma dalam bidang perhotelan, Delinta sedar bukan mudah untuk menembusi industri ini. Apatah lagi resort yang terkenal dengan standard perkhidmatan yang tinggi. Namun, keberaniannya untuk mencuba akhirnya membuahkan hasil.
Di luar bangunan utama resort, angin laut bertiup lembut menyapa wajahnya. Bunyi deruan ombak dan aroma masin laut membuatkan hatinya semakin tenang.
Inilah tempat yang akan menjadi titik permulaan baharu dalam hidupnya nanti.
Lamunan terhenti bila satu suara salah seorang staf resort untuk namanya.
"Cik Dhia... Mari ikut saya..." Panggil staf yang di kenali sebagai Aina melalui tag nama yang tertera di dada gadis itu. Lembut dan sopan sekali gadis itu memanggil nama nya.
"Baik..." Jawab Delinta sebelum mengekori langkah gadis ini menuju ke arah sebuah lagi bangunan resort.
Dia menghela nafas lega.
You can do it, Dhia! Bisik hatinya.
"BOS... KITA AKAN ADA perjumpaan dengan pemilik sebuah resort minggu depan..." Beritahu Reki sebaik sahaja berada di hadapan V.
Ayat Reki itu langsung tidak dijawab sebaliknya dia tekun menghadap fail yang bertimbun di atas meja.
"Errr... Bos.. Kalau Bos rasa tak berapa okay... Saya boleh cancel kan perjumpaan tu nanti.. Lagipun... Perjumpaan tu tak penting sangat pun... Just pertemuan antara BOS dengan dia saja..." Ujar Reki lagi memberi cadangan.
"Nope... Kau teruskan perjumpaan tu..."
"Tapi kan bos..."
"Sono mama kaigi o tsudzukero… sono mama tsudzukereba iinda… kyanseru nanka suru na… wakatta ka?(Aku cakap teruskan saja tu perjumpaan tu... Teruskan saja lah... Jangan nak batalkan... Faham?)" Terus mulut Reki terkatup rapat bila perkataan Jepun sudah mula keluar dari mulut lelaki ini.
Bila perkataan Jepun sudah mula keluar dari mulut V, bererti lelaki itu tidak mahu menangguhkan pekerjaan itu. Kena alert! Kalau tidak, bersiap sedialah kena sedas dua mulut petir si V ini!
Apatah lagi kena dengan jelingan tajam nya... Mahu terketar lutut!
Jangan di sangka anak beruang ini tiada sisi barannya! Barannya semakin menjadi sejak kehilangan jejak Delinta ini!
"Hai, bosu.(Baik, bos.)" Jawab Reki.
"Kau siapkan apa yang patut sebelum kita pergi nanti... Sebelum tu.. Kau tolong belikan tiket untuk daddy dan mama... Mereka nak balik ke Jepun... Ada urusan mereka patut di selesaikan di sana... Mereka akan bertolak pagi esok..." Satu persatu V mengarah kepada Reki.
"Baik..."
"Dan satu lagi... Kau cari lagi keberadaan Dhia... Tak kisah dengan cara apa pun... Kau kena cari dia jugak... Faham?"
"Baik, bos..." Dengan arahan terakhir V itu, Reki pantas menunduk di hadapan V sebelum melangkah keluar dari ruang pejabat lelaki ini.
Sebaik sahaja kelibat Reki sudah menghilang di balik pintu, V meletakkan pen di atas meja sebelum kepalanya mula di sandar ke kerusi empuknya.
Matanya terpejam erat.
“Dhia... Ima doko ni kakureteiru no... Kimi ni aitakute tamaranai... Dhia, kimi dake ga koishikute kurushii...( Dhia... Awak bersembunyi di mana sekarang... Saya ingin berjumpa dengan awak... Dhia, saya terlalu rindu kan awak sampai jiwa saya rasa sakit sangat...) "Rintih V dengan nada sungguh perlahan.
Ya... Dia terlalu rindukan gadis itu... Rindu akan ketawa gadis itu... Rindu akan wajah cemberut gadis itu bila dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai... Pokok pangkalnya, segala berkaitan gadis itu sungguh menyeksa jiwanya!
'Aku akan cari kau, Dhia... Aku akan cari kau... Aku cari kau bukan semata - mata mahu kau memaafkan perbuatan mama kau pada diri kau... Tapi untuk hati aku yang kau dah curi ini... Tunggu aku, Dhia... Tunggu aku!' Bisik V dengan nada tekad nya di dalam hati.
Dia tidak kisah apa pun halangan yang bakal menanti di hari ke depan...
Yang penting... Dhia Delinta harus di temui selamat dahulu!
Itu yang sebetulnya!
Bab ni pendek sedikit.. Msuk bab yang lain nanti.. Saya akan panjangkan... Sebab yang bab terbaru ni nanti... Akan terjadi perang konflik antara Delinta dengan V... Stay with me ?♥️
Share this novel
teruskan update tak sabar baca bab seterusnya..