BAB 37

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

VILLA SAKURA INN

TUAN Dai Soku sudah duduk bersilang kaki di atas sofa. Mereka kini berada di rumah milik Madam Sakura Inn.

Delinta masih berada di tingkat atas dan sedang berehat dengan di temani oleh Madam Sakura Inn seketika. V masih lagi menekur di tempat nya tanpa mahu membalas pandangan tajam dari bapanya.

Tuan Dai Soku sudah tidak tertahan. Dia bangun dari tempat duduknya dan terus mara ke arah sofa yang di duduki oleh anak lelakinya itu. Kolar kemeja putih yang di pakai oleh V di cekau kasar sebelum,

BUKK!!

Satu tumbukan padu hinggap di wajah V. Tersungkur lelaki itu di atas lantai akibat penangan padu dari bapanya.

Tuan Dai Soku tidak berpuas hati lagi. Belakang kemeja V pula di tarik sebelum penumbuk nya di layang untuk kali kedua buat V.

“Dai!! Mou yamete!! V wo kore ijō naguranaide!!(Dai!! Cukup!! Jangan pukul V lagi!!)"Jerit Madam Sakura Inn di anak tangga terakhir.

Dia mula melangkah dengan langkah yang masih pincang menuju ke arah V yang masih terkaku di atas lantai.

“Sakura, omae wa kuchi wo dasu na! Kore wa ore to aitsu no mondai da!( Awak jangan masuk campurlah, Sakura! Ini antara saya dengan dia!)" Marah Tuan Dai Soku sambil merenung tajam ke arah anak nya lagi.

"Tak! Ini akan jadi masalah I juga, Dai... Cukuplah guna kekerasan macam ni! Takkan bawak ke arah kebaikan pun.." Pujuk Madam Sakura Inn lagi. Dia mula membantu V bangun yang terjelepok akibat dari penangan bapanya tadi.

Tuan Dai Soku yang mendengar ayat isterinya itu sudah tertawa sinis.

"I guna kekerasan ada sebab tahu tak? You tahu tak... Budak ni... Budak ni... Dia dah lakukan sesuatu terhadap Dhia..." Jari telunjuk nya lurus mengarah ke arah V yang masih terdiam itu.

"Sanggup ya kau buat daddy dengan Mama macam ni... Eh, V! Kami berdua beri kepercayaan dekat kau untuk jaga dan lindungi Dhia dengan sepenuh hati kau sebagai abang tiri... Tapi... Tengok apa kau buat.. Kau kahwin dengan dia... Kahwin secara senyap pula tu... Eh... Otak kau letak dekat hah? Aku tanya... Otak kau letak dekat mana? " Dada V ditujal dengan kasar.

Sungguh!

Dia langsung tidak menyangka yang V sanggup melakukan itu sejauh ini!

" Dhia tu adik tiri kau, V! Tapi kau sanggup jadikan dia sebagai pasangan hidup kau! Kau dah hilang akal ke, V?"Sekali lagi bertubi - tubi soalan keluar dari mulut Tuan Dai Soku.

Ya... Betul apa yang di katakan oleh Reki dan Butler Yamato tempoh hari. Sebaik sahaja perkahwinan antara V dan Delinta terjadi, akan terjadi konflik yang lebih mendalam. Dan tengoklah sekarang... Pertikaian perkahwinan itu mula terjadi.

"Daddy tak tahu dah apa yang ada dalam kepala otak kau sekarang!" Dengus Tuan Dai Soku dengan riak yang penuh kecewa. Kecewa dengan kelakuan anaknya.

Serasa dia sebagai seorang gagal dalam mendidik V ke arah yang lebih baik! Dia sudah gagal!

V yang melihat riak kecewa bapanya sudah melutut di hadapan lelaki itu.

"Maafkan V, daddy... Sebab V dah lakukan perkara mengundang kemarahan daddy.. Tapi percayalah... V sayangkan Dhia, daddy... V cintakan Dhia!" Luah V dengan penuh perasaan kepada bapanya.

Tuan Dai Soku yang mendengar luahan V itu kembali tertawa sinis.

"Cinta? Kenapa kau perlu jatuh cinta pada adik tiri kau sendiri hah V? Kenapa tak jatuh pada gadis lain sahaja? Kenapa perlu Dhia Delinta?" Soal Tuan Dai Soku lagi.

"Tak salah untuk jatuh cinta dekat Dhia daddy... Sebab Dhia bukan ada hubungan darah dengan V... Dhia Delinta adik tiri V atas hubungan perkahwinan antara Daddy dengan Mama sahaja... Jadi tak salah untuk V mengahwini Dhia..."

"Kau!!" Tumbukan kali ketiga Tuan Dai Soku sekali hampir mengenai wajah V tapi sekali Madam Sakura Inn menghalang.

"Dai!! Enough!! Jangan pukul V lagi!! Cukup Dai... Cukuplah... Cukup lah jadi macam I, Dai... Cukuplah... Cukuplah... Cukup lah buat mereka terseksa Dai... Jangan ulangi kesilapan I lagi!" Jerit Madam Sakura Inn lagi.

Dan ternyata jeritan Madam Sakura Inn itu serta merta menghentikan tindakan Tuan Dai Soku.

"Cukuplah, Dai! Cukuplah! I merayu sangat dekat you... Jangan buat macam ni lagi! Cukuplah I seorang sahaja yang buat silap dahulu... Hingga Dhia menderita! Dan sekarang... Jangan lah ulangi kesilapan tu dekat V!" Rayu Madam Sakura Inn dengan tangisan yang mula mendayu.

"Sakura..." Nama Madam Sakura Inn mula meniti di bibir lelaki ini.

"Please, Dai... Please... Lepaskan semua tu! Benda dah jadi... Siapa kita hendak menghalang perjalanan kisah mereka... Cukuplah... Cukuplah mereka menderita angkara sikap kita... Sekarang... Biarkan mereka bahagia dengan cara mereka sendiri..." Dan ternyata ayat yang di ucapkan oleh Madam Sakura Inn itu sungguh menyentap hati lelaki bernama Tuan Dai Soku ini!

Tangannya yang hendak membahan batang tubuh V mula di turun ke bawah.

" Please, Dai... I'm begging you so much... Please... Please don't let this happen again... They both deserve to be happy... I'm begging you, Dai... Please..." Rayu Madam Sakura Inn dengan penuh harapan.

Dia tidak mahu Delinta terluka lagi! Cukuplah dengan apa yang berlaku dekat Delinta dulu.. Kini... Dia berharap sangat yang anak perempuan nya itu menemui kebahagiaan nya sendiri.

Tuan Dai Soku yang sekali mendengar luahan isterinya sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi.

"I keluar dulu..." Usai berkata, lelaki pertengahan usia 50 - an itu mula menapak keluar dari vila ini. Hatinya yang hangat ini harus di sejukkan dahulu!

Tinggallah V dan Madam Sakura Inn yang lagi termangu di ruang tamu.

Madam Sakura Inn pantas mendekati anak lelaki tiri nya sebelum bahu lelaki itu di sentuh perlahan.

"V... Sejujur nya... Mama masih terkilan dengan cara V ini... Tapi perkara dah terjadi... Mama tetap harus terima juga walaupun jauh di sudut Mama ni... Mama marah..."

V yang mendengar luahan ibu tiri nya itu hanya mampu mendiamkan diri.

"Kalau V benar - benar cintakan Dhia... Satu saja yang mama harap... Jangan sia - siakan dia... Mama tak nak perkara lama berulang kembali... Cukuplah mama buat Dhia dengan arwah babah dia dulu menderita yang cukup hebat... Kali ni... Biarlah Dhia rasa bahagia pula... Janji dengan Mama ya... Jangan pernah sakiti hati dan perasaan Dhia... Sayangi lah dia seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri... " Nasihat Madam Sakura Inn kepada lelaki ini. Lelaki yang sekarang sudah pun bergelar anak menantunya.

V yang mendengar nasihat Madam Sakura Inn pantas memagung kepalanya sebelum tangan wanita yang masih memegang bahunya itu dicapai sebelum di genggam erat.

"V janji Ma... V janji... V akan sentiasa ada untuk Dhia... Sebab Dhia adalah belahan jiwa V... V takkan sia - siakan wanita yang V sayangi dan kasihi sepenuh hati..." Ujar V dengan air mata mula bergenang di tubir Matanya.

Ya... Jiwa nya seakan rapuh bila melibatkan Delinta. Dia terlalu cinta dan kasih gadis itu!

"Terima kasih Ma sebab nasihatkan V... Dan V juga minta maaf sebab buat perkara sebegini tanpa pengetahuan mama dan Daddy... Maafkan V..." Ujar V dengan tangannya masih mengenggam erat tangan wanita itu.

Air mata yang bertakung tadi mula mengalir membasahi Wajahnya. Itulah kali pertama dia menangis di hadapan Madam Sakura Inn. Menangis kerana seorang Dhia Delinta... Gadis yang menjadi kesayangannya.

Madam Sakura Inn yang melihat keadaan V itu pantas membawa tubuh tinggi lelaki itu ke dalam dakapan nya.

Jiwanya juga rapuh Dan sakit melihat keadaan V ini.

Bahu V sudah Terhinggut menahan tangis dalam dakapan wanita ini. Perlahan - lahan Madam Sakura Inn menepuk belakang V.

Moga ada sinar keceriaan dan kebahagiaan buat V dan Delinta nanti!

Tentang Tuan Dai Soku, biarlah masa yang menentukan! Kerana lelaki korporat itu masih belum bersedia untuk menerima keadaan V dan Delinta sekarang.

Semoga sahaja Tuan Dai Soku boleh menerima semuanya nanti!

Hi... Update bab terbaru... Minta maaf sebab lama tak update... Sibuk dengan kerja hakiki... BTW... Happy New Year 2026... Sila nikmati pembacaan BAB terbaru ini ✌️??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience