Completed
4781
MALAYSIA
"DHIA!! PARAH KITA LEPAS NI!! PARAH!!" Suara kepoh milik Zira mula bergema sebaik sahaja kelibat Delinta mula memasuki lobi hotel.
"Kau dah kenapa, Zira? Dah gila meroyan ke?" Soal Delinta dengan nada mendatar. Dahinya sudah berkerut melihat gelagat Zira yang sudah macam cacing kepanasan itu!
"Bukan aku yang gila meroyan! Kau yang gila meroyan nanti!" Makin berlapis dahi Delinta mendengar ayat Zira ini!
"Aku yang gila meroyan? Apa benda kau merepek ni Zira? Apa sebenarnya ni, Zira?" Delinta sudah mula berdiri tegak di hadapan sahabatnya ini.
"Kau tau tak, bos baru kita dah masuk semalam.."
Belum habis si Zira mahu menghabiskan ayatnya, Delinta pantas memotong.
"Dah tu.. Kenapa pulak kau nak kepoh? Biar aje lah.."
"Hishh... Kau ni! Aku belum habis cakap lagi kau dah potong. Semalam.."
“Dhia… awak ikut saya. Bos nak jumpa awak dekat bilik dia…”
Suara Encik Radzi bergema di belakang mereka berdua. Muka Delinta makin tidak mengerti melihat wajah Encik Radzi yang kelihatan menyimpan sesuatu itu!
“Haa… tu dia! Tu lah aku nak bagitau dari tadi! Kau kena panggil terus naik ke bilik bos, weh! Bukan main-main ni!” bisik Zira tergesa, menggoyang bahu Delinta berkali-kali.
“Bos… cari saya? Kenapa?” Delinta membalas lambat-lambat. Matanya memandang lelaki itu, kemudian berpaling kepada Zira yang sudah seperti penonton drama akasia pukul 7.
“Maaf Dhia, saya hanya disuruh sampaikan. Bos tak cakap sebab apa. Tapi... cepat sikit ya. Dia tak suka tunggu lama - lama.” Ujar Encik Radzi lagi.
Zira segera merapati sahabatnya.
“Aku tak tahu lah apa yang terjadi dengan meeting semalam. Sebab aku pun cuti jugak... Tapi aku still dengar apa yang diorang cakapkan... Tapi sekarang... Takde masa nak bincang dekat sini... Dah.. Kau pergi cepat jumpa bos baru kita tu.." Putus Zira.
" Aku? Sorang - sorang? " Soal Delinta sambil menunjuk dirinya sendiri.
Zira mengangguk laju dengan muka beriak sedih.
"Arghh!! Takde - takde.. Kau kena ikut aku jugak jumpa dia!" Balas Delinta semula.
"Dhia.. Bos nak awak seorang saja naik jumpa dia." Encik Radzi menyampuk lagi..
Delinta yang mendengar ayat Encik Radzi mula mengeluh panjang. Makna kata, dia seorang saja yang kena jumpa bos baru mereka ni nanti!
Aduhai!
Kenapalah benda tu terjadi masa dia bercuti?
Pertemuan semula antara V dan Delinta.. Tetapi hanya v yang mengenali delinta... Delinta pula tidak mengenali V langsung...
Share this novel