BAB 39

Drama Completed 4781

OSAKA, JEPUN

SUDAH hampir dua minggu sejak kejadian berlaku di YN Automotive.

Tuan Yato Regawa telah di hukum penjara atas kesalahan yang dilakukan!

Pertuduhan dan kesalahan yang dilakukan adalah dengan sengaja mahu mencederakan Tuan Dai Soku dan Madam Sakura Inn. Dia juga di tuduh atas kesalahan pembunuhan terhadap orang upahan nya di YN Automotive.

Segala saham dan segala harta benda milik Tuan Yato Regawa berkaitan dengan YN Automotive telah di tarik serta merta. Malahan rumah, kereta mewah milik lelaki berperut gendut itu juga di sita oleh pihak berwajib.

Akhirnya, segala berkaitan dengan Tuan Yato Regawa telah selesai. Dan semua itu membuat kan semua orang lega.

Tapi satu lagi yang belum terlunas!

Hal Tuan Dai Soku berkaitan dengan V dan Delinta!

Sejak dari dua minggu lepas, Tuan Dai Soku masih lagi bersikap dingin dengan kedua - duanya. Lebih - lebih lagi terhadap V!

Segala apa yang berkaitan dengan kedua - duanya masih lagi tidak di ambil peduli!

Dan kali ini, V dan Delinta tidak tinggal diam!

Mereka berdua akan bersemuka dengan Tuan Dai Soku!

Sama ada suka atau tidak!

Hari ini penentuan segalanya!

VILLA DAI SOKU

BERUBAH TEGANG WAJAH Tuan Dai Soku bila melihat kelibat V dan Delinta berada di Villa miliknya sekarang.

Sejak kejadian tempoh hari, Tuan Dai Soku sudah jarang mahu pulang ke Villa Sakura Inn.

Sejak dari kejadian tempoh hari, Madam Sakura Inn jarang untuk pulang ke Vila Besar ini. Dan sentiasa berada di vila milik wanita itu.

Tuan Dai Soku memberi isyarat kepada pengawalnya di muka pintu untuk meninggalkan dia bersama V dan Delinta.

Pengawalnya mengangguk mengerti sebelum bergerak keluar dari bilik kerja majikannya itu. Pintu bilik kerja Tuan Dai Soku juga di tutup rapat dari luar!

"Ada apa kamu berdua datang sini?" Soal Tuan Dai Soku dengan endah tak endah. Bebola matanya masih lagi tunak meneliti fail kerja yang bertimbun di hadapan.

"Daddy... Sampai bila daddy nak macam ni dengan kami berdua? Daddy buat kami berdua ni seolah - olah macam halimunan... Salah ke apa yang kami berdua buat ni? Berdosa sangat ke?" Soal V tanpa bertangguh.

Jiwa tidak tenteram bila bapanya langsung tidak mengendahkan diri nya hanya kerana perkahwinan ini. Ya... Memang dia mengaku silap dia kerana menyembunyikan perkahwinan ini dari pengetahuan Tuan Dai Soku.

Tapi benda telah berlaku... Dan sekarang... Tuan Dai Soku masih menjauhkan diri dan bersikap dingin dengan nya.

"Kalau tiada apa hendak di kata... Lebih kamu berdua keluar sekarang... Daddy masih banyak kerja lagi hendak di buat!" Arah Tuan Dai Soku.

"Daddy..."

Tuan Dai Soku mendengus kasar sebelum bersuara tegas.

"Kami berdua tak faham bahasa ke hah? Kalau Daddy suruh keluar tu... Keluar lah! Tak payah banyak cakap!"

Bergema tengkingan ruangan bilik kerja lelaki ini dengan tengkingan lelaki pertengahan 50 - an ini!

"Daddy? Salah ke kalau kami kahwin? Bagi Daddy... Berdosa besar sangat ke perkahwinan yang kami bina ni?" Tiba - tiba Delinta pula menyoal sehingga membuatkan Tuan Dai Soku membungkam seketika.

"Daddy nak tahu satu perkara tak... Dulu... Dhia langsung tidak mendapat kasih sayang dari Mama... Sehingga Mama sanggup buang anak dia sendiri kerana tidak mahu keturunan yang tidak berharta... Mama lagi sanggup hilang anak dari reputasi yang dia ada... Daddy pun sanggup buang dan bersikap dingin dengan V sebab Daddy takut dengan pandangan orang terhadap kami ke?" Lirih Delinta menyoal.

Tuan Dai Soku masih membungkam di tempat nya. Lelaki korporat itu masih mendiamkan diri!

Delinta tiba - tiba melutut di hadapan Tuan Dai Soku membuatkan V terkejut besar!

" Dhia... "Seru V dengan pantas. Tidak terkecuali dengan Tuan Dai Soku! Riak lelaki pertengahan usia 50 - an itu sungguh terkejut sekali dengan tingkah wanita kesayangan anaknya ini.

"Kalau dengan melutut ini membuatkan Daddy boleh terima keadaan kami... Dhia tak kisah... Tapi tolong daddy... Dhia mohon... Jangan bersikap dingin dengan V... Cukuplah hanya Dhia yang menderita dulu... Kali ni... Jangan ulangi kesalahan mama itu terhadap V... Dhia merayu sangat... " Pohon Delinta dengan tangisan yang mula pecah.

V pantas melutut di sisi isterinya sebelum tubuh wanita itu di rangkul erat.

"Cukuplah Dhia seorang sahaja yang terluka dengan masa lalu... Jangan tambah kan lagi luka yang sama pada V.." Ujar Delinta dengan tangisan yang semakin membingit.

Dari merangkul, V pantas mendakap tubuh Delinta kedalam dakapannya.

Hati Tuan Dai Soku mula tergugat melihat air mata Delinta itu.

V memapah tubuh Delinta bangkit dari melutut nya.

"Dhia harap daddy tidak lagi bersikap dingin V... Kerana V adalah darah daging daddy sendiri... Maafkan kami berdua..." Usai berkata, mereka berdua mula menapak keluar dari ruang bilik kerja lelaki korporat ini.

V menghentikan langkahnya seketika sebelum berpaling ke belakang.

"Dhia adalah cinta mati V... Dan tiada siapa yang dapat menggantikan dia di dalam hati V... Dan tiada dapat pisahkan Dhia dari V melainkan ajal dan maut sahaja..." Ujar V dengan penuh mendalam.

Dan usai sahaja berkata, kedua nya mula melangkah keluar dari situ. Melangkah dengan cinta dan kasih yang mula terikat walaupun masih belum di restui.

Tidak mengapa lah...

Tiba masanya... Tuan Dai Soku akan merestui juga nanti... Sama seperti Madam Sakura Inn...

Kelibat V dan Delinta yang sudah menghilang membuatkan Tuan Dai Soku terpunduk lemah di kerusi empuknya!

Ayat Delinta masih terngiang - ngiang di telinganya!

Sikap dingin nya semakin menghakis saat ini!

Ya Tuhan...

Kenapa aku bersikap sebegini?

Apa yang aku harus lakukan?

Akan kah Tuan Dai Soku menerima perkahwinan V dan Delinta ini nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience