Completed
4781
MALAYSIA
KAMPUNG BELIMBING BULUH, PANTAI TIMUR
"PERGI JEPUN?" Hampir melantun suara Liku sebaik sahaja mendengar perkhabaran Delinta dari mulut ibunya.
"Yelah.. Dah dua hari Dhia pergi sana..." Jawab Puan Ela tanpa menyedari wajah keruh anak terunanya.
"Yang mak izinkan dia pergi tu kenapa? Dahlah pergi sorang - sorang!" Liku tidak sengaja berkata dengan suara tinggi kepada ibunya.
"Manalah mak tahu.. Dia dah minta izin kan dengan mak.. Mak izinkan lah.. Lagipun, mak ingat.. Amanat yang arwah pakcik Armi bagi dekat Dhia tu.. Amanat tentang benda yang lain.. Mak tak sangka pulak yang amanat tu pakcik Armi suruh Dhia untuk cari ibu dia.." Jawab Puan Ela.
" Cari ibu dia? Maksud mak? Ibu kandung Dhia?" Soal Liku dengan riak terkejut. Suaranya tidak sekencang tadi, tetapi nadanya sarat dengan kekeliruan.
"Ya..." Puan Ela mengangguk perlahan.
"Mak baru tahu... yang surat amanat tu rupanya suruh Dhia cari ibu kandung dia..."
Liku tersandar ke kerusi. Tangannya menggenggam rambut di kepala. Cuba menghadam berita yang baru saja menghentak benaknya.
"Mak tahu siapa ibu dia?" tanyanya akhirnya, tenang tapi tajam.
Puan Ela tidak terus menjawab. Dia memandang ke luar jendela, seakan mencari sesuatu di langit mendung yang mula berarak.
"Nama dia Sakura Inn. Orang Jepun. Arwah pakcik Armi kahwin dengan dia masa Sakura tu menetap dekat Malaysia sebagai pelajar pertukaran. Mereka sama - sama belajar lagi waktu tu. Tapi tak lama... Sakura hilang tanpa berita selepas lahirkan Dhia. Dhia ditinggalkan pada pakcik Armi kamu... Dan pakcik Armi bawak balik Dhia ke kampung. " Ujar Puan Ela lagi.
Yelah... Sama - sama darah muda! Berkahwin hanya atas cinta! Tanpa memikirkan masa depan! Dan akhirnya, kecundang juga!
"Maksud mak, Dhia... memang bukan anak Malaysia sepenuhnya?"
Puan Ela mengangguk perlahan.
"Separuh darah Jepun mengalir dalam dirinya. Tapi mak dan arwah abah kamu terima Dhia macam anak sendiri, Liku. Mak sayang dia macam darah daging."
Liku tunduk. Nafasnya berat.
"Dhia tahu semua ni?"
"Arwah pakcik Armi kamu tak pernah cerita apa-apa dekat Dhia. Tapi dia ada tinggalkan surat dekat mak. Dan mak bagi surat tu dekat Dhia. Mungkin Dhia baca surat tu, dan... segalanya terbongkar."
"Dan sekarang dia pergi Jepun cari perempuan yang mungkin dah mati, atau... tak mahu dia langsung?" Liku mendongak, matanya merah menahan perasaan.
Puan Ela tunduk. Wajahnya penuh sesal.
"Mak... mak tak tahu benda akan jadi macam ni..."
"Mak tahu tak, Jepun tu luas? Kalau Sakura tu masih hidup pun, belum tentu dia nak Dhia cari dia. Kalau Sakura tu dah kahwin lain? Macam mana dengan penerimaan suami baru dia kalau dia tahu Dhia tu siapa pada Sakura?"
Puan Ela tidak membalas. Diamnya menjawab segala ketakutan dalam fikirannya juga.
Liku berdiri. Langkahnya ke bilik pantas dan berat.
“Liku, kamu nak ke mana?” soal Puan Ela.
“Liku nak cari tiket. Kalau Dhia sanggup cari kebenaran yang mak dan arwah Pakcik Armi sembunyikan... Liku pun sanggup susul dia dekat sana. Dia tak patut lalui ni seorang diri." Ujar Liku sebelum berlalu pergi dari ruang tamu itu.
Meninggalkan Puan Ela dengan rasa bersalah yang mencengkam!
KEESOKKAN HARINYA, Liku menaiki kapal terbang menuju ke JEPUN, negara yang dikenali dengan jolokan 'Negara Matahari Terbit'.
Apabila melibatkan Delinta, Liku takkan pernah berdiam diri. Dia yakin, sesuatu pasti akan berlaku pada gadis itu! Sebab itulah dia tekad menjejaki langkah Delinta ke negara asing itu, tanpa ragu, tanpa berpaling!
Liku dah susul Delinta ke Jepun. Kita akan ke bab seterusnya. Apa yang akan berlaku pada Delinta.
Share this novel