BAB 11

Drama Completed 4781

DELINTA MELANGKAH menuju ke ruang pejabat majikan barunya tanpa di temani oleh sesiapa! Hatta Encik Radzi sekalipun! Padahal, Encik Radzi itu adalah pengurus mereka. Tapi gara - gara arahan majikan barunya ini, terpaksa jua dia melangkah sendirian!

Dia menarik nafas sebelum menghembus perlahan. Sekarang, dia sudah berada di hadapan pintu pejabat majikan barunya ini. Tangan nya di bawa ke arah dada pintu sebelum di ketuk perlahan.

Tok! Tok!

Delinta mula mengetuk pintu pejabat majikannya itu.

"Masuk!" Kedengaran suara mendalam bercampur sedikit garau seseorang memberi arahan pada dirinya untuk masuk ke dalam. Delinta mula memulas tombol pintu sebelum dia meloloskan diri ke dalam ruang pejabat itu.

Pintu kembali di tutup sebelum dia melangkah perlahan menuju ke arah meja di mana seseorang sedang membelakangi dirinya.

"Saya ada di sini Encik. Ada keperluan apa Encik nak jumpa saya?" Soal Delinta dengan penuh sopan di hadapan majikan barunya ini. Soalan Delinta di biarkan sepi dan orang itu masih lagi tidak berganjak dari membelakangi Delinta. Delinta masih lagi bertahan walaupun hampir 3 minit juga lelaki ini tidak mengendahkan soalannya.

"Dhia Delinta.."

Nama penuh Delinta di sebut oleh lelaki ini sebelum kerusi empuk di pusing menghadap Delinta yang tegak berdiri di hadapan meja kerjanya.

"It' s that your name, right?" Soalan Delinta tadi di balas dengan soalannya pula.

"Ya.. Itu nama penuh saya." Jawab Delinta dengan penuh yakin walaupun hatinya sudah resah dan gelisah melihat panahan tajam V yang langsung tidak berganjak dari merenung dirinya tadi.

V perlahan - lahan bangun dari tempat duduknya dan mengemas kan sedikit kemeja hitamnya yang sedikit berkedut. Rambut nya yang tersisir rapi ke belakang tanpa bayangan messy hair nya menambah lagi ketampanan wajahnya. Dia melangkah perlahan sebelum berdiri betul - betul di hadapan Delinta yang hanya separas dadanya itu. Dia hanya berdiri tidak kurang dua meter dari gadis ini. Punggung nya perlahan - lahan di labuh pada alang meja dengan kedua - dua belah tangannya mula di silang ke dada.

"You tahu kenapa I panggil You datang jumpa I di pejabat I ni?" Suara dalam nya mula bergema menyoal Delinta kembali.

Delinta hanya menggeleng perlahan. Sesungguhnya, dia langsung tidak tahu apa urusan majikan barunya ini mahukan kehadirannya di ruang pejabat lelaki ini.

"I dengar, You ambik cuti 2 hari.."

"Ya.. Saya ada ambik cuti 2 hari dan saya dah maklumkan kepada Encik Radzi..."

"I tak perlukan Encik Radzi dalam perbualan kita ni... I just nak tahu.. You buat apa sampai cuti dua hari?" Belum sempat Delinta mahu menjelaskan lebih lanjut, percakapan nya telah potong laju oleh V.

"Maafkan saya, Encik Varyan.. Saya memang ada urusan tidak dapat dielakkan. Dan saya dapat kebenaran cuti tu dari Encik Radzi dan Encik Kamal sendiri.." Balas Delinta semula.

"But know.. Encik Kamal dah pencen.. Dan dia bukan bos You lagi.. Sekarang, I'm your boss.."

"Maafkan saya sekali lagi, Encik Varyan.. Ada keperluan apa ya Encik Varyan panggil saya jumpa Encik Varyan ni... Kalau berkenaan cuti tu.. Saya dah jelaskan tadi... Tapi ini dah bukan berkaitan dengan masalah cuti dah.. Rasanya macam ada masalah lain selain dari cuti ini..." Hendak tak hendak, akhirnya Delinta menyoal juga ke point asal. Sejak dari awal tadi lagi, pandangan tajam V pada dirinya sangat berlainan. Dan nada cara bercakap lelaki ini juga bukanlah krealibiti seorang majikan yang bertolak ansur dengan pekerjanya. Tetapi seorang majikan yang jadi 'kuku besi' pada pekerjanya.

"Yes.. Sebenarnya inti patinya berkenaan dengan masalah cuti... Sejak dari tiga hari lepas, I semak rekod cuti you all... Erghh!! Boleh jadi bankrap hotel ni tau tak!" Angkuh sekali V bersuara. Dan itu membuatkan Delinta sudah memicingkan matanya ke arah V.

"Apa maksud Encik Varyan ni? Kami ambik cuti bukan saja - saja.. Kami ada komitmen yang perlu kami lakukan jugak!" Balas Delinta semula.

Melebih - lebih pula mamat sorang ni!

V hanya tersengih sinis mendengar ayat gadis ini!

"Komitmen? Who's care dengan benda tu semua? Patut lah I check dan semak berkaitan cuti staff.. Rupanya begini kejadiannya!"

"Wait! Saya minta maaf sekali lagi.. Apa yang Encik Varyan nak sebenarnya? Saya dah perhatikan tadi.. Ayat yang Encik Varyan cakapkan ni langsung buat saya keliru dan tak faham!"

"I nak you jadi personal assistant I." Enam patah perkataan yang keluar dari mulut V membuatkan Delinta tercengang seketika.

"Personal Assistant Encik Varyan? Apa maksud Encik ni?"

Takde angin, takde ribut. Tiba - tiba dia disuruh untuk menjadi pembantu peribadi lelaki ini! Memang tak lah! Dia pun banyak kerja nak di buat! Lagi pun, sijil diploma perhotelan dan kulinari yang dia peroleh itu sesuai untuk melamar kerja sebagai staf hotel dan bukannya pembantu peribadi lelaki ini!

"You ni ada masalah pendengaran ke? I cakap.. I nak you jadi pembantu peribadi I.." Perli V selamba. Dan serta merta wajah Delinta berubah kelat mendengar perlian lelaki ini!

"Minta maaf Encik Varyan.. Saya tak berminat untuk menjadi PA Encik Varyan.. Saya hanya ada diploma perhotelan dan kulinari.. Sesuai dengan kerja yang saya minta sekarang.. Jadi.. Kalau Encik Varyan mahukan PA... Sebaiknya Encik Varyan carilah orang lain... Orang yang bersesuaian... Yang lebih banyak pengalaman... Saya minta diri dulu.. "Usai berkata, Delinta minta diri dan menunduk hormat pada lelaki ini sebelum dia pantas berpaling ke belakang.

"You nak ke semua cuti staf hotel ni kena beku di sebabkan you? " Tak jadi Delinta mahu mengatur langkah menuju ke arah pintu sebaik sahaja mendengar ayat tajam lelaki ini. Dia pantas berpaling ke belakang semula.

"Diorang takde kena mengena dengan saya... Kenapa pulak nak babitkan diorang?" Wah! Sesuka hati saja lelaki ini mahu bekukan cuti semua staf!

V hanya tersenyum sinis sahaja.

"I boleh buatkan tu semua lah, Dhia! You kena ingat.. Kalau you enggan jadi PA I.. I tak jamin yang semua kelebihan yang ada pada staf hotel ni akan berkekalan.." V mula mengugut halus.

"So, I bagi masa dekat you untuk fikir kan semua ni... Tiga hari I bagi masa untuk you berfikir... Lepas dari tiga hari dan you belum bagi kata putus..." Sengaja V menggantungkan ayatnya. Bebola matanya masih tajam menikam wajah ayu Delinta itu.

"It's done!" Sambung nya lagi.

"Dah... You boleh pergi sekarang!" Halau nya selamba sebelum mengatur langkah menuju ke kerusi empuknya. Meninggalkan Delinta yang masih terkulat - kulat dengan ugutan nya tadi. Delinta dengan langkah lemah mula mengatur langkah menuju ke pintu ruang pejabat mewah lelaki ini. Pintu di buka dan dia mula keluar dari ruang pejabat lelaki 'kuku besi' ini. Pintu di tutup kembali.

Dia masih lagi berdiri mematung hadapan pintu. Muka dan rambut nya di raup kasar!.

Ya Tuhan! Bala apakah lagi kali ini!!!

Rintih Delinta di dalam hati!

V dengan sengaja mahu memancing kemarahan Delinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience