BAB 35

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

RUMAH PERSENDIRIAN MILIK V

SEMINGGU KEMUDIAN

SUDAH seminggu sejak kemalangan menimpa Tuan Dai Soku dan juga Madam Sakura Inn. Tetapi mereka berdua masih lagi berada di hospital persendirian milik V. Keadaan mereka berdua masih lagi berada dalam pemantauan doktor senior atas arahan V sendiri.

Dan sudah seminggu lebih jugalah kejadian tembakan terhadap V terjadi.

LUKA YANG SEBESAR DUIT SYILING lima puluh sen itu di perhati oleh Delinta ketika lelaki itu menukar pakaian.

Ya... Dalam tempoh itu, mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri dengan satu ikrar penjanjian perkahwinan sahaja. Ikrar perjanjian perkahwinan yang terjadi antara mereka berdua tanpa ada kehadiran dan pengetahuan Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn. Hanya Reki dan Bulter Yamato yang mengetahui perkara ini.

V yang perasan akan pandangan Delinta pada dirinya mula menjongket keningnya.

“Why are you looking at me like that? Am I that handsome?”

Delinta yang mendengar ayat lelaki yang sudah menjadi suaminya seminggu yang lepas hanya tersenyum kecil sahaja.

Delinta menapak menuju ke arah V sebelum butang baju V yang tidak di kancing sepenuhnya di kancing satu persatu.

"Tak boleh ke nak tengok ketampanan suami saya sendiri? Ke awak nak saya tengok lelaki lain? Saya tengok bodyguard awak dekat luar tu handsome semuanya..." Sakat Delinta dengan sengaja memancing api cemburu V.

V yang mendengar ayat Delinta sudah mula berubah wajah. Pinggang ramping Delinta di tarik sehingga rapat ke dadanya yang sasa. Terjingkit kaki Delinta ke atas bila dirinya di tarik rapat ke tubuh lelaki ini.

“Don’t ever think I’ll let you look at any other man besides me… And you are mine forever. Understand?” Bisik V dengan suara husky nya sebelum bibir merah delima milik Delinta di kucup dengan sedikit rakus. Delinta pula hanya mengikuti rentak V ini. Jari jemarinya mula naik ke belakang kepala suaminya itu. Kucupan masih berterusan sehinggalah ketukan dari luar kamar mematikan kucupan ghairah antara mereka suami isteri. Bibirnya mula di lepaskan dari bibir merah delima milik Delinta.

"Bos... Kita kena cepat... Ahli lembaga pengarah yang lain dah tunggu di bilik meeting..." Suara garau milik Reki mula bergema di luar bilik mewah.

Berdecit kegeraman V saat suara Reki bergema di balik pintu bilik mewahnya. Kacau daun betul lah si Reki ni!

" Ya... Aku tahu... Kau boleh pergi sekarang! "Padat dan ringkas sahaja V memberi arahan. Delinta yang melihat wajah cemberut V itu sudah tergelak kecil.

"Kenapa gelakkan saya pula? Ada yang kelakar ke?" Soal V dengan bibirnya yang mula me muncung. Panggilan 'I - you' juga sudah di ubah ke 'awak - saya'...

Lebih sopan!

"Comel!" Puji Delinta dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya.

Dia mula melepaskan tangan V yang masih berlingkar di pinggang nya sebelum baju kemeja putih milik V yang sedikit berkedut itu di kemas perlahan.

V yang mendengar pujian Delinta sudah mahu menarik tubuh wanita itu kedalam dakapannya tetapi pantas di halang oleh Delinta.

"No... Kita dah lambat... Nanti apa pula kata Reki..." Halang Delinta.

V yang mendengar sudah mengeluh berat. Wajah hampa nya sengaja di pamer kepada Delinta.

Delinta yang melihat wajah hampa V menampar lembut wajah lelaki itu.

"Dah... Jom kita pergi..." Ajak Delinta sebelum mengemas kan pakaian V untuk kali terakhir sebelum dia mengemaskan blaus dan palazzo serba hitam yang menyaluti tubuh mungilnya.

Ya... Mereka suami isteri akan datang ke mesyuarat yang di adakan bersama ahli lembaga syarikat dibawah naungan Madam Sakura Inn ini. Semenjak Madam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku terlantar di hospital akibat kemalangan yang di hadapi, segala urusan pentadbiran syarikat YN Automative Dan juga pentadbiran syarikat DS Chalet dan perhotelan milik Tuan Dai Soku di bawah kendaliannya!

Naik berpinar dan pening kepala nya bila dua buah syarikat gergasi itu di bawah kendalian nya. Tetapi mujur juga adalah Reki banyak membantu. Ringan sikit beban yang dia harus pikul!

Dah... Cukup pasal penerangan ini!

Kita terus pada V dan Delinta pula.

Mereka berdua terus melangkah keluar dari bilik mewah mereka berdua ini dan terus menuju ke arah halaman rumah. Menuju ke arah kenderaan yang sudah sedia menunggu mereka sejak dari tadi.

"Ready, my sweetheart?" Soal V pada isterinya. Delinta yang mendengar soalan suaminya sudah mengangguk perlahan.

Dan dengan itu, Toyota Century milik V mula meluncur keluar dari halaman rumah persendirian lelaki ini dan terus meluncur laju membelah Jalan raya menuju ke arah destinasi yang mereka akan singgah nanti!

Dan destinasi itu juga lah akan memperkenalkan Delinta sebagai isteri sah kepada Varyan Soku!

Dhia dan V sudah berkahwin.. Tanpa pengetahuan Adam Sakura Inn dan Tuan Dai Soku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience