BAB 13

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

"MADAM SAKURA... Lady Yei Na Inn ada di dalam!" Beritahu butler Yamato, lelaki pertengahan usia yang sudah lama bekerja dengan Lady Yei Na Inn. Lady Yei Na Inn adalah ibu kepada Madam Sakura Inn.

Madam Sakura Inn mengangguk mengerti sebelum melangkah masuk ke vila bercorak tradisional Jepun ini. Langkahnya terus di atur menuju ke arah kamar Lady Yei Na Inn.

Pintu kamar itu di buka dan terserlah lah tubuh kurus milik Lady Yei Na Inn yang yang terbaring lemah di atas katil.

"Okaa - sama..." Madam Sakura Inn terus meluru ke arah ibunya. Tubuh kurus itu dipeluk dengan erat sekali.

Okaa-sama adalah panggilan untuk ibu dalam konteks budaya Jepun dalam keluarga kaya yang moden. Panggilan itu lebih sesuai dan lebih hormat dari panggilan Okaa - san yang lebih santai walaupun dalam versi lembut. Senang cerita, panggilan okaa - sama itu lebih kepada versi hormat pada orang yang lebih tua berbanding dengan panggilan okaa - san yang lebih kepada versi santai.

Lady Yei Na Inn hanya tersenyum melihat tingkah anak perempuan nya ini. Walaupun sudah berumur, tingkah anak nya yang satu ini langsung tidak berubah.

"Okaa - sama buat kerja apa sampai boleh sakit macam ni?" Soal Madam Sakura Inn setelah pelukan pada tubuh Lady Yei Na Inn dilepaskan. Tapak tangan wanita separuh abad ini di genggam erat sekali.

Lady Yei Na Inn hanya tertawa kecil sahaja sebelum menjawab.

"Mana ada Okaa - sama buat kerja berat... Dah Okasa - sama nak sakit... Nak buat macam mana..."

Wajah Madam Sakura Inn mula cemberut mendengar jawapan ibunya.

"Sakura risau bila dengar Okaa - sama jatuh sakit... Rasa macam nak luruh jantung ni tahu tak?" Bebel Madam Sakura Inn.

Lady Yei Na Inn hanya ketawa sahaja melihat tingkah anaknya.

"Sakura..." Panggil Lady Yei Na Inn dengan lembut pada anaknya setelah ketawa reda.

"Ya,okaa - sama... Okaa - sama nak apa - apa ke? Sakura tolong ambilkan..."

Lady Yei Na Inn menggeleng perlahan sebelum tangan Madam Sakura Inn yang berada di atas tapak tangannya digenggam erat.

"Kalau okaa - sama dah takde nanti... Boleh Sakura tunaikan tak permintaan Okaa - sama ni?"

"Okaa - sama... Kenapa cakap macam tu? Sakura tak mahu dengar lah!" Potong Madam Sakura Inn dengan laju.

"No... Dengar dulu Sakura apa yang okaa - sama nak cakapkan ni... Kalau okaa - sama dah takde nanti... Jangan pernah benci dengan darah daging Sakura sendiri ya..." Berubah wajah Madam Sakura Inn saat mendengar ayat yang keluar dari mulut ibunya ini.

"Apa maksud Okaa - sama ni? Sakura tak faham.."

"Sakura... Okaa - sama tahu yang Sakura rindukan anak Sakura kan... Okaa - sama minta maaf sebab pisahkan Sakura dengan Dhia... Maafkan Okaa - sama..." Lady Yei Na sudah mula teresak - esak menahan tangis.

"Okaa - sama... Kenapa menangis... Okaa - sama takde salah apa pun dengan Sakura... Sakura yang banyak salah dengan Okaa - sama dan juga Dhia..." Giliran Madam Sakura Inn pula mengalir kan air mata.

Sungguh! Bila ibunya mula membuka topik berkaitan Dhia, automatik hatinya menjadi sedih dan sayu.

Haii!!

Bukan ke dua tahun lepas, dia yang suruh Dhia ni tanda tangan satu dokumen untuk memutuskan pertalian darah antara mereka berdua! Dah kenapa nak rasa bersalah pula kali ni?

"Tak... Bukan salah Sakura pun... Okaa - sama yang salah... Kalau okaa - sama tak campur tangan dalam urusan Sakura dan Armi dulu... Benda ni takkan terjadi... Dan Dhia pun takkan jadi mangsa!" Tak putus Lady Yei Na Inn menyalahkan dirinya.

"Kali ni... Okaa - sama harap... Sakura cari ya anak Sakura itu... Bina hidup baru dengan dia... Buang yang memeritkan dulu... Tumbuhkan rasa bahagia tu kembali... Okaa - sama harap sangat Sakura dengan Dhia bersatu kembali sebelum okaa - sama tutup mata..." Pinta Lady Yei Na Inn.

"Baik, okaa - sama... Baik... Sakura akan cari balik anak Sakura dan minta ampun pada dia atas apa yang Sakura dah buat..." Akhirnya, Madam Sakura Inn menyetujui saranan ibunya. Bukan semata - mata saranan ibunya. Tapi dirinya.. Dirinya yang sudah lama rasa bersalah mencengkam dirinya sejak dari dulu sehingga sekarang.

Tangisan kedua - dua terhenti bila butler Yamato datang ke kamar yang di huni oleh Lady Yei Na Inn ini.

"Maafkan saya kerana menganggu Lady dan Madam... Ada orang mahu berjumpa dengan Lady..." Beritahu Butler Yamato kepada Lady Yei Na dengan muka menunduk kebawah.

"Siapa Yamato?"

"Halo, granma!"

Lady Yei Na Inn dan Madam Sakura Inn sama - sama memandang ke arah pintu kamar bila suara husky seseorang menyapa Lady Yei Na Inn dengan tingkah selambanya.

Kelihatan kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi dengan sut hitam menyaluti tubuh nya memasuki ruang kamar Lady Yei Na Inn ini.

"Varyan Soku?"

"KENAPA PERLU MUNCUL DEKAT SINI? KENAPA TAK BALIK KE VILA TERUS?" Usai sahaja pertemuan antara V dengan Lady Yei Na Inn tadi, Madam Sakura terus membawa anak muda ini jauh ke halaman rumah.

V tidak menjawab soalan ibu tirinya. Sebaliknya, dia masih sibuk dengan telefon pintar di tangan.

"Dengar tak apa yang untie tanyakan ni!" Nada suara Madam Sakura Inn mula berubah rentak.

"Hish... Boleh tak suara tu slow sikit... Sakit tau telinga V!" Decit V kepada ibu tirinya ini.

"Untuk soalan mama tu... V malas nak jawab... Kebetulan V ada urusan dekat sini... Jadi kenapa tidak V tak lawat aje granma kan?"

"Sejak bila kamu pandai bahasakan untie dengan panggilan mama ni..." Soal Madam Sakura Inn dengan nada sedikit curiga. Err... Bukan sikit ya curiga nya dengan si V ni! Banyak tahu! Si V ni bukan boleh percaya sangat! Otak lelaki ini sungguh licik!

"Entah... Dah tu panggilan yang patut V panggil dekat mama dari dulu lagi kan... Jadi suka hati V lah!" Aduhai, makin menyirap hati Madam Sakura Inn dengan jawapan selamba si V ini!

"Lagipun, granma tengah sakit kan? Jadi tak keberatan kan kalau V datang melawat dia!"

"Oba -sama V... Bukan granma..." Perbetul Madam Sakura Inn bila V menyebut panggilan tidak sesuai untuk orang yang lebih tua seperti Lady Yei Na Inn. Granma lebih ke arah ala barat sementara oba - sama pula lebih kepada konteks budaya Jepun yang lebih sopan.

"Whatever!"

"Terus terang dengan mama... Apa keperluan kamu datang sini... Kamu datang sini bukan semata - mata nak jumpa Oba - sama kan..." Soal Madam Sakura Inn untuk sekian kalinya. Panggilan nya pada V juga turut berubah!

"Okay... V akan cakap... V dah jumpa dia dan dia bekerja bawah V! Puas?" Akhirnya, V membuka cerita.

"Apa maksud kamu ni?" Dahi Madam Sakura Inn sudah berkerut tidak mengerti sebelum kerutannya berubah perlahan.

Jangan kata...

"Dhia ke maksud kamu?"

V hanya menjungkit bahunya sahaja.

Tapi... Kejap...

Madam Sakura Inn seperti mengesyaki sesuatu!

"Macam mana kamu boleh jumpa dia? Kamu ada upah orang ke untuk pasal Dhia? Dia tahu ke siapa kamu, hah?"

"Chill lah, mama... Takkan macam tu pun mama dah takut... Don't worry mama... Dia tak pernah tahu siapa V ni pada dia... Trust me!"

"Tapi kan... Muka dia cantik sangat Ma... Boleh jatuh hati V di buatnya!" Membulat mata Madam Sakura Inn mendengar ayat tak makan saman si V ini!

"Apa kamu cakap? Kamu jangan nak apa - apakan dia ya, V! Kalau mama tahu... Siap kamu kena dengan mama nanti!" Madam Sakura Inn memberi amaran!

V sudah mengekek ketawa melihat reaksi ibu tirinya!

"Relaks, Ma... Relaks... Percayalah... V takkan apa - apakan dia... Dia kan 'adik tiri' V... Takkan lah V sanggup nak hancurkan masa depan 'adik tiri' V sendiri!" Pedas berperisa V membahan ibu tirinya. Madam Sakura Inn tidak menjawab sebalik nya hanya jelingan tajam yang dia bagi kepada anak tirinya ini.

"Okaylah... V nak balik hotel... Nak rehat... Kalau ada apa - apa nanti... V akan inform balik semula... Baibai!" V terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Madam Sakura Inn yang masih berdiri kaku di tempat nya.

Mendengar perkhabaran Dhia melalui V tadi sungguh melegakan hati nya. Walaupun dia tidak percaya sepenuhnya dengan karakter anak tirinya itu, dia tahu... Yang apa yang dikatakan oleh V tadi adalah benar belaka.

RUPANYA, APA yang di pinta oleh Lady Yei Na Inn tiga hari lepas adalah permintaan terakhir dari wanita itu. Potret Lady Yei Na Inn yang tersenyum di indah di hadapan di pandang dengan pandangan sepi. Suasana permakaman Lady Yei Na Inn sedikit riuh dengan kedatangan ahli keluarga dari sebelah Lady Yei Na Inn malah dari sebelah mendiang suami wanita itu turut hadir. Sahabat handai, para pelabur dan juga wartawan turut berada di upacara permakaman itu. Tuan Dai Soku, suaminya Madam Sakura Inn dan anak tiri nya, V turut berada di situ. Malah Reki, orang kanan V juga turut bersama mereka.

SUDAH SEMINGGU SEJAK permakaman mendiang Lady Yei Na sudah selesai.

Madam Sakura Inn masih berkabung di vila bercorak tradisional Jepun milik mendiang Ibunya. Malah dia masih lagi tinggal di situ. Kamar yang dahulu nya menempatkan tubuh kurus Lady Yei Na Inn di pandang sepi. Tiada lagi kedengaran suara wanita menyeru lembut namanya. Yang tinggal hanya nama dan kenangannya sahaja. Air mata yang kembali membasahi pipinya di kesat perlahan.

Esok adalah hari kepulangan V ke Malaysia.

Dan dia akan menyusul ke Malaysia nanti bila semuanya di sini akan selesai. Dia akan menyusul untuk meminta ampun kepada anaknya seperti mana yang di pinta mendiang ibunya.

DHIA...

TUNGGU MAMA YA...

MAMA AKAN DATANG JUMPA DHIA NANTI...

BISIK MADAM SAKURA INN DI DALAM HATI.

Madam Sakura Inn dah insaf... Agaknya... Dah tua kot... Tu yang rasa insaf tu menjelma...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience