Completed
4781
OSAKA, JEPUN
RUMAH PERSENDIRIAN MILIK V
CAHAYA MENTARI YANG TERPANCAR dari celah langsir yang tidak tertutup sepenuhnya membuatkan kelopak mata V mula bergerak perlahan.
Perlahan - lahan kelopak matanya di buka.
Pemandangan siling putih menyapa pandangan matanya. Kelopak mata nya di kedip beberapa kali sehingga pandangan kabur tadi berubah ke pandangan cerah.
Tubuhnya mula di gerak sedikit tetapi terhenti bila rasa sakit dan ngilu mula menjalar di tempat lukanya. Bebola matanya mula terarah pada balutan putih yang melilit sebahagian bahu dan dadanya yang bidang itu.
Dia mengeluh berat.
Kepala mula di letakkan kembali ke arah bantal.
Dia cuba untuk mengerakkan tangan kirinya.
Dahinya mula berkerut hairan bila serasa tapak tangan nya memberat dan seperti di genggam oleh seseorang. Pantas kepala nya kembali memaku ke arah tangan kirinya.
Terkedu dia bila tapak tangannya di genggam kemas oleh Delinta yang sedang tertidur terduduk di sisi katilnya. Kepala gadis itu terlentok di birai katil miliknya.
Dia tersenyum sedikit.
Wajah si gadis yang sedang terlentok itu di renung Dengan penuh kasih.
Malah, wajah si gadis yang masih lena itu sentiasa menjadi igauan dirinya.
Rambut Delinta yang menutupi wajah di kuis perlahan dan di selit kan di celah telinga gadis itu.
Kelihatan tubuh gadis itu mula menggeliat. Mungkin tersedar dengan kuisan dari tangan V tadi agaknya.
Delinta mula membuka perlahan - lahan kelopak matanya. Delinta mula mengangkat kepala dari terlentok di sisi V. Dia mula meliar dengan pandangan matanya yang masih kecil sebelum berubah membesar bila melihat wajah pucat V yang sedang tersenyum manis kepada dirinya.
"Awak!!" Hampir melantun Suara Delinta bila menyedari V sudah mula sedar. Tanpa berlengah, tubuh sasa Lelaki itu mula di paut kedalam dakapannya sehingga membuat V terkelu seketika! Rasa sakit dan ngilu tadi serta merta hilang akibat pelukan drastik dari Gadis ini buat dirinya!
"Awak dah sedar, V! Awak tau tak... Saya risau awak tak sedar sejak dari semalam!" Bertalu - talu Delinta bersuara sambil menyembamkan wajah nya di bahu lelaki itu. Air matanya mula mengalir dan membasahi bahu V yang terdedah tanpa baju itu.
V masih terkelu dengan tindakan Delinta itu tadi mula kembali ke dunia nyata. Belakang badan Delinta di usap perlahan.
"Don't worry, sweetheart... I dah sedarkan.... Dah... Jangan risau sangat..." Pujuk V.
Delinta yang mendengar pujukan V hanya mendiamkan diri sahaja.
Itu cuma seketika!
Bebola matanya kembali membulat bila menyedari yang dia telah memeluk tubuh V tanpa kebenaran lelaki itu. Lebih parah, lelaki ini tidak berbaju!
Cepat sahaja dia meleraikan dakapan dari tubuh sasa lelaki ini.
"Saya min..minta maaf..." Hampir tergagap Delinta meminta maaf kepada V. Wajah sudah yang sudah memerah menahan malu itu sudah di tunduk ke bawah.
Gila kau, Dhia! Macam mana kau boleh senang lenang peluk badan anak bujang orang ni! Bidas otaknya!
V yang melihat tingkah terburu - buru Delinta melepaskan dakapan tadi sudah ketawa kecil.
"It' s okay, sweetheart... I tahu... You risaukan I.. Sebab tu lah you peluk I tadi... Sedapkan peluk badan I?" Dalam keadaan memujuk Delinta, sengaja V menyelitkan usikan kepada Delinta. Wajah si gadis merah tadi semakin merah bila V dengan sengaja mengusiknya!
" Dahlah... Baik saya keluar dulu... " Cepat sahaja Delinta mahu melarikan diri dari situasi canggung ini. Tanpa menghiraukan V yang masih tergelak melihat dirinya, Delinta pantas keluar dari bilik lelaki itu.
Gila! Lagi lama dia berada di dalam bilik lelaki ini, lagi tak teratur degupan jantung dia!
"You tak boleh lari, Dhia... I akan sentiasa berada dekat dengan you..." Kedengaran suara husky V bergema di dalam bilik.
Delinta yang mendengar ayat V itu sudah tergeleng perlahan. Bibir nya mula merekah dengan senyuman. Dia tidak sedar yang senyuman dan tingkahnya menjadi sorotan Reki yang baru sampai di situ.
" Is everything okay, Ms. Dhia?" Soal Reki membuatkan senyuman manis Delinta tadi mati serta merta. Pantas kepala nya di panggung ke arah Reki yang sudah memandang pelik ke arah dirinya.
"Oh... Semua nya okay... Oh ya... V dah sedar... Awak boleh lah masuk tengok dia... Manalah tahu yang dia perlukan awak nanti... Saya pergi dulu..." Usai memberitahu perihal V kepada Reki, bergegas Delinta pergi meninggalkan kawasan itu. Meninggalkan Reki dengan wajah berkerutnya.
Kelibat Delinta yang kelihatan tergesa - gesa itu membuatkan senyuman kecil terbit di bibir orang kanan V itu.
Macam ada sesuatu aje! Haih... Dia tak boleh terlepas ni! Kena tahu juga!
Maka dengan itu... Jiwa penyibuk seorang Reki mula beraksi!
"BOS! BOS dah okay ke sebenarnya ni?" Soal Reki risau sebaik sahaja melihat keadaan V itu. Selepas doktor peribadi memeriksa keadaan V tadi, mereka berdua masih lagi berada dalam bilik mewah lelaki ini.
Kelihatan lelaki itu bangun sambil menghadap ke arah jendela. Puas sudah dia menyuruh berehat di atas katil. Tetapi tahu tak reaksi apa yang si Reki ni dapat... Dapat jelingan tajam dari si anak beruang ni adalah!
"Kau dah dapat siapa yang cuba nak tamat kan riwayat aku?" Soal V tanpa mengendahkan soalan Reki tadi.
"Dah... Saya dah dapat orang tu... Dan macam bos agak... Dia memang orang bawahan si gendut tua tu!" Reki memberitahu. Sempat lagi dia mengutuk Tuan Yato si gendut tua! Reki... Reki...
V sudah mendengus keras saat nama gelaran lelaki yang di sebut oleh Reki itu menyapa gegendang telinga. Tak habis - habis lagi si gendut tua tu nak tamatkan riwayat mereka sekeluarga!
"Apa yang saya tahu... Sekarang dia dah rancang untuk sasarkan Cik Dhia pula... Selagi segala aset dan pengaruh masih berada dalam kawalan Madam Sakura dan Tuan Dai, selagi tulah dia akan cari cara untuk menjahanamkan semuanya... Kecuali..." Penerangan Reki terhenti tiba - tiba dan V mula menjawab pantas.
"I know... Kecuali... Ada perkahwinan terjadi dekat Dhia... Dan waktu itulah Yato tak guna tu tak dapat apa yang dia hajati selama ni..."
Ya... Tuan Yato mahu menamatkan mereka semua termasuk Dhia adalah kerana tidak mahu keturunan dari Madam Sakura Inn mempunyai waris bila berkahwin kelak. Dan segala apa yang si gendut tua tu rancang, akan tergendala semuanya! Sebab tulah, si gendut tua tu cari cara untuk hapuskan mereka semua!
Ceh! Jahat betul perangai! Padahal sekadar ahli lembaga syarikat aje pun! Dan saham pun ciput aje! Bukannya pemilik sah seperti Madam Sakura Inn dan Delinta! Dah berlagak naik kepala!
"Aku akan kahwin dengan Dhia..." Reki yang mendengar ayat majikan sudah mula berkerut tidak mengerti. Haih Reki ni... Asyik berkerut sahaja.. Tak macho lah nanti... Nanti awek tak nak dekat, baru tahu!
"Hah? Kahwin dengan Cik Dhia? Bos dah hilang akal ke? Takkan semata - mata nak kekalkan semua ni... Bos nak tamatkan zaman bujang macam tu aje?" Nah! Bertubi - tubi soalan keluar dari mulut Reki ini! Takkan di sebabkan semua tu, si anak beruang ni nak wujudkan perkahwinan dengan Delinta pula? Dah mereng ke otak si anak beruang ni?
"Aku cinta kan dia, Reki! Aku tak sia - siakan dia... Aku buat semua ni bukan semata - mata untuk benda bodoh ni... Tapi aku nak jadikan dia sebagai suri hidup aku... Suri hidup aku untuk selamanya..." Tulus V memberitahu Reki. Suara nya semakin mendalam dan kedengaran sayu sekali!
Ya... Dia ingin mengahwini bukan semata - mata aset dan pengaruh ini... Tapi dia ingin jadikan gadis itu sebagai teman sehidup dan ingin berkongsi kasih dengan Dhia untuk selamanya!
Reki yang mendengar luahan tulus majikannya ini sudah mengeluh lemah.
"Ya... Saya tahu bos... Tapi macam mana dengan Cik Dhia? Dia akan terima ke cadangan bos ni nanti? Madam Sakura? Tuan Dai?" Asak Reki lagi!
Terdiam seketika V dengan asakan soalan Reki bila nama Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku meniti di bibir orang kanannya ini!
Bebola matanya masih tunak merenung ke jendela. Perihal bapa dan ibu tirinya mula berlegar di ruang kepalanya.
"Saya akan terima cadangan Encik V tu!" Tiba - tiba suara halus milik Delinta di muka pintu bilik V memecah keheningan mereka berdua!
Kedua - dua nya pantas berpaling ke arah muka pintu di mana Delinta yang sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka berdua! Di tangannya terdapat dulang berisi semangkuk bubur ayam buatannya bersama segelas air putih!
Dahi V mula berkerut tidak mengerti dengan jawapan si gadis ini. Dia masih merenung tajam ke arah Delinta yang sedang meletakkan dulang itu di atas meja kecil di sisi katilnya.
Usai meletakkan makanan ditempatnya, Delinta perlahan - lahan mendekati V yang tak lepas dari merenung dirinya sejak tadi. Reki yang melihat situasi itu mula mengundurkan diri dan perlahan - lahan melangkah pergi untuk memberi ruang pada V dan Delinta berbicara dari hati ke hati!
"You dah dengar ke semuanya, Dhia?" Soal V dengan suara husky nya.
Delinta mengangguk perlahan.
V yang melihat anggukkan Delinta sudah mengeluh berat.
"I'm sorry, Dhia... I tahu... Berat semua ni untuk you terima... Tapi... I buat ni untuk keselamatan you... Andai you tak boleh untuk teruskan lagi... Selesai sahaja semua ni... I akan lepaskan you... I janji..." Ujar V tanpa berfikir panjang.
V, apa yang kau dah mengarut ni? Benda tu belum terjadi lagi dah fikir macam - macam!
Delinta yang mendengar ayat V itu sudah berubah wajah.
"Kenapa awak perlu lepaskan saya macam tu sedangkan awak cintakan saya?"
"Sebab you tak cintakan I!"
"Saya cintakan awak, V!" Empat patah perkataan yang keluar dari mulut Delinta membuatkan V terdiam seketika. Dia merenung tidak percaya kepada Delinta yang sedang mengeluarkan sesuatu dari poket seluar nya. Kalung yang berada di tangan menjadi tatapan V sehingga bebola mata lelaki itu membulat besar!
"Kalung ni... Kalung ni rupanya ada dengan orang yang telah menyelamatkan diri saya dua tahun lepas... Puas saya cari siapa dia... Dan rupanya... Orang itu ada depan saya... Yang sentiasa berada dekat dengan saya..." Ujar Delinta air mata nya mula mengalir. Ingatan nya tentang peristiwa dua tahun lepas kembali menjengah mindanya.
V yang tidak tega melihat Delinta yang sudah berendam dengan air mata sudah mula membawa tubuh gadis itu ke dalam dakapannya. Kepala si gadis yang berada di paras dadanya di usap Perlahan. Bibirnya mula mengucup perlahan ubun - ubun Gadis itu.
" Kenapa awak tak pernah cerita siapa awak sebenarnya... Awak tahu tak... Saya dah cari cara siapa dia yang tolong dan selamatkan saya dalam hujan lebat malam tu... Tapi segala infonya saya langsung tak dapat... Kenapa awak sembunyikan semua nya dari saya?" Soal Delinta dengan esak tangis nya semakin menjadi - jadi.
" I 'm sorry, sweetheart... I'm sorry..." Itu sahaja yang mampu V jawab saat ini.
Delinta yang mendengar pengakuan maaf V hanya mendiamkan diri. Rupa - rupanya, orang yang sentiasa menjadi igauan mimpi nya selama ini adalah orang yang sentiasa berdiri di sisi nya.
"You sudi ke berkahwin dan jadi isteri I?" Soal V dengan nada perlahan setelah mereka larut dengan suasana sedih dan hening tadi.
Delinta melarikan sedikit wajahnya yang melekap di dada V yang tidak berbaju itu sebelum mendongak memandang wajah V yang turut merenung tajam ke arah wajahnya.
"Saya sudi V... Sebab saya dah lama sukakan awak!" Usai berkata, sekali lagi melekap wajah nya ke dada V bersama tangisan kembali membingit. Tangisan kebahagiaan!
V yang mendengar kata putus Delinta itu semakin mengerat kan dakapannya. Dia juga turut mengalir kan air mata kegembiraan!
Akhirnya, dia berjaya menakluki Delinta!
Menakluki jiwa dan raga gadis itu dengan cinta yang tulus! Cinta yang dia pendam selama dua tahun ini akhirnya di balas!
Mereka kembali larut dalam dakapan bersama tangisan kegembiraan!
Tapi setelah ini...
Adakah semua ini akan berakhir dengan kegembiraan?
Bagaimana reaksi Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku nanti?
Adakah mereka berdua menerima semuanya nanti?
Akan cinta tulus antara V dan Dhia yang hadir dari luka yang sama akan berkekalan?
Yang pasti...
V tahu apa yang dia akan lakukan nanti!
Haiii... Halo... Lama sudah tidak buat bab terbaru... Meh usyar chpter terbaru yang sis update... Akhirnya... Dhia terima cinta V walapun dengan sedikit cara salah sedikit... Harap mereka akan berkekalan selamanya ??.. Enjoy ?
Share this novel
finally.. in love ?