EPILOG

Drama Completed 4781

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

OSAKA, JEPUN

DI SEBUAH KAWASAN GUDANG TERBIAR

SEBUAH kereta mewah jenama Lexus LS dan Range Rover yang masing - masing berwarna hitam berhenti di hadapan gudang terbiar itu.

Kedua - duanya kelihatan keluar dari kenderaan masing - masing. Tubuh tegap kedua - dua nya di saluti oleh pakaian berwarna hitam. Seorang mengena kan kot berwarna hitam manakala yang seorang lagi mengenakan jaket kulit yang turut warna sama. Hanya warna rambut sahaja yang membezakan umur di antara kedua nya. Pelitup muka berwarna senada dengan pakaian mereka turut menghiasi wajah kedua - duanya.

Orang - orang bawahan mereka yang berada di situ menunduk hormat saat kedua - duanya mula menapak masuk ke dalam gudang. Mereka semua di situ tahu yang kedua - dua figura dingin dan misteri ini adalah orang yang paling berpengaruh di Jepun ini.

Kedua - dua nya menapak lagi masuk ke dalam. Dan pandangan kedua - duanya di sapa dengan susuk tubuh seorang lelaki yang melutut dengan tangan kedua - dua belah tangannya di ikat ke belakang. Malah, wajah nya juga di tutup dengan sehelai kain berwarna hitam.

"Bosu… danna-sama…(Bos... Tuan Besar...)." Sapa Reki dengan tubuh menunduk hormat pada kedua - dua figura di hadapannya ini.

Sekejap. Reki?

Buat apa Reki, orang kanan si V ini ada di sini?

Jangan kata yang,

"Suitsu no atama no ooi o hazuse. Ano minikui kao o mite yaru!(Bukakan penutup kepala dia. Aku nak wajah jijiknya itu!)" Pinta suara dingin dan garau yang amat di kenali.

Kedua - duanya mula membuka pelitup muka yang melindungi wajah mereka berdua tadi.

Terserlah kedua wajah yang amat di kenali. Tuan Dai Soku dan Varyan Soku!

Tuan Dai Soku melabuhkan di atas kerusi yang berada di situ. Manakala anaknya, V pula hanya berdiri sambil melihat Reki membuka penutup kepala 'mangsa' mereka di hadapan.

Apabila penutup kepala itu di buka, terserlah wajah seseorang yang amat dikenali dan amat di benci oleh Tuan Dai Soku dan V.

"Konnichiwa, Yato-sama… mata oai dekite kōei desu!(Halo, Tuan Yato... Kita bertemu kembali!)" Ujar Tuan Dai Soku bersama senyuman ngerinya pada Tuan Yato.

Tuan Yato yang melihat senyuman ngeri Tuan Dai Soku itu hanya tersenyum sinis sahaja.

"Ha? Ore o tsukamaeta tte? Mō keimusho ni wa haitte ta shi, chanto jiyū mo te ni ireta hazu daro. Imasara nande mata ore o oikaketen da? Gokurō na kotta na.(Apehal tangkap aku balik ni? Aku dah meringkuk pun dalam penjara. Aku dah bebaskan. Apehal cari aku balik? Beranilah sangat.) " Sinis sungguh si Tuan Yato Regawa ini berkata - kata. V yang mendengar ayat berlagak di tua gendut ini sudah menjeling tajam.

Tak padan dengan bekas banduan! Berlagak nya bukan main! Tak sedar lagi kesalahan yang di buat itu. Meluat sungguh dia tengok!

Tuan Dai Soku yang mendengar ayat berlagak si Tuan Yato sudah tertawa sinis.

"Aku cari kau sebab aku takkan biarkan pelesit dan pembunuh Macam kau ni bebas bekeliaran dekat luar sana. Kau ingat aku nak bagi ke orang macam kau ni bebas berkeliaran dekat luar sana? Kau ingat aku tak tahu ke otak licik orang macam kau ni. Silap hari bulan. Plan kedua pula kau rancang untuk musnahkan family aku! "Dingin Tuan Dai Soku bersuara. V hanya memandang sahaja tingkah bapanya 'membasuh' otak licik Tuan Yato ini.

Tuan Yato hanya tersengih lagi.

"Kau ingat kau boleh hapuskan aku macam tu ke, Dai? Dalam mimpi sajalah!" Ejek Tuan Yato dengan muka berlagaknya pada Tuan Dai Soku dengan V.

Tuan Dai Soku tidak banyak bicara. Dia mengarahkan pada anak - anak buahnya untuk membawa Tuan Yato ke satu tempat.

" Korang nak bawak aku kemana ni, hah? "Soal Tuan Yato keras bila dirinya sudah dirikan oleh oleh anak - anak buah Tuan Dai Soku ini.

Tersengih suka Tuan Dai Soku bila melihat wajah panik si lelaki berperut gendut ini.

"Haih... Menggelabah pula ya. Tadi bukan main berlagak!"

"Aku nak kau di hukum. Kau tahu apa maksud di hukum? Kau akan di hukum mengikut cara kami semua! Faham?"

"Dihukum? Kau ingat kau hakim ke hah nak hukum aku macam ni? Eh, Dai! Kau tu cuma ahli keparat sajalah! Tak payah nak jadi perasan jadi hakim bagai!" Tak sudah - sudah si tua gila ini mencemuh dan mengejek Tuan Dai Soku.

Tuan Dai Soku tidak mengendahkan cemuhan dan ejekan lelaki gila ini!

"Kamu balik dulu, V.. Dah lama Dhia dengan Ana tunggu kamu dekat rumah.. Dekat sini, biarlah daddy yang uruskan!" Arah Tuan Dai Soku pada anak lelaki nya.

V yang mendengar arahan bapanya hanya mengangguk mengerti.

“Wakatta. V, ima kara ie ni kaeru ne. Papa mo ki o tsukete ne. Amari muri shinaide. (Baiklah. V akan balik ke rumah sekarang. Daddy pun hati - hati juga. Jangan lasak sangat).” Balas V sambil menjeling Sekilas ke arah Tuan Yato. Lelaki keji, jahat dan gila dan paling dibenci!

Tuan Dai Soku hanya mengerti sambil menepuk bahu lebar anak lelakinya ini. Usai berkata, V pantas meninggalkan kawasan itu dengan di temani oleh dua orang anak buah Tuan Dai Soku.

Kini yang tinggal hanyalah Tuan Dai Soku, Reki, Tuan Yato dna beberapa orang lagi anak buah lelaki pertengahan usia 50 - an itu.

Dia memberi isyarat kepada dua orang anak buah nya yang mendirikan Tuan Yato tadi untuk membawa tubuh lelaki itu ke arah sebuah dinding. Tubuh Tuan Yato di hempas ke arah dinding dan kedua - dua belah tangan nya di gari oleh ke kiri dan kanan.

"Ap...apa kau nak buat ni, Dai? Kau gila ke hah?" Jerit Tuan Yato bila dirinya telah di pasung pada dinding tersebut.

Tuan Dai Soku hanya tertawa sinis.

"Yes.. Aku memang gila! Aku gila sebab kau cuba untuk bunuh isteri aku, anak lelaki aku dan menantu aku! Termasuk juga orang bawahan aku, Reki! Kau tahu tak perasaan aku macam mana sekarang bila mahkamah hanya menetapkan 3 tahun sahaja penjara untuk kau?" Bersinar merah Bebola mata Tuan Dai Soku bila teringat akan hukuman ringan yang di terima oleh lelaki keji dan jahat seperti Tuan Yato ini.

Tuan Yato tidak menjawab. Dia hanya mampu menelan air liur nya saat melihat mata merah lelaki koporat ini.

Tuan Dai Soku berjalan menuju ke arah sebuah meja sebelum satu benda berwarna coklat yang terletak menegak di atas meja di capai.

Itu adalah labu sayong!

Tempat menyimpan air bagi orang zaman dahulu!

Tapi itu tidak merisaukan Tuan Yato.

Yang merisaukan adalah corak yang terukir pada labu sayong itu! Corak sesuatu kumpulan yang amat berkuasa di Jepun ini!

Tuan Dai Soku membawa labu sayong itu menuju ke arah Tuan Yato.

"Dah ready untuk menuju ke neraka?" Soal Tuan Dai Soku dengan aura yang sungguh dingin dan kejam. Panahan Dan tatapan matanya yang tajam menikam wajah Tuan Yato membuatkan lelaki itu menggeletar.

"Kau siapa sebenarnya, Dai? Kenapa Aura kau terasa lain macam?" Soal Tuan Yato dengan nada suara yang sudah mula gentar. Dai ingin menidakkan siapa Tuan Dai Soku. Tapi melihat pada cara dan aura dingin lelaki ini, seperti dia hampir tahu siapa sebenarnya lelaki koporat ini. Dan kalau telahan nya pada lelaki ini berkaitan kumpulan itu, dia sudah cari masalah dengan orang yang salah!

"Kau sebenarnya dah tahu kan aku siapa. Tapi kau masih menidakkan! Tapi tidak mengapa. Aku baik sahaja. Kau nak tahu aku siapa kan. Aku adalah Danzai Saiko, ketua Danzai Shu. Kumpulan dari golongan Penghukum. Penghukum untuk orang jijik dan jahat macam kau!"

" Dan satu perkara yang kau perlu tahu. DS yang sering di ura - urakan bukan singkatan Dari Dai - Sakura sebaliknya. Dari Danzai Shu. Dah jelas sekarang?"

Akhirnya, terungkap sudah siapa sebenarnya Tuan Dai Soku ini. Hanya dia, V dan Reki yang tahu organisasi ini. Madam Sakura Inn dan Delinta langsung tidak tahu menahu!

Makin mengigil tubuh badan Tuan Yato saat mendengar nama kumpulan yang amat berbahaya di Jepun ini. Dia tidak sangka yang pengasas kumpulan itu berdiri di hadapannya saat ini.

“Tanomu… yurushite kure! Hanashite kure! Ore ga warukatta. Kakawaccha ikenai aite ni te o dashita nda. Hontō ni warukatta. Yurushite kure… yakusoku suru. Koko kara kieru, nidoto arawarenai.(Tolong. Maafkan aku. Lepaskan aku! Aku tahu aku salah. Salah cari masalah dengan orang tidak sepatutnya yang aku ganggu. Maafkan aku. Aku janji. Aku akan hilangkan diri dari sini)." Rayu Tuan Yato dengan wajah sungguh panik sekali.

Tuan Dai Soku hanya tertawa mengejek sahaja mendengar rayuan palsu si lelaki perut gendut ini.

"Pandai pula kau merayu dekat aku. Tadi bukan main berlagak! Dah terlambat, Yato.. Dah terlambat. Ajal kau dah sampai sekarang!" Serentak itu juga, labu sayong itu di tujah ke arah mulut Tuan Yato. Berderu keluar air yang berada di dalam labu sayong itu melepasi tekak Tuan Yato.

" Uhukkk!!!" Terbatuk - batuk lelaki keji itu bila air yang di teguk itu tadi tidak mampu untuk menanggung beban di mulut nya lagi.

Labu sayong di hulurkan pada Reki Dan Reki menyambut nya dengan cermat.

"Air yang kau minum itu ada racun. Dan racun itu akan memamah perlahan organ dalaman kau satu persatu. Dan itu adalah hukuman untuk kau yang sengaja hendak menjahanamkan ahli keluarga aku satu persatu!" Bisik Tuan Dai Soku pada telinga Tuan Yato sehingga membuatkan lelaki berperut gendut itu tersentak hebat.

Serentak itu juga, leher dan dada milik Tuan Yato terasa panas serta merta. Tuan Yato terbatuk -batuk lagi sehingga termuntah. Muntah darah!

Ya, racun itu sudah mula memainkan peranannya!

Nafas Tuan Yato sudah mula tidak teratur. Rasa sakit dan panas bersatu di dalam dirinya saat ini!

Tuan Dai Soku memerhati wajah Tuan Yato yang sudah semakin layu itu.

"Goodbye, friend.. And safe journey to hell!" Ujar Tuan Dai Soku bersama ketawa ngeri nya.

Usai memberi 'kata - kata semangat' pada Tuan Yato, dia mengarahkan pada Reki pada untuk menyelesaikan selebihnya. Reki hanya menunduk mengerti.

Dia pula berlalu pergi dari situ setelah memberi arahan pada Reki.

Wajah wanita kesayangan nya sudah mula berlegar di ruang mindanya.

Tuan Yato sudah mula terlihat nyawa - nyawa ikan!

Itu lah bahana yang tu harus di terima oleh lelaki itu!

Bahana di atas perbuatan dirinya sendiri!

LENA DELINTA TERGANGGU BILA PERUT NYA yang memboyot itu di teras di usap oleh tangan kekar seseorang! Siapa lagi kalau bukan Varyan Soku, suami tercintanya!

"Sorry sebab ganggu awak tidur." Ujar V sambil mengucup sekilas tengkuk Delinta.

Delinta yang mendengar ayat suaminya hanya menggeleng kepalanya sahaja. Dia berpaling ke arah V sebelum tubuh lelaki itu di dakap erat.

"Saya pun rindu awak,sayang." Ujar Delinta dengan kepalanya di lentok manja pada Dada bidang suaminya.

V yang mendengar ayat terlebih gula isterinya sudah tersenyum manis. Rambut ikal mayang milik Delinta di elus kan perlahan.

"I love you sayang.." Ujar V tidak sudah - sudah pada Delinta. Delinta mendongak memandang ke arah V sebelum,

Cupp!

Bibirnya telah di kucup lagu oleh V! Delinta tersenyum bahagia sebelum melentok kan kembali ke dada V.

"I love you too.." Balas Delinta pada V sebelum mata nya kembali terpejam. V juga turut berbuat demikian. Tangan nya tidak lepas dari mengusap Perlahan perut memboyot milik Delinta itu.

'Sweet dream, my little baby.' Bisik V di dalam hati.

Kedua - duanya sudah hanyut di buai mimpi.

Ketika keduanya sudah berada di alam mimpi, ada seorang memerhati rumah persendirian mereka itu dari kejauhan. Tak lain tak bukan, itu adalah Tuan Dai Soku!

' Berbahagialah anak ku. Berbahagia lah dengan keluarga kecil mu. Daddy sokong kamu dari belakang. Daddy sayang kamu semua!' Bisik Tuan Dai Soku di dalam hati.

Ya.. Akhirnya, anak lelaki nya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Dan kebahagiaan V itu adalah Dhia Delinta!

Mereka berdua di lahirkan dari luka yang sama. Tapi kerana ketabahan dna kecekalan mereka berdua itu lah menjadi titik kebahagiaan yang mereka harapkan saat ini. Dan sekarang, kebahagiaan itu menjadi milik V dan Delinta!

V, Dhia! Daddy sayang kamu berdua!

Dan setelah itu, kenderaan mewah milik Tuan Dai Soku mula meninggalkan kawasan rumah persendirian V itu. Dan lelaki koporat itu sedang menuju ke arah kebahagiaannya bersama Madam Sakura Inn, pengarang jantung hatinya.

Moga kebahagiaan dan kasih sayang kekal menjadi milik mereka semua!

-TAMAT -

04 MEI 2026

Yeayyy... Akhirnya, Dhia Delinta melabuhkan tirainya hari ini... Semoga novel Dhia Delinta ini menepati citarasa kalian semua.. Maaf kalau ada terkurang, terkasar bahasa sepanjang penghasilan Dhia Delinta ini. Selamat malam... Jumpa di next novel okay... Bye... I love you all... Muaahhh??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience