BAB 31

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

SUDAH TIGA hari Delinta di tempatkan di Villa Sakura Inn ini. Dan itu sudah membuatkan dia cukup bosan. Setiap penjuru vila mewah ini sudah diteroka.

Bahkan pengawal peribadi dan juga pembantu rumah turut di sapa walaupun kadang kala ada di antara mereka sedikit pelat bertutur dalam bahasa Inggeris. Kebanyakannya terarah ke pertuturan bahasa Jepun. Jenuh Delinta hendak memahami.

Kena belajar dengan V atau pun Reki lah lepas ni!

Hmm... Bila teringat kan V, sudah tiga hari lelaki itu tidak menjenguk dirinya di Villa Sakura Inn ini. Dan hanya Reki sahaja yang sentiasa berada di vila ini. Tapi bila di soal tentang keadaan Madam Sakura Inn, hanya senyuman sahaja yang menghiasi bibir orang kanan V itu.

Naik buntu Delinta mahu menyoal lagi. Hendak buat panggilan pun, macam sia - sia saja! Bukannya V mahu menjawab!

Hatinya masih lagi risau dan khuatir dengan keadaan Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku sekarang! Meronta - ronta hatinya mahu mengetahui keadaan ibunya itu. Terdetik juga di dalam hati hendak ke hospital sendirian. Tapi bila mengenangkan dia tidak tahu selok belok jalan raya kota Osaka ini, di matikan niatnya itu. Di tambah lagi dengan kumpulan pengawal peribadi berada di setiap sudut dan ceruk vila ini turut membuatkan niatnya merundum!

Confirm tidak lepas untuk dia keluar nanti!

Penyudahnya, dia hanya terbaring terlentang dengan bebola matanya fokus ke arah lelangit bilik mewah ini.

Tangannya di letakkan di dahi sebelum matanya mula di pejam!

Tok! Tok!

Pintu bilik nya mula di ketuk dari luar oleh seseorang!

Matanya yang terpejam tadi mula terbuka luas sebelum bingkas dia bangun dan terus melangkah menuju ke arah pintu bilik. Tombol pintu di pulas dan terjegul lah muka salah seorang pembantu rumah di balik pintu.

"Yes?"

"Mr. V would like to see you in the living room now, Miss Dhia.There’s someone here who wants to meet you." Beritahu pembantu rumah dalam nada yang sungguh pelat dengan keadaan menunduk ke arah Delinta.

Delinta pula naik segan bila pembantu rumah ini menunduk ke arah dirinya. Macam dia pula berkuasa di vila ini. Dia ingin menegah tetapi akur bila menyedari yang itu ada salah satu adat dan budaya orang Jepun!

"Mr. V asked me to come down to the living room because someone wants to see me? Who is it?" Soal Delinta dengan dahi berkerut.

Seseorang nak jumpa dia? Siapa?

"I’m not sure, Miss Dhia… Mr. V just said to ask you to come down to the living room, that’s all…" Balas pembantu rumah itu lagi.

"Alright… Tell Mr. V to wait for me for three minutes. I need to change my clothes first." Pembantu rumah itu mengangguk mengerti sebelum bergegas menuju ke bawah semula. Delinta kembali menutup pintu bilik nya dan bergegas menuju ke almari pakaian untuk menukar pakaiannya.

Gila ke apa nak turun ke bawah dengan tank top dan short pants Macam ni! Mahu terjojol biji mata si V tu nanti!

Setelah menukar pakaian ke pakaian yang lebih selesa dan sesuai, barulah dia melangkah keluar dari biliknya dan terus menuju ke tingkat bawah.

Susuk tubuh seseorang mula terpapar di hadapan matanya sebaik sahaja kakinya mula melangkah menuju ke tingkat bawah. Semakin dia menuruni anak tangga, susuk tubuh orang itu makin jelas di pandangan matanya. Hatinya mula tidak berasa tidak enak.

Kakinya mula terpaku di anak tangga terakhir bila orang itu mula memagungkan kepalanya menghadap Delinta.

Dan serta merta wajah Delinta mula berubah pucat.

"Liku?"

SUASANA DI RUANG RAMU itu kelihatan sunyi dan dingin sekali.

Tiada satu pun dari mereka bertiga untuk mengeluarkan suara. Delinta yang duduk sebelah menyebelah dengan V hanya mampu bermain dengan jari jemarinya sahaja. Kepalanya di tunduk ke bawah. Tak berani dia mahu menatap wajah Liku yang jelas menatap tajam wajah nya saat ini.

V pula hanya menjeling sekilas sahaja ke arah lelaki di hadapannya ini.

"Kenapa kau ada dekat sini, Dhia? Apa yang terjadi sampai boleh jejakkan kaki kembali ke bandar ni semula?" Soal Liku setelah agak lama mendiamkan diri.

Delinta tidak menjawab soalan Liku itu sebaliknya hanya selesa mendiamkan diri sahaja.

"Jawablah, Dhia! Susah ke kau nak jawab soalan aku ni?" Liku mula menaikkan nada suaranya. Dan nada suara tinggi Liku itu membuatkan V mula memanah tajam ke arah wajah Liku.

"Hey... Kau tak boleh cakap elok - elok ke? Kenapa perlu nak tinggikan suara dekat dia?" Tegur V.

"Bukan urusan kau untuk campur urusan aku dengan dia..." Balas Liku dengan nada kerek.

"Hey! Halo... Urusan dia urusan aku jugak... Bila kau tinggi kan suara macam ni... Automatik aku campur tangan tau tak?" Bidas V.

Wajah tampan milik Liku dengan rambut pendek ala - ala tentera itu di tilik dari atas sampai ke bawah. Tak handsome betul! Handsome lagi dia! Kutuk V di dalam hati.

Amboi, V... Sesuka hati dia saja nak kutuk orang macam tu!

Liku yang mendengar bidasan V hanya tersenyum sinis sebelum membalas.

"Kau tu hanya abang tiri dia sahaja... Tak payah nak acah - acah hero dekat sini..."

"Liku... Sudahlah... Tak payahlah nak bergaduh dekat sini..." Tidak dapat tidak, Delinta mula bersuara untuk merungkai perbalahan antara Liku Dan V ini. Nanti ada juga dua - dua masuk hospital!

"Sebab tulah... Aku tanya.. Jawab... Ini tak... Diam sahaja..." Giliran Delinta pula menjadi sasaran Liku.

"Aku dekat sini... Sebab mama.." Akhirnya, Delinta mula membuka cerita.

Dahi Liku mula berkerut.

"Mama? Apa maksud kau ni? Mama mana pula?"

"Madam Sakura Inn..."

Berubah wajah Liku saat nama wanita itu mula meniti di bibir Delinta.

"Madam Sakura Inn? Dah kenapa pulak dengan perempuan tu?" Soal Liku dengan nada kasar. V sudah mula memicing bebola mata nya ke arah Liku. Kecil besar kecil besar sahaja Liku pada pandangan matanya saat ini. Mulut kurang ajar sungguh!

"Mama dengan Daddy kemalangan... Mereka koma... Dan aku datang sini sebab nak jenguk mereka berdua..." Jelas Delinta.

Dan penjelasan Delinta itu membuatkan Liku tertawa kecil.

"Habis tu? Kalau diorang koma... Kau buat apa lagi dekat sini? Kalau dah takde apa keperluan lagi... Baik kau ikut aku balik Malaysia!" Bidas Liku.

Dan ayat Liku membuatkan Delinta pantas memagung kepala menghadap Liku.

"Liku... Mereka berdua tu mama dan daddy aku tau tak... Wajar lah kalau aku risaukan diorang..." Balas Delinta.

"Wajarlah konon nya... Hei... Dhia... Kau dah lupa ke apa yang perempuan tu dah buat dekat kau hampir 23 tahun yang lalu... Kau tak ingat ke apa yang dia dah buat dekat arwah Pak cik Armi... Dekat diri kau? Kau dah lupa ke?" Liku mula bersuara. Kali ini lebih kasar dari mula - mula tadi.

Segala sikap keburukan Madam Sakura Inn mula di bongkar satu persatu di hadapan Delinta!

" Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau dua tahun lepas? Kau dah lupa ke macam mana dia perlakukan kau waktu tu? Kau dah lupa ke?" Asak Liku lagi.

Delinta masih mendiamkan diri. Asakan demi asakan dari Liku Langsung tak di balas. Hanya V sahaja yang panas hati saat ini. Wajah nya sudah mula merah menahan amarah akibat mulut tak bertapis Liku Ini.

"Kau dah lupa ya? Okay.. Aku ingatkan kau balik... Perempuan tua tu dah buang kau macam anjing kurap kau tau tak... Dia dah matikan diri kau dalam hidup dia... Dia campak kan kau terkontang - kanting... Dia tak layak untuk kau lah, Dhia... Biar dia nak apa pun... Kau takde kena mengena dengan dia... Baik dia mam... "

PANGG!!!

Satu Tamparan padu hinggap di wajah tampan Liku ini.

"Orang yang kau kutuk dan hina tu... Ibu aku tau tak, Liku... Ibu kandung aku!" Marah Delinta. Nafas nya turun naik menahan amarah yang membara di dalam hati. Bebola matanya kelihatan merah menatap tajam Liku yang sedang menggosok wajahnya akibat penangan nya tadi.

V yang baru hendak mengajar Si Liku mulut longkang ini sudah ternganga tidak terkata!

"Ya! Dulu aku benci dia disebabkan sikap buruk dia dekat aku... Dekat arwah babah! Tapi.. Sekarang... Dengan keadaan dia macam ni... Kau ingat aku nak teruskan lagi ke sikap keras kepala aku? Perangai dendam aku tu?"

Nafasnya di tarik sebelum dia menyambung kembali.

"Tak! Aku dah maafkan dia! Walau macam mana pun perangai dia dekat aku dulu... Apa pun kelakuan dia dekat aku dulu... Dia tetap ibu kandung aku! Ibu kandung yang bertarung nyawa yang dah melahirkan aku ke dunia!" Balas Delinta.

Balasan Delinta itu membuatkan mulut Delinta mula terkatup rapat.

"Kalau datang sini semata - mata nak bawak aku balik Malaysia... Jawapan aku tak... Aku akan stay sini.. Jaga ibu kandung aku sampai dia sedar dan sembuh... Kalau kau nak balik... Kau boleh sendiri... Dan aku minta maaf sebab rahsiakan benda ni dari kau dan Mak Ela.. Sampai kan salam aku dekat Mak Ela... " Usai berkata, Delinta terus melangkah pergi dari situ dan menaiki anak tangga. Bilik mewah yang di huni nya di tuju.

AGAK LAMA DIA MENDIAMKAN DIRI.

Hampir tiga jam dia berkurung di dalam bilik ini.

Makanan yang di bawa oleh pembantu rumah langsung tak di sentuh. Dia masih lagi bersila sambil menghadap jendela. Keluhan demi keluhan keluar dari mulut nya.

Kata - kata Liku tadi sungguh menyengat Hatinya. Hatinya masih tidak dapat menerima hinaan demi hinaan yang lemparkan oleh lelaki itu terhadap Madam Sakura Inn atas apa yang wanita itu lakukan pada dirinya dahulu..

Dan dia tidak sangka yang Liku itu begitu mulutnya!

Tok! Tok!

Ketukan dari luar pintu mematikan lamunan Delinta.

"Who?"

"I' m, V..."

Suara husky V mula berkumandang di luar pintu bilik.

"Masuk ajelah.." Ujar Delinta dengan nada lemah.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik di buka dari luar. Muncul lah wajah tampan V di balik pintu bilik mewah Delinta ini. Bebola mata V tajam menikam susuk tubuh kecil molek Delinta yang sedang bersila menghadap jendela.

"Siap sekarang... I nak bawak you keluar..." Arah V.

Delinta yang mendengar arahan V mula mengeluh berat.

"Malaslah... Saya nak rehat... Awak nak keluar tu... Keluar lah sendiri... Kalau nak berteman jugak... Ajak ajelah Reki.." Balas Delinta dengan tubuh masih membelakangi V. Tak kuasa dia nak keluar dalam keadaan macam ni! Mood nya sudah hilang ke tengah laut!

"I nak ajak keluar jumpa Mama dan Daddy pun tak nak ke?"

Hah? Jumpa Mama dan Daddy?

Membesar bebola mata Delinta sebelum dia berpaling pantas ke belakang. Mata nya bersinar terang menatap V yang sedang berpeluk tubuh menghadap dirinya.

"Nak ke tak nak?" Sengaja V mahu bermain tarik tali dengan Delinta ini.

"Hish! Awak ni! Saya nak lah!" Decit Delinta.

"Okay... Kalau nak... Siap sekarang! I tunggu dekat bawah.." Ujar V sebelum melangkah keluar dari bilik gadis ini.

Delinta yang mendengar arahan V itu sudah tersengih lebar.

Tak sabar dia nak jumpa mama!

Mama! Cepat lah sedar ya! Anak mama, Dhia... Nak jumpa mama ni nanti!

Doa Delinta di dalam hati!

Dhia akhirnya mula membuka hatinya untuk maafkan Madam Sakura Inn... Sejahat mana pun seorang ibu itu... Dia tetap seorang ibu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience